HADIS 74 (IKTIBAR HADIS 71) |
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ
عَنْ شُعْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو التَّيَّاحِ عَنْ مُطَرِّفٍ عَنِ ابْنِ مُغَفَّلٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ
الْكِلَابِ، ثُمَّ قَالَ: «مَا لَهُمْ وَلَهَا» ، فَرَخَّصَ فِي كَلْبِ الصَّيْدِ،
وَفِي كَلْبِ الْغَنَمِ وَقَالَ: «إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي الْإِنَاءِ
فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مِرَارٍ، وَالثَّامِنَةُ عَفِّرُوهُ بِالتُّرَابِ»
Daripada Abdullah bin Mughaffal bahawa Rasulullah saw
menyuruh membunuh anjing. Kemudian baginda berkata: Apa masalah pada mereka
(sehingga mahu membunuh anjing) dan apa masalah pada anjing (sehingga perlu
dibunuh)? Maka Nabi saw pun merukhsahkan pada anjing perburuan dan anjing
(menjaga) kambing. Dan baginda berkata: apabila anjing jilat pada bekas (air),
maka hendaklah kamu basuhnya tujuh kali dan kelapannya hendaklah kamu tenyeh
dengan tanah.
status: sahih (syaz)
PERBAHASAN
SANAD |
[1] SANADNYA SAHIH
a.
Disepakati
sahih oleh Albani dan Arnaut.
b.
hadis
ini ada dalam Muslim (280, 1573). (Al-Aun:1/48)
c.
ada
dalam Sahih Ibn Hibban. (1298)
d.
albani kata, hadis ini ikut syarat bukhari dan Muslim.
e.
Muslim dan Abu ‘Awanah keluarkan hadis ini dalam kitab
mereka.
a.
Abu
Abdullah bin Mandah dan Abu Bakar bin al-Arabi berkata: sanadnya disepakati
sahih. (al-Tawassut:2/463)
[2] PENJELASAN STATUS
Hadis
ini ada empat perkara berikut;
(a)
Nabi
suruh bunuh anjing.
(b)
Nabi
rukhsahkan
bunuh anjing.
(c)
Nabi saw suruh basuh jilatan anjing tujuh kali.
(d)
Pada kelapan, perlu gosok dengan tanah.
Pada
perkara (a) dan (b), al-Waliyuddin al-Iraqi kata, ia ada mudhtarib pada matan. Hal ini
kerana, terdapat dalam riwayat lain—juga dari ABDULLAH BIN MUGHAFFAL bahawa
Nabi saw tidak membunuh anjing. Tetapi, yang disuruh hanya bunuh anjing hitam
sahaja;
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: «لَوْلَا أَنَّ الْكِلَابَ أُمَّةٌ مِنَ الْأُمَمِ لَأَمَرْتُ
بِقَتْلِهَا، فَاقْتُلُوا مِنْهَا الْأَسْوَدَ الْبَهِيمَ» - ابو داود, 2845[1]
"Seandainya anjing itu tidak termasuk salah satu umat di antara
berbagai umat, niscaya aku diperintahkan untuk membunuhnya. Bunuhlah anjing
yang hitam pekat” (al-tawassut:2/464)
Pada perkara (c), ia adalah sahih kerana sanad hadis
ini sahih, serta dikuatkan dengan banyak riwayat yang menyatakan suruhan basuh
jilatan anjing dengan tujuh kali basuh. Namun pada perkara (d), ia adalah Syaz
dengan hadis ke-71. (Lihat perbahasan [4] di bawah)
[3] SEBAGAI IKTIBAR
Dilihat
pada sanad, hadis ini adalah sahih. Namun, dilihat pada [3], didapati hadis ini
sekadar mutaba-ah pada perkara (c), tetapi doif (mudhtarib) pada perkara (a)
dan (b), dan syaz pada perkara (d), maka timbul persoalan; kenapa hadis ini
tetap dibawa oleh Abu Daud?
Jawabnya
adalah, hadis ini sebagai iktibar—perbandingan dengan riwayat yang lebih sahih
(hadis ke-71).
[4] KENAPA SYAZ?
Hadis
ini syaz, sedangkan hadis ke-71 adalah MAHFUZ adalah kerana alasan-alasan
berikut;
(a)
Dalam
sanad hadis ke-71, tidak ada sebarang masalah sanad dan perawi. Tambahan pula,
matannya turut sama ada dalam banyak riwayat seperti al-Bukhari dan Muslim.
