BAB 32 |
بَابُ
الرَّجُلِ يُجَدِّدُ الْوُضُوءَ[1]
مِنْ غَيْرِ حَدَثٍ
LELAKI YANG MEMPERBAHARUI WUDUK BUKAN KERANA BERHADAS
HADIS 62 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَارِسٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ الْمُقْرِئُ ح وَحَدَّثَنَا
مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ قَالَا:حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ زِيَادٍ
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: وَأَنَا لِحَدِيثِ ابْنِ يَحْيَى
أَتْقَنُ
عَنْ غُطَيْفٍ
وَقَالَ
مُحَمَّدٌ: عَنْ أَبِي غُطَيْفٍ الْهُذَلِيِّ قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عُمَرَ فَلَمَّا نُودِيَ بِالظُّهْرِ تَوَضَّأَ فَصَلَّى، فَلَمَّا نُودِيَ
بِالْعَصْرِ تَوَضَّأَ، فَقُلْتُ لَهُ، فَقَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَنْ تَوَضَّأَ عَلَى طُهْرٍ كَتَبَ اللَّهُ
لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ»
Berkata Abu Ghutaib al-Huzali: Aku berada di samping
Abdullah bin Umar. Tatkala dilaungkan azan zohor, dia berwuduk lalu menunaikan
solat. Tatkala dilaungkan azan asar, dia berwuduk. Aku pun berkata kepadanya.
Dia pun berkata: Rasulullah saw berkata: Barangsiapa yang berwuduk atas bersuci
(sebelum berhadas), Allah catatkan baginya sepuluh kebajikan”
قَالَ أَبُو دَاوُدَ:
وَهَذَا حَدِيثُ مُسَدَّدٍ وَهُوَ أَتَمُّ
PENJELASAN MATAN |
[1] Jika dilihat dalam riwayat IBN MAJAH: 512[2],
matan hadis ini lebih panjang:
عَنْ أَبِي
غُطَيْفٍ الْهُذَلِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ بْنِ
الْخَطَّابِ فِي مَجْلِسِهِ فِي الْمَسْجِدِ، فَلَمَّا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ قَامَ
فَتَوَضَّأَ وَصَلَّى، ثُمَّ عَادَ إِلَى مَجْلِسِهِ، فَلَمَّا حَضَرَتِ الْعَصْرُ
قَامَ فَتَوَضَّأَ وَصَلَّى، ثُمَّ عَادَ إِلَى مَجْلِسِهِ، فَلَمَّا حَضَرَتِ
الْمَغْرِبُ قَامَ فَتَوَضَّأَ وَصَلَّى، ثُمَّ عَادَ إِلَى مَجْلِسِهِ، فَقُلْتُ:
أَصْلَحَكَ اللَّهُ، أَفَرِيضَةٌ، أَمْ سُنَّةٌ الْوُضُوءُ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ،
قَالَ: أَوَفَطِنْتَ إِلَيَّ، وَإِلَى هَذَا مِنِّي؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَقَالَ:،
لَا لَوْ تَوَضَّأْتُ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ، لَصَلَّيْتُ بِهِ الصَّلَوَاتِ
كُلَّهَا، مَا لَمْ أُحْدِثْ، وَلَكِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَنْ تَوَضَّأَ عَلَى كُلِّ طُهْرٍ، فَلَهُ عَشْرُ
حَسَنَاتٍ)) وَإِنَّمَا رَغِبْتُ فِي الْحَسَنَاتِ
Abu
Ghuthaif Al-Hudzali berkata: "Aku mendengar Abdullah bin Umar bin
Al-Khattab di tempat duduknya dalam masjid. Tatkala masuk waktu solat, dia
bangun berwudhu dan solat. Kemudian kembali ke tempat duduknya. Tatkala masuk
waktu solat Asar, ia kembali bangun wudhu dan solat, kemudian kembali ke tempat
duduknya. Tatkala masuk waktu solat Magrib, ia kembali bangun wudhu dan solat,
kemudian kembali ke tempat duduknya. Maka aku bertanya: "Semoga Allah
memberikan kebaikan kepadamu—sesuatu yang wajib atau sunnah berwudhu dalam
setiap waktu solat?" Dia menjawab: "Apakah kamu sudah faham kepadaku
dan kepada apa yang datang dariku?" Aku menjawab: "Ya". Dia
berkata: "Tidak, sekiranya aku berwudhu untuk solat Subuh, aku akan
melakukan semua solat dengan satu kali wudhu selama aku belum berhadas. Tetapi
aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa berwudhu atas suci
(sudah bersuci), maka baginya sepuluh kebaikan” dan aku sangat menyukai
kebaikan-kebaikan tersebut”
[Sanad
Ibn Majah juga doif, kerana bermuarakan dari dua perawi doif sepertimana
riwayat Abu Daud; iaitu, ABU GHUTAIB yang majhul dan ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD
yang doif]
[2] Antara perbezaan antara riwayat IBN MAJAH
berbanding ABU DAUD:
A.
