Monday, April 18, 2022

HADIS 48

  

HADIS 48

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ الطَّائِيُّ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ  قَالَ: قُلْتُ: أَرَأَيْتَ تَوَضُّؤَ ابْنِ عُمَرَ لِكُلِّ صَلَاةٍ طَاهِرًا، وَغَيْرَ طَاهِرٍ، عَمَّ ذَاكَ؟ فَقَالَ: حَدَّثَتْنِيهِ أَسْمَاءُ بِنْتُ زَيْدِ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ، حَدَّثَهَا «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمِرَ بِالْوُضُوءِ لِكُلِّ صَلَاةٍ، طَاهِرًا وَغَيْرَ طَاهِرٍ، فَلَمَّا شَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِ، أُمِرَ بِالسِّوَاكِ لِكُلِّ صَلَاةٍ» فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَرَى أَنَّ بِهِ قُوَّةً، فَكَانَ لَا يَدَعُ الْوُضُوءَ لِكُلِّ صَلَاةٍ

 

(Muhammad bin Yahya bin Habban berkata): aku bertanya (kepada Abdullah bin Abdillah bin Umar): "Bagaimana kamu melihat wudhu Ibnu Umar di setiap solat, sama ada dalam keadaan suci ataupun tidak, dengan apa itu?"

 

Dia pun menjawab: Telah menceritakan kepada saya Asma’ binti Zaid bin Al-Khattab bahawa Abdullah bin Hanzalah bin Abi Amir telah menceritakan kepadanya: bahawa Rasulullah telah diperintahkan berwudhu pada setiap kali solat, sama ada dalam keadaan suci maupun tidak.

 

Tatkala hal itu terasa masyaqqah, baginda diperintahkan agar bersuci pada setiap kali solat. Namun Ibnu Umar merasa bahawa dia kuat untuk melaksanakan hal itu, maka dia pun tidak meninggalkan wudhu pada setiap kali solat.

 

Status hadis: Hasan


PENJELASAN HADIS

 

[1] Hadis ini menceritakan bahawa seorang tabiin bernama Muhammad bin Yahya bin Habban yang bertanya kepada anak sulong Ibn Umar berkenaan bapanya dalam hal solat; apakah setiap kali nak solat dia berwuduk, atau dia hanya berwuduk apabila wuduknya batal sahaja?

 

Di jawab oleh anak ibn Umar itu bahawa dia tidak ada pengalaman dengan bapanya, makanya dia menyandarkan pengetahuannya dari apa yang pernah diceritakan oleh sepupunya, iaitu anak saudara kepada bapanya yang bernama ASMA’ BINTI ZAID BIN AL-KHATTAB; yang dia dengar hal itu dari ABDULLAH BIN HANZALAH BIN ABI ‘AMIR.

 

Dalam penjelasan ABDULLAH BIN HANZALAH, disebutkan dua perkara:

 

PERTAMA: Dia nyatakan bahawa nabi saw disuruh berwuduk setiap kali mahu solat, sama ada wuduk sudah batal, ataupun tidak batal wuduk. Dijelaskan juga, apabila nabi saw sukar untuk menggunakan air, maka nabi saw disuruh bersugi pada setiap kali mahu solat.

 

KEDUA: Turut dijelaskan bahawa hal ini menjadi amalan Ibn Umar; iaitu, dia pasti akan berwuduk pada setiap kali nak solat, walaupun wuduknya tidak batal lagi.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis ke-47, dijelaskan bahawa Nabi ada suruh bersugi pada setiap kali mahu solat. Bahkan, ia dilakukan oleh sahabat.

 

Dalam hadis ke-48 ini pula, dijelaskan bahawa nabi saw sendiri yang lakukan amalan sugi pada setiap kali nak solat.

 

Walaubagaimana pun, terdapat sedikit kritikan apabila yang menceritakan hal ini adalah ABDULLAH BIN HANZALAH yang semasa Nabi wafat, dia baru berumur 7 tahun.

 

Dalam hadis ini, bukan ABDULLAH BIN HANZALAH bercerita kejadian yang dia tengok, tetapi kesimpulan yang dia buat dari apa yang dia faham dari nabi.

 

Dengan sebab itu, hadis ini ada dua kemungkinan:

 

Pertama: Abdullah bin Hanzalah ambil dari apa yang telah disimpulkan oleh sahabat Nabi lain. hal ini dikuatkan dengan pengalaman yang dia lihat pada ABDULLAH BIN UMAR yang terkenal amat kuat mengikut perbuatan Nabi.

 

Kedua: Jika dikatakan bahawa dia ambil terus dari Nabi, itu wajar diragui kesahihannya.

 

Walaubagaimana pun, kelihatan Abu Daud cenderung dengan pendapat bahawa sunat bersugi setiap kali solat, bukan semata-mata ketika wuduk sahaja.

  

PENGAJARAN

 

[1] MENGULANGI WUDUK TANPA BATAL SEBELUMNYA

 

PENDAPAT SATU: TIDAK SUNAT

 

[A] Hadis yang mengatakan bahawa perlu ulang wuduk adalah Mansukh.

 

Nasikh hadis ini adalah hadis—ketika Fath Makkah, sahabat solat dengan banyak solat dengan satu wuduk sahaja (bukhari dan muslim).

 

[B] Amalan Sahabat:

 

PERTAMA: Ibn Sa’ad menunaikan solat yang banyak dengan satu wuduk sahaja.

 

KEDUA: Ali pula berwuduk pada setiap kali nak solat. Dan Ali membaca firman Allah:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ (6) – المائدة

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali (Surah al-Maidah, ayat 6)

 

PENDAPAT DUA: SUNAT ULANGI WUDUK

 

Suruhan berwuduk setiap kali solat adalah SUNAT.

 

[2] APAKAH ADA HADIS NABI SENDIRI GOSOK GIGI MASA SOLAT?

 

Kata al-Sahranpuri dalam al-Bazl, tidak ada dalil pun yang menyebut bahawa Nabi saw gosok gigi semasa mahu solat.

 

Namun begitu, jika diandaikan hadis ini MURSAL SAHABI, maka hadis ini boleh dijadikan sandaran bahawa nabi bersugi semasa hendak solat.

 

Ini dikuatkan pula dengan melihat amalan ABDULLAH BIN UMAR yang terkenal dengan sikap yang amat mengikut sunnah Rasulullah saw.

