Saturday, August 13, 2022

HADIS 70

 

 

HADIS 70

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ، وَلَا يَغْتَسِلُ فِيهِ مِنَ الْجَنَابَةِ»

Rasulullah saw bersabda: jangan seseorang kamu kencing dalam air yang bertakung, dan dia mandi padanya dengan (mandi) junub

 

Status: sahih

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Matan hadis ini ada penambahan berbanding matan hadis ke-70, iaitu pada perkataan مِنَ الْجَنَابَةِ

 

Walaupun dalam matan hadis ini dibataskan kepada mandi junub, tidak bermakna berwuduk pula boleh. Dalam perkataan lain, jika mandi junub pun tidak sah, berwuduk juga adalah tidak sah.

 

[2] Disebut “junub”, disebaliknya mengandungi maksud sebarang penggunaan air dalam hal ibadat. Justeru, termasuk juga mandi sunat seperti mandi jumaat dan berwuduk. (al-tawassut:1/383)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-70 ini, sebagai mutaba-ah kepada hadis ke-69, iaitu pada perawi ke-2.

 

PENGAJARAN

 

-          Pengajaran sama dengan hadis ke-69.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-208H)

مُسَدَّدٌ بن مسرهد

 

Ulama Basrah ini sudah disebut Namanya dalam Sunan Abi daud untuk kali ke-10, iaitu dalam hadis ke-2, 4, 7, 9, 22, 23, 49, 62, 68 dan 70.

 

[4] YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN (110H-178H)

يَحْيَى بن سعيد القطان

 

Nama penuhnya adalah YAHYA BIN SA’ID BIN AL-FARUKH AL-QATTAN AL-AHWAL. Dipanggil sebagai ABU SA’ID AL-TAMIMI.

 

Ulama Iraq ini, adalah murid kepada Imam malik dan Abu Hanifah, dan guru kepada Ahmad bin hambal.

 

Dia bukan sekadar imam dalam bidang hadis, malah imam dalam ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil. Mendapat jolokan AMIRUL MU’MININ FI AL-HADIS.

 

Al-Hafiz Ibn Ammar pernah berkata: kalau kamu lihat kepada yahya, dengan pakaian dia sebagai seorang peniaga, kamu tidak akan rasa dia hebat. Apabila dia bercakap, para fuqaha’ akan terdiam.

 

Waraknya, pernah diceritakan oleh cucunya, Ahmad bin Muhammad bin Yahya al-Qattan bahawa atuknya tidak suka bergurau, tidak pernah aku lihat dia ketawa kecuali senyum sahaja, aku tidak nampak dia masuk hammam (bilik mandi orang arab) dan dia memakai inai pada rambutnya.

 

Ibn al-Madini pernah kata, aku tidak dapati orang yang terlebih tahu berkenaan rijal kecuali Yahya. Aku dapati dia amat sabat.

 

Dhobit dan hafazannya diakui hebat oleh Ahmad, al-Nasaie dan Ibn Hibban.

 

Al-Jili kata, dia tidak akan riwayatkan hadis kecuali dia dah pastikan perawi hadis itu siqah. Al-Daraqutni kata, dia amat teliti sehinggakan andai ada sesuatu hadis yang hatinya rasa sangsi, dia pasti tidak akan riwayatkan hadis tersebut.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi yang siqah lagi sahih.

 

[3] MUHAMMAD BIN ‘AJLAN AL-QURASHI AL-MADANI (148H)

مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ القرشي المدني

 

Ulama Madinah ini dilahirkan di era pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Dia terkenal dengan ahli ibadat serta faqih. Dia ada halaqah ilmu di Masjid Nabawi, di situ dia menjawab soalan-soalan fiqh umat. Dia selalu inaikan janggutnya.

 

Ibn Uyaynah memuji Ibn ‘Ajlan. Namun, al-Zahabi kata, hadisnya tidak pernah sampai tahap sahih. Habis-habis tinggi pun, setahap hasan.

 

Yahya bin Sa’id kata, dia selalu mudhtarib jika hadis yang dia ambil itu dari NAFI’. Ibn hibban kata, dia seorang mudallis.

 

Dia adalah Rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari tidak riwayatkan hadisnya kecuali secara ta’liq, dan Muslim juga tidak riwayatkan hadisnya kecuali secara secara mutaba-ah

 

[2] ‘AJLAN

عجلان

 

Dia adalah bapa kepada seorang perawi hadis bernama MUHAMMAD BIN ‘AJLAN.

 

Ibn Hibban meletakkan namanya salam senarai al-Siqat. Dia adalah perawi Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah.

 

[1] ABU HURAIRAH (21SH-59H)

أَبو هُرَيْرَةَ

 

Nama Abu Hurairah disebut dalam Sunan Abu Daud buat kali ke-11, iaitu pada hadis ke-8, 25, 28, 35, 44, 45, 46 dan 70.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SAHIH

a.                  Hadis ini dianggap sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.

b.                  Albani kata, semua rijal adalah siqah kecuali IBN ‘AJLAN yang muslim riwayat hadisnya secara mutaba-ah sahaja.

c.                   Walaubagaiamana pun, Albani anggap hadis ada mutaba-ah.

 

[2] Turut meriwayatkan hadis ini bersama dengan ‘Ajlan adalah FATIMAH BINTI UTBAH, iaitu bekas tuan kepada ‘Ajlan. (Ibn Ruslan:1/537)

 

No comments:

Post a Comment