Dalam
riwaya Abu Daud, tidak disebut bahawa ketika itu ABDULLAH BIN UMAR berada dalam
masjid, tetapi disebut dalam riwayat IBN MAJAH.
B.
Dalam
ABU DAUD disebut sekadar solat ASAR sahaja, sedangkan dalam IBN MAJAH disebut
sampai solat maghrib.
C.
Dalam riwayat Abu Daud ini, tidak disebut apa yang ABU
GHUTAIB kata kepada ABDULLAH BIN UMAR. tetapi, dalam riwayat IBN MAJAH ada
disebut;
فَقُلْتُ:
أَصْلَحَكَ اللَّهُ، أَفَرِيضَةٌ، أَمْ سُنَّةٌ الْوُضُوءُ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ
D.
Dalam ABU DAUD, tidak dinyatakan soalan ABU GHUTAIB berkenaan wuduk yang
diulang oleh IBN UMAR itu untuk solat sunat atau fardu, tetapi disebut dalam
IBN MAJAH.
E.
Dalam ABU DAUD, tidak dinyatakan bahawa ABDULLAH BIN UMAR sebut
pengalamannya sebelum ini bahawa tidak mengulangi wuduk kecuali wuduk batal.
Hal ini disebut dalam riwayat IBN MAJAH.
[3] Dalam hadis,
disebutkan bahawa selepas azan zohor, Abdullah bin Umar berwuduk. Demikian juga
ketika azan asar. Bermakna, dia ulangi wuduk itu SELEPAS MASUK WAKTU SOLAT dan
SETELAH MENDENGAR AZAN.
[4] Kemudian,
ia ditanya oleh ABU GHUTAIB. Dijawab oleh IBN UMAR bahawa pada peringkat
awalnya, dia memang tidak mengulangi wuduk setiap kali mahu solat kecuali
wuduknya sudah batal. Namun, apabila mengetahui bahawa Nabi saw ada menyebut
fadhilat mengulangi wuduk, bermula dari situ dia mengulangi wuduk setiap kali
mahu solat, walaupun wuduknya belum batal lagi.
[5]
Kandungan fadhilat yang disebut dalam hadis itu adalah, setiap kali mengulangi
wuduk, akan digandakan kepadanya ganjaran 10 kebaikan.
Kata IBN RUSLAN, maksud dengan SEPULUH HASANAT adalah
seakan-akan dia berwuduk DENGAN SEPULUH KALI WUDUK.
Walaupun hadis ini doif, tetapi fadhilat yang
termaktub dalam hadis ini boleh diterima. Hal ini kerana, menurut majoriti
ulama hadis bahawa dalam hal fadhail Amal, hadis doif boleh dijadikan sebagai
sandaran.
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke-61 menjelaskan bahawa penentuan sah solat
terletak pada bersuci—berwuduk.
Hadis ke-62 ini pula, menjelaskan lagi bahawa berwuduk
untuk solat bukan sekadar sekali, tetapi digalakkan berulang kali—iaitu setiap
kali mahu menunaikan solat.
PENGAJARAN |
[1] SAHABAT YANG PERBAHARUI WUDUK
SATU: ABDULLAH BIN UMAR
Beliau terkenal dengan kuat mengikut perbuatan Nabi
saw (sila lihat perbahasan hadis ke-42). Justeru, walaupun hadis ini doif
sekalipun, ia tidak tolak kemungkinan bahawa ia memang lakukan ini. Hal ini
kerana, terdapat banyak riwayat yang menyebut amalan mengulangi wuduk walaupun
belum batal sering kali dilakukan oleh Nabi saw.
