Friday, August 19, 2022

HADIS 73 (IKTIBAR HADIS 71)

 

HADIS 73 (IKTIBAR HADIS 71)

 

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ سِيرِينَ  حَدَّثَهُ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي الْإِنَاءِ، فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ، السَّابِعَةُ بِالتُّرَابِ»

Nabi saw bersabda: Apabila anjing jilat dalam bekas (air), maka hendaklah kamu basuh bekas itu tujuh kali. Yang ketujuhnya adalah dengan tanah.

 

 قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَأَمَّا أَبُو صَالِحٍ وَأَبُو رَزِينٍ وَالْأَعْرَجُ، وَثَابِتٌ الْأَحْنَفُ وَهَمَّامُ بْنُ مُنَبِّهٍ وَأَبُو السُّدِّيِّ عَبْدُ الرَّحْمَنِ رَوَوْهُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَلَمْ يَذْكُرُوا التُّرَابَ

 

Status: sahih (syaz)

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANADNYA SAHIH

a.                  Disepakati sahih oleh ARNAUT dan ALBANI

b.                  Sanad hadis ini ikut syarat bukhari dan muslim.

c.                   Al-Daraqutni kata hadis ini sahih.

d.                  Penambahan السابعة بالتراب adalah syaz. Yang paling rajih adalah اولاهن بالتراب

 

[2] KOMEN ABU DAUD

 

Abu Daud juga menyatakan bahawa sanad hadis ini, jika dilihat yang ambil dari ABU HURAIRAH, didapati bukan MUHAMMAD BIN SIRIN sahaja, tetapi terdapat 6 lagi perawi yang ambil dari ABU HURAIRAH, iaitu (1) ABU SOLEH, (2) ABU RAZIN, (3) AL-‘ARAJ, (4) SABIT AL-AHNAF, (5) HAMMAM BIN MUNABBIH, dan (6) ABU AL-SUDDIY ABDUL RAHMAN.

 

Dalam riwayat enam perawi ini, didapati tidak disebut التراب, tetapi sekadar menyebut;

 

إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي الْإِنَاءِ، فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ، السَّابِعَةُ

 

[3] KENAPA SYAZ?

 

Hadis ini sebagai iktibar atau bandingan kepada hadis ke-71. Walaupun ia sahih sanad, tetapi ia syaz dengan hadis ke-71. Dianggap syaz kerana:

 

(a)                Dalam sanad hadis ke-71, semua perawinya adalah kuat yang tidak mendapat sebarang tajrih yang ketara. Hanya kritikan kecil pada Hisham Bin Hasan yang Ahmad dan Ibn Main anggap dia la Ba’sa bih; dan Abu hatim anggap dia soduq. Kritikan ini tidak mencacatkan kesiqahan Hisham kerana:

a.      Mereka letak dia masih dalam ketagori siqah lagi.

b.      Mereka masih letak dia dalam kerangka perawi adil, tetapi hanya diletakkan dia di peringkat pertengahan sahaja

(b)               Pada sanad hadis ke-73 ini pula, walaupun sahih, tetapi ada beberapa kekurangan seperti berikut;

a.      Walaupun rijal Muslim, tetapi ABAN seorang ahli bid’ah, iaitu penganut QADARIYYAH. Tambahan pula, Ibn al-Jawzi letak dia dalam senarai al-Du’afa’.

b.      Walaupun dia rijal al-Kutub al-Sittah, tetapi QATADAH mendapat kritikan berat oleh IBN HAJAR, AL-ZAHABI dan ABU HATIM yang anggap dia seorang mudallis. Tambahan pula, dalam hadis ini dia riwayatkan secara عنعنة

 

PENJELASAN MATAN

 

Pada perkataan السَّابِعَةُ بِالتُّرَابِ dianggap SYAZ. Yang mahfuz adalah perkataan الأولي بالتراب oleh kitab al-Aun.  (Aun:1/48)

 

Menurut ARNAUT pula, yang rajih adalah  أُولَاهُنَّ بِتُرَابٍ (hadis ke-71). Hal yang sama ditegaskan oleh IBN HAJAR AL-ASQALANI dalam FATH AL-BARI. Apatah lagi, jika air tanah itu diakhir, ia akan menjadikan perlu kepada basuhan selepas dari itu pula. (Arnaut:1/55)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-71, dijelaskan salah satu basuhan itu adalah dengan tanah.

 

Hadis ke-73 ini, dijelaskan bahawa basuhan itu berlaku pada kali KETUJUH.

