HADIS 85 |
حَدَّثَنَا
مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، عَنْ دَاوُدَ، عَنْ عَامِرٍ، عَنْ عَلْقَمَةَ،
قَالَ: قُلْتُ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ: مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَعَ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ؟، فَقَالَ: «مَا كَانَ
مَعَهُ مِنَّا أَحَدٌ»
Alqamah berkata: aku
bertanya Abdullah bin Mas’ud: Siapakah dari kalangan kamu bersama Rasulullah
saw pada malam jin?
Jawab (Ibn Mas’ud):
Tidak ada seorang pun dari kalangan kami bersama baginda.
PERBAHASAN SANAD |
ARNAUT anggap SANAD
hadis ini SAHIH
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke-84, Abu Daud
datangkan riwayat bahawa Nabi saw berwuduk menggunakan Nabiz.
Dalam hadis ke-85
pula, Abu Daud datangkan riwayat yang menyatakan bahawa ABDULLAH BIN MAS’UD
tidak ada bersama dengan nabi saw pada malam jin.
PENJELASAN MATAN |
Seakan-akan ABU DAUD
mahu memberitahu bahawa dia berpendapat berwuduk dengan Nabiz bukan sekadar
tidak dibolehkan, bahkan dakwaan bahawa nabi saw berwuduk dengan Nabiz itu
tidak berlaku sama sekali.
Bagaimana boleh disandarkan
kepada ABDULLAH BIN MAS’UD berkenaan berwuduk dengan air nabiz, sedangkan
sahabat nabi itu tidak kena mengena pun berkenaan Nabi berjumpa dengan Jin pada
malam tersebut.
Tambahan pula, AL-IMAM
AL-NAWAWI menyatakan dalam Syarh Muslim bahawa hadis ke-85 ini disepakati sahih
oleh ulama hadis, sedangkan hadis ke-84 pula, doif dari sudut matan.
(Manhal:1/287, Bazl:1/182)
Namun begitu, KHITAB
AL-SUBKI kata, andaikan kedua-dua hadis ini sahih; ternyata ia boleh
ditakwilkan lagi. Iaitu, dianggap bahawa semasa nabi bertemu dengan jin,
Abdullah bin Mas’ud berada di tempat yang lain.
Namun, apabila selesai
urusan Nabi dengan jin, nabi pun bersama dengan Abdullah bin mas’ud untuk
menunaikan solat. ketika itu, nabi saw bertanya kepada Abdullah berkenaan air
untuk berwuduk seperti dalam hadis ke-84. (Manhal:1/287)
PENGAJARAN |
APAKAH ABDULLAH
BIN MAS’UD BERSAMA NABI NAMPAK JIN?
[PENDAPAT YANG KATA
ABDULLAH BIN MAS’UD TAK ADA BERSAMA DENGAN NABI]
(a)
AL-ZAILA’IE kata bahawa al-Baihaqi ada sebut
dalam دلائل النبوة bahawa hadis-hadis sahih membuktikan
bahawa ABDULLAH BIN MAS’UD tidak bersama dengan NABI pada malam jin tersebut.
(Aun:1/56)
(b)
Hadis RIWAYAT MUSLIM.
عَنْ عَامِرٍ،
قَالَ: سَأَلْتُ عَلْقَمَةَ هَلْ كَانَ ابْنُ مَسْعُودٍ شَهِدَ مَعَ رَسُولِ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ؟
‘Amir bertanya Alqamah: apakah ibn masud bersama
dengan Nabi saw pada malam jin?
قَالَ: فَقَالَ
عَلْقَمَةُ، أَنَا سَأَلْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ فَقُلْتُ: هَلْ شَهِدَ أَحَدٌ
مِنْكُمْ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ؟
Alqamah jawab: aku pernah tanya Ibn masud. Soalan aku:
Apakah ada seorang dari kalangan kamu (sahabat) bersama dengan Rasullah pada
malam jin?
