HADIS 54 |
54 - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ وَدَاوُدُ بْنُ شَبِيبٍ،
قَالَا: حَدَّثَنَا حَمَّادٌ[1]، عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ سَلَمَةَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَمَّارِبْنِ يَاسِرٍ قَالَ: مُوسَى، عَنْ أَبِيهِ، وَقَالَ دَاوُدُ: عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ مِنَ الْفِطْرَةِ الْمَضْمَضَةَ،
وَالِاسْتِنْشَاقَ» ، فَذَكَرَ نَحْوَهُ وَلَمْ يَذْكُرْ إِعْفَاءَ اللِّحْيَةِ،
وَزَادَ «وَالْخِتَانَ» ، قَالَ: «وَالِانْتِضَاحَ» وَلَمْ يَذْكُرِ انْتِقَاصَ
الْمَاءِ - يَعْنِي الِاسْتِنْجَاءَ –
Dari Ammar bin Yasir, bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya di antara perkara fitrah adalah berkumur dan beristinsyaq, " Lalu dia menyebutkan hadis semisalnya, namun dia tidak menyebutkan berkenaan memelihara janggut tetapi menambahkan; dan khitan. Dia menyebutkan perihal memercikkan air ke bahagian kemaluan untuk menghilangkan was was dan tidak menyebutkan perihal beristinja` dengan air.
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَرُوِيَ نَحْوُهُ،
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، وَقَالَ: «خَمْسٌ كُلُّهَا فِي الرَّأْسِ» ، وَذَكَرَ فِيهَا
«الْفَرْقَ» ، وَلَمْ يَذْكُرْ إِعْفَاءَ اللِّحْيَةِ
Abu Daud berkata; Dan
telah diriwayatkan hadis semisalnya dari Ibnu Abbas dan dia menyebutkan; Lima
perkara fitrah yang semuanya di bahagian kepala, kemudian dia menyebutkan
perihal membelah rambut (setengah ke kanan dan setengah ke kiri) dan tidak
menyebutkan perihal memelihara janggut.
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَرُوِيَ نَحْوُ
حَدِيثِ حَمَّادٍ، عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ
وَمُجَاهِدٍ وَعَنْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُزَنِيِّ، قَوْلُهُمْ وَلَمْ يَذْكُرُوا إِعْفَاءَ اللِّحْيَةِ
Abu Daud berkata; Dan
telah diriwayatkan semisal hadis Hammad, dari Thalq bin Habib dan Mujahid dan
dari Bakr bin Abdullah Al-Muzani ucapan mereka, dan mereka tidak menyebutkan
perihal memelihara janggut.
وَفِي حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهِ: «وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ»
Dan di dalam hadis
Muhammad bin Abdullah bin Abu Maryam dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dari
Nabi di dalamnya terdapat penyebutan perihal memelihara janggut.
وَعَنْ إِبْرَاهِيمَ النَّخَعِيِّ نَحْوُهُ
وَذَكَرَ: «إِعْفَاءَ اللِّحْيَةِ، وَالْخِتَانَ»
Dan dari Ibrahim
Al-Nakha'i semisalnya, dan dia menyebutkan perihal memelihara janggut dan
khitan.
PENJELASAN HADIS |
[1] Hadis ke-53 ini sebagai takmilah (kesempurnaan) terhadap matan hadis
yang 52, iaitu berkenaan beberapa perkara yang tidak disebutkan dalam hadis 52,
maka disebutkan dalam matan hadis ini.
[2] Dalam matan hadis ini AMMAR BIN YASIR ada disebutkan beberapa penambahan:
A.
Berkumur-kumur.
B.
Khitan. Menurut kitab AL-MINHAL, ada riwayat menggunakan perkataan الإختتان
C.
Percik air pada pakaian dan kemaluan selepas istinjak untuk hindari
was-was.
[3] Dalam Matan hadis riwayat IBN ABBAS, dinyatakan berkenaan fitrah, semuanya melibatkan kepala: dalam hadis ke-53, disebutkan 4 adalah kepala; iaitu:
A.
Misai.
B.
Sugi
C.
Istinsyaq
D.
Berkumur-kumur.
E.
Ditambah di sini: rambut belah
tengah.