 

[3] ABDULLAH BIN UMAR YANG KUAT IKUT NABI

 

Dalam kitab AL-IBANAH karya IBN BATTAH—daripada Nafi’;

 

عَنْ نَافِعٍ، قَالَ: كَانَ ابْنُ عُمَرَ " إِذَا مَرَّ بِشَجَرَةٍ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ، أَنَاخَ عِنْدَهَا، ثُمَّ صَبَّ فِي أَصْلِهَا إِدَاوَةً مِنْ مَاءٍ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ إِلَّا تِلْكَ الْإِدَاوَةَ قَالَ: وَقَالَ نَافِعٌ: وَأَرَى أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَهُ، فَفَعَلَهُ "

Daripada Nafi’ berkata: Ibn Umar itu apabila melintasi di pokok antara mekah dan Madinah, dia akan menunduk. Kemudian dia menuangkan satu bejana air, walaupun jika dia tidak ada kecuali satu bejana itu sahaja. berkata: Aku nampak Nabi saw melakukannya, maka dia pun turut lakukannya” (al-Ibadah al-Kubra (Ibn Battah), hadis no: 72[1])

 

Daripada Nafi’ berkata:

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ " أَنَّهُ كَانَ يَتْبَعُ آثَارَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , وَيُصَلِّي فِيهَا حَتَّى إنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ تَحْتَ شَجَرَةٍ فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَصُبُّ الْمَاءَ تَحْتَهَا حَتَّى لَا تَيْبَسَ"

“Ibn Umar itu, sentiasa ikut kesan-kesan Rasulullah, serta dia menunaikan solat padanya sehingga Nabi saw sampai di bawah satu pokok, makanya Ibn Umar akan tuangkan air di bawahnya sehingga ia kering” (al-Baihaqi (sunan al-Kubra), hadis no: 10269[2])

 

Daripada Mujahid berkata:

 

كُنَّا مَعَ ابْنِ عُمَرَ فِي سَفَرٍ، فَمَرَّ بِمَكَانٍ فَحَادَ عَنْهُ، فَسُئِلَ لِمَ فَعَلْتَ؟ فَقَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ هَذَا فَفَعَلْتُ»

kami bersama Ibn Umar dalam satu permusafiran. Dia melintasi di satu tempat, dia menghilangkan diri. Ditanya: kenapa kamu lakukan ini? Jawab dia: aku nampak Nabi saw lakukan ini, maka aku pun lakukan juga” (Ahmad, hadis no: 4870[3])

 

Daripada ‘Asim al-Ahwal berkata:

 

كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا رُئِيَ فِي طَرِيقٍ - كَأَنَّهُ ذَكَرَ كَلِمَةً مِنْ شِدَّةِ اتِّبَاعِهِ لِأَثَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَإِنْ قِيلَ لَهُ: إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَصَقَ بِالْحَائِطِ، لَصَقَ، وَإِنْ قِيلَ لَهُ: قَعَدَ، قَعَدَ، وَإِنْ قِيلَ لَهُ: مَشَى، مَشَى

Ibn Umar itu jika dilihat di jalan, kelihatan dia seperti menyebut kalimah disebabkan terlalu ikut dari kesan Nabi saw. Jika diberitahu kepadanya bahawa nabi menampal di dinding, pasti dia akan tampal; jika diberitahu bahawa Nabi duduk, pasti dia duduk; jika diberitahu bahawa nabi jalan, pasti dia jalan” (Ibn Battah (al-Ibanah al-Kubra), hadis no: 75[4])

 

Berkata AL-ZUBAIR BIN BAKKAR:

 

كَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ يَحْفَظُ مَا يَسْمَعُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِذَا لَمْ يَحْضُرْ سَأَلَ مَنْ حَضَرَ عَمَّا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَفَعَلَ، وَكَانَ يَتَتَبَّعُ آثَارَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كُلِّ مَسْجِدٍ صَلَّى فِيهِ، وَكَانَ يَعْتَرِضُ بِرَاحِلَتِهِ فِي كُلِّ طَرِيقٍ مَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ibn Umar hafal apa sahaja yang dia dengar dari Rasulullah. Apabila dia tidak hadir, dia akan tanya orang yang hadir. Dia akan mengikut kesan-kesan nabi saw pada setiap masjid yang baginda solat padanya. Dia akan naik kenderaan untuk melintasi di laluan yang pernah dilalui oleh Rasulullah saw. Dikatakan kepadanya pada demikian itu” (Ibn Battah (al-Ibanah al-Kubra): hadis no: 76[5])

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] MUHAMMAD BIN AUF BIN SUFYAN AL-TAIE.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ بن سفيان الطَّائِيُّ

 

Dia dipanggil juga sebagai ABU JA’FAR AL-HIMSI. Mendapat gelaran AL-TAIE, kerana nisbah keturunannya.

 

Dianggap siqah oleh AL-NASAIE. ABU HATIM kata, dia soduq. Ibn Hibban senaraikan dia dalam al-Siqat. Kata Ahmad, dia terkenal dan diterima riwayatnya. Ibn ‘Adi kata, dia alim hadis yang mahir berkenaan hadis sahih dan doif dari penduduk syam.

 

Dia adalah Rijal Abu Daud dan al-Nasaie. Namanya tidak dijumpai dalam al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[5] AHMAD BIN KHALID BIN MUSA (214H)

أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ بن موسي

 

Ada dakwaan kata, nama sebenarnya adalah AHMAD BIN KHALID BIN MUHAMMAD AL-WAHBI AL-KINDI. Panggilannya adalah ABU SA’ID AL-HIMSI. 

 

Dia berada sekitar Hims dan Damsyiq.

 

Ibn Ma’in anggap dia siqah. Ibn Hibban senaraikan dalam al-Siqat. Abu Hatim al-Razi kata, Ahmad tidak tulis hadis darinya.

 

Dia adalah Rijal Abi Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya tidak ditemui dalam al-Bukhari dan Muslim. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[4] MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)

 مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ

 

Sila lihat hadis ke-13 dan 47.

