HADIS 73 (IKTIBAR HADIS 71) |
حَدَّثَنَا
مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ أَنَّ
مُحَمَّدَ بْنَ سِيرِينَ حَدَّثَهُ، عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي الْإِنَاءِ،
فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ، السَّابِعَةُ بِالتُّرَابِ»
Nabi saw bersabda: Apabila anjing jilat dalam bekas
(air), maka hendaklah kamu basuh bekas itu tujuh kali. Yang ketujuhnya adalah
dengan tanah.
قَالَ أَبُو دَاوُدَ:
وَأَمَّا أَبُو صَالِحٍ وَأَبُو رَزِينٍ وَالْأَعْرَجُ، وَثَابِتٌ الْأَحْنَفُ وَهَمَّامُ بْنُ مُنَبِّهٍ وَأَبُو السُّدِّيِّ عَبْدُ الرَّحْمَنِ رَوَوْهُ عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ، وَلَمْ يَذْكُرُوا التُّرَابَ
Status: sahih (syaz)
PERBAHASAN
SANAD |
[1] SANADNYA SAHIH
a.
Disepakati sahih oleh ARNAUT dan ALBANI
b.
Sanad hadis ini ikut syarat bukhari dan muslim.
c.
Al-Daraqutni kata hadis ini sahih.
d.
Penambahan السابعة بالتراب adalah syaz. Yang paling
rajih adalah اولاهن بالتراب
[2] KOMEN ABU DAUD
Abu
Daud juga menyatakan bahawa sanad hadis ini, jika dilihat yang ambil dari ABU
HURAIRAH, didapati bukan MUHAMMAD BIN SIRIN sahaja, tetapi terdapat 6 lagi
perawi yang ambil dari ABU HURAIRAH, iaitu (1) ABU SOLEH, (2) ABU RAZIN, (3)
AL-‘ARAJ, (4) SABIT AL-AHNAF, (5) HAMMAM BIN MUNABBIH, dan (6) ABU AL-SUDDIY
ABDUL RAHMAN.
Dalam
riwayat enam perawi ini, didapati tidak disebut التراب, tetapi sekadar menyebut;
إِذَا وَلَغَ
الْكَلْبُ فِي الْإِنَاءِ، فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ، السَّابِعَةُ
[3] KENAPA
SYAZ?
Hadis ini sebagai iktibar atau bandingan kepada hadis
ke-71. Walaupun ia sahih sanad, tetapi ia syaz dengan hadis ke-71. Dianggap
syaz kerana:
(a)
Dalam sanad hadis ke-71, semua perawinya adalah kuat
yang tidak mendapat sebarang tajrih yang ketara. Hanya kritikan kecil pada
Hisham Bin Hasan yang Ahmad dan Ibn Main anggap dia la Ba’sa bih; dan Abu hatim
anggap dia soduq. Kritikan ini tidak mencacatkan kesiqahan Hisham kerana:
a.
Mereka letak dia masih dalam ketagori siqah lagi.
b.
Mereka masih letak dia dalam kerangka perawi adil,
tetapi hanya diletakkan dia di peringkat pertengahan sahaja
(b)
Pada sanad hadis ke-73 ini pula, walaupun sahih,
tetapi ada beberapa kekurangan seperti berikut;
a.
Walaupun rijal Muslim, tetapi ABAN seorang ahli
bid’ah, iaitu penganut QADARIYYAH. Tambahan pula, Ibn al-Jawzi letak dia dalam
senarai al-Du’afa’.
b.
Walaupun dia rijal al-Kutub al-Sittah, tetapi QATADAH
mendapat kritikan berat oleh IBN HAJAR, AL-ZAHABI dan ABU HATIM yang anggap dia
seorang mudallis. Tambahan pula, dalam hadis ini dia riwayatkan secara عنعنة
PENJELASAN
MATAN |
Pada
perkataan السَّابِعَةُ بِالتُّرَابِ dianggap SYAZ. Yang mahfuz adalah perkataan الأولي بالتراب oleh kitab al-Aun. (Aun:1/48)
Menurut ARNAUT pula, yang rajih adalah أُولَاهُنَّ بِتُرَابٍ (hadis ke-71). Hal yang sama ditegaskan oleh IBN HAJAR AL-ASQALANI dalam
FATH AL-BARI. Apatah lagi, jika air tanah itu diakhir, ia akan menjadikan perlu
kepada basuhan selepas dari itu pula. (Arnaut:1/55)
HUBUNGAN
HADIS |
Hadis
ke-71, dijelaskan salah satu basuhan itu adalah dengan tanah.
