BAB 40 |
بَابُ
النَّهْيِ عَنْ ذَلِكَ
LARANGAN DARI ITU (IAITU DARI BERWUDUK DENGAN LEBIHAN
AIR BERSUCI PEREMPUAN)
HADIS 81 |
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ح وَحَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ قَالَ: لَقِيتُ رَجُلًا صَحِبَ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعَ سِنِينَ، كَمَا صَحِبَهُ
أَبُو هُرَيْرَةَ،
Aku berjumpa dengan seseorang lelaki yang bersahabat
dengan nabi selama empat tahun sepertimana Abu Hurairah bersahabat dengan
baginda;
قَالَ: «نَهَى
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَغْتَسِلَ الْمَرْأَةُ
بِفَضْلِ الرَّجُلِ، أَوْ يَغْتَسِلَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ الْمَرْأَةِ»
Dia berkata: Rasulullah saw melarang perempuan mandi
dengan air sisa (lebihan) lelaki dan melarang lelaki mandi dengan air sisa
(lebihan) perempuan.
زَادَ مُسَدَّدٌ:
«وَلْيَغْتَرِفَا جَمِيعًا»
Musaddad menambah: Dan semestinya bersama-sama
mencedok air (ketika mandi)
PERBAHASAN SANAD |
[1] SAHIH (SYAZ)
(a)
Dianggap sahih oleh ALBANI dan ARNAUT
(b)
Mereka berdua
kata, sanad hadis ini dianggap sahih oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Bulugh
al-Maram.
(c)
Hadis ini bercanggah dengan hadis ke-77, 78, 79 dan 80.
(d)
Sanad hadis Aisyah (hadis ke-77) lebih baik berbanding
sanad hadis bab.
[2] SYAZ
Andai hadis ini sahih, maka ia syaz, sedangkan hadis
Aisyah mandi bersama dengan nabi saw adalah mahfuz. (Tawassut:2/559)
Bertambah mahfuz lagi hadis Aisyah itu, apabila Abu
Daud bawakan SYAWAHID berikut;
(a)
UMMU SUBAYYAH
(hadis ke-78),
(b)
ABDULLAH
BIN UMAR (hadis ke-79 dan 80)
[3] PANDANGAN WALIYUDDIN AL-IRAQI
(a)
Tafarrud pada Daud bin Abdullah.
(b)
Al-Bukhari tidak berhujah dengan Daud bin Abdillah.
(c)
Al-Baihaqi kata, Humaid bin Abdillah al-Himyari ambil
dari sahabat adalah MUNQATI’. (Tawassut:2/559)
PENJELASAN MATAN |
[1] Sahabat Nabi yang dikatakan bersahabat dengan nabi selama 4
tahun sepertimana Abu Hurairah ini, tidak diketahui siapa Namanya yang sebenar.
Namun begitu, ada ulama kata sahabat itu adalah;
(a)
al-Hakam bin Amru, iaitu merujuk kepada hadis ke-82
akan datang (dan: Ibn majah, hadis ke-373)
عَنْ أَبِي
حَاجِبٍ، عَنِ الْحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «نَهَى أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ وَضُوءِ
الْمَرْأَةِ» - ابن ماجة, 373[1]
(b)
Abdullah bin Sarjas, iaitu merujuk kepada hadis
riwayat Ibn Majah (374)
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، أَنْ يَغْتَسِلَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ وَضُوءِ الْمَرْأَةِ،
وَالْمَرْأَةُ بِفَضْلِ الرَّجُلِ، وَلَكِنْ يَشْرَعَانِ جَمِيعًا» – ابن ماجة, 374[2]
(c)
Abdullah bin Mughaffal. Hal ini melihat kepada hadis ke-28 yang lalu dalam tajuk بَابٌ
فِي الْبَوْلِ فِي الْمُسْتَحَمِّ—bab berkenaan kencing dalam bilik mandi;
عَنْ حُمَيْدٍ
الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ: لَقِيتُ رَجُلًا صَحِبَ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ،
قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَمْتَشِطَ
أَحَدُنَا كُلَّ يَوْمٍ، أَوْ يَبُولَ فِي مُغْتَسَلِهِ» - ابو داود, 28[3]
Semua dakwaan ini tidak mempunyai bukti yang
meyakinkan. Ia tidak lebih sekadar asumsi dan tanggapan sahaja.