 

[4] IBRAHIM BIN SA’AD (113H-185H)

إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ

 

Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN SA’AD BIN IBRAHIM BIN ABD AL-RAHMAN BIN AUF AL-ZUHRI. bermakna, dia adalah cucu kepada sahabat nabi terkenal, iaitu Abdul Rahman bin Auf. Dia dipanggil sebagai Abu Ishaq. Pernah sampai Madinah dan Baghdad dan meninggal di kota Baghdad.

 

Ada dakwaan, semasa di Baghdad dia menjadi Qadhi. Al-Khatib kata, dia menjadi Qadhi semasa di Madinah. di Baghdad pula, Abu Daud pula kata, dia jadi wali Baitul mal.

 

Menurut al-Zahabi, dia adalah ulama yang berhujah mengatakan bahawa muzik tidak diharam.

 

Abdullah bin Sa’id bin Kathir pernah tanya hukum muzik. Dia jawab: halal.

 

 

Waki’ tidak memberi komen terhadap Ibrahim bin Sa’ad. Apabila ditanya, Waki’ jawab: aku tidak tahu dia siqah atau tidak.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah serta seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[3] MUHAMMAD BIN YAHYA BIN HABBAN (47H-121H)

مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ

 

Sila lihat hadis ke-12.

 

[2] ABDULLAH BIN ABDILLAH BIN UMAR (105H)

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ

 

Gelarannya adalah ABU ABD AL-RAHMAN AL-MADANI. Dia adalah sulung kepada Abdullah bin umar. Ibunua bernama SOFIYAH BINTI ABI UBAID.

 

Dia meninggal di awal pemerintahan Khalifah Hisham bin Abdul Malik tahun 106H.

 

Dia adalah Rijal al-Bukhari, Muslim, Abi Daud dan al-Nasaie. Tidak dijumpai namanya dalam al-Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Dia dianggap siqah oleh Waki’, Abu Zur’ah, al-Nasaie, al’Ijli dan Ibn Sa’ad. Ibn Hibban senaraikan dia dalam al-Siqat. Dia antara perawi siqah lagi sahih.

 

[1] SAHABAT: ASMA’ BINTI ZAID BIN AL-KHATTAB AL-‘ADAWIYYAH

 أَسْمَاءُ بِنْتُ زَيْدِ بْنِ الْخَطَّابِ العدوية

 

 

Dia adalah anak kepada ABANG SAIDINA UMAR, iaitu ZAID BIN AL-KHATTAB (12H-Yamamah).

 

Zaid peluk islam lebih awal berbanding Saidina Umar. bahkan, dia antara yang terlibat hijrah ke Madinah.

 

Semasa di Madinah, dia disaudarakan oleh Nabi dengan MA’AN BIN ‘ADIY.

 

Dia terlibat perang lawan fenomena murtad.

 

Umar amat sayangkan abangnya. Semasa tercetus perang UHUD, Umar kata kepada abangnya: Pakailah baju perang aku ini? Jawab Zaid: aku mati syahid.

 

Apabila Saidina Umar dapat tahu abangnya syahid dalam perang Yamamah, Umar berkata: Abang aku telah mendahului aku dua kebaikan: pertama, dia memeluk islam lebih dahulu dari aku. Kedua, dia telah mati syahid lebih dahulu dari aku.

 

Asma’ antara kalangan sahabiyyah yang semasa Nabi saw wafat, mereka masih belum mumayyiz lagi.

 

Dia meninggal sebelum Abdullah bin Umar (sepupunya) dan dia meninggal di Mekah.

 

[1] SAHABAT: ABDULLAH BIN HANZALAH BIN ABI ‘AMIR. (4H-63H)

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ

 

Sahabat kecil. Dia pernah nampak nabi saw tawaf naik unta semasa tawaf keliling kaabah. Semasa Nabi saw wafat, umurnya baru 7 tahun. Dia dari keturunan AUS, penduduk Madinah.

 

Nama bapanya: HANZALAH BIN ABI AMIR adalah sahabat yang terkenal dengan gelaranالغسيل , iaitu Kisah dimandikan malaikat kerana semasa dia pergi perang, dia belum mandi junub—syahid dalam medan Uhud.

 

Ibunya, JAMILAH BINTI ABDULLAH BIN UBAI BIN SALUL.

 

Dalam Kitab Asad al-Ghabah, ada diceritakan bahawa malam perang Uhud, HANZALAH setubuhi JAMILAH. Keesokannya—subuh, HANZALAH terus pergi perang. Semasa tengah perang, JAMILAH maklumkan kepada empat orang dari kaumnya sebagai saksi bahawa dia telah disetubuhi suaminya. Mereka tanya, kenapa bagitahu? Dia jawab: dia bermimpi bahawa dia nampak langit terbelah, dan dia nampak suaminya naik ke langit; tingkat demi tingkat. Dia kata, itu bukti suaminya syahid dalam medan Uhud. Anak yang dia lahirkan hasil setubuh itu adalah ABDULLAH BIN HANZALAH.

 

Dia adalah ketua ANSAR MADINAH semasa revolusi terhadap YAZID yang dikenali MA’RAKAH AL-HARRAH.

 

Dia mati dalam medan perang AL-HURRAH tahun 63H, iaitu peperangan antara penduduk Madinah dengan Yazid bin Muawiyyah dan kelompok Umawiyin. Dia dibunuh oleh penduduk SYAM.

 

Perang itu, asalnya penduduk Madinah berjumpa dengan YAZID di Damsyiq. Apabila penduduk Madinah itu pulang ke Madinah, ABDULLAH BIN HANZALAH berkhutbah; dia berkata bahawa YAZID adalah seorang peminum arak serta tidak solat ekoran mabuk arak itu. Tambahan pula, YAZID dikatakan terlibat dalam tragedy KARBALA yang menyebabkan kematian HUSAIN.

 

Semua ini menjadi polimik di Madinah sehingga sampai ada ucapan dalam masjid Nabi. Dengan itu, ABDULLAH BIN ZUBAIR isytihar perang terhadap YAZID untuk mengugurkan dia dari jawatan Khalifah, serta mahu mengugurkan jawatan GABENOR MADINAH bernama OSMAN BIN MUHAMMAD BIN ABI SUFYAN dengan menggantikan dengan ABDULLAH BIN HANZALAH.