Dalam riwayat IBN ABBAS, tidak
dimasukkan LEBATKAN JANGGUT. Sama juga dengan Riwayat BAKAR AL-MUZANI
[4] Dalam riwayat ABU HURAIRAH ada disebut LEBATKAN JANGGUT.
[5] Dalam Riwayat IBRAHIM AL-NAKHAIE, disebut dua:
B.
Khitan.
PENGAJARAN |
[1] BERKUMUR-KUMUR SEMASA WUDUK
PERTAMA: WAJIB
Pendapat Zahiri, satu riwayat
dalam mazhab Hanbali.
Dalil mereka:
A.
Termasuk maksud basuh muka
dalam suruhan al-Quran.
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ –
المائدة, 6
Dalam hadis—daripada Rifa’ah bin Rafi’ bahawa Nabi saw bersabda:
فَتَوَضَّأْ
كَمَا أَمَرَكَ اللَّهُ
“berwuduklah kamu sepertimana Allah suruh kamu lakukannya” (abu
Daud, hadis no: 861)
B.
Hadis—daripada Abu Hurairah berkata bahawa Nabi saw bersabda:
إِذَا
تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَمَضْمَضْ، وَلْيَسْتَنْشِقَ، وَالْأُذُنَانِ مِنَ
الرَّأْسِ
Apabila seseorang kamu berwudu’, maka hendaklah dia berkumur-kumur, dan
memasukkan air ke hidung dan basuh dua telinganya yang berada di kepala”
(al-Mu’jam al-Awsat, hadis no: 538—Sanad hadis ini doif)
C.
Nabi saw tidak pernah
tinggalkan berkumur-kumur semasa berwuduk.
D.
Hadis Bab, iaitu apabila
dimasukkan salah satu dari perkara fitrah.
KEDUA: SUNAT
Ini adalah pendapat mazhab syafie, maliki, hanbali dan Hanafi.
Dalil:
A.
Tidak terdapat satu dalil sahih yang nabi saw menyuruh. Yang sahih,
hanya menyebut bahawa ia dilakukan oleh Nabi.
B.
Ayat al-Quran menyebut membasuh muka, tidak pula disuruh berkumur-kumur.
[2] KHITAN BAGI LELAKI
PERTAMA: WAJIB
Ini Mazhab Syafie, Ahmad dan sebilangan Ulama Mazhab Maliki.
KEDUA: SUNAT
Ini Mazhab Malik dan Abu Hanifah.
DALIL-DALIL
A.
Hadis—daripada Ibn Abbas:
الْأَقْلَفُ
لَا تَجُوزُ شَهَادَتُهُ، وَلَا تُقْبَلُ لَهُ صَلَاةٌ، وَلَا تُؤْكَلُ لَهُ
ذَبِيحَةٌ» ، قَالَ: «وَكَانَ الْحَسَنُ لَا يَرَى ذَلِكَ» - ابن ابي شيبة, 23334
“al-Aqlaf (tidak khitan) tidak harus penyaksiannya, tidak
diterima solatnya, tidak boleh dimakan sembelihannya”
B.
Al-Khattabi kata, ia syiar agama. Andai berlaku peperangan, dari situ
dapat diketahui muslim atau tidak.
[3] KHITAN BAGI WANITA
PERTAMA: WAJIB
Imam Syafie dan Ahmad
KEDUA: SUNAT
Ulama-ulama Mazhab Syafie.
DALIL-DALIL KHITAN WANITA
A.
Hadis—daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah:
أَنَّ
امْرَأَةً كَانَتْ تَخْتِنُ بِالْمَدِينَةِ فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ،
وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ» - ابو داود, 5271
“perempuan berkhitan di Madinah. Nabi saw pun berkata kepadanya (Ummu
Atiyyah): "Janganlah engkau habiskan semua, sebab hal itu akan
mempercantik wanita dan disukai oleh suami”
Namun, status hadis ini:
Abu daud kata, hadis ini tidak kuat. Diriwayatkan secara MURSAL.
قال
أبو داود : ليس هو بالقوي، وقد روي مرسلاً.
Kata Abu Daud lagi: dalam hadis ini ada perawi
bernama Muhammad bin Hassan yang dia Majhul. Jadi, hadis ini doif.
قال
أبو داود : ومحمد بن حسان مجهول، وهذا الحديث ضعيف
B.