قَالَ: لَا وَلَكِنَّا كُنَّا مَعَ رَسُولِ
اللهِ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَفَقَدْنَاهُ فَالْتَمَسْنَاهُ فِي الْأَوْدِيَةِ
وَالشِّعَابِ. فَقُلْنَا: اسْتُطِيرَ أَوِ اغْتِيلَ.
Jawab Ibn masud: tidak ada. Tetapi, kami bersama
Rasulullah pada suatu malam, lalu kami kehilangan baginda. Kami pun cari
baginda di setiap lembah dan lereng gunung sehingga kami kata: Baginda telah
diterbangkan oleh jin atau dibunuh senyap-senyap.
قَالَ:
فَبِتْنَا بِشَرِّ لَيْلَةٍ بَاتَ بِهَا قَوْمٌ فَلَمَّا أَصْبَحْنَا إِذَا هُوَ
جَاءٍ مِنْ قِبَلَ حِرَاءٍ.
Pada malam itu, kami bermalam dengan malam yang amat
teruk. Apabila pagi, baginda datang dari laluan Hira’
قَالَ:
فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ فَقَدْنَاكَ فَطَلَبْنَاكَ فَلَمْ نَجِدْكَ فَبِتْنَا
بِشَرِّ لَيْلَةٍ بَاتَ بِهَا قَوْمٌ.
Kamu bertanya: Wahai Rasulullah saw, kami kehilangan
kamu, lalu kami cari kamu, tetapi kami tidak jumpai. Kami pun bermalam dengan seburuk-buruk
malam yang tidur sahabat pada malam itu
فَقَالَ:
«أَتَانِي دَاعِي الْجِنِّ فَذَهَبْتُ مَعَهُ فَقَرَأْتُ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنَ»
Nabi saw jawab: ada seekor jin menjemput aku, aku pun
pergi bersamanya. Aku bacakan al-Quran kepada mereka.
قَالَ: فَانْطَلَقَ بِنَا فَأَرَانَا آثَارَهُمْ
وَآثَارَ نِيرَانِهِمْ وَسَأَلُوهُ الزَّادَ فَقَالَ:
" لَكُمْ كُلُّ عَظْمٍ ذُكِرَ اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ يَقَعُ فِي أَيْدِيكُمْ
أَوْفَرَ مَا يَكُونُ لَحْمًا وَكُلُّ بَعْرَةٍ عَلَفٌ لِدَوَابِّكُمْ. فَقَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَلَا تَسْتَنْجُوا بِهِمَا
فَإِنَّهُمَا طَعَامُ إِخْوَانِكُمْ» - مسلم, 450[1]
Perawi berkata: Lalu dia berlalu pergi bersama kami
untuk menunjukkan jejak-jejak mereka dan jejak perapian mereka. Dan mereka
meminta kepadanya bekalan makanan, maka baginda bersabda: Kamu mendapatkan
setiap tulang yang disebutkan nama Allah atasnya (ketika disembelih), yang mana
di tangan kamu lebih banyak menjadi daging dan setiap tahi binatang adalah
makanan untuk binatang tunggangan kamu”. Rasulullah saw pun bersabda: Janganlah
kamu beristinja dengan keduanya (maksudnya tahi binatang dan tulang) kerana
keduanya adalah makanan saudara kamu.
(c)
Hadis riwayat MUSLIM
عَنْ عَبْدِ
اللهِ قَالَ: لَمْ أَكُنْ لَيْلَةَ الْجِنِّ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَوَدِدْتُ أَنِّي كُنْتُ مَعَهُ – مسلم, 450[2]
Abdullah berkata: Aku tidak ada bersama Rasullullah
pada malam jin. (namun) aku berharap agar aku bersama baginda (pada malam itu).
(d)
Hadis riwayat IBN ABI
SYAIBAH (33946)
حَدَّثَنَا،
غُنْدَرٌ، عَنْ، شُعْبَةَ، عَنْ، عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ، قَالَ: قُلْتُ لِأَبِي
عُبَيْدَةَ: أَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ؟ قَالَ: لَا" – ابن أبي شيبة, 33946, شرح معاني
الأثار للطحاوي, 608[3],
سنن الدارقطني, 246[4]
Amru bin Murrah tanya
kepada Abu Ubaidah: apakah Abdullah bersama dengan Nabi pada malam Jin. Jawab
Abu Ubaidah: tidak.