 

Apabila YAZID dapat tahu, maka dilantik MUSLIM BIN UQBAH AL-MURRI untuk mengepalai serangan terhadap penduduk madinah itu sehingga tercetus perang AL-HARRAH.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ الطَّائِيُّ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ

 

PENJELASAN:

[a] Yang menceritakan berkenaan perbuatan Nabi adalah ABDULLAH BIN HANZALAH, dilahirkan pada tahun 4 Hijrah, sedangkan Nabi wafat tahun 11 hijrah; bermakna, semasa Nabi wafat, umurnya 7 tahun.

 

Agak tidak munasabah bahawa dia faham apa yang diperkatakan oleh Nabi, andai kejadian ini berlaku tahun 11 hijrah.

 

Dari sudut konteks hadis, mungkin kejadian ini berlaku lebih awal, iaitu ketika umurnya kemungkinan dalam lingkungan 5 tahun.

 

 Jadi, hadis ini MURSAL SAHABI, iaitu kemungkinan IBN HANZALAH dengar hadis ini daripada ABDULLAH BIN UMAR (10SH-73H)

 

[b] Hadis ini, Abu Daud datangkan dari jalur IBRAHIM BIN SA’AD bahawa individu yang riwayatkan hadis ini bukan UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR, tetapi ABDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR.

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ رَوَاهُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ

 

[2] STATUS HADIS: HASAN

 

Hadis ini adalah HASAN dengan alasan;

[a] Dinilai Sahih oleh al-Hakim dan al-Zahabi dengan alasan, atas syarat Muslim.

[b] Ibn Khuzaiman dan Ibn Hibban kata sahih.

[c] al-Hazimi kata, hadis ini Hasan.

 

ISYKAL:

 

Dalam sanad ini, MUHAMMAD BIN ISHAQ adalah seorang mudallis yang riwayat secara عنعنة, tetapi dalam riwayat Ahmad digunakan riwayat secara التحديث

حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنِ ابْنِ إِسْحَاقَ، حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ الْأَنْصَارِيُّ، ثُمَّ الْمَازِنِيُّ مَازِنُ بَنِي النَّجَّارِ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ – احمد, 21960

 

PENJELASAN:

[1] Dalam riwayat Ahmad, Ibn Ishaq riwayat hadis secara التحديث

[2] Dalam riwayat Abu Daud, perawi bernama ABDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR, sedangkan dalam riwayat Ahmad, perawi bernama UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR. kekhilafan ini tidak mencacatkan hadis, kerana kedua-dua ini adalah siqah.

 

TAKHRIJ

 

Al-Darimi (658), Ibn Khuzaimah (15, 138), Ahmad (21960).



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ الصَّفَّارُ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَرَفَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ الْفَزَارِيُّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ، عَنْ نَافِعٍ

[2] SANAD:

أَخْبَرَنَا أَبُو عَلِيٍّ الرُّوذْبَارِيُّ , أنا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ الْآدَمِيُّ الْقَارِيُّ بِبَغْدَادَ فِي مَسْجِدِهِ , ثنا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ صَاحِبُ النَّرْسِيِّ , ثنا شَبَابَةُ بْنُ سَوَّارٍ الْفَزَارِيُّ , ثنا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي سَلَمَةَ , عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ , عَنْ نَافِعٍ , عَنِ ابْنِ عُمَرَ

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ يَعْنِي ابْنَ حُسَيْنٍ، عَنِ الْحَكَمِ، عَنْ مُجَاهِدٍ

[4] SANAD:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَارِثُ بْنُ سُرَيْجٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ، عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ

[5] SANAD:

حَدَّثَنَا أَبُو الْقَاسِمِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ، قَالَ: قَالَ الزُّبَيْرُ: - وَأَحْسِبُهُ عَنَى ابْنَ بَكَّار

Sunday, April 10, 2022

HADIS 47

 

HADIS 47

 

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى  أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ،  حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ  عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ  عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ  قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي، لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

 

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Kalau tidak menjadi beban kepada umatku, pasti aku perintahkan mereka bersugi pada setiap kali mahu menunaikan solat"

 

 قَالَ أَبُو سَلَمَةَ: فَرَأَيْتُ زَيْدًا يَجْلِسُ فِي الْمَسْجِدِ، وَإِنَّ السِّوَاكَ مِنْ أُذُنِهِ مَوْضِعَ الْقَلَمِ مِنْ أُذُنِ الْكَاتِبِ، فَكُلَّمَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ اسْتَاكَ

Kata Abu Salamah: Aku nampak Zaid duduk di masjid sementara kayu sugi berada di telinganya sepertimana pen yang diletakkan di telinga seorang penulis. Setiap kali dia (Zaid) mahu menunaikan solat, pasti dia bersugi”

 

Status hadis: sahih lighairih (matan)


PENJELASAN HADIS

 

[1] Dalam matan hadis lepas, disebut لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ, sedangkan dalam matan hadis ini disebut لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي—perbezaan pada perkataan المؤمنين dan امتي

 

[2] Dalam matan hadis yang lepas, ada disebut berkenaan LEWATKAN SOLAT ISYAK, sedangkan dalam matan hadis ini TIDAK DISEBUT.

 

[3] kedua-dua matan ini menyebut bahawa bersugi itu pada setiap kali MAHU SOLAT, bukan setiap kali MAHU WUDUK.

 

[4] Kisah yang diceritakan dalam hadis ini adalah berlaku di era Tabiin. Iaitu, ABU SALAMAH nampak ZAID duduk dalam masjid—ketika itu, Zaid sedang menunggu masuk waktu solat.

 

[5] Zaid letak kayu sugi di telinga untuk memudahkan untuk nak guna apabila memerlukannya.

 

Abu Hurairah pernah berkata bahawa menjadi kebiasaan dari kalangan sahabat Nabi bahawa mereka meletakkan kayu sugi di telinga mereka. Mereka akan bersugi setiap kali MEREKA NAK SOLAT.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-46, ABU HURAIRAH riwayatkan bahawa Nabi saw galakkan bersugi setiap kali solat. Cuma terdapat khilaf dalam kalangan ulama hadis antara dua riwayat; iaitu setiap kali nak solat atau setiap kali nak wuduk.

 

Hadis ke-47 ini pula, dijelaskan bahawa bersugi itu berlaku setiap kali mahu SOLAT, bukan mahu WUDUK. Ini adalah SYAWAHID kepada hadis sebelum ini, kerana ia melibatkan perkataan dan amalan SAHABAT, iaitu ZAID BIN KHALID AL-JUHANI.