DUA: KHALIFAH EMPAT
Amalan mengulangi wuduk setiap kal mahu solat,
walaupun wuduk belum batal lagi turut dilakukan oleh khalifah islam yang empat.
Dalil: Musannaf Ibn Abi Syaibah: 302;
حَدَّثَنَا
وَكِيعٌ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ، قَالَ: «كَانَتِ الْخُلَفَاءُ
تَوَضَّأُوا لِكُلِّ صَلَاةٍ»
“Ibn Sirin kata, Khulafa sentiasa berwuduk setiap kali mahu
solat”
Musannaf ibn Abi Syaibah: 303;
حَدَّثَنَا
يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، قَالَ: نا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ
حَسَّانَ، عَنْ مُحَمَّدٍ، قَالَ: «كَانَ أَبُو بَكْرٍ، وَعُمَرُ، وَعُثْمَانُ،
فِيمَا يَعْلَمُ أَبُو خَالِدٍ يَتَوَضَّأُونَ لِكُلِّ صَلَاةٍ، فَإِذَا كَانُوا
فِي الْمَسْجِدِ دَعَوْا بِالطَّسْتِ»
“Muhammad berkata: Abu Bakar, Umar dan Osman—pada perkara yang
Abu Khalid tahu bahawa mereka berwuduk setiap kali mahu solat. apabila mereka
ke masjid, mereka akan minta diberikan bejana air”
[2] PERBAHARUI WUDUK SETIAP KALI MAHU IBADAT?
Jika diteliti dari sudut matan hadis, didapati dua hal
berikut;
HADIS BAB:
PERKATAAN Nabi dan PERBUATAN SAHABAT (Abdullah Bin
Umar) yang kedua-duanya menyebut mengulangi wuduk setiap kali mahu solat.
عَنْ أَبِي
غُطَيْفٍ الْهُذَلِيِّ، قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ،
فَلَمَّا نُودِيَ بِالظُّهْرِ تَوَضَّأَ فَصَلَّى، فَلَمَّا نُودِيَ بِالْعَصْرِ
تَوَضَّأَ، فَقُلْتُ لَهُ، فَقَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَنْ تَوَضَّأَ عَلَى طُهْرٍ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عَشْرَ
حَسَنَاتٍ»
HADIS ANAS DAN BURAIDAH:
PERBUATAN nabi yang mengulangi wuduk, sedangkan
PERBUATAN sahabat adalah tidak ulangi wuduk;
كانَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ، وَكُنَّا نُصَلِّي
الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ»
KOMENTAR:
A.
Dalam matan hadis bab, kelihatannya LEBIH UMUM; iaitu
perbaharui wuduk tanpa dikaitkan ketika mahu menunaikan solat.
B.
Pada riwayat melibatkan sahabat, TAKHSIS atau
dikhususkan mengulangi wuduk ketika setiap kali mahu solat.
Dengan sebab itu, berlaku perbahasan ulama seperti
berikut;
[3] SYARAT PERBAHARUI WUDUK
PERTAMA: TUNAIKAN IBADAT PERTAMA DAHULU
Kata IMAM NAWAWI, disunatkan perbaharui wuduk bagi
mereka yang sudah ibadat pertama. Jika tidak, tidak disunatkan perbaharui
wuduk.
Ibadat pertama tersebut, sama ada solat fardu, ataupun
solat sunat, ataupun sujud syukur, sujud tilawah, membaca al-Quran dan
sebagainya.
Kitab
al-Tawassut menyatakan, Ini adalah pendapat kebanyakkan ulama sepertimana yang
dinukilkan oleh IBNUL ARABI.
ABU TAIB menyatakan, jika tidak ditunaikan sebarang
ibadat pertama terlebih dahulu, mengulangi wuduk itu adalah MAKRUH.
KEDUA: SETELAH BUAT IBADAT FARDU SAHAJA.
Menurut pendapat AL-FURANI pula, perbaharui wuduk itu
sunat, jika setelah selesaikan tunaikan ibadat fardu. Jika sekadar ibadat
sunat, tidak mendapat pahala sunat.