Hadis
ke-73 ini, dijelaskan bahawa basuhan itu berlaku pada kali KETUJUH.
PENGAJARAN |
Pengajaran
hadis ini sama dengan hadis ke-71. Lihat di sana
BIOGRAFI
PERAWI |
[5] MUSA BIN ISMAIL (223H)
مُوسَى بْنُ
إِسْمَاعِيلَ
Nama perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk
kali ke-7, iaitu dalam hadis ke-3, 10, 54, 56, 64, 65 dan 73.
[4] ABAN BIN YAZID AL-‘ATTAR (160H)
ابان بن يزيد
العطار
Dia dipanggil dengan ABU YAZID AL-BASRI. Dia adalah
rijal Muslim dan Abu Daud.
Ahmad
kata, dia sabat pada riwayat para gurunya. Dia dianggap siqah oleh Yahya bin
Main, Ahmad al-Ijli dan al-Nasaie. Al-Ijli menambah bahawa dia penganut
qadariyyah tetapi dia tidak kempen aqidahnya itu. Ibn al-Jawzi menyebut namanya
dalam al-Du’afa’.
[3] QATADAH BIN DI’AMAH (61H-117H)
قَتَادَةُ بن دعامة
Nama perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk
kali-5, iaitu dalam hadis ke-6, 17, 29, 59 dan 73.
[2] MUHAMMAD BIN SIRIN
(33H-110H)
مُحَمَّدَ بْنَ سِيرِينَ
Nama perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk
kali-4, iaitu dalam hadis ke-69, 71, 72 dan 73.
[2]
ABU SOLEH ZAKWAN BIN SIMAN (101H)
أَبُو صَالِحٍ
ذكوان بن سمان
Namanya disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-3,
iaitu dalam hadis ke-8, 44 dan 73.
[2]
ABU RAZIN MAS’UD BIN MALIK AL-KUFI AL-ASADI (85H)
أَبُو رَزِينٍ مسعود
بن مالك الكوفي الأسدي
Ada
orang kata, dia meninggal tahun 91 Hijrah. Namun, pendapat yang paling popular
kata, dia meninggal tahun 85 Hijrah.
Dia
adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari
tidak meriwayatkan hadisnya.
Dia
dianggap siqah oleh Abu Zur’ah, al-Ijli dan disenaraikan oleh Ibn Hibban dalam
al-Siqat. Kata Abu Hatim, menurut ceritanya dia terlibat dalam perang
Siffin dan berpihak kepada Saidina Ali.Imam Bukhari riwayatkan hadisnya secara
ta’liq dan dalam al-Adab al-Mufrad sahaja.
[2]
ABDUL RAHMAN BIN HURMUZ AL-A’RAJ (117H)
عبدالرحمن بن هرمز الهاشمي الْأَعْرَجُ
Perawi ini disebut Namanya dalam Sunan Abu Daud untuk
kali-2, iaitu dalam hadis ke-46 dan 73.
[2] SABIT AL-AHNAF
ثَابِتٌ الْأَحْنَفُ
Nama sebenarnya adalah SABIT BIN IYYADH AL-QURASHI
AL-‘ADAWI. Dia adalah Tabiin yang sempat berjumpa dengan Ibn Umar, Ibn Amru,
Ibn Zubair dan Abu Hurairah.
Abu
hatim kata, la ba’sa bih; dianggap siqah oleh al-Nasaie dan disenaraikan Ibn
Hibban dalam al-Siqat.
[2] HAMMAM BIN
MUNABBIH (132H)
هَمَّامُ بْنُ مُنَبِّهٍ
Nama perawi ini sudah
disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali-2, iaitu pada hadis ke-60 dan 73.
[2] ABU AL-SUDDIY
ABDUL RAHMAN BIN NAHSYAL
أَبُو
السُّدِّيِّ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بن نهشل
Ada kata, nama bapanya
adalah ABI KARIM. Dia dipanggil dengan ABU ISMAIL, kerana anaknya bernama
ISMAIL. Dia tinggal di Asbahan.
Al-‘Uqaili kata, dia majhul yang tidak ada mutaba-ah.
Ibn Hajar kata, dia majhul al-Hal. Di tempat lain, Ibn Hajar kata, dia Majhul
al-Ain. Namun, Ibn Hibban anggap dia
siqah.
[1] ABU HURAIRAH (21SH-59H)
أَبو هُرَيْرَةَ
Nama sahabat ini disebut dalam Sunan Abu Daud untuk
kali ke-14, iaitu dalam hadis ke-8, 25, 28, 35, 44, 45, 46, 54, 70, 72 dan 73.
No comments:
Post a Comment