 

PENJELASAN: Seakan-akan Abu Daud lebih setuju dengan riwayat yang menyebut bahawa galakan bersugi juga ketika mahu menunaikan solat.

 

Hal ini seakan-akan menolak pendapat Ulama dalam Mazhab Maliki yang anggap bahawa makruh bersugi setiap kali nak solat. Alasan mereka, tindakan itu boleh membawa kepada mengotori masjid.

 

IBN TAIMIYYAH antara ulama yang sependapat dengan ABU DAUD. Beliau kemukakan hujah berikut;

 

Pertama, ramai sahabat bersugi setiap kali mereka mahu solat.

 

Kedua, tidak mencacatkan solat jika meludah pada baju yang dipakai semasa solat. Hal ini menjadi dalil bahawa sugi yang digunakan, lalu diletak pada poket juga tidak salah.

 

PENGAJARAN DAN PERBAHASAN

 

[1] PEN SUDAH ADA PADA ERA TABIIN

 

Dalam matan hadis, ABU SALAMAH nampak ZAID BIN KHALID (68H); وَإِنَّ السِّوَاكَ مِنْ أُذُنِهِ مَوْضِعَ الْقَلَمِ مِنْ أُذُنِ الْكَاتِبِ—Meletakkan kayu sugi pada tempat pen yang diletak pada telinga penulis.

 

ABU SALAMAH adalah Tabiin yang meninggal pada tahun 94 Hijrah. Ini menjadi dalil, pada era awal pen sudah ada.

 

Dengan ini dapat disimpulkan, penulisan sudah ada di peringkat zaman awal.

 

[2] AL-QURAN DITULIS?

 

Dalam hadis—daripada Abi Sa’id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

لَا تَكْتُبُوا عَنِّي، وَمَنْ كَتَبَ عَنِّي غَيْرَ الْقُرْآنِ فَلْيَمْحُهُ، وَحَدِّثُوا عَنِّي، وَلَا حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ - قَالَ هَمَّامٌ: أَحْسِبُهُ قَالَ - مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Jangan kamu tulis dariku. Barangsiapa yang tulis dariku selain al-Quran, maka hendaklah dia padam. Ceritakan dariku tanpa salah. Barangsiapa yang melakukan dusta atasku dengan sengaja, dia telah menempah satu tempat dalam neraka” (Muslim, hadis no: 3004)

 

Ini menjadi dalil, penulisan al-Quran sudah berlaku pada hayat hidup Nabi saw.

 

[3] NABI BOLEH MEMBACA?

 

[DALIL-DALIL TIDAK BOLEH MEMBACA DAN MENULIS]

 

PERTAMA:

 

Hadis—daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

 «إِنَّا أُمَّةٌ أُمِّيَّةٌ، لاَ نَكْتُبُ وَلاَ نَحْسُبُ، الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا» يَعْنِي مَرَّةً تِسْعَةً وَعِشْرِينَ، وَمَرَّةً ثَلاَثِينَ

“Kita adalah umat yang ummi; tidak tidak menulis dan tidak mengira. Bulan begini begini, sekali 29 hari dan selali 30 hari” (al-Bukhari, hadis no: 1913)

 

PERSOALAN:

A.                  Macam mana Nabi boleh kata tidak boleh menulis dan membaca, sedangkan orang arab hebat dalam syair.

 

B.                  kalau tidak dapat mengira, macam mana pula Nabi saw sebelum jadi Nabi bahawa baginda berniaga untuk Khadijah?

 

 

TAKWIL HADIS:

 

A.                  Pada perkataan لاَ نَكْتُبُ tidak boleh menulis; ia berlaku bagi KEBIASAAN masyarakat arab, tidak bermakna semua mereka tidak mampu menulis. Masa pernanjian Hudaibiyyah, nabi buat perjanjian bertulis dengan wakil Quraish.

 

B.                  Maksud وَلاَ نَحْسُبُ—kita tidak boleh mengira; perlu dilihat pada konteks hadis. iaitu, ia berkaitan dengan menilai sesuatu perubahan bulan dengan melihat anak bulan (Ru’yah), bukan dengan kiraan. Mungkin boleh diterjemahkan sebagai: “kita tidak menggunakan pendekatan mengira”, bukan diterjemahkan sebagai “kami tidak pandai mengira”

 

 

KEDUA: NABI KATA: “AKU TIDAK DAPAT MEMBACA”

 

Hadis—daripada Aisyah berkata:

 

أَوَّلُ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِي النَّوْمِ، فَكَانَ لاَ يَرَى رُؤْيَا إِلَّا جَاءَتْ مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ، ثُمَّ حُبِّبَ إِلَيْهِ الخَلاَءُ، وَكَانَ يَخْلُو بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيهِ - وَهُوَ التَّعَبُّدُ - اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ العَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ، وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ، ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا، حَتَّى جَاءَهُ الحَقُّ وَهُوَ فِي غَارِ حِرَاءٍ، فَجَاءَهُ المَلَكُ فَقَالَ: اقْرَأْ، قَالَ: «مَا أَنَا بِقَارِئٍ» ، قَالَ: " فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي، فَقَالَ: اقْرَأْ، قُلْتُ: مَا أَنَا بِقَارِئٍ، فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي، فَقَالَ: اقْرَأْ، فَقُلْتُ: مَا أَنَا بِقَارِئٍ، فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّالِثَةَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي، فَقَالَ: {اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ. اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ} [العلق: 2]

 

Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah saw adalah dengan mimpi yang nyata dalam tidur. Dan tidaklah baginda bermimpi kecuali datang seperti cahaya Subuh. Kemudian baginda berkeinginan untuk menyendiri, lalu baginda memilih gua Hiro dan bertahannuts iaitu ibadah di malam hari dalam beberapa waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya guna mempersiapkan bekal untuk bertahannuts kembali.

 

Beberapa waktu setelahnya baginda menemui Khadijah lagi mempersiapkan bekal seperti sebelumnya. Sampai akhirnya datanglah suatu yang haq kepada baginda—saat berada di gua Hiro, malaikat mendatanginya seraya berkata: "Bacalah?"

 

Baginda menjawab, "Aku tidak bisa baca".

 

Nabi saw menjelaskan: Maka malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi, "Bacalah!"

