Wednesday, June 22, 2022

HADIS 57

 

 

HADIS 57

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِير حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أُمِّ مُحَمَّدٍ عَنْ عَائِشَةَ «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَرْقُدُ مِنْ لَيْلٍ وَلَا نَهَارٍ، فَيَسْتَيْقِظُ إِلَّا تَسَوَّكَ قَبْلَ أَنْ يَتَوَضَّأَ»

 

Nabi saw tidak bangun dari tidur, samada malam atau siang, kecuali baginda bersugi dahulu sebelum baginda berwudhu.

 

Status hadis: Hasan Lighairih

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Hadis ini menjelaskan bahawa menjadi kebiasaan nabi bahawa baginda apabila bangun dari tidur, pasti akan bersugi. Selepas itu, Baginda akan bersugi.

 

[2] Maksud من pada ayat لَا يَرْقُدُ مِنْ لَيْلٍ وَلَا نَهَارٍ،, ada empat tafsiran ulama;

A.                  Bermakna في—pada waktu malam atau pada waktu siang.

B.                  Bermakna تبعيضية—sebahagian dari malam atau siang.

C.                  Bermakna ابتداء الغاية, iaitu semenjak bermulanya malam atau semenjak bermulanya siang.

D.                 Bermakna زائدة, iaitu untuk menggambarkan kekukuhan ayat.

 

[3] Dalam riwayat Ahmad (25273), digunakan matan berbeza sedikit, tetapi mengandungi makna yang sama;

أَنَّ عَائِشَةَ، حَدَّثَتْهَا: " أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَرْقُدُ مِنْ لَيْلٍ وَلَا نَهَارٍ، فَيَسْتَيْقِظُ إِلَّا اسْتَاكَ قَبْلَ الْوُضُوءِ[1]

 

[4] Hadis yang hampir sama diriwayatkan oleh AHMAD (24921) bahawa Aisyah berkata:

 

أَنَّ عَائِشَةَ، حَدَّثَتْهُ: "أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَرْقُدُ، فَإِذَا اسْتَيْقَظَ تَسَوَّكَ، ثُمَّ تَوَضَّأَ، ثُمَّ صَلَّى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ، يَجْلِسُ فِي كُلِّ رَكْعَتَيْنِ فَيُسَلِّمُ، ثُمَّ يُوتِرُ بِخَمْسِ رَكَعَاتٍ لَا يَجْلِسُ إِلَّا فِي الْخَامِسَةِ، وَلَا يُسَلِّمُ إِلَّا فِي الْخَامِسَةِ[2]

Rasulullah saw tidur. Apabila baginda bangun, baginda bersugi, kemudian berwuduk. Kemudian, baginda solat 8 rakaat. Baginda duduk pada tiap-tiap dua rakaat, lalu memberi salam. Kemudian baginda solat witir dengan 5 rakaat. Baginda tidak duduk kecuali pada rakaat ke-5. Tidak bagi salam kecuali pada rakaat ke-5”.

 

Dalam riwayat Ahmad ini, ada beberapa penambahan berikut;

A.                  Selepas nabi saw berwuduk, baginda solat 8 rakaat dengan memberi salam pada setiap dua rakaat.

B.                  Nabi saw solat witir selepas itu dengan 5 rakaat. Ditunaikan dengan tidak ada duduk sebarang tasyahud awal, serta dengan satu salam sahaja.

 

HUBUNGAN HADIS


Hadis ke-56, menjelaskan ahli keluarga Nabi sediakan air wuduk dan kayu sugi untuk Nabi bersugi apabila baginda bangun dari tidur.

 

Hadis ke-57 ini pula, menjelaskan bahawa Nabi saw apabila bangun dari tidur, sama ada tidur siang atau malam, Baginda pasti akan bersugi.