Hadis—daripada Ibn Umar berkata:
دَخَلَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نِسْوَةٍ مَنَ الْأَنْصَارِ،
فَقَالَ: " يَا نِسَاءَ الْأَنْصَارِ، وَاخْتَفِضْنَ وَلَا تَنْهَكْنَ،
فَإِنَّهُ أَحْظَى لِإِنَاثِكُنَّ عِنْدَ أَزْوَاجِهِنَّ " – شعب الإيمان,
8279
Nabi saw masuk berjumpa dengan perempuan dari kalangan ansar. Baginda
berkata: khitanlah, dan jangan kamu potong habis. Hal ini kerana, ia bagus
untuk wanita kamu di sisi suami mereka.
Namun, status hadis ini:
Pada sanadnya ada perawi bernama Mandil bin ‘Ali, dan dia doif. dan pada
sanadnya juga ada ibn ‘Adi Khalid bin Amru al-Qurashi yang dia lebih doif berbanding mandil.
وفي
إسناده مندل بن علي وهو ضعيف. وفي إسناده بن عدي خالد بن عمرو القرشي، وهو أضعف من
مندل
[3] UMUR WAJIB KHITAN
Imam malik kata, tujuh tahun ke atas sehingga 10 tahun.
Imam malik kata, makruh pada hari lahir sehingga hari ke-7 kelahiran,
kerana itu menyerupai Yahudi.
Hanbali kata, sunat tujuh hari ke atas.
Hanafi, sunat selepas umur 7 tahun sehingga tahap sebelum baligh.
Mazhab syafie, wajib keluarga khitankan anaknya sebelum sampai umur
baligh. Sunat dikhitankan bermula dari hari ke-7.
[4] KHITAN KHUNSA
Mazhab Syafie:
A.
Qawl Al-Azhar: khitan selepas nyata mana kemaluan yang berfungsi. Ini
juga pendapat Mazhab Maliki.
B.
Ada pendapat: khitan pada kedua-duanya sebelum baligh.
Hanbali:
Kena tengok selepas baligh.
[5] ORANG TUA MASUK ISLAM
Kalau tua masuk islam, wajib khitan kecuali jika memberi mudharat.
Tidak wajib khitan bagi orang yang sudah mati.
[6] PERCIKAN AIR SELEPAS ISTINJAK
Tujuan percikkan air pada kemaluan dan seangkatan dengannya adalah untuk
hindari was was.
BIOGRAFI PERAWI |
[6] MUSA BIN ISMAIL
مُوسَى بْنُ
إِسْمَاعِيلَ
Sila lihat hadis ke-3 dan 10
[6] DAUD BIN SYABIB AL-BAHILI (223H)
وَدَاوُدُ بْنُ شَبِيبٍ الباهلي
Digelar dengan panggilan ABU SULAIMAN AL-BASRI. Dia adalah guru kepada
al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn Majah dan dia adalah perawi siqah lagi sahih.
[5] HAMMAD BIN SALAMAH BIN DINAR AL-BASRI (91H-167H)
حَمَّادٌ بن سلمة بن دينار البصري
Dia digelar dengan panggilan ABU SALAMAH.
Al-Baihaqi kata, dia salah seorang imam dalam kalangan muslim, tetapi
dekat dengan saat kematian, buruk hafalannya.
Abu Daud kata, dia adalah sebaik-baik perawi hadis di Basrah. Abu Zur’ah
kata, hafalannya cukup kuat. Ramai kata dia siqah.
[4] ‘ALI BIN ZAID (131H)
عَلِيِّ بْنِ
زَيْدٍ
Nama penuhnya adalah ALI BIN ZAID BIN JAD’AN BIN AMRU BIN ZUHAIR
AL-QURASHI AL-TAIMI AL-BASRI. Digelar dengan panggilan ABU AL-HASAN.
Dilahirkan di mekah dan meninggal di Basrah disebabkan penyakit taun.
Kata Ahmad dan Abu Zur’ah, dia tak kuat. Ahmad bin Hanbal kata, doif
al-hadis dan tidak kuat. Al-nasaie kata, doif. Ibn Khuzaimah kata, dia buruk
hafalan. Tarmizi kata, dia sering anggap hadis marfu’ pada hadis yang rata-rata
kata mawquf. Syu’bah kata bahwa dia ambil hadis dari ‘Ali bin Zaid sebelum dia
Ikhtilat. Ya’qub bin Sufyan al-Faswa kata, dia ikhtilat semasa dia tua. Ibn
Hajar al-Asqalani kata, hadisnya tidak elok kecuali ada syawahid dan
mutaba-‘ah. Abu Hatim al-Razi kata, dia tidak kuat, hadisnya di tulis tetapi
tidak boleh dibuat hujah. Al-Ijli dan al-Zahabi kata, dia ada kecenderungan
kepada TASYAYYU’.
Walaubagaimana pun, Ya’qub bin Syaibah kata, dia siqah.
Dengan itu, riwayatnya di bawah kategori maqbul sahaja.
[4] TALQ BIN HABIB
طَلْقِ بْنِ
حَبِيبٍ
Sila lihat hadis ke-53.
[4] MUJAHID
مُجَاهِدٍ
Sila lihat hadis ke-13 dan 21.
[3] SALAMAH BIN MUHAMMAD BIN AMMAR BIN YASIR
سَلَمَةَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَمَّارِ بْنِ
يَاسِرٍ
Dia adalah cucu kepada Sahabat Nabi terkenal, iaitu Ammar bin Yasir. Dia
dilahirkan di Madinah, tetapi ramai ulama anggap dia tidak boleh dibuat hujah,
termasuk Ibn Hibban.
Abu Hatim
bin Habban al-Basti kata, mungkar al-hadis. Ibn Hajar kata, majhul dan doif.
Khilaf dalam Kalangan ulama, apakah dia mendengar hadis dari atuknya
sendiri, iaitu Ammar bin Yasir.
Ada ulama kata, dia dengar dari atuknya. Al-Bukhari dan Ibn Ma’in kata,
Aku tidak tahu bahawa dia dengar hadis dari atuknya sendiri.
[3] BAKR BIN ABDULLAH AL-MUZANI BIN AMRU (108H)
بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُزَنِيِّ بن عمرو
Digelar dengan panggilan ABU ABDULLAH AL-BASRI. Dia salah seorang tabiin,
dan meninggal dunia di Basrah.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi yang faqih,
siqah dan dipercayai serta sahih.
[3] MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABI MARYAM AL-KHUZAIE
مُحَمَّدِ بْنِ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ الخزاعي
Dia bekas hamba kepada Bani Salim. Orang Madinah dan seorang perawi
siqah dan hasan.
[2] MUHAMMAD BIN AMMAR BIN YASIR AL-‘ANSI (61H)
مُحَمَّدِ بْنِ
عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ العنسي
Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia maqbul sahaja.
[2] ABU SALAMAH BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF (22H-94H)
أَبو سَلَمَةَ بن عبد الرحمن بن عوف
Sila lihat hadis ke-1 dan 47.
[1] AMMAR BIN YASIR (56SH-37H)
عَمَّارِ بْنِ
يَاسِرٍ
Antara
sahabat awal masuk islam, iaitu di era Nabi saw bersama sahabat sering berjumpa
di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam—ketika itu, bilangan orang islam lebih
kurang 30 orang lebih sahaja.
Ibunya bernama SUMAYYAH BINTI AL-KHAYYAT dan
bapanya YASIR BIN ‘AMIR; kedua-duanya mati dibunuh kerana pertahankan aqidah.
Bapanya,
YASIR berasal dari YAMAN dan berpindah ke Mekah. Dia menjadi hamba kepada ABU
HUZAIFAH BIN AL-MUGHIRAH. Dia pun kahwinkan YASIR dengan hamba perempuannya
bernama SUMAYYAH. Dengan itu, Ammar dilahirkan di Mekah.
Ulama
khilaf; ada kata, dia antara terlibat hijrah ke Habsyah, dan ada pula kata, dia
tidak terlibat. Namun yang pasti, dia terlibat hijrah ke Madinah.
Dia
terlibat dengan semua perang bersama dengan Nabi, serta terlibat perang
menentang orang murtad selepas wafat nabi. Semasa dalam perang Yamamah, telinga
dipotong.
Pada era
Umar, dia dilantik menjadi Gabenor di Kufah, kemudian dia digugurkan jawatan.