 

Baginda menjawab: "Aku tidak mampu membaca".

 

Maka malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: "Bacalah!".

 

Baginda menjawab: "Aku tidak mampu membaca".

 

Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk kedua kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku dan berkata lagi, "Bacalah!".

 

Baginda menjawab: "Aku tidak mampu membaca".

 

Kemudian Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku dan berkata: (Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah)” (al-Bukhari, hadis no: 3)

 

PERSOALAN:

 

A.                  Apakah Nabi memang tidak boleh membaca, atau Nabi saw tidak dapat membaca kerana terkejut?

 

B.                  Andai dikatakan bahawa nabi tidak boleh membaca ketika itu, itu munasabah, kerana ketika ini adalah di awal Islam—sebelum baginda menjadi Nabi.

 

TIGA: NABI TANYA ALI TEMPAT DIA TULIS DALAM PERJANJIAN HUDAIBIYYAH.

 

Hadis—daripada al-Barra’ berkata:

 

لَمَّا أُحْصِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ الْبَيْتِ، صَالَحَهُ أَهْلُ مَكَّةَ عَلَى أَنْ يَدْخُلَهَا فَيُقِيمَ بِهَا ثَلَاثًا، وَلَا يَدْخُلَهَا إِلَّا بِجُلُبَّانِ السِّلَاحِ، السَّيْفِ وَقِرَابِهِ، وَلَا يَخْرُجَ بِأَحَدٍ مَعَهُ مِنْ أَهْلِهَا، وَلَا يَمْنَعَ أَحَدًا يَمْكُثُ بِهَا مِمَّنْ كَانَ مَعَهُ، قَالَ لِعَلِيٍّ: «اكْتُبِ الشَّرْطَ بَيْنَنَا، بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، هَذَا مَا قَاضَى عَلَيْهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ» ، فَقَالَ لَهُ الْمُشْرِكُونَ: لَوْ نَعْلَمُ أَنَّكَ رَسُولُ اللهِ تَابَعْنَاكَ، وَلَكِنِ اكْتُبْ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، فَأَمَرَ عَلِيًّا أَنْ يَمْحَاهَا، فَقَالَ عَلِيٌّ: لَا وَاللهِ، لَا أَمْحَاهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَرِنِي مَكَانَهَا» ، فَأَرَاهُ مَكَانَهَا فَمَحَاهَا، وَكَتَبَ ابْنُ عَبْدِ اللهِ   - مسلم, 1783

 

TERJEMAHAN:

Ketika Nabi saw dilarang melaksanakn Haji, penduduk Makkah mengadakan perjanjian damai iaitu; supaya baginda masuk dan bermukim hanya tiga hari, tidak masuk (Makkah) melainkan dengan pedang yang masih diletakkan dalam sarungnya, setiap orang dari kaumnya tidak boleh keluar bersama baginda, namun sebaliknya mereka membolehkan sahabat baginda yang hendak ikut bersama mereka (tinggal di Makkah). Lantas baginda bersabda kepada Ali: "Tulislah syarat antara kami dengan mereka dengan Bismillahirrahmanirrahim, ini adalah hasil keputusan yang ditetapkan oleh Muhammad Rasulullah”.

 

Maka orang-orang Musyrik berkata kepada baginda: "Sekiranya kami mengetahui bahawa kamu adalah Rasulullah, pasti kami akan mengikutimu, akan tetapi tulislah Muhammad bin Abdullah"

 

Baginda pun menyuruh Ali supaya memadamnya, namun Ali berkata:  "Demi Allah, aku tidak akan memadamnya.

 

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Beritahukanlah kepadaku tempat yang kamu tulis tadi”

 

 Maka Ali mengisyaratkan tempatnya, lalu baginda sendiri yang memadamnya, dan diganti dengan “Ibnu Abdullah” (muslim, hadis no: 1783)

 

PERSOALAN:

Kalau nabi saw boleh membaca, kenapa Nabi tanya Ali tempat yang tercatat namanya?

 

[DALIL NABI BOLEH MEMBACA DAN MENULIS]

 

PERSOALAN SATU:

 

Tawanan badar, Nabi saw mereka ajar membaca dan menulis kepada penduduk islam.

 

Kalau Nabi saw tidak boleh membaca dan menulis, bermaksud Nabi saw tidak amalkan apa yang dia suruh. Ini dah bercanggah dengan Al-Quran:

 

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ (44) – البقرة

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Surah al-Baqarah, ayat 44)



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3) - الصف

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! * Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” (Surah al-Saf, ayat 2-3)

 

PERSOALAN DUA:

 

Hadis—daripada al-Barra’ berkata:

 

لَمَّا اعْتَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي ذِي القَعْدَةِ، فَأَبَى أَهْلُ مَكَّةَ أَنْ يَدَعُوهُ يَدْخُلُ مَكَّةَ، حَتَّى قَاضَاهُمْ عَلَى أَنْ يُقِيمَ بِهَا ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ، فَلَمَّا كَتَبُوا الكِتَابَ، كَتَبُوا: هَذَا مَا قَاضَى عَلَيْهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، قَالُوا: لاَ نُقِرُّ لَكَ بِهَذَا، لَوْ نَعْلَمُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ مَا مَنَعْنَاكَ شَيْئًا، وَلَكِنْ أَنْتَ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، فَقَالَ «أَنَا رَسُولُ اللَّهِ، وَأَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ» ، ثُمَّ قَالَ: لِعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: «امْحُ رَسُولَ اللَّهِ» ، قَالَ عَلِيٌّ: لاَ وَاللَّهِ لاَ أَمْحُوكَ أَبَدًا، فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الكِتَابَ، وَلَيْسَ يُحْسِنُ يَكْتُبُ، فَكَتَبَ: هَذَا مَا قَاضَى عَلَيْهِ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، لاَ يُدْخِلُ مَكَّةَ السِّلاَحَ إِلَّا السَّيْفَ فِي القِرَابِ، وَأَنْ لاَ يَخْرُجَ مِنْ أَهْلِهَا بِأَحَدٍ إِنْ أَرَادَ أَنْ يَتْبَعَهُ، وَأَنْ لاَ يَمْنَعَ مِنْ أَصْحَابِهِ أَحَدًا، إِنْ أَرَادَ أَنْ يُقِيمَ بِهَا. - البخاري, 4251

 

TERJEMAHAN:

Ketika Nabi SAW berumrah di bulan Zulkaidah, dan penduduk Makkah enggan mengizinkan baginda memasuki Makkah hingga membenarkan mereka untuk tinggal hanya selama tiga hari. Ketika itu kaum muslimin menulis surat perjanjian. Tulis mereka: "Inilah ketetapan yang diterima Rasulullah".