(b)
Dalam
sanad hadis ke-74 ini pula, ada masalah berikut;
a. Syu’bah bin
al-Hajjaj adalah perawi yang sering meriwayatkan hadis secara ma’na, tambahan
pula dia tidak faqih dan tidak terkenal dengan ijtihad.
b. Dari sudut matan, ia ada masalah pada
[3] (a), (b) dan (d) yang sudah disebut di atas.
[5]
KOMEN TAMBAHAN ABU DAUD
Dalam
riwayat IBN AL-ARABI, dinukilkan berikut;
قال ابو داود:
هكذا قال ابن المغفل
PENJELASAN
MATAN |
[1] Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi saw menyuruh agar
membunuh anjing. Menurut KHITAB
AL-SUBKI, sebab nabi saw
suruh bunuh itu ada kaitan dengan hadis berikut;
أَنَّ عَبْدَ
اللهِ بْنَ عَبَّاسٍ، قَالَ: أَخْبَرَتْنِي مَيْمُونَةُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْبَحَ يَوْمًا وَاجِمًا، فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ:
يَا رَسُولَ اللهِ، لَقَدِ اسْتَنْكَرْتُ هَيْئَتَكَ مُنْذُ الْيَوْمِ، قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ جِبْرِيلَ كَانَ وَعَدَنِي
أَنْ يَلْقَانِي اللَّيْلَةَ فَلَمْ يَلْقَنِي، أَمَ وَاللهِ مَا أَخْلَفَنِي» ،
قَالَ: فَظَلَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَهُ ذَلِكَ
عَلَى ذَلِكَ، ثُمَّ وَقَعَ فِي نَفْسِهِ جِرْوُ كَلْبٍ تَحْتَ فُسْطَاطٍ لَنَا،
فَأَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ، ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِهِ مَاءً فَنَضَحَ مَكَانَهُ،
فَلَمَّا أَمْسَى لَقِيَهُ جِبْرِيلُ، فَقَالَ لَهُ: «قَدْ كُنْتَ وَعَدْتَنِي
أَنْ تَلْقَانِي الْبَارِحَةَ» ، قَالَ: «أَجَلْ، وَلَكِنَّا لَا نَدْخُلُ بَيْتًا
فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ» ، فَأَصْبَحَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَوْمَئِذٍ فَأَمَرَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ، حَتَّى إِنَّهُ يَأْمُرُ
بِقَتْلِ كَلْبِ الْحَائِطِ الصَّغِيرِ، وَيَتْرُكُ كَلْبَ الْحَائِطِ الْكَبِيرِ- مسلم,2105[2]
Abdullah bin 'Abbas berkata:
Maimunah (isteri nabi dan juga ibu saudara Ibn Abbas) memberitahu kepadaku
bahawa pada suatu pagi Rasulullah saw kelihatan diam kerana susah dan sedih.
Maimunah berkata: "Ya, Rasulullah! Aku tidak selesa melihat sikap kamu
seharian ini. Apa yang telah terjadi?" Rasulullah saw menjawab: 'Jibril
berjanji akan datang menemuiku malam tadi, ternyata dia tidak datang.
Ketahuilah, dia pasti tidak menyalahi janji denganku!'
Rasulullah saw sentiasa
kelihatan gelisah dan sedih seharian itu. Kemudian baginda melihat seekor anak
anjing di bawah tempat tidur kami, lalu baginda menyuruh keluarkan anak anjing
itu. Kemudian diambilnya air lalu dipercikinya bekas-bekas tempat anjing itu.
Ketika hari sudah petang, Jibril datang menemui baginda. Baginda pun berkata
kepada Jibril: kamu berjanji akan datang pada waktu pagi'
Jibril menjawab: 'Benar!
Tetapi kami tidak dapat masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar'.
Pada pagi harinya Rasulullah
saw memerintahkan supaya membunuh semua anjing, sampai anjing penjaga kebun
yang sempit, tetapi baginda membiarkan (tidak suruh bunuh) anjing penjaga kebun
yang luas”.
[2] Walaupun diperingkat awal,
nabi saw menyuruh membunuh anjing. Namun, selepas itu, nabi saw mempersoalkan tindakan
membunuh anjing tersebut; apa masalah pada anjing tersebut sehingga ia perlu
dibunuh dan apa masalah manusia pula perlu membunuh anjing.
