Sunday, May 8, 2022

HADIS 51

 

HADIS 51

 

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ، أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ مِسْعَرٍ عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ  عَنْ أَبِيهِ  قَالَ: قُلْتُ: لِعَائِشَةَ بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ يَبْدَأُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ؟ قَالَتْ: «بِالسِّوَاكِ»

 

Syuraih bin Hani’ berkata: Aku bertanya kepada Aisyah: "Dengan apa Rasulullah saw mulakan ketika masuk rumah?" Dia (Aisyah) jawab: "Dengan bersugi"

 

Status hadis: sahih

 

PENJELASAN HADIS

 

[1] Imam Muslim (253( turut meriwayatkan yang sanadnya adalah seperti berikut;

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ، حَدَّثَنَا ابْنُ بِشْرٍ، عَنْ مِسْعَرٍ، عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: سَأَلْتُ عَائِشَةَ

 

Dalam riwayat yang lain pula, Imam Muslim (253( menggunakan lafaz berbeza sedikit, iaitu:

 

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَانَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ بَدَأَ بِالسِّوَاكِ»

 

Dalam riwayat al-nasaie (8), lafaz hadisnya sama dengan riwayat Abu Daud yang sanadnya adalah seperti berikut;

أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عِيسَى وَهُوَ ابْنُ يُونُسَ، عَنْ مِسْعَرٍ، عَنِ الْمِقْدَامِ وَهُوَ ابْنُ شُرَيْحٍ، عَنْ أَبِيهِ

 

 

[2] Hadis ini menjelaskan bahawa seorang tabiin bernama SYURAIH BIN HANI’ bertanya AISYAH yang merupakan salah seorang isteri Nabi berkenaan amalan nabi dalam hal masuk ke rumah.

 

Aisyah menyatakan, perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi ketika masuk ke rumah adalah BERSUGI.

 

[3] Kemungkinan maksud perkataan Aisyah ini selepas dari Nabi saw memberi salam dan berzikir. Hal ini kerana, dalam hadis yang lain menyatakan seperti berikut—daripada Jabir bin Abdullah bahawa dia mendengar Nabi saw bersabda:

 

"إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ وَلَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، فَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، وَالْعَشَاءَ"

 "Jika seseorang memasuki rumahnya kemudian dia berzikir kepada Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan akan berkata (kepada sesame syaitan): "Tidak ada tempat menginap bagi kamu dan tidak ada makan malam."

 

 Jika dia masuk (rumahnya) tanpa berzikir kepada Allah ketika memasukinya, maka syaitan akan berkata (kepada kawannya): "Kamu telah mendapatkan tempat penginapan"

 

Dan jika dia tidak berzikir kepada Allah ketika makan, syaitan pun akan berkata (kepada kawannya): "Kamu telah mendapatkan tempat penginapan dan makan malam” (ibn Majah, hadis no: 3887[1])

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-50, dijelaskan bahawa bukan sekadar Nabi saw sahaja bersugi, bahkan Nabi turut menggalakan orang lain bersugi.

 

Hadis ke-51 ini pula, dijelaskan bahawa membersihkan mulut dari sebarang bau bukan sekadar dalam rumah ibadat, bahkan semasa bersama ahli rumah juga dipastikan mulut tidak berbau.

 

PENGAJARAN

 

[1] NABI BAIK DENGAN ISTERI DI RUMAH

 

Dalam hadis—daripada Aisyah berkata bahawa Nabi saw bersabda:

 

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي، وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku, apabila sahabat kamu meninggal dunia maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia jangan membicarakan keburukan- keburukannya)” (al-Tarmizi, hadis no: 3895[2])

 

[2] NABI SAW SELALU BANTU ISTERI DI RUMAH

 

Dalam hadis—daripada al-Aswad bin Yazid al-Nakhaie bertanya Aisyah:

 

أَيُّ شَيْءٍ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ؟ قَالَتْ: «كَانَ يَكُونَ فِي مَهْنَةِ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ قَامَ فَصَلَّى»

Apa yang dilakukan oleh Nabi, apabila baginda masuk dalam rumahnya?

 

Kata Aisyah: baginda akan buat kerja rumah yang dibuat oleh isterinya. Apabila masuk waktu solat, baginda akan bangun dan menunaikan solat” (al-Tarmizi, hadis no: 2489[3])

 

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] IBRAHIM BIN MUSA AL-RAZI (220H)

إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ

 

Lihat hadis no: 35 dan 47

 

[5] ISA BIN YUNUS (187H)

 

 

عِيسَى بْنُ يُونُسَ

 

Lihat hadis no: 2, 33, 35 dan 47.