[PENDAPAT KATA, ABDULLAH BIN
MAS’UD ADA]
Dijelaskan bahawa pada
malam itu, Abdullah bin Mas’ud turut sama dengan Nabi saw.
(a)
IBN AL-SAM’ANI
menukilkan bahawa ALI BIN AL-MADINI kemukakan 12 jalur hadis yang menggambarkan
bahawa ABDULLAH BIN MAS’UD bersama dengan Nabi pada malam tersebut.
(Ruslan:1/612)
(b)
Hadis
riwayat AHMAD dan hadis ke-4381 yang lepas[5] (lihat pada
PENJELASAN MATAN (E) dalam hadis ke-84)
*sanad hadis
bermuarakan dari perawi bernama ABU ZAID, iaitu sama dengan sanad hadis bab.
Justeru, status hadisnya sama seperti hadis bab, iaitu sama ada doif atau
palsu.
(c)
Al-Tarmizi ada riwayatkan hadis bahawa semasa berjumpa
dengan Jin itu, Abdullah bin Mas’ud turut sama. Al-Tarmizi anggap, hadis
tersebut sahih.
عَنْ ابْنِ
مَسْعُودٍ، قَالَ: صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
العِشَاءَ ثُمَّ انْصَرَفَ فَأَخَذَ بِيَدِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ حَتَّى
خَرَجَ بِهِ إِلَى بَطْحَاءِ مَكَّةَ فَأَجْلَسَهُ ثُمَّ خَطَّ عَلَيْهِ خَطًّا
ثُمَّ قَالَ:
Ibn Mas’ud berkata:
Rasulullah saw menunaikan solat Isyak. Kemudian memberi salam, dan terus
memegang tangan Abdullah bin mas’ud dan membawanya keluar sampai ke lembah
Mekah. Baginda dudukkan Ibn Mas’ud kemudian membuat garisan, kemudian berkata:
«لَا تَبْرَحَنَّ خَطَّكَ فَإِنَّهُ سَيَنْتَهِي إِلَيْكَ رِجَالٌ
فَلَا تُكَلِّمْهُمْ فَإِنَّهُمْ لَا يُكَلِّمُونَكَ»
Jangan kamu melepasi
garisan kamu ini. Akan datang kepada kamu beberapa orang lelaki, maka jangan
kamu bercakap dengan mereka. Mereka pun tidak akan bercakap dengan kamu.
قَالَ: ثُمَّ مَضَى
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَيْثُ أَرَادَ، فَبَيْنَا
أَنَا جَالِسٌ فِي خَطِّي إِذْ أَتَانِي رِجَالٌ كَأَنَّهُمُ الزُّطُّ
أَشْعَارُهُمْ وَأَجْسَامُهُمْ لَا أَرَى عَوْرَةً وَلَا أَرَى قِشْرًا
Ibn Mas’ud kata:
Kemudian Nabi saw berlalu pergi sekadar yang baginda mahu sedangkan aku duduk
di dalam garisan. Tiba-tiba datang beberapa orang lelaki seakan-akan mereka itu
hitam rambu mereka dan tubuh badan mereka aku tidak nampak dan tidak kelihatan
kulit.
وَيَنْتَهُونَ
إِلَيَّ لَا يُجَاوِزُونَ الخَطَّ ثُمَّ يَصْدُرُونَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، حَتَّى إِذَا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ، لَكِنْ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ جَاءَنِي وَأَنَا جَالِسٌ
Mereka datang kepadaku dengan
mereka tidak dapat melepasi garisan. Kemudian mereka datang kepada Rasullah saw
hingga sampai akhir malam, tetapi Rasulullah saw telah datang kepadaku yang
ketika itu aku sedang duduk.