Dalam matan hadis, digunakan
lafaz «مَا
لَهُمْ وَلَهَا», tetapi jika
dilihat dalam riwayat lain, matan menggunakan lafaz yang berbeza, walaupun
menjurus kepada makna yang sama.
(a)
Riwayat MUSLIM: «مَا بَالُهُمْ
وَبَالُ الْكِلَابِ؟»
عَنِ ابْنِ
الْمُغَفَّلِ، قَالَ: أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِقَتْلِ الْكِلَابِ، ثُمَّ قَالَ: «مَا بَالُهُمْ وَبَالُ الْكِلَابِ؟» ثُمَّ
رَخَّصَ فِي كَلْبِ الصَّيْدِ وَكَلْبِ الْغَنَمِ، وَقَالَ: «إِذَا وَلَغَ
الْكَلْبُ فِي الْإِنَاءِ فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ، وَعَفِّرُوهُ
الثَّامِنَةَ فِي التُّرَابِ» - مسلم, 280[3]
(b)
IBN MAJAH: «مَا لَهُمْ، وَلِلْكِلَابِ؟»
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«أَمَرَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ» ثُمَّ قَالَ: «مَا لَهُمْ، وَلِلْكِلَابِ؟» ثُمَّ
رَخَّصَ لَهُمْ فِي كَلْبِ الصَّيْدِ – ابن ماجة, 3200[4]
[3] Selepas itu, nabi saw pun memberi keringatan agar tidak
membunuh pada dua jenis anjing, iaitu anjing perburuan dan anjing yang
digunakan untuk menjaga kambing.
Dalam matan hadis ini, digunakan lafaz فَرَخَّصَ
فِي كَلْبِ الصَّيْدِ، وَفِي كَلْبِ الْغَنَمِ, sedangkan dalam
riwayat lain digunakan lafaz berikut;
(a)
IBN MAJAH: ثُمَّ رَخَّصَ لَهُمْ فِي
كَلْبِ الزَّرْع وَكَلْبِ الْعِينِ —kemudian dirukhsahkan
untuk mereka anjing pertanian dan anjing yang jaga perbatasan Madinah
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«أَمَرَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ» ثُمَّ قَالَ: «مَا لَهُمْ وَلِلْكِلَابِ؟» ثُمَّ
رَخَّصَ لَهُمْ فِي كَلْبِ الزَّرْعِ، وَكَلْبِ الْعِينِ قَالَ بُنْدَارٌ:
الْعِينُ حِيطَانُ الْمَدِينَةِ – ابن ماجة, 3201[5]
(b)
AL-SUNAN AL-KUBRA AL-BAIHAQI: وَرَخَّصَ فِي
كَلْبِ الرِّعَاءِ وَكَلْبِ الصَّيْدِ—dan dirukhsahkan pada anjing penjagaan dan
anjing perburuan.
عَنْ عَبْدِ
اللهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَمَرَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ، ثُمَّ قَالَ: " مَا بَالِي وَالْكِلَابُ "
وَرَخَّصَ فِي كَلْبِ الرِّعَاءِ وَكَلْبِ الصَّيْدِ وَقَالَ: " إِذَا وَلَغَ
الْكَلْبُ فِي الْإِنَاءِ فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ وَالثَّامَنَةُ عَفِّرُوهُ
بِالتُّرَابِ " – السنن الكبري للبيهقي, 1149[6]
[4] Apabila Nabi saw memberi keringanan agar tidak
membunuh anjing perburuan dan anjing yang menjaga kambing, maka Abdullah bin
Mughaffal menyebut perkataan nabi saw yang menyuruh agar membasuh tujuh kali
basuh pada jilatan anjing.
Memandangkan sebelum ini Nabi saw menyuruh membunuh
anjing, kemudian nabi saw izinkan agar tidak membunuh anjing pada dua factor
ini dan Abdullah pula menyertai menyebut suruhan membasuh jilatan anjing,
menjadikan Imam al-Haramain menyimpulkan bahawa hadis ini adalah dalil bahawa
suruhan bunuh anjing itu adalah MANSUKH dengan hadis suruhan basuh tujuh kali
basuh. Apatah lagi, hadis suruhan basuh jilatan anjing itu diriwayatkan oleh
Abu Hurairah yang masuk islam pada tahun 7 hijrah, sedangkan Abdullah bin
Mughaffal yang tahu berkenaan suruhan bunuh anjing itu, dia masuk islam lebih
awal lagi; iaitu sebelum 6 hijrah, kerana dia terlibat dalam Sulh
al-Hudaibiyyah.