 

Orang-orang Quraisy pun membantah: "Kami tidak mengakui ini. Kalaulah kami tahu bahawa engkau adalah Rasulullah, kami sama sekali tidak melarangmu. Namun kamu hanyalah Muhammad bin Abdullah".

 

Rasulullah pun berkata: “Aku Rasulullah, sekaligus aku juga Muhammad bin Abdullah”.

 

Kemudian baginda memberitahu 'Ali bin Abu Thalib: "Padam (pada perkataan) Rasulullah"

 

Ali berkata: "Demi Allah, aku tidak akan memadamnya sampai bila-bila".

 

Rasulullah saw kemudian mengambil kertas tersebut -PADAHAL BAGINDA TIDAK MAMPU MENULIS DENGAN BAIK-DAN BELIAU TULIS: “Inilah ketetapan yang diterima Muhammad bin Abdullah agar ia tidak memasuki Makkah dengan senjata, selain pedang yang terbungkus dalam sarung, dan agar jangan sampai penduduk Makkah menghalangi siapapun yang ingin mengikuti baginda melakukan tawaf, dan untuk tidak menghalangi salah seorang pun dari sahabatnya yang ingin bermukim di sana” (al-Bukhari, hadis no: 4251)

 

PENJELASAN: Dalam hadis ini, ada disebut وَلَيْسَ يُحْسِنُ يَكْتُبُ، فَكَتَبَ—tidaklah tulisannya elok, Baginda pun tetap menulis.

 

Ini dalil bahawa baginda boleh menulis.

 

Hadis—daripada ibn Abbas berkata:

 

لَمَّا اشْتَدَّ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعُهُ قَالَ: «ائْتُونِي بِكِتَابٍ أَكْتُبْ لَكُمْ كِتَابًا لاَ تَضِلُّوا بَعْدَهُ» قَالَ عُمَرُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَلَبَهُ الوَجَعُ، وَعِنْدَنَا كِتَابُ اللَّهِ حَسْبُنَا. فَاخْتَلَفُوا وَكَثُرَ اللَّغَطُ، قَالَ: «قُومُوا عَنِّي، وَلاَ يَنْبَغِي عِنْدِي التَّنَازُعُ» فَخَرَجَ ابْنُ عَبَّاسٍ يَقُولُ: «إِنَّ الرَّزِيَّةَ كُلَّ الرَّزِيَّةِ، مَا حَالَ بَيْنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ كِتَابِهِ» - البخاري, 114

 

“Ketika Nabi saw sakit nabi semakin teruk, baginda bersabda: "Berikan aku surat BIAR AKU TULISKAN SESUATU UNTUK KAMU sehingga kamu tidak akan sesat setelah"

 

Umar berkata: "Sesungguhnya Nabi saw semakin teruk sakitnya dan di sisi kami ada kitabullah, yang cukup buat kami.

 

Kemudian orang-orang berselisih dan timbul suara gaduh, maka Nabi saw bersabda: "Pergilah kamu menjauh dariku agar tidak terjadi perdebatan di hadapanku"

 

Maka Ibnu 'Abbas keluar seraya berkata: "Sungguh musibah segala musibah adalah apa yang menghalangi antara RASULULLAH SAW DENGAN NIAT BAGINDA MENULISKAN UNTUK MEREKA CATATAN TERSEBUT, KERANA PERSELISIHAN DAN PERDEBATAN MEREKA” (al-Bukhari, hadis no: 114)

 

PENJELASAN: Dalam hadis ini, Nabi sendiri kata bagikan kertas bahawa baginda MAHU MENULIS.

 

 

PERSOALAN: Apakah Nabi tulis sendiri atau Nabi saw minta orang tolong tuliskan untuk Nabi?

 

PERSOALAN TIGA:

 

وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ (48) – العنكبوت

“Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)” (Surah al-Ankabut, ayat 48)

 

PENJELASAN: Dalam ayat disebut perkataan وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ—kamu tidak membaca SEBELUM INI. Ini bukti bahawa selepas itu BAGINDA BOLEH MEMBACA.

 

[4] NABI BOLEH MEMBACA?

 

PENDAPAT SATU: TIDAK BOLEH MEMBACA

 

Ini adalah pendapat Shihab, Usaimin dan kebanyakkan ulama.

 

DALIL 1:

Pada zaman itu, alat tulis agak susah didapati sehingga kebergantungan ilmu lebih kepada hafalan.

 

DALIL 2:

Dalam syair zul al-Rummah: ada disebut: “Kemampuan menulis adalah aib dalam kalangan kami”

 

DALIL 3:

Kata USAIMIN,asal Nabi saw itu tidak boleh membaca dan menulis kecuali ada bukti yang tidak ada sebarang keraguan mengatakan bahawa nabi saw boleh membaca dan menulis.

 

PENDAPAT DUA: BOLEH MEMBACA

 

Ini adalah pendapat Muhammad Abduh, al-Sya’bi dan al-Baji.

 

Al-Qurtubi ada menukilkan perkataan al-Sya’bi yang berkata:

 

عَنِ الشَّعْبِيِّ أَنَّهُ قَالَ: مَا مَاتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى كَتَبَ – القرطبي

“Tidak wafat nabi saw sehingga baginda saw menulis”

 

DALIL 1:

وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ (48) – العنكبوت

“Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)” (Surah al-Ankabut, ayat 48)

 

PENJELASAN: Dalam ayat disebut perkataan وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ—kamu tidak membaca SEBELUM INI. Ini bukti bahawa selepas itu BAGINDA BOLEH MEMBACA.

 

Ia diumpamakan kita bercakap: “kamu dahulu miskin”.

 

Bermaksud, mungkin sekarang kamu sudah kaya.

 

DALIL 2:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ (45) – العنكبوت

 

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada kamu DARI AL-KITAB” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

 

DALIL 3:

مَن قرأ حرفًا من كتاب الله فله به حسنة، والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول: ألف لام ميم حرف، ألفٌ حرفٌ، ولامٌ حرفٌ، وميمٌ حرفٌ

“Barangsiapa yang baca satu huruf dari Kitabullah, baginya satu kebaikan dan kebaikan itu berganda sehingga 10 kali ganda. Aku tidak kata: Alif Lam dan mim adalah satu huruf; Alif adalah satu huruf, Lam adalah satu huruf, dan Mim adalah satu huruf” (al-Tarmizi, hadis no: 2910)

 

PENJELASAN: Apabila Nabi saw kata: Aku tidak kata: Alif Lam dan mim adalah satu huruf; Alif adalah satu huruf, Lam adalah satu huruf, dan Mim adalah satu huruf”—ini adalah dalil bahawa nabi tidak buta huruf, bahkan baginda mengenal huruf.

 

DALIL 4: IBN HAJAR.

 

Nabi saw padam tulisan “Muhammad Rasulullah” pada perjanjian sulh Hudaibiyyah untuk digantikan kepada “Muhammad bin Abdullah”.

 

Ini juga hujah al-Baji.

 

[5] PERKATAAN UMMI?

 

Rata-rata menyatakan bahawa Nabi saw sebagai buta huruf kerana merujuk pada perkataan UMMI yang diterjemahkan sebagai BUTA HURUF; tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis.

 

[HUJAH SATU]

Menurut al-Qaradawi, perkataan UMMU memberi dua maksud:

 

Pertama, tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis.

 

Kedua, Tidak pernah mendapat sebarang kitab sepertimana orang yahudi dan Nasrani yang pernah dapat kitab.

 

Pada makna yang kedua ini, didalilkan kepada firman Allah berikut;

 

الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ (157) – الأعراف

“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka” (Surah al-A’raf, ayat 157)

 

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (2) – الجمعة

“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata” (Surah al-Jumuah, ayat 2)

 

PENJELASAN: Dalam dua ayat ini menyebut perkataan UMMI yang boleh ditafsirkan sebagai Nabi dan orang arab Quraish adalah golongan tidak pernah diturunkan sebarang kitab kepada mereka.

 

[HUJAH DUA]

 

Mekah disebut sebagai أم القري iaitu INDUK.

 

Orang mekah disebut sebagai اميين yang bermaksud sebagai “kami orang mekah”, bukan bermakna “kami orang buta huruf”. Penduduk mekah pada masa itu amat dihormati, dan menjadi kebanggaan.

 

[HUJAH TIGA]

 

Dalam al-Quran pula, ada disebut ahl al-Kitab yang baca taurat dan Injil sebagai Ummi. Firman Allah:

 

وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ (78) فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ (79) – البقرة

“Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja * Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu” (Surah al-Baqarah, ayat 78-79)

 

PENJELASAN: kalau perkataan UMMI merujuk kepada buta huruf, sudah pasti perkataan ini tidak akan diberikan kepada AHLI KITAB yang boleh melakukan penyelewengan kitab.

 

DAKWAAN Tidak ada bukti nabi saw menulis

 

DIJAWAB, Ada dua kata berbeza:

a.      Tidak boleh menulis.

b.     Mampu menulis tetapi tidak menulis.

 

Nabi tidak menulis, tidak semestinya tidak pandai menulis.

 

Sepertimana ramai raja-raja dan pembesar yang boleh menulis, tetapi surat rasmi ditulis oleh Setiausahanya.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] IBRAHIM BIN MUSA AL-RAZI (220H)

إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى

 

Lihat hadis 35

 

[5] ISA BIN YUNUS (187H)

 عِيسَى بْنُ يُونُسَ

 

Lihat hadis 2, 33 dan 35.

 

[4] MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)

 مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ

 

Lihat hadis 13.

 

[3] MUHAMMAD BIN IBRAHIM AL-TAIMI (45H-120H)

 مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ

 

Nama penuhnya adalah MUHAMMAD BIN IBRAHIM BIN AL-HARIS BIN KHALID BIN SAKHR BIN ‘AMIR BIN KA’AB BIN TAIM BIN MURRAH.

 

Ulama yang terkenal dengan kefaqihan dari Madinah ini seangkatan dengan SALIM BIN ABDULLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB dan NAFI’ (guru Imam Malik).

 

Dia digelar AL-TAIMI kerana nisbah kepada keturunan atuknya yang bernama TAIM BIN MURRAH.

 

Atuknya yang bernama AL-HARIS adalah sahabat Nabi; salah seorang mujahirin awal.

 

Ahmad bin Hanbal kata, dia riwayatkan banyak hadis-hadis mungkar.

 

Namun begitu, ramai ulama anggap dia adalah salah seorang Tabiin yang siqah sepertimana diakui seperti Ibn Ma’in, Abu hatim dan al-nasaie. Bahkan, Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[2] ABU SALAMAH BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF

 

Lihat hadis 1.

 

[1] SAHABAT: ZAID BIN KHALID AL-JUHANI (7SH-78H | 17SH-68H)

 زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ

 

Geralannya adalah ABU ABD AL-RAHMAN. Ada kata, ABU TALHAH. Ada kata, ABU ZUR’AH.

 

Disebut AL-JUHANI kerana nisbah kepada keturunannya yang bermuarakan dari JUHAINAH BIN ZAID.

 

Dia terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH. Semasa fath Makkah, dia yang membawa bendera JUHAINAH.

 

Mati sewaktu umur 85 tahun di KUFAH. Ada kata, di Madinah. ada kata, di MESIR.

 

Hadis dia tidak ada dalam al-Bukhari dan Muslim, tetapi ada dalam kitab ashab al-Sunan yang lain.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى، أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH LIGHAIRIH (MATAN)

 

Hadis ini SAHIH LIGHAIRIH (matan) dengan alasan:

a.                  Dianggap sahih oleh Imam Tarmizi.

b.                  Albani dan Arnaut sepakat kata, hadis ini sahih.

c.                   Kalau ada masalah pun, hanya pada perawi MUDALLIS bernama MUHAMMAD BIN ISHAQ yang dia riwayatkan hadis ini secara  عنعنة. Namun, hadis ini ada SYAWAHID matan, iaitu hadis ke-46.

 

TAKHRIJ

 

Al-Tarmizi (22, 23), al-Nasaie (al-Kubra—3029, 3030), Ahmad (17048, 7853).