فَقَالَ: «لَقَدْ أَرَانِي
مُنْذُ اللَّيْلَةَ»
Nabi pun berkata:
Sejak malam tadi aku tidak tidur.
ثُمَّ دَخَلَ عَلَيَّ فِي
خَطِّي فَتَوَسَّدَ فَخِذِي فَرَقَدَ
Kemudian Nabi saw
masuk kepadaku dalam garisanku itu, Baginda saw menjadikan pehaku sebagai
bantal, baginda pun tidur.
وَكَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَقَدَ نَفَخَ،
فَبَيْنَا أَنَا قَاعِدٌ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مُتَوَسِّدٌ فَخِذِي
Rasulullah saw apabila
tidur, sehingga kedengaran tarikan nafas baginda. Sedang aku duduk dan
Rasulullah berbantalkan pehaku.
إِذَا أَنَا بِرِجَالٍ
عَلَيْهِمْ ثِيَابٌ بِيضٌ اللَّهُ أَعْلَمُ مَا بِهِمْ مِنَ الجَمَالِ
فَانْتَهَوْا إِلَيَّ
Tiba-tiba datang
beberapa orang lelaki yang mereka memakai pakaian serba putih. Allah sahaja
lebih mengetahui kecantikan mereka. Mereka datang kepadaku.
فَجَلَسَ طَائِفَةٌ
مِنْهُمْ عِنْدَ رَأْسِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَطَائِفَةٌ مِنْهُمْ عِنْدَ رِجْلَيْهِ
Satu pihak dari
kalangan mereka duduk di bahagian kepala Rasulullah dan satu pihak lagi duduk
di bahagian dua kaki baginda.
ثُمَّ قَالُوا
بَيْنَهُمْ: مَا رَأَيْنَا عَبْدًا قَطُّ أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ هَذَا
النَّبِيُّ، إِنَّ عَيْنَيْهِ تَنَامَانِ وَقَلْبُهُ يَقْظَانُ
Kemudian mereka
berkata sesame mereka: Kita tidak pernah nampak seorang hamba pun yang
diberikan sepertimana diberikan kepada Nabi ini. Dua matanya tidur sedangkan
hatinya tidak tidur.
اضْرِبُوا لَهُ
مَثَلًا مَثَلُ سَيِّدٍ بَنَى قَصْرًا ثُمَّ جَعَلَ مَأْدُبَةً فَدَعَا النَّاسَ
إِلَى طَعَامِهِ وَشَرَابِهِ، فَمَنْ أَجَابَهُ أَكَلَ مِنْ طَعَامِهِ وَشَرِبَ
مِنْ شَرَابِهِ وَمَنْ لَمْ يُجِبْهُ عَاقَبَهُ - أَوْ قَالَ: عَذَّبَهُ - ثُمَّ
ارْتَفَعُوا
Buatlah permisalan
untuknya—permisalannya seperti seorang tuan yang membina istana, kemudian
membuat jamuan makan, setelah itu ia mengundang orang ramai untuk menghadiri jamuan
makan dan minumnya. Barangsiapa memenuhi undangannya maka dia makan dan minum
jamuan makanan dan minumannya, dan barangsiapa tidak memenuhi undangannya, maka
dia akan memberinya saksi, atau dia berkata: maka dia akan menyiksanya
وَاسْتَيْقَظَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ فَقَالَ: «سَمِعْتَ مَا
قَالَ هَؤُلَاءِ؟ وَهَلْ تَدْرِي مَنْ هَؤُلَاءِ» ؟ قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ
أَعْلَمُ
Rasulullah tersedar
dari tidur ketika itu. baginda pun bertanya: apakah kamu mendengar apa yang
mereka perkatakan? Apakah kamu tahu siapakah mereka itu? aku (ibn masud) jawab:
Allah dan RasulNya lebih mengetahui.
قَالَ: «هُمُ
المَلَائِكَةُ، فَتَدْرِي مَا المَثَلُ الَّذِي ضَرَبُوا» ؟ قُلْتُ: اللَّهُ
وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ
Nabi saw jawab: mereka
adalah Malaikat. Apakah kamu tahu, pemisalan apakah yang mereka lakukan? Aku
(ibn masud) jawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.
قَالَ: «المَثَلُ الَّذِي
ضَرَبُوا الرَّحْمَنُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى بَنَى الجَنَّةَ وَدَعَا إِلَيْهَا
عِبَادَهُ، فَمَنْ أَجَابَهُ دَخَلَ الجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يُجِبْهُ عَاقَبَهُ
أَوْ عَذَّبَهُ» - الترمذي, 2861[6]
Kata Nabi saw:
"Permisalan yang mereka buat adalah Allah telah membina syurga dan menyeru
hamba-hambaNya menuju ke syurga. Barangsiapa menyahut seruan-Nya, dia masuk
syurga dan barangsiapa tidak menjawabnya, Dia akan memberikan azab atau
menyiksanya"
PENJELASAN:
Dalam hadis riwayat al-Tarmizi ini, digambarkan
berlaku pertemuan nabi saw dengan jin di Madinah. Justeru, dakwaan hadis itu
Mansukh tidak tepat.
Dengan itu, hadis ini perlu ditakwilkan bahawa
ABDULLAH BIN MAS’UD ada bersama dengan Nabi saw ketika baginda bertemu dengan
Jin, tetapi semasa Nabi saw mengajar Jin, ia ditempat yang lain (Bazl:1/182)
BIOGRAFI PERAWI |
[6] MUSA BIN
ISMAIL (223H)
مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ
Nama guru Abu Daud ini
disebut untuk kali ke-8, iaitu dalam hadis ke-3, 10, 54, 56, 64, 65, 73 dan 85.
[5] WUHAIB BIN
KHALID BIN ‘AJLAN (107H-165H)
وُهَيْبٌ بن خالد بن عجلان
Dia dipanggil dengan
ABU BAKAR AL-NASRI AL-KARABISI. Dia adalah atba’ al-tabiin.
Menurut MUHAMMAD BIN SA’AD,
sebelum dia meninggal dunia, dia dipenjarakan dan matanya buta dalam penjara.
KOMENTAR POSITIF
(a)
ABU HATIM AL-RAZI kata, hampir tidak berjumpa
bahawa dia ambil hadis dari perawi doif. Selepas Syu’bah, tidak ada yang lebih
berkenaan rijal kecuali dia.
(b)
AL-IJLI kata, dia sabat siqah
(c)
IBN HIBBAN letak dalam senarai
AL-SIQAT dan kata, dia mutqin.
(d)
AL-ASQALANI kata, dia siqah
sabat tetapi ketika hampir sangat dengan kematian, hafalannya berubah.
(e)
SOLEH BIN AHMAD BIN HAMBAL
ambil dari bapanya, ليس به بأس
(f)
IBN MAIN kata, dia antara
guru-guru basrah yang paling sabat.
(g)
IBN MAHDI kata, dia orang yang
cukup tahu berkenaan ahli hadis dan rijalnya.
(h)
QUTAIBAH BIN SA’ID kata, para
huffaz hadis ini ada empat orang: (1) IBN ULAYYAH, (2) ABD AL-WARIS, (3)
WUHAIB, dan (4) YAZID BIN ZURAI’.
Dia adalah rijal al-Kutub
al-Sittah.
Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-85.
[4] DAUD BIN ABI HIND (137H)
دَاوُدَ بن ابي هند
Nama sebenarnya
bapanya adalah DINAR BIN ‘AZAFIR. Ada pihak kata, nama bapanya adalah TOHMAN
AL-BASRI.
Dia dipanggil dengan
ABU MUHAMMAD AL-KHURASANI AL-BASRI. Ada kata, ABU BAKAR.
Dia terkenal dengan
alim dalam bidang Tafsir dan hadis, serta bekerja sebagai tukang jahit.
Dia bukan sekadar
penduduk basrah, bahkan mufti yang menjadi rujukan hukum di basrah pada
zamannya.