KETIGA:
KETIKA HENDAK MENUNAIKAN SOLAT SAHAJA.
Melihat
kepada lafaz hadis yang melibatkan nabi dan sahabat bahawa mereka perbaharui
wuduk itu apabila mereka mahu solat.
Dalam
perkataan lain, jika mahu baca al-Quran, maka tidak dapat pahala perbaharui
wuduk tersebut.
[4] HUKUM PERBAHARUI WUDUK
PERTAMA: JUMHUR ULAMA FIQH DAN ULAMA HADIS
Sunat perbaharui wuduk bagi orang bermuqim dan
bermunsafir.
KEDUA: ZAHIRI DAN SYIAH
WAJIB ulangi wuduk bagi orang yang bermuqim. Bagi
orang musafir, tidak boleh ulangi wuduk.
Hal ini kerana, melihat kepada hadis BURAIDAH
BIN HASIB bahawa nabi saw ketika TAHUN FATH MEKAH bahawa nabi tidak ulangi
wuduk.
عَنْ
سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ، فَلَمَّا كَانَ عَامُ
الفَتْحِ صَلَّى الصَّلَوَاتِ كُلَّهَا بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ وَمَسَحَ عَلَى
خُفَّيْهِ» - الترمذي, 61[3]
KOMEN: penghujahan ini dibantah dengan jawapan bahawa
tindakan Nabi saw perbaharui wuduk itu adalah sunat, sedangkan Nabi ketika Fath
Mekah tidak perbaharui wuduk menandakan perbaharui itu bukan wajib, bahkan
selama tidak batal wuduk, solat dengan wuduk sedia ada pun sudah memadai.
[5]
TIDAK SUNAT ULANG TAYAMMUM
Imam
Nawawi kata, pendapat yang paling masyhur dalam mazhab syafie bahawa ulangi
tayammum tidak disunatkan.
BIOGRAFI PERAWI |
[5]
MUHAMMAD BIN YAHYA BIN FARIS (172H-258H)
مُحَمَّدُ بْنُ
يَحْيَى بْنِ بن فَارِسٍ
Nama sebenarnya adalah MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABDULLAH
BIN KHALID BIN FARIS BIN ZUAIB AL-ZUHLI AL-NAISABURI. Beliau mendapat gelaran
al-hafiz dalam bidang hadis.
Dia adalah penduduk
al-Naisaburi (Iran) dan kealimannya dalam bidang hadis di sana sehingga digelar
Imam al-Hadis di khurasan.
Dia pernah sampai
Baghdad, basrah, yaman, Hijaz, mesir, Syam dan sebagainya.
Dia adalah Guru kepada al-Bukhari, Abi Daud,
al-Tarmizi, al-Nasaie dan ibn Majah. Tidak didapati namannya dalam MUSLIM.
Mungkin perlu diambil perhatian, bahawa al-Bukhari
Kadangkala menyebut namanya dengan محمد kadangkala guna محمد بن
عبدالله kadangkala
guna محمد بن خالد
Dia adalah siqah lagi
sahih.
[4]
ABDULLAH BIN YAZID AL-MUQRI (120H-213H)
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ الْمُقْرِئُ
Nama penuhnya adalah
ABDULLAH BIN YAZID AL-MAKHZUMI AL-MADANI AL-MUQRI. Digelar dengan panggilan ABU
ABDUL RAHMAN AL-‘ADAWI.
Pada perkataan المقرئ, ada yang kata ia adalah
nisbah kepada satu perkampungan di DAMSHIQ, iaitu apabila ada yang membaca
AL-MUQRA’IE. Namun, pendapat itu dibantah dengan anggapan bahawa dakwaan itu
tidak mempunyai sebarang asas langsung.
Dia dilahirkan di Basrah dan meninggal di mekah.
Dia amat mahir dalam bidang ilmu qiraat kerana
kesungguhan dia belajar ilmu terbabit. Dikatakan, dia belajar ilmu itu di
basrah selama 30 bulan, kemudian sambung belajar ilmu yang sama di mekah selama
35 tahun.
Banyak riwayat menyatakan bahawa dia meninggal pada
tahun 213H, tetapi AL-BUKHARI pula kata, dia meninggal tahun 156H.
