BAB 30 |
بَابُ
السِّوَاكِ لِمَنْ قَامَ مِنَ اللَّيْلِ
BERSUGI BAGI MEREKA YANG BANGUN PADA WAKTU MALAM
HADIS 55 |
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ وَحُصَيْنٍ
عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ»
Rasulullah saw apabila bangun di malam hari, baginda menggosok mulutnya (gigi-gigi) dengan sugi.
status hadis: sahih
PENJELASAN HADIS |
[1] Hadis ini menjelaskan bahawa nabi apabila bangun tidur di waktu
malam, baginda akan menggosok gigi.
[2] Dalam matan hadis menyatakan قام من الليل,
yang ada ulamak mengatakan bahawa ia bukan dikhususkan untuk sembahyang tahajud
sahaja. Perkataan yang lain, kalau bangun dari tidur bukan untuk tahajud pun
baginda nabi akan menggosok gigi.
[3] Maksud perkataan يشوص, ada ulama
tafsirkan dengan makna الدلك, iaitu
gosok. Ada pula kata, bermakna الغسل. Ada pula
kata, gosok atas ke bawah, dan bawah ke atas.
HUBUNGAN HADIS |
Dalam hadis 53, Menjelaskan bahawa nabi memberitahu amalan yang
dilakukan oleh para nabi turun-temurun, antaranya adalah menggosok gigi.
Dalam hadis ke-55 ini pula menjelaskan bahawa ia bukan sahaja dilakukan
oleh para nabi terdahulu, malah terbukti ia diamalkan sendiri oleh Nabi
Muhammad
PENGAJARAN |
BERSUGI KETIKA IBADAT
Tujuan bersugi adalah untuk menghilangkan bau mulut.
Nabi Muhammad bangun pada waktu malam untuk beribadah. Walaupun tidak
ada komunikasi dengan manusia, baginda tertetap bersugi.
Ini menjadi dalil bahawa bersugi disunatkan ketika kita mahu beribadat.
Justeru setiap kali beribadat, tidak kira apa jenis ibadat pun
digalakkan kepada kita bersugi.
BIOGRAFI PERAWI |
[5] MUHAMMAD BIN KATHIR AL-‘ABDI (133H-223H)
مُحَمَّدُ بْنُ
كَثِيرٍ العبدي
Ia juga digelar dengan panggilan ABU ABDULLAH AL-BASRI.
Dia belajar hadis di Basrah dan di Kufah. Merupakan guru kepada imam
al-bukhari dan Abu Daud, serta Rijal kepada Muslim, al-Tarmizi, al-Nasa'i dan
Ibnu Majah.
Dia juga
adalah guru kepada imam al-bukhari, Abu Hatim dan Abu Zur'ah.
Ibnu
hibban menyenaraikan namanya salah seorang dalam kitab al-Siqat, akan
menganggap dia seorang yang bertakwa dan mempunyai keistimewaan.
Abu Hatim
mengatakan beliau adalah seorang perawi soduq. ibn Ma'in menganggap bahawa dia
tidak siqah, sedangkan imam Ahmad menganggapnya sebagai SIQAH. Ahmad bin Soleh
Al-Jili dan Abdul Baqi bin Qai’ al-Baghdadi kata, dia doif. Abu Daud kata, dia
tidak mahfuz.
Secara dasarnya dia adalah seorang perawi siqah lagi sahih
[4] SUFYAN AL-SAURI (97H-161H)
سُفْيَانُ الثوري
Sila lihat hadis yang ke-16
[3] MANSUR BIN AL-MU’TAMIR (60H-132H)
مَنْصُورٍ بن المعتمر
Sila lihat hadis yang ke-21
[3] HUSOIN BIN ABDUL RAHMAN (43H-136H)
حُصَيْنٍ بن
عبد الرحمن
Dia adalah sepupu kepada Mansur bin al-Mu'tamir
Dipanggil sebagai ABU AL-HUZAIL AL-SULAMI AL-KUFI.
Dia adalah Rijal al-kutub as-sittah.
Dia adalah seorang perawi yang siqah, tetapi sebelum kematiannya
hafalannya semakin memburuk
[2] ABU WAIL (1H-82H0
عَنْ أَبِي وَائِلٍ (شقيق بن سلمة)
Sila lihat hadis yang ke-23
[1] HUZAIFAH BIN AL-YAMAN (36H0
حُذَيْفَةَ بن اليمان
Sila lihat hadis yang ke-23
PERBAHASAN SANAD |
[1] Hadis ini SAHIH.
A.
Semua perawi siqah dan ikut syarat
bukhari dan muslim.
B.
Hadis ini, ada dalam sahih al-Bukhari dan muslim.
C.
Dalam sanad sahih Muslim, ada mutaba’ah lagi; iaitu, yang ambil hadis
dari Abu Wail itu ditambah seorang lagi, iaitu al-‘Amash.
D.
Disepakati Sahih oleh Albani dan Arnaut.
[2] TAKHRIJ
Al-Bukhari (245, 889, 1136), Muslim (225), al-Nasaie (al-Kubra—2), Ibn
Majah (286), Ahmad (23242), Ibn Hibban (1072) dan al-Baihaqi.
No comments:
Post a Comment