 

PENGAJARAN

 

[1] ILLAT NABI BERSUGI

 

Ulama berbeza pendapat berkenaan punca Nabi saw bersugi apabila bangun dari tidur;

 

A.                  Pendapat kebanyakkan ulama hadis, seperti al-Sahranpuri.

 

Menjadi sunnah bahawa bersugi apabila bangun dari tidur. Hal ini dilihat pada zahir matan.

 

B.                  Pendapat Imam al-Ghazali dan al-Jili.

 

Al-Imam al-Ghazali sebut dalam Ihya’ bahawa disyariatkan bersugi apabila berubah bau mulut, sama ada tidur atau selain tidur, seperti makan dan sebagainya. Hal ini dilihat pada MAQASID bersugi.

 

C.                  Pendapat Abu Zur’ah al-Misri.

 

Nabi saw bersugi bukan kerana bangun dari tidur, tetapi kerana Nabi saw mahu berwuduk. Dengan erti kata lain, kalau nabi saw tidak mahu berwuduk, nabi saw tidak akan bersugi, walaupun baru bangun dari tidur.

 

Hujah ini dilihat pada zahir matan hadis menyebut:

 

تَسَوَّكَ قَبْلَ أَنْ يَتَوَضَّأَ

Baginda bersugi sebelum baginda berwuduk.

 

[2] BERSUGI APABILA MAHU BERIBADAT

 

Dalam hadis, disebut bahawa Nabi saw bersugi sebelum berwuduk.

 

Sudah dijelaskan dalam perbahasan lepas bahawa bersugi digalakan ketika mahu beribadat. Sepertimana yang diketahui umum bahawa berwuduk salah satu ibadat. Ekoran itu, Nabi saw bersugi terlebih dahulu sebelum dari berwuduk.

 

Menurut Ibn al-Solah dalam kitab MUSYKIL AL-WASIT, bersugi itu berlaku ketika sedang kumur-kumur.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUHAMMAD BIN KATHIR (133H-223H)

مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ

 

Lihat hadis ke-55.

 

[4] HAMMAM BIN YAHYA BIN DINAR AL-‘UZI (80H-164H)

 هَمَّامٌ بن يحي

 

Lihat hadis ke-19.

 

 

[3] ALI BIN ZAID (131H)

عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ

 

Lihat hadis ke-54.

 

 

[2] UMMU MUHAMMAD

أُمِّ مُحَمَّدٍ

 

 

Nama sebenarnya adalah AMINAH BINTI ABDILLAH. Ada ulama kata, nama sebenarnya UMAYYAH. Dia adalah isteri kepada ZAID BIN JAD’AN. Bermakna, ALI BIN ZAID adalah anak tirinya.

 

Al-Iraqi mengatakan bahawa dia MAJHUL AL-AIN DAN HAL.  Al-Zahabi pula kata, dia MAJHUL tanpa disebut AIN atau HAL. Al-Zahabi pula meletakkan dia dalam senarai MAJHULAT dalam kitab kitab AL-MIZAN. Hal ini kerana, tidak didapati seorang pun perawi yang ambil hadis darinya kecuali anak tirinya sahaja, iaitu ALI BIN ZAID.

 

Namanya tidak terdapat dalam bukhari, Muslim dan al-Nasaie, tetapi terdapat dalam Abu Daud, tarmizi dan Ibn Majah.

 

[1] AISYAH BINTI ABI BAKAR (19SH-58H)

عَائِشَةَ

 

Lihat hadis ke-18, 30, 33, 34, 40, 42, 50, 51, 52, 53 dan 56. (kali ke-12)

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] Hadis ini, DOIF SANAD tetapi SAHIH SANAD. Sanad DOIF kerana:

A.                  ALI BIN ZAID BIN JAD’AN adalah DOIF.

B.                  UMMU MUHAMMAD adalah MAJHUL.

C.                  TAFARRUD SANAD, iaitu tidak ambil hadis ini dari ALI kecuali HAMMAM.

D.                 Imam al-Nawawi juga mengatakan bahawa sanad ini lemah berfaktorkan UMMU MUHAMMAD.

 

[2] SYAWAHID

 