Dia adalah guru imam
malik, dan merupakan rijal al-Kutub al-Sittah. Dia adalah seorang perawi siqah
lagi sahih.
[5] MUSADDAD BIN MUSARHAD (150H-208)
مُسَدَّدٌ بن مسرهد
Nama ini ditemui buat
kali ke-8 dalam Sunan Abi Daud. Ulama meninggal di Basrah ini, Namanya sudah disebut dalam hadis ke-2, 4, 7, 9, 22,
23, 49 dan 62.
[4] ISA BIN YUNUS
(187H)
عِيسَى بْنُ يُونُسَ
Nama ini sudah dijumpai buat kali 6. Ulama kelahiran
kufah dan meninggal di syam ini, namanya sudah disebut dalam hadis ke-1, 33,
35, 47, 51 dan 62.
[3] ABDUL RAHMAN BIN
ZIYAD (75H-156H)
عَبْدُ
الرَّحْمَنِ بْنُ زِيَادٍ
Nama penuhnya adalah ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD BIN
AL-AN’AM AL-MU’AFURI. Digelar dengan panggilan ABU AYYUB AL-SYA’BANI. Ada kata,
ABU AL-BAQA’ dan ada pula kata ABU KHALID.
Dia sampai ke tiga negara, iaitu mesir, Kufah dan Afriqa. Di afriqa, dia
dilantik oleh gabenor Marwan bin Muhammad al-Umawi untuk menjadi qadhi. Dia
pegang jawatan itu sehinga dia meninggal dunia.
Dia adalah orang yang mula-mula sekali dilahirkan di Afrika setelah
islam masuk ke situ.
Ada beberapa riwayat menjelaskan bahawa dia seorang berani terhadap
pemerintah. Ketika tersebar kezaliman pemerintah yang dia dengar dari
pegawai-pegawai istana sendiri, dia telah berjumpa dengan sultan (Abu Ja’far
al-Mansur). Apabila dia berjumpa dengan sultan, dia nyatakan bahawa dia mahu
memberitahu bahawa kezaliman berlaku dalam istana raja. Justeru, dia mahu
kezaliman itu keluar dari istana. Sultan marah dan menghambat dia keluar dari
istana.
AHMAD kata, dia mungkar. IBN MA’IN kata, dia doif—ditulis hadisnya
tetapi diingkarkan hadis-hadis gharib yang dia cerita. AL-JUZJANI kata dia
benar, namun tidak terpuji pada hadisnya. IBN ‘ADI kata, umum hadisnya tidak
ada mutaba-ah. Pengarang kitab AL-MINHAL kata, dia seorang yang doif dan
pentadlis hadis.
AL-TARMIZI kata, dia doif di sisi ahli hadis. YAHYA AL-QATTAN menganggap
dia doif. namun begitu, Yahya kata bahawa dia nampak AL-BUKHARI menganggap dia
sebagai مقارب الحديث, tanpa namanya itu bukhari senaraikan dalam kitab AL-DU’AFA’.
ABU DAUD kata bahawa dia tanya AHMAD BIN SOLEH berkenaan AL-AFRIQI,
apakah dia boleh dibuat hujah? Jawab Ahmad, boleh.
Turut memandang dia Siqah adalah ABDULLAH BIN WAHAB dan SAHNUN.
قال الذهبي: الإِمَامُ، القُدْوَةُ، شَيْخُ الإِسْلاَمِ، أَبُو أَيُّوْبَ
الشَّعْبَانِيُّ، الإِفْرِيْقِيُّ، قَاضِي إِفْرِيْقِيَةَ، وَعَالِمُهَا،
وَمُحَدِّثُهَا، عَلَى سُوءٍ فِي حِفْظِه
Dengan sebab itu,
riwayatnya menjadi khilaf dalam kalangan ulama hadis dalam menentukan status
hadis. walaubagaiimana pun, ramai pengkaji tarjihkan bahawa riwayatnya DOIF.
Dia adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah.
Adapun al-Bukhari, namanya hanya ada dalam kitab al-Adab al-Mufrad.
[2] ABU GHUTAIB AL-HUZALI
ابو غُطَيْفٍ الهذلي
Gelaran AL-HUZALI itu adalah nisbah kepada keturunan
HUZAIL BIN MUDRIKAH BIN ILYAS BIN MUDHAR.