Dia adalah seorang
tabiin. Dia pernah melihat ANAS BIN MALIK. Cukup seseorang itu dianggap tabiin,
hanya dia pernah melihat sahabat sahaja (tasawwut:2/615)
Menurut ABU HATIM AL-BASTI,
DAUD terkenal dengan warak dan kelebihan. Ramai orang menggelarkan dia Daud
al-Qari.
KOMENTAR POSITIF:
(a)
Dianggap SIQAH oleh
AL-IJLI, IBN MA’IN, ABU HATIM & AL-NASAIE (manhal:1/286)
(b)
WALIYUDDIN AL-IRAQI
kata, dia hafiz imam mutqin dan muttafaq alaih (Tawassut:2/615)
(c)
AL-SAURI kata, dia seorang huffaz dari kalangan
penduduk basrah (Manhal:1/286, Bazl:1/181)
(d)
YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah sabat (manhal:1/286)
(e)
IBN SA’AD kata, dia siqah dan
banyak riwayat hadis (manhal:1/286)
(f)
HAMMAD BIN ZAID kata,
aku tidak pernah jumpa ulama yang lebih faqih berbanding daud.
(g)
Kata anak Ahmad bin
Hanbal, iaitu ABDULLAH bahawa bapanya pernah sebut, DAUD adalah siqah 2x.
(Bazl:1/181)
(h)
YAZID BIN ZURAI’ kata,
DAUD adalah mufti penduduk Basrah.
KOMENTAR PERTENGAHAN
(i)
IBN HIBBAN kata, dia ada
riwayatkan hadis dari ANAS lima hadis tanpa dia dengar lima hadis itu dari
ANAS. Dia adalah penduduk basrah yang terpilih mutqin dalam periwayatan. Namun,
dia sering waham apabila dia riwayatkan hadis secara hafazan (manhal:1/286)
KOMENTAR NEGATIF:
(j)
Daripada AL-ASRAM
bahawa AHMAD kata, dia banyak idhtirab dan ikhtilaf (manhal:1/286)
Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari sekadar riwayat secara ta’liq dan istisyhad sahaja.
Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.
[3] ‘AMIR BIN
SYURAHIL BIN ABD (22H-104H)
عَامِرٍ بن شراحيل بن عبد
Tabiin ini lebih dikenali
dengan AL-IMAM AL-SYA’BI.
Ada pihak lain kata, nama
sebenarnya adalah ‘AMIR BIN ABDILLAH AL-HIMYARI AL-SYA’BI AL-KUFI. Ada pula
kata, BIN ABDILLAH BIN SYURAHIL AL-SYA’BI. Dia dipanggil dengan ABU AMRU
AL-KUFI. Dari bangsa HAMZAN (Iran).
Dia terkenal dengan kefaqihan
dan ilmu hadis.
Dia popular dengan
panggilan AL-IMAM AL-SYA’BI. Dia pernah kata, bahawa dia berjumpa dengan 500
orang sahabat dan dengar hadis dari 48 orang dari kalangan mereka
(manhal:1/286)
Dia dilahirkan di era
pemerintahan UMAR BIN AL-KHATTAB.
Ulama Tarikh khilaf berkenaan
Tarikh kelahirannya;
(a)
16 hijrah.
(b)
10 hijrah.
(c)
31 hijrah.
(d)
Khalifah bin Khayyat kata, dia
dilahirkan sama tahun dengan al-hasan al-basri, iaitu tahun 21 hijrah.
(e)
Al-Asmu’I kata, pada tahun 17
hijrah.
Dia dilahirkan di kufah dan
dibesarkan di situ. Selepas itu, dia tinggal di Madinah beberapa bulan kerana
lari dari AL-MUKHTAR AL-SAQAFI. (1H-67H) yang ketika itu adalah panglima perang
dalam usaha menuntut bela terhadap kematian saidina Husin.
Dia antara yang bersama ABDUL
RAHMAN AL-ASY’AS dalam sejarah perang DIR AL-JAMAJIM, iaitu perbantaian
AL-HAJJAJ terhadap kelompok yang memberontak melawan khilafah Umawiyyah.