Daripada IBN UMAR dalam riwayat AHMAD (5979) dengan lafaz Hadis berikut—daripada IBNU UMAR:

 

عَنْ ابْنِ عُمَرَ "أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَنَامُ إِلَّا وَالسِّوَاكُ عِنْدَهُ، فَإِذَا اسْتَيْقَظَ بَدَأَ بِالسِّوَاكِ[3]

“Rasulullah saw tidak akan tidur kecuali sugi pasti berada di sampingnya. Apabila baginda bangun, baginda memulai dengan bersugi”

 

Justeru, hadis ini adalah HASAN LIGHAIRIH, kerana factor MATAN. Ia disepakati ARNAUT dan ALBANI.

 

[3] Ada sebilangan ulama hadis seperti Ali-‘Aid menyatakan bahawa pada tambahan ولا نهار dalam matan hadis adalah mungkar.

 

Alasan mereka adalah tidak terdapat dalam sebarang riwayat bahawa Nabi saw bersugi ketika bangun dari tidur pada waktu siang. Adapun bersugi ketika bangun pada waktu malam, itu memang terdapat banyak hadis, seperti dalam hadis ke-56 sebelum ini.

 



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ، حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ زَيْدٍ، قَالَ: حَدَّثَتْنِي أُمُّ مُحَمَّدٍ، أَنَّ عَائِشَةَ

[2] SANAD

حَدَّثَنَا عَفَّانُ، قَالَ: حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، أَنَّ عَائِشَةَ، حَدَّثَتْهُ

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمِ بْنِ مِهْرَانَ، مَوْلًى لِقُرَيْشٍ، سَمِعْتُ جَدِّي، يُحَدِّثُ عَنْ ابْنِ عُمَرَ

 

قال الأرنعوط: إسناده حسن. محمد بن مسلم بن مهران: هو محمد بن إبراهيم بن مسلم بن مهران بن المثنى القرشي، مولاه، أبو جعفر، ويقال: أبو إبراهيم، قال ابن معين والدارقطني: لا بأس به، وذكره ابن حبان في"الثقات"، وقال: كان يخطىء، وجدُّه مسلم بن مهران، قال أبو زرعة: ثقة، وقال الدارقطني: لا بأس به، وذكره ابن حبان في"الثقات". سليمان بن داود: هو أبو داود الطيالسي.

Wednesday, June 15, 2022

HADIS 56

  

HADIS 56

 

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ عَنْ زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى عَنْ سَعْدِ بْنِ هِشَامٍ  عَنْ عَائِشَةَ «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُوضَعُ لَهُ وَضُوءُهُ وَسِوَاكُهُ، فَإِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ تَخَلَّى ثُمَّ اسْتَاكَ»

 

Air wudhu dan sugi Nabi saw diletakkan (dekat tempat tidur baginda). Maka apabila baginda bangun malam, baginda qadha’ hajat, kemudian bersugi.


status hadis: sahih


PENJELASAN HADIS

 

[1] Dalam hadis ini menyatakan bahawa Nabi saw disediakan air dan sugi sebelum baginda tidur. Walaupun dalam matan hadis ini tidak disebut siapa yang menyediakan itu, tetapi dijelaskan oleh al-Saharanpuri dalam al-Bazl bahawa yang menyediakan itu adalah ahli keluarga baginda.

 

[2] Dalam hadis juga dijelaskan bahawa Nabi saw disediakan وضوء yang huruf waw di baca dengan baris atas. Apabila dibaca dengan Wudu’, ia memberi makna amalan berwuduk. Tetapi jika dibawa dengan wadu’, ia bermakna air yang digunakan untuk berwuduk.

 

Dengan ini memberi maksud, bahawa bukan sekadar kayu sugi sahaja disediakan, malah air wuduk juga disediakan. Hal ini menjadi dalil bahawa menjadi amalan nabi saw bangun malam untuk menunaikan solat.