Ada kata, namanya adalah GHUDHAIF, bukan GHUTAIF.
Dalam kalangan ulama hadis, IBN HAJAR kata, dia majhul.
AL-TARMIZI anggap dia doif.
Dia ada rijal Abu Daud, al-Tarmizi dan ibn Majah.
[1]
ABDULLAH BIN UMAR (10SH-73H)
عبدالله بن عمر
Ini kali ke-5, nama
sahabat ini disebut dalam Sunan Abi Daud. Sebelum ini, di hadis ke-11, 12, 14,
16 dan 62.
PERBAHASAN SANAD |
[1] DOIF.
A.
Disepakati doif oleh ALBANI dan ARNAUT.
B.
Alasan mereka, semua jalur sanad hadis ini bermuarakan
dari ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD AL-IFRIQI (DOIF) dan ABU GHUTAIB (MAJHUL)
C.
ALBANI menambah, hadis ini turut dianggap doif oleh
Tarmizi, al-Munziri, al-Iraqi, al-Asqalani, al-Nawawi.
D.
Al-Bukhari kata, hadis ini mungkar
E.
Kata al-Baghawi, sanadnya lemah.
[2] PENJELASAN DUA PERAWI LEMAH;
A.
ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD AL-AFRIQI—DOIF
Kata AL-SYAUKANI dalam AL-SAIL AL-JARRAR: dia lemah
dari sudut hafalan.
AL-TARMIZI kata dalam AL-ILAL: Aku nampak Muhammad
(al-Bukhari) puji dan anggap dia kuat. Yahya al-Qattan kata dia siqah. Turut
sama kata perkara yang sama adalah YA’QUB BIN SYAIBAH, AHMAD BIN SOLEH AL-MISRI
dan sebagainya. Kata AL-TAWASSUT, riwayat ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD adalah HASAN
jika ada MUTABA-AH DAN SYAWAHID.
B.
ABU GHUTAIB—MAJHUL.
Tidak diketahui keadaan dan namanya yang sebenar.
Tidak ada sesiapa yang riwayat darinya kecuali AL-AFRIQI sahaja. tidak ada
seorang pun kata dia siqah kecuali IBN YUNUS dalam kitab TARIKH.
Namun, IBN HIBBAN kata dalam AL-SIQAT bahawa GHUTAIB
dalam tabaqat kedua; namanya adalah GHUTAIB BIN ABI SUFYAN AL-SAQAFI. Dia
meninggal tahun 140H.
Kata pengarang AL-MANHAL: Hadis ini tidak ada
MUTABA-AH pada ABU GHUTAIB.
[3] SYAWAHID
PERTAMA: ANAS BIN MALIK:
قَالَ:
مُحَمَّدٌ هُوَ أَبُو أَسَدِ بْنُ عَمْرٍو، قَالَ: سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ،
عَنِ الْوُضُوءِ، فَقَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ، وَكُنَّا نُصَلِّي الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ»
- ابو داود, 171[4]
Kata Anas berkenaan Wuduk: Nabi saw selalu berwuduk setiap kali mahu
solat. Kami pula menunaikan solat dengan satu wuduk sahaja”
KEDUA: BURAIDAH BIN HASIB
عَنْ
سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ، فَلَمَّا كَانَ عَامُ
الفَتْحِ صَلَّى الصَّلَوَاتِ كُلَّهَا بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ وَمَسَحَ عَلَى
خُفَّيْهِ» - الترمذي, 61[5]
Berkata Buraidah: Nabi Saw selalu berwuduk setiap kali
mahu solat. ketika datang tahun pembukaan kota mekah, Baginda tunaikan solat
semuanya dengan satu wuduk dan sapu pada dua khuf baginda”
KETIGA: ABDULLAH BIN HANZALAH
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ: قُلْتُ: أَرَأَيْتَ تَوَضُّؤَ
ابْنِ عُمَرَ لِكُلِّ صَلَاةٍ طَاهِرًا، وَغَيْرَ طَاهِرٍ، عَمَّ ذَاكَ؟ فَقَالَ:
حَدَّثَتْنِيهِ أَسْمَاءُ بِنْتُ زَيْدِ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ
بْنَ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ، حَدَّثَهَا «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمِرَ بِالْوُضُوءِ لِكُلِّ صَلَاةٍ، طَاهِرًا وَغَيْرَ
طَاهِرٍ، فَلَمَّا شَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِ، أُمِرَ بِالسِّوَاكِ لِكُلِّ صَلَاةٍ» ،
فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَرَى أَنَّ بِهِ قُوَّةً، فَكَانَ لَا يَدَعُ الْوُضُوءَ
لِكُلِّ صَلَاةٍ – ابو داود, 48[6]
Abdullah bin Abdullah
bin Umar berkata: Aku bertanya: "Bagaimana kamu melihat wudhu Ibnu Umar di
setiap kali solat, samaada dalam keadaan suci ataupun tidak—dari sebab apa
itu?" Dia menjawab: Telah menceritakan kepada saya Asma` binti Zaid bin
Al-Khattab bahawa Abdullah bin Hanzhalah bin Abi Amir telah menceritakan
kepadanya: bahawa Rasulullah saw telah diperintahkan berwudhu untuk setiap kali
solat, sama ada dalam keadaan suci maupun tidak. Tatkala hal itu terasa berat,
baginda diperintahkan untuk bersugi di
setiap kali solat. Namun Ibnu Umar merasa bahawa dia kuat untuk melaksanakan
hal itu, maka dia pun tidak meninggalkan wudhu untuk setiap kali solat.
KOMENTAR: kesemua syawahid hadis ini:
a.
Hanya menjelaskan bahawa nabi saw mengulang-ulangkan
wuduk setiap kali mahu solat.
b.
Tidak dijelaskan pun amalan ABDULLAH BIN UMAR.
Justeru:
A.
Hadis ini doif. tetapi, boleh dikuatkan dari sudut
matan dalam hal Nabi saw mengulangi wuduk sahaja.
B.
Dakwaan bahawa Ibn Umar sendiri mengulang-ngulang
wuduk ketika mahu solat, tidak dapat dikuatkan dari sudut periwayatan. Namun,
dalam hadis ke-42 yang lalu, sudah dijelaskan bahawa Ibn Umar amat kuat meniru
perbuatan Nabi. Dari ini, tidak ditolak kemungkinan bahawa amalan mengulangi
berwuduk oleh Ibn Umar sepertimana termaktub dalam hadis ini dilakukan oleh
beliau.
[4]
PENJELASAN ABU DAUD
Hadis
ini, Abu Daud ambil dari dua orang gurunya, iaitu (1) MUHAMMAD BIN YAHYA dan
(2) MUSADDAD.
Dalam konteks hadis ini, Abu Daud dapati guru (1)
lebih dhobit dan lebih hafaz.
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: وَأَنَا لِحَدِيثِ ابْنِ يَحْيَى أَتْقَنُ
Tidak dipastikan, kenapa ABU DAUD anggap guru (1)
lebih dhobit dan lebih hafiz. Mungkin juga kerana, semasa menyebut nama
GHUTAIB, yang guru (1) guna ABU GHUTAIB, sedangkan guru (2) guna GHUTAIB (tanpa
ABU), walhal yang tepat adalah ABU GHUTAIB (ada ABU).
Pun begitu, hadis guru (2) pula, Abu Daud anggap lebih
sempurna.
قَالَ أَبُو دَاوُدَ:
وَهَذَا حَدِيثُ مُسَدَّدٍ وَهُوَ أَتَمُّ
[1] Dalam riwayat lain, digunakan lafaz
الرجل يحدث الوضوء
[2] SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَ:
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ الْمُقْرِئُ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ
الرَّحْمَنِ بْنُ زِيَادٍ، عَنْ أَبِي غُطَيْفٍ الْهُذَلِيِّ
[3] SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ:
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَلْقَمَةَ
بْنِ مَرْثَدٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ
[4] SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى،
حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنْ عَمْرِو بْنِ عَامِرٍ الْبَجَلِيِّ، قَالَ: مُحَمَّدٌ
هُوَ أَبُو أَسَدِ بْنُ عَمْرٍو، قَالَ: سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ
[5] SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ:
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَلْقَمَةَ
بْنِ مَرْثَدٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ
[6] SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ
الطَّائِيُّ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ
إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ
No comments:
Post a Comment