Pun begitu, dakwaan bahawa hadis ini Mansukh dibantah
oleh Khitab al-Subki dengan alasan, tidak ada satu dalil Qatie yang menyokong
dakwaan ini. Apatah lagi, kemungkinan juga bahawa hadis ini mursal sahabi,
iaitu suruhan basuh anjing dengan tujuh kali itu disebut oleh nabi saw sejak
awal islam lagi, tetapi diriwayat oleh Abu Hurairah dengan beliau dari sahabat
lain. (al-Manhal:1/255)
[5] Dalam matan hadis ini ada menyebut bahawa Nabi saw
suruh menggunakan tanah pada basuhan jilatan anjing pada kali ke-8.
HUBUNGAN
HADIS |
Hadis ke-73,
dijelaskan bahawa basuhan ke-7 adalah air tanah.
Hadis
ke-74 ini pula, dijelaskan tanah itu pada kali ke-8 pula.
Hadis
ini sebagai IKTIBAR kepada riwayat-riwayat lain yang berkaitan dengan hal
jilatan anjing.
PENGAJARAN |
[1] MENGGUNAKAN
TANAH PADA KE-8
SATU:
AL-HASAN AL-BASRI
Ibn
Abd al-Bar kata, hadis ini dijadikan sandaran oleh al-hasan al-Basri bahawa ke-8 menggunakan tanah, sedangkan 7
kali awal adalah air biasa. Ibn Abd al-bar kata: aku tidak tahu orang lain yang
memfatwakan sama seperti al-Hasan. (al-Tawassut:2/473)
Dikatakan,
ini adalah pendapat IMAM AHMAD, dan ada satu riwayat disandarkan kepada IMAM
MALIK. (Aun:1/49, al-Aini:1/211)
DUA:
SYAFIE
Basuhan
hanya dibataskan kepada 7 kali yang salah satunya adalah air tanah.
Dari
sudut hujah: ada tiga kupasan berikut;
Satu:
Hadis ini (basuh kali ke-8) dianggap SYAZ dan TIDAK MAHFUZ, kerana bercanggah
dengan sekian banyak hadis yang lebih sahih.
Dua:
andai hadis ini tidak syaz dan mahfuz, maka ditakwilkan bahawa yang dimaksudkan
ke-8 adalah tanah adalah, jika terlupa menggunakan tanah pada basuhan ke-7.
Namun begitu, kupasan kedua ini dianggap sebagai ta’wil ba’id.
KETIGA:
JUMHUR
Mereka
tidak mewajibkan basuhan tanah. Cukup sekadar dengan tujuh kali basuhan dengan
air mutlak sahaja. hujah mereka adalah tambahan lafaz pada matan: salah satunya
adalah tanah adalah:
a.
Ia
adalah al-Ziyadah ‘ala al-Siqah (penambahan dari siqah). Dari sekian ramai
perawi, hanya dari jalur MUHAMMAD BIN SIRIN sahaja ada penambahan menggunakan
tanah, sedangkan dalam sekian banyak siqah yang lain tidak ada penambahan
tersebut. Pada mereka, penambahan siqah dikira sebagai TASARRUF AL-RAWI, iaitu
penambahan dari perawi, bukan perkataan nabi saw. Hal ini berbeza dengan
pendekatan Mazhab Syafie yang anggap al-Ziyadah ‘Ala al-Rawi adalah perkataan
nabi juga dengan alasan, selama ia dari perawi yang siqah, maka ia tetap
dianggap perkataan Nabi selama tidak ada bukti bahawa ia perkataan perawi. Al-Syafie
memakai kaedah: al-Musbit muqaddam ‘ala al-Nafi (mengisbatkan didahulukan
berbanding menidakan)
b.
Pada
penamahan menggunakan tanah berlaku mudhtarib pada matan. Hal ini kerana, ada
matan menggunakan perkataan: “salah satunya adalah tanah”, “ketujuhnya dengan
tanah”, “kelapannya hendaklah digosok dengan tanah”, “yang pertamanya adalah
tanah”, “yang utama dari tujuh adalah tanah” dan sebagainya.