Walaubagaimana pun, dalam ahl al-Sunnah wa al-Jamaah
anggap, mubham pada sahabat tidak mencacatkan status hadis. Hal ini kerana,
semua sahabat adalah adil. (Manhal:1/272)
[2] hadis ini menyatakan bahawa Nabi saw melarang perempuan mandi dari air tersisa dari mandian lelaki.
Demikian juga, melarang lelaki mandi dari air lebihan dari mandian perempuan.
Menurut KHITAB AL-SUBKI, larangan dalam hadis ini adalah larangan makruh
tanzih. Kesimpulan dibuat begini kerana digandingkan dengan hadis ke-68 yang
lalu, iaitu nabi berkata: air tidak berjunub;
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ، قَالَ: اغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فِي جَفْنَةٍ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لِيَتَوَضَّأَ مِنْهَا أَوْ يَغْتَسِلَ، فَقَالَتْ: لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ،
إِنِّي كُنْتُ جُنُبًا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«إِنَّ الْمَاءَ لَا يُجْنِبُ»
[3] Walaupun matan hadis ini menyebut berkenaan mandi, ia
termasuk juga hukum berwuduk dan bertayammum. (Ruslan:1/581)
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke-79 menyebut bahawa air yang sesame suami –
isteri mandi, ia tidak najis. Ini sama dengan hadis ke-68 yang menyebut
berkenaan Nabi saw berwuduk dari air lebihan mandi isteri baginda dan menyebut
bahawa air tidak berjunub:
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ، قَالَ: اغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فِي جَفْنَةٍ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لِيَتَوَضَّأَ مِنْهَا أَوْ يَغْتَسِلَ، فَقَالَتْ: لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ،
إِنِّي كُنْتُ جُنُبًا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«إِنَّ الْمَاءَ لَا يُجْنِبُ»
Hadis
ke-81 pula, memberikan gambaran sebaliknya; iaitu air yang telah digunakan oleh
perempuan, tidak boleh digunakan oleh lelaki.
Hadis
ke-81 ini, walaupun dianggap sahih oleh IBN HAJAR AL-ASQALANI dalam BULUGH
AL-MARAM, tetapi ia SYAZ kerana:
(a)
Hadis
yang mengatakan air yang digunakan lelaki dan perempuan lebih sahih kerana
banyak syawahid.
a.
IBN
ABBAS—Nabi kata: air tidak berjunub. (Abu Daud, hadis no: 68)
b.
MAIMUNAH
yang mandi bersama nabi saw. (Ahmad, hadis no: 26801)
c.
AISYAH
yang mandi bersama dengan nabi (Abu Daud, hadis ke-77)
d.
UMMU
SUBAYYAH berwuduk bersama dengan nabi. (Abu Daud, hadis ke-78)
e.
IBN
UMAR kata, lelaki dan perempuan berwuduk dari bekas air yang sama pada zaman
nabi. (Abu Daud, hadis ke-79 dan 80)
(b)
Hadis
ini dari sahabat yang mubham.
PENGAJARAN |
[1] PENDAPAT ULAMA FIQH
(A)
SYAFIE
Andai hadis ini sahih, ia adalah dalil bahawa air
musta’mal tidak boleh digunakan. (Tawassut:1/559)
(B)
PANDANGAN
AHMAD
Hadis
ini hujah Ahmad untuk menyatakan bahawa orang lelaki tidak boleh guna air
lebihan wuduk Wanita dan begitujuga sebaliknya. (Ruslan:1/580)
Dalam
kalangan sahabat, antara yang berpendapat sebegini adalah IBN UMAR. Dalam
kalangan ulama salaf adalah ABDULLAH BIN SARJAS, AL-HASAN dan GHUNAIM BIN QAIS.
(Ruslan:1/581)
(C)
PENDAPAT SELAIN
HANBALI
Hadis ini sebagai larangan makruh, bukan bermakna air
itu bernajis dan tidak boleh digunakan. (Ruslan:1/583) dan ini juga pendapat
al-Khattabi. (Tawassut:1/559)
(D)
AL-BAGHAWI, AL-KHATTABI DAN IBNUL ARABI
Hadis ini Mansukh dengan hadis Nabi mandi bersama-sama
dengan Aisyah, Maimunah dan Ummu Salamah.
Hal ini kerana, Maimunah kahwin dengan nabi pada tahun
7 hijrah, dan ia adalah isteri yang terakhir nabi kahwini.