 

PENGAJARAN

 

Pengajaran hadis ini sama dengan hadis ke-71. Lihat di sana

 

BIOGRAFI PERAWI

 

 

[5] MUSA BIN ISMAIL (223H)

مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ

 

Nama perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-7, iaitu dalam hadis ke-3, 10, 54, 56, 64, 65 dan 73.

 

[4] ABAN BIN YAZID AL-‘ATTAR (160H)

ابان بن يزيد العطار

 

Dia dipanggil dengan ABU YAZID AL-BASRI. Dia adalah rijal Muslim dan Abu Daud.

 

Ahmad kata, dia sabat pada riwayat para gurunya. Dia dianggap siqah oleh Yahya bin Main, Ahmad al-Ijli dan al-Nasaie. Al-Ijli menambah bahawa dia penganut qadariyyah tetapi dia tidak kempen aqidahnya itu. Ibn al-Jawzi menyebut namanya dalam al-Du’afa’.

 

[3] QATADAH BIN DI’AMAH (61H-117H)

 قَتَادَةُ بن دعامة

 

Nama perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali-5, iaitu dalam hadis ke-6, 17, 29, 59 dan 73.

 

[2] MUHAMMAD BIN SIRIN (33H-110H)

 مُحَمَّدَ بْنَ سِيرِينَ

 

Nama perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali-4, iaitu dalam hadis ke-69, 71, 72 dan 73.

 

[2] ABU SOLEH ZAKWAN BIN SIMAN (101H)

أَبُو صَالِحٍ ذكوان بن سمان

 

Namanya disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3, iaitu dalam hadis ke-8, 44 dan 73.

 

[2] ABU RAZIN MAS’UD BIN MALIK AL-KUFI AL-ASADI (85H)

 أَبُو رَزِينٍ مسعود بن مالك الكوفي الأسدي

 

Ada orang kata, dia meninggal tahun 91 Hijrah. Namun, pendapat yang paling popular kata, dia meninggal tahun 85 Hijrah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari tidak meriwayatkan hadisnya.

 

Dia dianggap siqah oleh Abu Zur’ah, al-Ijli dan disenaraikan oleh Ibn Hibban dalam al-Siqat. Kata Abu Hatim, menurut ceritanya dia terlibat dalam perang Siffin dan berpihak kepada Saidina Ali.Imam Bukhari riwayatkan hadisnya secara ta’liq dan dalam al-Adab al-Mufrad sahaja.

 

[2] ABDUL RAHMAN BIN HURMUZ AL-A’RAJ (117H)

 عبدالرحمن بن هرمز الهاشمي الْأَعْرَجُ

 

Perawi ini disebut Namanya dalam Sunan Abu Daud untuk kali-2, iaitu dalam hadis ke-46 dan 73.

 

[2] SABIT AL-AHNAF

 ثَابِتٌ الْأَحْنَفُ

 

Nama sebenarnya adalah SABIT BIN IYYADH AL-QURASHI AL-‘ADAWI. Dia adalah Tabiin yang sempat berjumpa dengan Ibn Umar, Ibn Amru, Ibn Zubair dan Abu Hurairah.

 

Abu hatim kata, la ba’sa bih; dianggap siqah oleh al-Nasaie dan disenaraikan Ibn Hibban dalam al-Siqat.

 

[2] HAMMAM BIN MUNABBIH (132H)

 هَمَّامُ بْنُ مُنَبِّهٍ

 

Nama perawi ini sudah disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali-2, iaitu pada hadis ke-60 dan 73.

 

[2] ABU AL-SUDDIY ABDUL RAHMAN BIN NAHSYAL

أَبُو السُّدِّيِّ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بن نهشل

 

Ada kata, nama bapanya adalah ABI KARIM. Dia dipanggil dengan ABU ISMAIL, kerana anaknya bernama ISMAIL. Dia tinggal di Asbahan.

 

Al-‘Uqaili kata, dia majhul yang tidak ada mutaba-ah. Ibn Hajar kata, dia majhul al-Hal. Di tempat lain, Ibn Hajar kata, dia Majhul al-Ain.  Namun, Ibn Hibban anggap dia siqah.

 

[1] ABU HURAIRAH (21SH-59H)

  أَبو هُرَيْرَةَ

 

Nama sahabat ini disebut dalam Sunan Abu Daud untuk kali ke-14, iaitu dalam hadis ke-8, 25, 28, 35, 44, 45, 46, 54, 70, 72 dan 73.

