Monday, October 31, 2022

HADIS 87

  

HADIS 87

 

 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُبَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا أَبُو خَلْدَةَ قَالَ: سَأَلْتُ أَبَا الْعَالِيَةِ عَنْ رَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَنَابَةٌ، وَلَيْسَ عِنْدَهُ مَاءٌ، وَعِنْدَهُ نَبِيذٌ أَيَغْتَسِلُ بِهِ؟ قَالَ: «لَا»

  

Abu Khaldah berkata: aku tanya Abu al- ‘Aliyah berkenaan seseorang lelaki yang berjunub sedangkan dia tidak mempunyai sebarang air (untuk mandi junub)—dia ada air nabiz; apakah boleh dia mandi menggunakan (air nabiz tersebut)?.

 

Jawab (Abu al- ‘Aliyah): tidak (boleh).

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] Hadis ini dinilai sahih.

 

[2] hadis ini adalah maqtu’—iaitu perkataan tabiin.

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam kitab البدائع, penjelasan panjang lebarnya adalah bahawa ABU AL-ALIYAH yang berkata:

 

كُنْتُ فِي جَمَاعَةٍ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فِي سَفِينَةٍ فِي الْبَحْرِ فَحَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَفَنِيَ مَاؤُهُمْ، وَمَعَهُمْ نَبِيذُ التَّمْرِ فَتَوَضَّأَ بَعْضُهُمْ بِنَبِيذِ التَّمْرِ، وَكَرِهَ التَّوَضُّؤَ بِمَاءِ الْبَحْرِ، وَتَوَضَّأَ بَعْضُهُمْ بِمَاءِ الْبَحْرِ، وَكَرِهَ التَّوَضُّؤَ بِنَبِيذِ التَّمْرِ – بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع, 1\16

Aku berada dalam Jemaah dari kalangan sahabat Rasullullah dalam satu kapal di lautan. Apabila masuk waktu solat, air tawar sudah kehabisan. Namun bersama mereka adalah air nabiz tamar, maka setengan berwuduk dengan air tersebut dengan mereka tidak suka berwuduk dengan air laut, (sedangkan) setengah yang lain berwuduk dengan air laut dan tidak suka berwuduk dengan air nabiz kurma itu.

 

[2] kisah ini bukan perkataan nabi. Ini adalah kesimpulan dan ijtihad dari seorang tabiin yang bernama ABU ‘ALIYAH yang dibawa oleh ABU DAUD untuk menguatkan pendapatnya bahawa bukan sekadar tidak boleh berwuduk dengan air nabiz, bahkan mandi wajib dengan air itu juga tidak boleh.

 

[3] yang dimaksudkan NABIZ dalam hadis ini adalah apabila rasa kurma (dan sebagainya) sudah meresap rasanya ke dalam air tersebut.

 

Adapun jika belum meresapi rasa lagi, maka ia tidak termasuk dalam maksud ABU AL-ALIYAH ini. (Manhal:1/290)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Kalau dalam hadis ke-86 berkaitan dengan tidak boleh wuduk dengan air nabiz.

 

Dalam hadis 87 ini pula, mandi junub menggunakan nabiz juga tidak boleh.

 

BIOGRAFI PERAWI

[5] MUHAMMAD BIN BASYSYAR (167H-252H)

مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ

 

Perawi ini tersebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu dalam hadis ke-13, 52, 82, 86 dan 87

 

[4] ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)

 عَبْدُ الرَّحْمَنِ بن مهدي

 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-86 dan 87.

 

[3] ABU KHALDAH (152H)

 أَبُو خَلْدَةَ

 

Nama sebenarnya adalah KHALID BIN DINAR AL-TAMIMI AL-SA’DI AL-BASRI

 

Selain ilmuan hadis, beliau juga seorang tukang jahit.

 

KOMENTAR ULAMA; (Manhal:1/289)

(a)                 Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, AL-NASAIE, AL-IJLI, AL-DARAQUTNI, IBN SA’AD, YAZID BIN ZURAYI’, AL-TARMIZI, OSMAN BIN SA’AD & IBN ABD AL-BAR

(b)               AHMAD kata, dia syaikh siqah.

(c)                IBN MAHDI kata, dia soduq.

(d)               AL-TARMIZI kata, dia siqah dalam kalangan ahli hadis. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-bukhari, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah.


Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.

 

[2] ABU ‘ALIYAH (93H)

 أَبَو الْعَالِيَةِ

 

Nama sebenarnya adalah RUFAIYY’ BIN MIHRAN AL-RAYYAHI

 

Menurut ALI BIN AL-MADINI, dia sempat di era Jahiliyyah. Namun, peluk islam dua tahun selepas Nabi wafat (manhal:1/290) bermakna, dia seorang MUKHADRAM (Arnaut:1/64)

 

Dia sempat dengan Abu Bakar dan pernah menunaikan solat Jemaah dengan menjadi makmum kepada Saidina Umar dan mendengar hadis dari Saidina Umar. (Bazl:1/183)

 

Dia pernah berkata: Aku sempat khatamkan al-Quran di era Umar sebanyak tiga kali.

 

ASIM AL-AHWAL pernah berkata: Abu al-‘Aliyah ada sikap bahawa apabila berhimpun kepadanya lebih dari kadar 4 orang, dia akan bangun dan pergi (tasawwut:2/618)

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, dia tabiin besar yang popular dengan gelarannya (manhal:1/290)

(b)               Dianggap SIQAH oleh IBN MAIN, ABU ZUR’AH & ABU HATIM (manhal:1/290)

(c)                ABU AL-QASIM kata, ulama ijmak bahawa dia siqah. Cuma dia banyak lakukan IRSAL (manhal:1/290)

(d)               ABU BAKAR BIN ABI DAUD kata, tidak ada seorang pun orang selepas sahabat yang lebih tahu berkenaan al-Quran kecuali Abu al- ‘Aliyah. Selepas beliau adalah SA’ID BIN JUBAIR (tasawwut:2/618)

(e)               IBN ‘ADI kata, hadis-hadis yang dia riwayat adalah SOLEH.

(f)                 AL-LAKAIE kata, ijmak ulama bahawa dia siqah. (Bazl:1/184)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah. 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.

No comments:

Post a Comment