 

[3] Apabila disediakan kayu sugi berserta air wuduk, di sini difahami secara isyarat al-Nas bahawa Nabi saw akan bersugi apabila mahu berwuduk.

 

[4] Dalam hadis ada disebut perkataan تخلي yang berasal dari akar kata خلاء. Asal maknanya adalah tempat yang tidak ada seseorang pun. Dalam penggunaan arab, ia bermaksud tempat qadha’ hajat. Justeru, terjemahan asal perkataan تخلي adalah berada di tempat yang ketiadaan orang. Namun, dari sudut ilmu balaghah, ia adalah MAJAZ MURSAL من اطلاق المحل وارادة الحال, iaitu disebut tempat, tetapi yang dikehendakinya adalah keadaan ketika berada di tempat tersebut.

  

[5] Dari sudut matan hadis ini, digambarkan bahawa Nabi saw bersugi selepas dari qadha’ hajat, bukan sejurus sahaja bangun dari tidur. Dalam erti kata lain, nabi saw bangun, baginda tidak terus bersugi. Tetapi, Qadha’ hajat terlebih dahulu. Apabila mahu berwuduk, baru baginda bersugi.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis ke-55, dijelaskan bahawa nabi saw bersugi apabila bangun dari tidur di waktu malam.

 

Dalam hadis ke-56 ini pula, dijelaskan bahawa bersugi nabi setiap kali dari tidur sudah menjadi tabiat sehinggakan keluarga Nabi saw pasti akan menyediakan air untuk berwuduk dan kayu sugi di tempat nabi saw tidur.

 

PENGAJARAN

 

SENTIASA BERSEDIA UNTUK BERSUGI

 

Islam antara agama yang mengajar agar kita sentiasa ada persiapan. Bermula dari persiapan menuju alam akhirat, persiapan perang sehinggakan sekecil-kecil perkara, iaitu persiapan sebelum tidur bahawa bangun nanti mahu bersugi dan berwuduk.

 

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] MUSA BIN ISMAIL (223H)

مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ

 

Sila lihat hadis ke-3, 10 dan 54.

 

[5] HAMMAD BIN SALAMAH (91H-167H)

 حَمَّادٌ[1]

 

Sila lihat hadis ke-3 dan 54.

 

[4] BAHZ BIN HAKIM (140H)

بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ

 

Nama penuhnya adalah BAHZ BIN HAKIM BIN MUAWIYYAH BIN HAIDAH AL-QUSYAIRI. Di panggil dengan ABU ABD AL-MALIK AL-BASRI.

 

Bapanya, Hakim adalah Tabiin. Sedangkan atuknya, Muawiyyah bin Haidah adalah Sahabat.

 

Dia meninggal pada tahun 140 Hijrah. Ada pendapat kata, dia meninggal pada tahun 160 Hijrah.

 

Pandangan ulama terhadapnya ada pelbagai sikap. Antara ulama yang kata dia siqah adalah Ibn Main, Ibn Madini, al-Tarmizi dan al-Nasaie. al-Hakim kata, dia siqah serta dihimpun hadisnya. Bahkan, ada beberapa tokoh siqah yang ambil hadis darinya, antara adalah al-Zuhri. Apabila para siqah ambil hadis darinya, itu sudah memadai untuk diterima riwayatnya. Ahmad bin Hambal dan Ishaq berhujah dengannya. Al-Zahabi kata, dia seorang Imam dan muhaddis. Yahya Bin Main kata, ramai para siqah riwayat hadis darinya. Bahkan kata: aku tidak nampak hadis mungkar yang dia riwayatkan. Aku berharap, para siqah ambil hadis darinya. Tidak mengapa pada hadisnya.

 

Namun begitu, Abu Hatim kata, hadisnya ditulis, tetapi tidak boleh dibuat hujah.  Abu Daud menyatakan bahawa dia boleh dibuat hujah.

 

Ibn Hibban pula kata, dia selalu buat silap sehingga dia ditinggalkan Jemaah dari kalangan imam kami. Ibn Hibban tidak masukkan namanya dalam kitab al-Siqat, bahkan memasukkan dalam KITAB AL-MAJRUHIN.

 

Imam Syafie kata, dia tidak hujjah di sisi Aku. Imam al-Bukhari pula kata, ulama hadis berbeza pendapat berkenaan dia.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari ada riwayatkan hadisnya, tetapi secara ta’liq sahaja.

 

Walaupun begitu, dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[3] ZURARAH BIN ABI AWFA (93H)

 زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى

 

Nama penuhnya adalah ZURARAH BIN AWFA AL-‘AMIRI AL-HARASHI. Dia panggil sebagai ABU HAJIB AL-BASRI.

 

Dia adalah seorang ulama hadis di Basrah, serta qadhi di wilayah tersebut. Dia meninggal dunia pada tahun 93 Hijrah, iaitu di era pemerintahan AL-WALID BIN ABDIL MALIK BIN MARWAN, iaitu ketika dia sedang membaca al-Quran. Iaitu, apabila sampai pada ayat 10, dia pun rebah dan meninggal dunia.

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7) فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8)  فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ (9) عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ (10) – المدثر

 

Dengan sebab itu, tidak hairan Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia terkenal sebagai ahli ibadat.

 

Ramai ulama kata dia siqah, antaranya adalah al-Nasaie, Ahmad bin Soleh al-Jili, Ibn Hajar al-Asqalani, al-waqidi dan Ibn ma’in.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[2] SA’AD BIN HISHAM (80-90H)

 سَعْدِ بْنِ هِشَامٍ

 

Nama penuhnya adalah SA’AD BIN HISHAM BIN ‘AMIR AL-ANSARI AL-MADANI. Dia adalah sepupu disebelah bapa kepada Anas bin Malik.

 

Menurut Imam al-Bukhari, dia terbunuh di bumi Makran (sekarang di balochistan, Pakistan) dalam satu peperangan.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

  

[1] AISYAH BINTI ABU BAKAR (19H-58H)

 عَائِشَةَ

 

Lihat hadis ke-18, 30, 33, 34, 40, 42, 50, 51, 52 dan 53 (kali ke-11)

 

 

PENJELASAN SANAD

 

Hadis ini SAHIH:

 

A.                  Semua perawi hadis ini adalah siqah.

B.                  Disepakati sahih oleh Albani dan Arnaut.

C.                  Semua perawi adalah rijal Muslim kecuali BAHZ BIN HAKIM. Namun, dia tetap perawi siqah.

 



[1] Ada seorang lagi perawi abu Daud di tabaqat yang sama, iaitu HAMMAD BIN ZAID (98H-179H). Justeru, jangan tersilap.

 

Wednesday, June 8, 2022

HADIS 55 (BAB 30)

 

BAB 30

 

بَابُ السِّوَاكِ لِمَنْ قَامَ مِنَ اللَّيْلِ

 

BERSUGI BAGI MEREKA YANG BANGUN PADA WAKTU MALAM

 

HADIS 55

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ  عَنْ مَنْصُورٍ  وَحُصَيْنٍ  عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ»

 

Rasulullah saw apabila bangun di malam hari, baginda menggosok  mulutnya (gigi-gigi) dengan sugi.

 

status hadis: sahih


PENJELASAN HADIS

 

[1] Hadis ini menjelaskan bahawa nabi apabila bangun tidur di waktu malam, baginda akan menggosok gigi.

 

[2] Dalam matan hadis menyatakan قام من الليل, yang ada ulamak mengatakan bahawa ia bukan dikhususkan untuk sembahyang tahajud sahaja. Perkataan yang lain, kalau bangun dari tidur bukan untuk tahajud pun baginda nabi akan menggosok gigi.

 

[3] Maksud perkataan يشوص, ada ulama tafsirkan dengan makna الدلك, iaitu gosok. Ada pula kata, bermakna الغسل. Ada pula kata, gosok atas ke bawah, dan bawah ke atas.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis 53, Menjelaskan bahawa nabi memberitahu amalan yang dilakukan oleh para nabi turun-temurun, antaranya adalah menggosok gigi.