 

 

Saturday, August 13, 2022

HADIS 72

 

HADIS 72

 

ح حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ يَعْنِي ابْنَ سُلَيْمَانَ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ  حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ،  جَمِيعًا عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ بِمَعْنَاهُ، وَلَمْ يَرْفَعَاهُ وَزَادَ: «وَإِذَا وَلَغَ الْهِرُّ غُسِلَ مَرَّة»

Daripada Abu Hurairah dengan makna hadis (sama seperti matan hadis-71) tanpa kedua-duanya (al-Mu’tamir dan Hammad) memarfu’kan hadis ini, dan dia (abu Hurairah) menambah: apabila kucing jilat, maka dibasuh sekali”

 

Status: sahih

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Hadis ini MAWQUF, iaitu membasuh jilatan kucing itu adalah pendapat Abu Hurairah, bukan perkataan Nabi saw.

 

[2] Dalam matan hadis digunakan lafaz الْهِرُّ yang bermaksud kucing jantan. Kata jamaknya الهررة. Kalau kucing betina, lafaznya adalah هرة dan jamaknya هرر

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-71, menyebut berkenaan basuh jilatan anjing dengan tujuh kali basuh. Salah satunya adalah air tanah.

 

Hadis ke-72 pula, dijelaskan berkenaan basuh jilatan KUCING.

 

PENGAJARAN

 

JILATAN KUCING NAJIS ATAU TIDAK?

 

HANAFI mengatakan, sisa jilatan kucing adalah najis. Andai air liurnya najis, maka susunya juga adalah najis. (al-Manhal:1/259)

 

Perbahasan berkenaan sisa jilatan kucing akan diperbahaskan dalam hadis ke-75

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-208H)

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ بن مسرهد

 

Namanya disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-11, iaitu hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68, 70 dan 72.

 

[4] AL-MU’TAMIR BIN SULAIMAN BIN TURKHON AL-TAIMIY AL-BASARI (106H-187H)

 الْمُعْتَمِرُ ابْنَ سُلَيْمَانَ بن طرخان التيمي البصري

 

Dia dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-BASRI.

 

Dianggap siqah oleh Ibn Sa’ad, Abu Hatim, Ibn Ma’in dan al-Ijli.

 

Ibn Kharrasy kata, dia soduq yang buat silap, iaitu apabila dia bercerita dengan hafalannya. Namun, jika dia bercerita secara berkitab, maka dia siqah. Dengan sebab itu, Yahya bin Sa’id al-Qattan kata, dia buruk hafalan.

 

Ulama Basrah ini adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta perawi siqah.

 

[5] MUHAMMAD BIN UBAID BIN HASSAN AL-GHUBARI AL-BASRI (238H)

 مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ بن حساب الغبري البصري

 

Dia adalah Guru Muslim dan Abu Daud, dan rijal al-Nasaie.

 

Al-Nasaie kata dia siqah, Abu Daud kata dia hujah, Abu hatim kata dia soduq.

 

[4] HAMMAD BIN ZAID BIN DIRHAM (98H-179H)

  حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ بن درهم

 

Nama ini disebut untuk kali ke-4, iaitu hadis ke-4, 49, 65 dan 72.

 

[3] AYUB BIN TAMIMAH KAISAN AL-SUKHTIYANI (68H-131H)

أَيُّوبُ ابن ابي تميمة كيسان السختياني

 

Nama ini disebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-71 dan 72.

 

[2] MUHAMMAD BIN SIRIN (33H-110H)

مُحَمَّدٍ بن سيرين

 

Disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3. Iaitu, hadis ke-69, 71 (2X) dan 72.

 

 

[1] ABU HURAIRAH (21SH-59)

أَبو هُرَيْرَةَ

 

nama ini disebut untuk kali ke-13, iaitu hadis ke-8, 25, 28, 35, 44, 45, 46, 54, 70 dan 72.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] Imam Abu Daud mulakan sanad hadis ini dengan ح kerana, sanad hadis ini ada tiga jalur;

 

(a)                Sanad hadis ke-71.

(b)               Abu Daud ambil dari Musaddad, daripada al-mu’tamir bin Sulaiman.

(c)                Abu Daud ambil dari Muhammad bin Ubaid, daripada Hammad bin Zaid.

 

Sanad (b) dan (c) bermuarakan dari AYUB AL-SUKHTIYANI, sedangkan sanad (a) tempat AYUB adalah HISHAM BIN HASSAN.

 

[2] Dalam hadis ke-71 diriwayatkan secara MARFU’, sedangkan hadis ke-72 ini ini secara MAWQUF.

 

Justeru, Kalau ada dalam sanad marfu’, penambahan ini adalah MUDRAJ, iaitu ia adalah perkataan ABU HURAIRAH, bukan perkataan NABI.

 

Contohnya:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «طَهُورُ الْإِنَاءِ إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِيهِ , يُغْسَلُ سَبْعَ مَرَّاتٍ الْأُولَى بِالتُّرَابِ , وَالْهِرَّةُ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ» . قُرَّةُ يَشُكُّ , هَذَا صَحِيحٌ – الدرقطنبي, 186[1]

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " طَهُورُ الْإِنَاءِ إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِيهِ أَنْ يُغْسَلَ سَبْعَ مَرَّاتٍ، الْأُولَى بِالتُّرَابِ، وَالْهِرَّةُ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ – السنن الكبري, البيهقي, 1168[2]

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ - أَوْ أُخْرَاهُنَّ - بِالتُّرَابِ" وَالسِّنَّوْرُ مَرَّةً - السنن الكبري, البيهقي, 1172[3]

 

[2] SANADNYA SAHIH

a.                  Disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.

b.                  Hadis ini mawquf.

c.                   Hadis Abu Hurairah berkenaan basuh jilatan anjing, itu marfu’. Adapun basuh jilatan kucing adalah MAWQUF.

d.                  Kata ALBANI, sanad hadis ini ikut syarat Bukhari dan Muslim.

e.                  Disahihkan oleh Tarmizi, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Zahabi dan al-Tahawi.

f.                    Ada riwayat marfu’ dari sanad AYUB. Tetapi, al-Baihaqi kata, suruh basuh jilatan kucing adalah Mudraj.

 

 



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ النَّيْسَابُورِيُّ , نا بَكَّارُ بْنُ قُتَيْبَةَ , وَحَمَّادُ بْنُ الْحَسَنِ , قَالَا: نا أَبُو عَاصِمٍ , نا قُرَّةُ بْنُ خَالِدٍ , نا مُحَمَّدُ بْنُ سِيرِينَ ,عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

[2] SANAD:

وَأَمَّا الَّذِي أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللهِ الْحَافِظُ، وَأَبُو بَكْرٍ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْحَارِثِ الْفَقِيهُ، قَالَ أَبُو عَبْدِ اللهِ: حَدَّثَنِي وَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: أنبأ أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنُ عُمَرَ الْحَافِظُ، ثنا أَبُو بَكْرٍ عَبْدُ اللهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَادٍ الْفَقِيهُ، ثنا بَكَّارُ بْنُ قُتَيْبَةَ، وَحَمَّادُ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ عَنْبَسَةَ، قَالَا: ثنا أَبُو عَاصِمٍ، ثنا قُرَّةُ بْنُ خَالِدٍ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،

 

[3] SANAD:

أَخْبَرَنَاهُ أَبُو بَكْرِ بْنُ الْحَسَنِ، وَأَبُو سَعِيدِ بْنُ أَبِي عَمْرٍو قَالَا: ثنا أَبُو الْعَبَّاسِ الْأَصَمُّ، ح. وَأَخْبَرَنَا أَبُو زَكَرِيَّا بْنُ أَبِي إِسْحَاقَ بِنَيْسَابُورَ وَأَبُو الْقَاسِمِ طَلْحَةُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ الصَّقْرِ بِبَغْدَادَ قَالَا: ثنا أَبُو الْحَسَنِ أَحْمَدُ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ يَحْيَى الْآدَمِيُّ قَالَا: ثنا عَبَّاسُ بْنُ مُحَمَّدٍ الدُّورِيُّ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ عُمَرَ الْقَصَبِيُّ، ثنا عَبْدُ الْوَارِثِ، ثنا أَيُّوبُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،

--وَرَوَاهُ أَيْضًا جَعْفَرُ بْنُ وَاقِدٍ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا مُدْرَجًا فِي الْحَدِيثِ وَرِوَايَةُ الْجَمَاعَةِ أَوْلَى، وَرَوَاهُ هِشَامُ بْنُ حَسَّانَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فِي سُؤْرِ الْهِرِّ يُهَرَاقُ وَيُغْسَلُ الْإِنَاءُ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