Antara
ucapan nabi kepadanya:
صبرا ال ياسر فإن موعدكم الجنة
“Sabarlah keluar Yasir, kerana janji kamu adalah syurga”
Hadis lain:
عَنْ
عِكْرِمَةَ، قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ وَلِابْنِهِ عَلِيٍّ: انْطَلِقَا إِلَى
أَبِي سَعِيدٍ فَاسْمَعَا مِنْ حَدِيثِهِ، فَانْطَلَقْنَا فَإِذَا هُوَ فِي
حَائِطٍ يُصْلِحُهُ، فَأَخَذَ رِدَاءَهُ فَاحْتَبَى، ثُمَّ أَنْشَأَ يُحَدِّثُنَا
حَتَّى أَتَى ذِكْرُ بِنَاءِ المَسْجِدِ، فَقَالَ: كُنَّا نَحْمِلُ لَبِنَةً
لَبِنَةً وَعَمَّارٌ لَبِنَتَيْنِ لَبِنَتَيْنِ، فَرَآهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَنْفُضُ التُّرَابَ عَنْهُ، وَيَقُولُ: «وَيْحَ عَمَّارٍ،
تَقْتُلُهُ الفِئَةُ البَاغِيَةُ، يَدْعُوهُمْ إِلَى الجَنَّةِ، وَيَدْعُونَهُ
إِلَى النَّارِ» قَالَ: يَقُولُ عَمَّارٌ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الفِتَنِ-
البخاري, 447
daripada 'Ikrimah; Ibnu 'Abbas berkata kepadaku dan kepada Ali, anaknya:
"Pergilah kamu berdua menemui Abu Sa'id dan dengarlah hadis darinya!"
Maka kami pun berangkat. Dan kami dapati dia sedang membetulkan dinding
miliknya, ia mengambil kain selendangnya dan duduk ihtiba`.
Kemudian ia mulai berbicara hingga menyebutkan tentang pembangunan
masjid. Dia berkata: "Masing-masing kami membawa bata satu persatu,
sedangkan 'Ammar membawa dua bata dua bata sekaligus.
Saat Nabi saw melihatnya, baginda berkata sambil meniup debu yang ada
padanya: "Kasihan 'Ammar, dia akan dibunuh oleh golongan durjana. Dia
mengajak mereka ke syurga sedangkan mereka mengajaknya ke neraka."
Ibnu 'Abbas berkata, "'Ammar lantas berkata: "Aku berlindung
kepada Allah dari fitnah tersebut."
Dia berpihak kepada Ali dalam perang jamal. Namun, dia terbunuh dalam
perang Siffin pada tahun 37 Hijrah ketika berumur 94 tahun yang juga berpihak kepada
Ali.
PENJELASAN SANAD |
[1] Tujuan Abu Daud sebut semua riwayat ini untuk membuktikan bahawa
hadis berkenaan FITRAH ada pelbagai turuq, sama ada secara MARFU’ dan secara
MAWQUF.
[2] Sanad hadis dalam riwayat AMMAR BIN YASIR adalah DOIF, kerana:
A.
MAJHUL—SALAMAH BIN MUHAMMAD
BIN AMMAR BIN YASIR
B.
DOIF—ALI BIN ZAID BIN JAD’AN
C.
TAFARRUD riwayat—‘Ali bin Zaid
ambil hadis dari salamah.
[3] Doif
sudut lain dalam riwayat AMMAR BIN YASIR:
A.
Dalam Jalur Musa; Salamah ambil hadis dari bapanya; MURSAL, kerana
bapanya, iaitu MUHAMMAD bukan sahabat.
B.
Dalam Jalur Daud—Salamah ambil hadis dari atuknya; MUNQATI’, sebab
SALAMAH tidak pernah jumpa atuknya.
[4] Dalam riwayat IBN
ABBAS pula, hadis itu sahih tetapi MAWQUF.
[1]Daud
bin Syabib ada belajar dengan dua orang guru yang masing-masing bernama HAMMAD,
iaitu HAMMAD BIN SALAMAH dan HAMMAD BIN ZAID. Dalam hadis ini, DAUD ambil dari
HAMMAD BIN SALAMAH.
No comments:
Post a Comment