[2] LEBIHAN
AIR DALAM SIMPANAN ORANG KAFIR
(A)
PENDAPAT AHMAD DAN ISHAQ
Hadis ini ditakwil bahawa yang dimaksudkan larangan
itu adalah tidak boleh guna air, atau apa-apa pun yang telah digunakan oleh
orang kafir. (Tasawwut:2/549)
(B)
PENDAPAT
AL-BUKHARI
Hukum air lebihan manusia, tidak kira muslim atau
kafir, ia boleh digunakan.
Hujah beliau:
(a)
Umar berwuduk dengan air dari rumah seorang perempuan
Nasrani. (Bukhari:1/50)
(b)
Dalam al-Umm, al-Syafie bawakan riwayat yang sama.
(Umm:1/21)
(C)
PENDAPAT AL-NAWAWI
Makruh guna air, bekas, pakaian yang telah digunakan
oleh ahli Kitab dan selain mereka; ataupun terhadap kalangan sesiapa yang
terbiasa dengan najis. (Tasawwut:2/549)
Hal
ini kerana, kebimbangan bahawa orang kafir yang terbiasa dengan najis seperti memegang
anjing atau babi, lalu mereka mencelup tangan mereka dalam air.
[3] AIR
MUSTA’MAL TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
PERTAMA: SYAFIE JADID
Hadis ini dalil al-Syafie Jadid bahawa air musta’mal
tidak boleh digunakan.
Adapun hadis sebelum ini (76) adalah mandi biasa,
bukan mandi wajib. Namun hadis ini pula, ada kaitan dengan mandi wajib yang
sudah memulai berniat. (al-Ma’alim:1/42)
KEDUA: MAJORITI
Larangan dalam hadis bukan air itu tidak boleh
digunakan, tetapi larangan di sini adalah dari sudut afdhal sahaja.
(al-Ma’alim:1/42)
BIOGRAFI PERAWI |
[5] AHMAD BIN ABDILLAH BIN YUNUS AL-YARBU’IE
(132H-227H)
أَحْمَدُ بْنُ
يُونُسَ
Guru Abu Daud ini sudah disebut namanya untuk kali
ke-3, iaitu pada hadis ke-69, 71 dan 81.
[4] ZUHAIR BIN MUAWIYYAH (95H-174H)
زُهَيْرٌ بن معاوية
Nama perawi ini sudah
dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-28 dan 81.
[3]
DAUD BIN ABDULLAH AL-UDI
دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
Nama perawi ini sudah disebut dalam Sunan Abi Daud
untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-28 dan 81.
ح
[5] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-208H)
مُسَدَّدٌ بن مسرهد
Guru Abu Daud ini
sudah disebut dalam kitab ini untuk kali ke-15, iaitu hadis ke-2, 4, 7, 9, 22,
23, 49, 62, 68, 72, 77, 79, 80 dan 81.
[4] ABU ‘AWANAH (176H)
أَبُو عَوَانَةَ
Nama
perawi ini disebut dalam sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-23 dan
81.
[3] DAUD BIN ABDULLAH AL-UDI
دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ
اللَّهِ
Lihat di atas
[2] HUMAID BIN ABD AL-RAHMAN AL-HIMYARI (91H)
حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ
Nama
parawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-28 dan
81.
[1] SAHABAT MUBHAM
[1] SANAD:
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ: حَدَّثَنَا
شُعْبَةُ، عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ، عَنْ أَبِي حَاجِبٍ، عَنِ الْحَكَمِ بْنِ
عَمْرٍو،
[2] SANAD:
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَ: حَدَّثَنَا الْمُعَلَّى بْنُ أَسَدٍ قَالَ:
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ الْمُخْتَارِ قَالَ: حَدَّثَنَا عَاصِمٌ
الْأَحْوَلُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ، قَالَ| قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ بْنُ مَاجَةَ: الصَّحِيحُ
هُوَ الْأَوَّلُ وَالثَّانِي وَهْمٌ. قَالَ أَبُو الْحَسَنِ بْنُ سَلَمَةَ،
حَدَّثَنَا أَبُو حَاتِمٍ وَأَبُو عُثْمَانَ الْمُحَارِبِيُّ قَالَا: حَدَّثَنَا
الْمُعَلَّى بْنُ أَسَدٍ نَحْوَهُ | [حكم الألباني] صحيح
[3] SANAD:
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ،
عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ،