HADIS 87 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُبَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا أَبُو خَلْدَةَ قَالَ:
سَأَلْتُ أَبَا الْعَالِيَةِ عَنْ رَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَنَابَةٌ، وَلَيْسَ
عِنْدَهُ مَاءٌ، وَعِنْدَهُ نَبِيذٌ أَيَغْتَسِلُ بِهِ؟ قَالَ: «لَا»
Abu Khaldah berkata:
aku tanya Abu al- ‘Aliyah berkenaan seseorang lelaki yang berjunub sedangkan
dia tidak mempunyai sebarang air (untuk mandi junub)—dia ada air nabiz; apakah
boleh dia mandi menggunakan (air nabiz tersebut)?.
Jawab (Abu al- ‘Aliyah):
tidak (boleh).
PERBAHASAN SANAD |
[1] Hadis ini dinilai
sahih.
[2] hadis ini adalah
maqtu’—iaitu perkataan tabiin.
PENJELASAN MATAN |
[1] Dalam kitab البدائع, penjelasan
panjang lebarnya adalah bahawa ABU AL-ALIYAH yang berkata:
كُنْتُ فِي
جَمَاعَةٍ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -
فِي سَفِينَةٍ فِي الْبَحْرِ فَحَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَفَنِيَ مَاؤُهُمْ،
وَمَعَهُمْ نَبِيذُ التَّمْرِ فَتَوَضَّأَ بَعْضُهُمْ بِنَبِيذِ التَّمْرِ،
وَكَرِهَ التَّوَضُّؤَ بِمَاءِ الْبَحْرِ، وَتَوَضَّأَ بَعْضُهُمْ بِمَاءِ
الْبَحْرِ، وَكَرِهَ التَّوَضُّؤَ بِنَبِيذِ التَّمْرِ – بدائع الصنائع في ترتيب
الشرائع, 1\16
Aku berada dalam Jemaah dari
kalangan sahabat Rasullullah dalam satu kapal di lautan. Apabila masuk waktu
solat, air tawar sudah kehabisan. Namun bersama mereka adalah air nabiz tamar,
maka setengan berwuduk dengan air tersebut dengan mereka tidak suka berwuduk
dengan air laut, (sedangkan) setengah yang lain berwuduk dengan air laut dan
tidak suka berwuduk dengan air nabiz kurma itu.
[2] kisah ini bukan
perkataan nabi. Ini adalah kesimpulan dan ijtihad dari seorang tabiin yang
bernama ABU ‘ALIYAH yang dibawa oleh ABU DAUD untuk menguatkan pendapatnya
bahawa bukan sekadar tidak boleh berwuduk dengan air nabiz, bahkan mandi wajib
dengan air itu juga tidak boleh.
[3] yang dimaksudkan NABIZ
dalam hadis ini adalah apabila rasa kurma (dan sebagainya) sudah meresap rasanya
ke dalam air tersebut.
Adapun jika belum meresapi
rasa lagi, maka ia tidak termasuk dalam maksud ABU AL-ALIYAH ini.
(Manhal:1/290)
HUBUNGAN HADIS |
Kalau dalam hadis ke-86
berkaitan dengan tidak boleh wuduk dengan air nabiz.
Dalam hadis 87 ini
pula, mandi junub menggunakan nabiz juga tidak boleh.
BIOGRAFI PERAWI |
[5] MUHAMMAD BIN
BASYSYAR (167H-252H)
مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ
Perawi ini tersebut
dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu dalam hadis ke-13, 52, 82, 86 dan
87
[4] ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)
عَبْدُ الرَّحْمَنِ بن مهدي
Nama perawi ini disebut dalam
Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-86 dan 87.
[3] ABU KHALDAH
(152H)
أَبُو خَلْدَةَ
Nama sebenarnya adalah
KHALID BIN DINAR AL-TAMIMI AL-SA’DI AL-BASRI
Selain ilmuan hadis,
beliau juga seorang tukang jahit.
KOMENTAR ULAMA; (Manhal:1/289)
(a)
Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, AL-NASAIE,
AL-IJLI, AL-DARAQUTNI, IBN SA’AD, YAZID BIN ZURAYI’, AL-TARMIZI, OSMAN BIN
SA’AD & IBN ABD AL-BAR
(b)
AHMAD kata, dia syaikh siqah.
(c)
IBN MAHDI kata, dia soduq.
(d)
AL-TARMIZI kata, dia siqah
dalam kalangan ahli hadis. (Bazl:1/183)
Dia adalah rijal
al-bukhari, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah.
Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.
[2] ABU ‘ALIYAH
(93H)
أَبَو الْعَالِيَةِ
Nama sebenarnya adalah RUFAIYY’ BIN MIHRAN
AL-RAYYAHI
Menurut ALI BIN AL-MADINI, dia
sempat di era Jahiliyyah. Namun, peluk islam dua tahun selepas Nabi wafat
(manhal:1/290) bermakna, dia seorang MUKHADRAM (Arnaut:1/64)
Dia sempat dengan Abu Bakar
dan pernah menunaikan solat Jemaah dengan menjadi makmum kepada Saidina Umar
dan mendengar hadis dari Saidina Umar. (Bazl:1/183)
Dia pernah berkata: Aku sempat
khatamkan al-Quran di era Umar sebanyak tiga kali.
ASIM AL-AHWAL pernah berkata:
Abu al-‘Aliyah ada sikap bahawa apabila berhimpun kepadanya lebih dari kadar 4
orang, dia akan bangun dan pergi (tasawwut:2/618)
KOMENTAR ULAMA:
(a)
IBN HAJAR AL-ASQALANI kata,
dia tabiin besar yang popular dengan gelarannya (manhal:1/290)
(b)
Dianggap SIQAH oleh IBN MAIN,
ABU ZUR’AH & ABU HATIM (manhal:1/290)
(c)
ABU AL-QASIM kata, ulama ijmak
bahawa dia siqah. Cuma dia banyak lakukan IRSAL (manhal:1/290)
(d)
ABU BAKAR BIN ABI DAUD kata,
tidak ada seorang pun orang selepas sahabat yang lebih tahu berkenaan al-Quran
kecuali Abu al- ‘Aliyah. Selepas beliau adalah SA’ID BIN JUBAIR
(tasawwut:2/618)
(e)
IBN ‘ADI kata, hadis-hadis
yang dia riwayat adalah SOLEH.
(f)
AL-LAKAIE kata, ijmak ulama
bahawa dia siqah. (Bazl:1/184)
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.
Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.