KEEMPAT:
TAHAWI
Jalan
yang paling selamat adalah membasuh dengan 8 kali. (al-tawassut:2/474)
[2] BUNUH ANJING HITAM
PERTAMA:
TIDAK DIBUNUH
Imam
al-nawawi kata dalam Syarh Muslim, suruhan bunuh anjing yang Mansukh itu, termasuk
suruhan bunuh anjing hitam. (al-Tawassut:2/469)
Imam
al-Rafie dalam kitab الأطعمة ada menyebut berkenaan pengharaman membunuh anjing.
KEDUA: DIBUNUH
Menurut WALIYUDDIN AL-IRAQI, asal disuruh bunuh semua
jenis anjing. Kemudian dimansukhkan kecuali anjing hitam sahaja. (al-Tawassut:2/471)
Yang dimaksudkan dengan anjing hitam adalah anjing
gila—iaitu, anjing yang kalau gigit, akan memberi bahaya pada manusia. ini
disandarkan kepada hadis daripada Abdullah bin Umar bahawa Hafsah berkata
bahawa Nabi saw bersabda;
قَالَ عَبْدُ
اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: قَالَتْ حَفْصَةُ: قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "خَمْسٌ مِنَ الدَّوَابِّ لاَ
حَرَجَ عَلَى مَنْ قَتَلَهُنَّ: الغُرَابُ، وَالحِدَأَةُ، وَالفَأْرَةُ،
وَالعَقْرَبُ، وَالكَلْبُ العَقُورُ" – البخاري, 1828[7]
Lima dari binatang yang tidak salah untuk dibunuh;
burung gagak, burung helang, tikus, kala jengking dan anjing gila”
Tambahan lagi, ada hadis menyatakan berikut—daripada
Jabir bin Abdillah berkata;
أَنَّهُ سَمِعَ
جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللهِ، يَقُولُ: أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ، حَتَّى إِنَّ الْمَرْأَةَ تَقْدَمُ مِنَ
الْبَادِيَةِ بِكَلْبِهَا فَنَقْتُلُهُ، ثُمَّ نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِهَا، وَقَالَ: «عَلَيْكُمْ بِالْأَسْوَدِ
الْبَهِيمِ ذِي النُّقْطَتَيْنِ، فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ» - مسلم, 1572[8]
Rasulullah saw menyuruh bunuh anjing hingga kami bunuh
anjing yang di bawa oleh perempuan dari pendalaman. Kemudian nabi saw melarang
dari membunuh anjing dan berkata: Kamu perlu bunuh anjing yang hitam pekat yang
ada dua titik, kerana ia adalah syaitan.
KETIGA: DIBUNUH JIKA MEMBAWA MUDHARAT
Abu al-Abbas al-Qurtubi kata, Nabi saw suruh bunuh
anjing itu, dilihat dari sudut konteksnya; ketika itu, mudharat anjing itu
banyak berlaku. Namun, apabila mudharat anjing sudah hilang, maka sebab itu
timbul pertanyaan:
«مَا لَهُمْ وَلَهَا»
Pendapat ini selaras dengan kebanyakkan ulama Mazhab
Maliki. (al-Tawassut:2/471)
[3] ANJING
TIDAK DIBAWA MASUK DALAM RUMAH
Anjing menjadi penyebab malaikat tidak masuk rumah. Ia
merujuk kepada hadis berikut;
SATU: HADIS AISYAH
عَنْ
عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: وَاعَدَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ فِي سَاعَةٍ يَأْتِيهِ فِيهَا، فَجَاءَتْ
تِلْكَ السَّاعَةُ وَلَمْ يَأْتِهِ، وَفِي يَدِهِ عَصًا، فَأَلْقَاهَا مِنْ
يَدِهِ، وَقَالَ: «مَا يُخْلِفُ اللهُ وَعْدَهُ وَلَا رُسُلُهُ» ، ثُمَّ
الْتَفَتَ، فَإِذَا جِرْوُ كَلْبٍ تَحْتَ سَرِيرِهِ، فَقَالَ: «يَا عَائِشَةُ،
مَتَى دَخَلَ هَذَا الْكَلْبُ هَاهُنَا؟» فَقَالَتْ: وَاللهِ، مَا دَرَيْتُ،
فَأَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ، فَجَاءَ جِبْرِيلُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَاعَدْتَنِي فَجَلَسْتُ لَكَ فَلَمْ تَأْتِ» ، فَقَالَ: «مَنَعَنِي
الْكَلْبُ الَّذِي كَانَ فِي بَيْتِكَ، إِنَّا لَا نَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ
وَلَا صُورَةٌ» - مسلم, 2104
'Aisyah berkata: "Jibril berjanji akan datang berkunjung kepada
Rasulullah pada suatu waktu yang ditentukan. Ketika waktu telah tiba, ternyata
Jibril belum datang. Di tangan baginda ada sebuah tongkat. Maka diletakkannya
tongkat itu sambil berkata: Allah dan rasul-Nya tidak menyalahi janji'. Baginda
menoleh, tiba-tiba baginda ternampak seekor anak anjing kecil di bawah tempat
tidur. Baginda bertanya: Wahai 'Aisyah! Bilakah
anak anjing itu masuk ke sini? Aisyah menjawab: Demi Allah, Aku tidak
tahu! Rasulullah pun menyuruh keluarkan anak anjing itu lalu dikeluarkan. Maka
datanglah Jibril. Rasulullah saw bertanya: kamu
berjanji akan datang pada waktu yang telah ditentukan. Aku telah
menunggu tetapi kamu tak kunjung tiba'. Jibril menjawab: Aku terhalang oleh
anjing dalam rumah kamu. Kami (para malaikat) tidak masuk rumah yang di situ
ada anjing dan gambar.