 

Dalam hadis ke-55 ini pula menjelaskan bahawa ia bukan sahaja dilakukan oleh para nabi terdahulu, malah terbukti ia diamalkan sendiri oleh Nabi Muhammad

 

PENGAJARAN

 

BERSUGI KETIKA IBADAT

 

Tujuan bersugi adalah untuk menghilangkan bau mulut.

 

Nabi Muhammad bangun pada waktu malam untuk beribadah. Walaupun tidak ada komunikasi dengan manusia, baginda tertetap bersugi.

 

Ini menjadi dalil bahawa bersugi disunatkan ketika kita mahu beribadat.

 

Justeru setiap kali beribadat, tidak kira apa jenis ibadat pun digalakkan kepada kita bersugi.

 

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUHAMMAD BIN KATHIR AL-‘ABDI (133H-223H)

مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ العبدي

 

Ia juga digelar dengan panggilan ABU ABDULLAH AL-BASRI.

 

Dia belajar hadis di Basrah dan di Kufah. Merupakan guru kepada imam al-bukhari dan Abu Daud, serta Rijal kepada Muslim, al-Tarmizi, al-Nasa'i dan Ibnu Majah.

 

Dia juga adalah guru kepada imam al-bukhari, Abu Hatim dan Abu Zur'ah.

 

Ibnu hibban menyenaraikan namanya salah seorang dalam kitab al-Siqat, akan menganggap dia seorang yang bertakwa dan mempunyai keistimewaan.

 

Abu Hatim mengatakan beliau adalah seorang perawi soduq. ibn Ma'in menganggap bahawa dia tidak siqah, sedangkan imam Ahmad menganggapnya sebagai SIQAH. Ahmad bin Soleh Al-Jili dan Abdul Baqi bin Qai’ al-Baghdadi kata, dia doif. Abu Daud kata, dia tidak mahfuz.

 

Secara dasarnya dia adalah seorang perawi siqah lagi sahih

 

[4] SUFYAN AL-SAURI (97H-161H)

سُفْيَانُ الثوري

 

Sila lihat hadis yang ke-16

 

[3] MANSUR BIN AL-MU’TAMIR (60H-132H)

مَنْصُورٍ  بن المعتمر

 

Sila lihat hadis yang ke-21

 

[3] HUSOIN BIN ABDUL RAHMAN (43H-136H)

حُصَيْنٍ بن عبد الرحمن

 

Dia adalah sepupu kepada Mansur bin al-Mu'tamir

 

Dipanggil sebagai ABU AL-HUZAIL AL-SULAMI AL-KUFI.

 

Dia adalah Rijal al-kutub as-sittah.

 

Dia adalah seorang perawi yang siqah, tetapi sebelum kematiannya hafalannya semakin memburuk

 

[2] ABU WAIL (1H-82H0

 عَنْ أَبِي وَائِلٍ (شقيق بن سلمة)

 

Sila lihat hadis yang ke-23

 

[1] HUZAIFAH BIN AL-YAMAN (36H0

 حُذَيْفَةَ بن اليمان

 

Sila lihat hadis yang ke-23

 

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] Hadis ini SAHIH.

 

A.                  Semua perawi siqah dan ikut syarat bukhari dan muslim.

B.                  Hadis ini, ada dalam sahih al-Bukhari dan muslim.

C.                  Dalam sanad sahih Muslim, ada mutaba’ah lagi; iaitu, yang ambil hadis dari Abu Wail itu ditambah seorang lagi, iaitu al-‘Amash.

D.                 Disepakati Sahih oleh Albani dan Arnaut.

 

[2] TAKHRIJ

 

Al-Bukhari (245, 889, 1136), Muslim (225), al-Nasaie (al-Kubra—2), Ibn Majah (286), Ahmad (23242), Ibn Hibban (1072) dan al-Baihaqi.