Selepas di tangkap, dia dilepaskan dan diberikan kemaafan oleh AL-HAJJAJ.
Dia terkenal dalam bidang
Fiqh, hadis dan Tafsir serta bersyair. Dia banyak riwayatkan -kisah-kisah dari
kalangan ahli kitab yang memeluk islam yang disebut al-Israiliyat.
Banyak negara yang dia telah
jelajah demi mencari ilmu. Dia meninggal terkejut semasa di Kufah, dalam
sekitar tahun 103 hijrah sewaktu umur 82 tahun.
Antara nasihatnya yang
berharga:
(a)
Tidak seseorang itu buat
bid’ah kecuali penjelasannya ada dalam kitabullah.
(b)
Ada seseorang berkata: fulan
itu telah mati. Dia telah menjadi ahli akhirat. Al-Sya’bi pesan: jangan kamu
kata dia ahli akhirat, tetapi katakanlah bahawa dia ahli kubur.
KOMENTAR ULAMA:
(a)
Dianggap SIQAH oleh
IBN MA’IN, ABU ZUR’AH & ramai lagi (manhal:1/286)
(b)
SUFYAN BIN UYAYNAH berkata: orang hebat di
zaman masing-masing adalah IBN ABBAS, AL-SYA’BI DAN AL-SAURI. (Tawassut:2/616)
(c)
MAKHUL kata, aku tidak
nampak ada orang yang lebih faqih berbanding AL-SYA’BI. Perkataan hampir sama
disebut oleh ABU HUSOIN dan ABU MIJLAZ (Manhal:1/286)
(d)
IBN MA’IN kata, mana-mana
perawi yang diambil hadis oleh AL-SYA’BI, itu tandanya perawi itu siqah dan
boleh dibuat hujah.
(e)
AL-JILI kata, mursal
AL-SYA’BI adalah sahih (manhal:1/286)
(f)
AL-ZAHABI kata, dia
adalah Imam faqih mutqin sabat.
(g)
AL-ASQALANI kata, dia sabat faqih Fadhil.
(h)
IBN SIRIN kata, aku
sampai di kufah, aku dapati al-Sya’bi ada halakah ilmu yang ramai, walhal
ketika itu sahabat nabi masih ramai lagi.
(i)
AL-HAKIM kata, dia
tidak mendengar hadis dari ABDULLAH BIN MAS’UD, walaupun dia pernah melihat
sahabat nabi besar itu.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.
Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.
[2] ALQAMAH BIN
QAIS (28SH-62H)
عَلْقَمَةَ بن قيس
Nama penuhnya adalah
ALQAMAH BIN QAIS BIN ABDILLAH BIN MALIK BIN ALAQAMAH AL-NAKHAIE AL-KUFI. Dia
dipanggil ABU SYIBL.
Dia merupakan ahli
fiqh di Kufah, alim, ahli qari, ahli tafsir dan ahli hadis.
Dia dilahirkan pada
hayat hidup nabi, dan meriwayatkan hadis dari ramai sahabat termasuk khalifah
yang empat. (Manhal:1/286)
Dia tinggal di Kota al-Kufah
di Iraq dan melazimi ABDULLAH BIN MAS’UD dan belajar dari sahabat besar
tersebut.
Dalam al-Isabah, Ibn Hajar ada
menukilkan perkataan Abdullah bin Mas’ud yang berkata:
ما
أقرأ شيئًا ولا أعلمه إلا وعلقمة يقرؤه ويعلمه
Aku tidak membaca sesuatu, aku
tidak mengetahui sesuatu kecuali Alqamah membacanya dan mengetahuinya.
Pengetahuan dia terhadap fiqh
dan fatwa amat luas. Dianggap orang alim selepas Ali dan Ibn mas’ud sehingga
ada setengah sahabat bertanya fatwa darinya. (al-Zahabi, al-Siyar).
Dia meninggal di era
pemerintahan YAZID BIN MUAWIYAH ketika umurnya 90 tahun.