DUA: HADIS MAIMUNAH
أَنَّ عَبْدَ
اللهِ بْنَ عَبَّاسٍ، قَالَ: أَخْبَرَتْنِي مَيْمُونَةُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْبَحَ يَوْمًا وَاجِمًا، فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ:
يَا رَسُولَ اللهِ، لَقَدِ اسْتَنْكَرْتُ هَيْئَتَكَ مُنْذُ الْيَوْمِ، قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ جِبْرِيلَ كَانَ وَعَدَنِي
أَنْ يَلْقَانِي اللَّيْلَةَ فَلَمْ يَلْقَنِي، أَمَ وَاللهِ مَا أَخْلَفَنِي» ،
قَالَ: فَظَلَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَهُ ذَلِكَ
عَلَى ذَلِكَ، ثُمَّ وَقَعَ فِي نَفْسِهِ جِرْوُ كَلْبٍ تَحْتَ فُسْطَاطٍ لَنَا،
فَأَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ، ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِهِ مَاءً فَنَضَحَ مَكَانَهُ، فَلَمَّا
أَمْسَى لَقِيَهُ جِبْرِيلُ، فَقَالَ لَهُ: «قَدْ كُنْتَ وَعَدْتَنِي أَنْ
تَلْقَانِي الْبَارِحَةَ» ، قَالَ: «أَجَلْ، وَلَكِنَّا لَا نَدْخُلُ بَيْتًا
فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ» ، فَأَصْبَحَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَوْمَئِذٍ فَأَمَرَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ، حَتَّى إِنَّهُ يَأْمُرُ
بِقَتْلِ كَلْبِ الْحَائِطِ الصَّغِيرِ، وَيَتْرُكُ كَلْبَ الْحَائِطِ الْكَبِيرِ
– مسلم, 2105
Maimunah bercerita bahawa pada suatu pagi Rasulullah saw kelihatan diam
gelisah. Maimunah berkata: "Wahai Rasulullah! Aku hairan melihat sikap kamu
seharian ini. Apa yang telah terjadi?" Rasulullah saw pun menjawab: Jibril
berjanji akan datang menemuiku malam tadi, ternyata dia tidak datang.
Ketahuilah, dia pasti tidak menyalahi janji denganku!
Rasulullah saw sentiasa kelihatan gelisah seharian itu. Kemudian baginda
ternampak seekor anak anjing di bawah tempat tidur kami, lalu baginda menyuruh
keluarkan anak anjing itu. Kemudian diambilnya air lalu dipercikinya pada
tempat anjing itu. Ketika sampai petang, Jibril datang menemui baginda. Kata baginda
kepada Jibril: kamu berjanji akan datang pada waktu pagi. Jibril menjawab: Benar!
Tetapi kami tidak masuk rumah yang di
dalamnya ada anjing dan gambar. Pada waktu pagi, Rasulullah saw memerintahkan
supaya membunuh semua anjing termasuk anjing penjaga kebun yang sempit, tetapi
baginda membiarkan dari membunuh anjing penjaga kebun yang luas.
[4] HUKUM MEMBELA ANJING
PERTAMA: TIDAK BOLEH KECUALI PERBURUAN DAN PENJAGAAN
Dilarang membela anjing kecuali anjing perburuan dan
anjing penjagaan. Ini juga pendapat Qadhi Iyyad. (al-Tawassut:2/471)
Dalil mereka adalah:
ابْنَ عُمَرَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: «مَنِ اقْتَنَى كَلْبًا، لَيْسَ بِكَلْبِ مَاشِيَةٍ، أَوْ ضَارِيَةٍ،
نَقَصَ كُلَّ يَوْمٍ مِنْ عَمَلِهِ قِيرَاطَانِ» - البخاري, 5480[9]
Nabi saw bersabda: barangsiapa bela anjing bukan
kerana perburuan dan penjagaan binatang ternak, mengurang setiap hari dari amalannya
sebanyak dua qirat.
KEDUA: MAKRUH BELA ANJING
Ibn Abd al-Bar kata, larangan membela anjing selain
dua tujuan itu MAKRUH dengan alasan, hadis hanya menyebut DIKURANGKAN PAHALA,
bukan menyatakan dosa.
[5] HUKUM JUAL ANJING
SATU: HARAM
Haram menjual anjing, sama ada anjing yang diajar
untuk berburu dan menjaga atau sebagainya; sama ada harus dibela atau tidak.
Dalam Syarh Muslim, al-Nawawi kata, ini adalah
pendapat al-Syafie, Ahmad, Daud dan sebagainya.
DALIL:
Satu: hadis-daripada Aun bin Abi Juhaifah berkata:
عَنْ عَوْنِ
بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ، قَالَ: رَأَيْتُ أَبِي اشْتَرَى عَبْدًا حَجَّامًا،
فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ: « نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ
ثَمَنِ الكَلْبِ وَثَمَنِ الدَّمِ، وَنَهَى عَنِ الوَاشِمَةِ وَالمَوْشُومَةِ،
وَآكِلِ الرِّبَا وَمُوكِلِهِ، وَلَعَنَ المُصَوِّرَ» - البخاري, 2086
Aku nampak bapaku beli hamba yang pandai berbekam. Aku
bertanya kepadanya dan dia menjawab: Nabi saw meralang dari harga anjing dan
harta darah. Nabi saw melarang dari membuat tatoo dan dibuat tatoo, pemakan
riba dan wakilnya. Nabi saw melaknat orang yang membuat gambar.
Dua: dalam fiqh,
haram jual najis. Justeru, hukum jual anjing juga adalah haram. (Ma’alim
al-Sunan:1/40)
DUA:
HARUS
Ini
pendapat ABU HANIFAH
Hujah:
Satu:
Jika tidak haram dibela, maka tidak haram dijual.
Dua:
Hadis—daripada Jabir bin Abdillah;
عَنْ جَابِرِ
بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ، وَالسِّنَّوْرِ، إِلَّا كَلْبِ صَيْدٍ» - النسائي,
4668[10]
Rasulullah saw melarang dari harga anjing dan kucing
kecuali anjing perburuan.
Pendapat Hanafi ini dibantah dengan hujah bahawa hadis
ini sahih kecuali pada lafaz إِلَّا كَلْبِ صَيْدٍ—kecuali
anjing perburuan; ia dianggap sebagai mungkar.
BIOGRAFI PERAWI |
[6] AHMAD BIN MUHAMMAD BIN HANBAL (164H-241H)
أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ
بْنِ حَنْبَلٍ
Nama perawi ini dijumpai dalam Sunan Abu Daud untuk
kali ke-4, iaitu dalam hadis ke-27, 38, 60 dan 74
[5]
YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN (110H-174H)
يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ
القطان
Nama
perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu dalam hadis
ke-70 dan 74.
[4] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ (85H-160H)
شُعْبَةَ بن الحجاج
Nama
perawi ini dijumpai dalam Sunan Abu Daud untuk kali ke-5, iaitu dalam hadis
ke-4, 5, 6, 23 dan 74.
[3] ABU AL-TAYYAH (128H)
أَبُو التَّيَّاحِ
Nama perawi ini dijumpai dalam Sunan Abu Daud untuk
kali ke-2, iaitu dalam hadis ke-3 dan 74.
[2] MUTARRIF BIN ABDULLAH BIN AL-SUKHAIR BIN AUF BIN
KA’AB (2H-95H)
مُطَرِّفٍ بن
عبدالله بن الشخير بن عوف بن كعب
Dipanggil dengan ABU ABDILLAH AL-‘AMIRI AL-BASRI.
Memandangkan dia dilahirkan pada tahun 2 hijrah, bermakna semasa Nabi saw wafat
dia berumur 9 tahun.
Memandangkan dia masih kanak-kanak lagi, tidak hairan
ulama meletakkan dia dari kalangan TABIIN, bukan sahabat.
Dalam pendapat yang popular, dia meninggal dunia tahun
95 hijrah, tetapi ada pendapat lain kata, dia meninggal pada 86 hijrah.
Dia terkenal sebagai ahli ibadat dan zuhud di Basrah,
malah dikenali sebagai orang yang doanya mustajab. Dikatakan dia mati di era
pemerintahan Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi.
Al-Zahabi ada bawakan satu riwayat daripada Humaid bin
Hilal bahawa haruriyah (khawarij) datang berjumpa dengan Mutarrif untuk menyeru
agar mengikut pandangan mereka. Dia berkata: kalau aku ada dua diri, salah satu
diriku akan berbai’ah dengan kamu dan satu lagi tidak berbai’ah. Jika kamu
menyeru kepada hidayah, diri aku yang satu lagi akan ikut kamu. Jika kamu
berada dalam kesesatan, binasalah diriku satu, tetapi satu lagi masih berbaki.
Namun, apakan daya, aku hanya ada satu diri sahaja.
Dalam Tabaqat al-Huffaz, al-Sayuti ada membawakan
kenyataan AL-IJLI: tidak berjaya di basrah oleh Fitnah Ibn al-Asy’as kecuali
dua lelaki sahaja; iaitu Mutarrif dan ibn Sirin.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta dianggap
siqah oleh Ibn Sa’ad, al-Ijli bahkan tersenarai dalam al-Siqat.
[1] ABDULLAH BIN MUGHAFFAL AL-MUZANI (60H)
عبدالله بن
مغفل المزني
Nama sahabat ini dijumpai untuk kali ke-2, iaitu dalam
hadis ke-27 dan 74.
[1] SANAD:
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ،
حَدَّثَنَا يَزِيدُ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ مُغَفَّلٍ
[2] SANAD:
حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ
بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ
شِهَابٍ، عَنِ ابْنِ السَّبَّاقِ، أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عَبَّاسٍ
Abu Daud
(4157), al-nasaie (4276, 4283)
[3]
SANAD;
وَحَدَّثَنَا عُبَيْدُ
اللهِ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي
التَّيَّاحِ، سَمِعَ مُطَرِّفَ بْنَ عَبْدِ اللهِ عَنِ ابْنِ الْمُغَفَّلِ
[4]
SANAD:
حَدَّثَنَا أَبُو
بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا شَبَابَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا
شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ، قَالَ: سَمِعْتُ مُطَرِّفًا، يُحَدِّثُ عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ
[5]
SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ، ح وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ الْوَلِيدِ قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، قَالَا حَدَّثَنَا
شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ، قَالَ سَمِعْتُ مُطَرِّفًا، عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ
[6]
SANAD:
كَمَا أَخْبَرَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ الْحَافِظُ، وَمُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ،
قَالَا: ثنا أَبُو الْعَبَّاسِ مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ، ثنا إِبْرَاهِيمُ بْنُ
مَرْزُوقٍ، ثنا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ، ثنا شُعْبَةُ، ثنا أَبُو التَّيَّاحِ، عَنْ
مُطَرِّفٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مُغَفَّلٍ
[7] SANAD:
حَدَّثَنَا
أَصْبَغُ بْنُ الفَرَجِ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ، عَنْ
يُونُسَ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَالِمٍ، قَالَ: قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ
عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: قَالَتْ حَفْصَةُ
[8] SANAD:
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ أَبِي خَلَفٍ، حَدَّثَنَا رَوْحٌ، ح وحَدَّثَنِي
إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ، أَخْبَرَنَا رَوْحُ بْنُ عُبَادَةَ، حَدَّثَنَا ابْنُ
جُرَيْجٍ، أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ، أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ
اللهِ
Abu
Daud (2846(
[9] SANAD:
حَدَّثَنَا
مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
[10] SANAD:
أَخْبَرَنِي
إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْحَسَنِ، قَالَ: أَنْبَأَنَا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ
حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ
اللَّهِ