Dalam al-Siyar, AL-ZAHABI ada
bawakan riwayat bahawa sebelum dia meninggal dunia, dia ada memberi wasiat;
إذا
أنا حضرت فأجلسوا عندي من يلقنني: لا إله إلا الله، وأسرعوا بي إلى حفرتي، ولا
تنعوني إلى الناس، فإني أخاف أن يكون ذلك نعيًا كنعي الجاهلية
“Apabila aku dekat dengan
kematian, dudukkan orang yang yang mahu talkinkan aku dengan LA ILAHA ILLA
ALLAH. Segerakan hantar aku ke kubur untuk dikebumikan. Tidak perlu bagitahu
kepada orang ramai, sebab aku bimbang orang meratap sepertimana ratapan
jahiliyyah”
AL-SAHRANPURI kata, AL-ASWAD
dan ABDUL RAHMAN (bapa saudara kepada IBRAHIM AL-NAKHAIE) yang kedua-dua ini
adalah anak kepada YAZID BIN QAIS; kedua-dua ini adalah anak saudara kepada
ALQAMAH. Yazid adalah ABANG kepada ALQAMAH (Bazl:1/182)
KOMENTAR POSITIF:
(a)
Dianggap SIQAH oleh
IBN MA’IN dan AHMAD. Cuma, Ahmad tambah lagi: dia siqah dan dia dari kalangan
ahli kebaikan (manhal:1/286)
(b)
WALIYUDDIN AL-IRAQI
kata, ulama sepakat kehebatan, ketekunan dan kemuliaannya dari sudut ilmu dan
amalan agama. (Tawassut:2/616)
(c)
ABDULLAH BIN MAS’UD
ada berkata, aku tidak membaca dan tidak tahu kecuali perkara itu sudah dibaca
dan diketahui oleh ALQAMAH (Tawassut:2/616)
(d)
IBRAHIM AL-NAKHAIE
kata, dalam kalangan murid ABDULLAH BIN MAS’UD yang mereka membaca al-Quran dan
tahu pasal Sunnah adalah ALQAMAH.
(e)
AL-ZAHABI kata, dia
al-imam al-hafiz amat baik dan seorang mujtahid besar.
Dia
adalah rijal Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan al-nasaie. Hanya ibn Majah
sahaja tidak riwayatkan hadis.
Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.
[1] ABDULLAH BIN
MAS’UD (31SH-32H)
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ
Nama sahabat ini sudah
disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-39, 84 dan
85.
[1]
SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى عَنْ دَاوُدَ، عَنْ عَامِرٍ،
قَالَ
[2]
SANAD:
حَدَّثَنَا يَحْيَى
بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، عَنْ خَالِدٍ، عَنْ أَبِي
مَعْشَرٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَلْقَمَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ قَالَ
[3]
SANAD:
حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي
دَاوُدَ، قَالَ: ثنا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، قَالَ: ثنا غُنْدَرٌ، عَنْ
شُعْبَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ، قَالَ:
[4]
SANAD:
نا ابْنُ مَنِيعٍ , نا
عَلِيُّ بْنُ الْجَعْدِ , أنا شُعْبَةُ , عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ , قَالَ:
قُلْتُ لِأَبِي عُبَيْدَةَ: حَضَرَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ لَيْلَةَ
الْجِنِّ؟ قَالَ: «لَا»
[5]
SANAD:
حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ،
حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ ابْنِ إِسْحَاقَ ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو عُمَيْسٍ
عُتْبَةُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ، عَنْ
أَبِي فَزَارَةَ، عَنْ أَبِي زَيْدٍ، مَوْلَى عَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ
الْمَخْزُومِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ
-
إسناده ضعيف لجهالة أبي زيد مولى عمرو بن حريث المخزومي
[6]
SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ
مَيْمُونٍ، عَنْ أَبِي تَمِيمَةَ الهُجَيْمِيِّ، عَنْ أَبِي عُثْمَانَ، عَنْ ابْنِ
مَسْعُودٍ، قَالَ
No comments:
Post a Comment