 

[4] MIS’AR BIN KIDAM (153H)

مِسْعَرٍ بن كدام

 

Nama penuhnya adalah Mis’ar bin Kidam bin Zahir bin ‘Ubaidah bin al-Haris al-Hilali al-Kufi

 

Dia dilahirkan di Kufah dan meninggal dunia di Mekah. Ramai ulama akui bahawa dia siqah, dhobit serta sabat.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi sahih.

 

 

[3] AL-MIQDAM BIN SYURAIAH

 الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ

 

Nama penuhnya adalah al-Miqdam bin Syuraih bin Hani’ bin Yazid. Ulama kufah ini adalah Rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[2] SYURAIH BIN HANI’ AL-HARISI (78H)

 شريح بن هانيء الحارثي المذحجي الكوفي

 

Mana penuhnya adalah SYURAIH BIN HANI’ AL-HARISI AL-MAZHUJI AL-KUFI, iaitu bapa kepada perawi hadis bernama AL-MIQDAM.

 

Ulama Kufah ini meninggal di Sajistani di bahagian iran. Dia antara tabiin yang berpihak kepada Saidina Ali, bahkan salah seorang pemimpin perang semasa perang jamal. Dia juga terlibat dalam perang Siffin yang semasa berlaku majlis Tahkim, bersama dengannya ada 400 orang tentera. Dia terbunuh dalam satu perang di Sajistan bersama dengan Abu Bakrah.

 

Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

 

 

[1] AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ

 

 

Lihat hadis ke-18, 30, 33, 34, 40, 42 dan 50.

 

PENJELASAN SANAD

 

Hadis ini SAHIH dengan alasan berikut;

[A] Semua perawi adalah rijal Muslim.

[B] hadis ini turut sama ada dalam sahih muslim.

[C] hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan Abu ‘Awanah dalam sahih masing-masing.

 

 

TAKHRIJ

 

Muslim (253), al-Nasaie (al-Kubra-7), Ibn Majah (290), Ahmad (24144), Sahih Ibn Hibban (1074, 2514)



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا أَبُو بِشْرٍ بَكْرُ بْنُ خَلَفٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ الحَكَمِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ الأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ

Monday, April 25, 2022

HADIS 50 (BAB 27)

 

BAB 27

 

بَابٌ فِي الرَّجُلِ يَسْتَاكُ بِسِوَاكِ غَيْرِهِ

BERKENAAN LELAKI YANG BERSUGI MENGGUNAKAN KAYU SUGI ORANG LAIN

 

HADIS 50

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَنُّ وَعِنْدَهُ رَجُلَانِ، أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الْآخَرِ، فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ فِي فَضْلِ السِّوَاكِ، أَنْ كَبِّرْ أَعْطِ السِّوَاكَ أَكْبَرَهُمَا»

Kata Aisyah: Rasulullah saw bersugi sementara di sisi baginda ada dua orang lelaki yang satu lebih tua daripada yang lain, maka Allah mewahyukan kepada baginda tentang keutamaan bersugi agar memberikan sugi kepada orang yang lebih tua dari keduanya.

 

Status hadis: sahih


PENJELASAN HADIS

 

[1] Hadis ini menyatakan bahawa Aisyah bercerita bahawa Nabi saw bersugi yang ketika itu bersama dengan Nabi ada dua orang; seorang lelaki tua dan seorang lagi muda. Nabi pun memberi sugi kepada yang muda, lalu turun wahyu memberitahu agar diberikan kepada yang tua. Lalu, nabi saw pun memberikannya.

 

[2] Hadis ini ada kesamaan dengan riwayat al-Bukhari dan muslim yang kedua-duanya diriwayatkan oleh Ibn Umar.

 

Matan hadis dari sahih al-Bukhari (246)—daripada Ibn Umar bahawa Nabi saw berkata:

 

أَرَانِي أَتَسَوَّكُ بِسِوَاكٍ، فَجَاءَنِي رَجُلاَنِ، أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الآخَرِ، فَنَاوَلْتُ السِّوَاكَ الأَصْغَرَ مِنْهُمَا، فَقِيلَ لِي: كَبِّرْ، فَدَفَعْتُهُ إِلَى الأَكْبَرِ مِنْهُمَا

“Aku nampak bahawa aku bersugi dengan sugi. Lalu datang dua orang lelaki; salah seorangnya lebih tua berbanding seorang lagi. Aku serahkan sugi kepada yang paling kecil. Makanya aku diberitahu: “berikan kepada yang lebih tua”, maka aku pun serahkan sugi itu kepada yang lebih tua” (al-Bukhari, hadis no: 246[1])

 

Dalam Sahih Muslim (2271) pula—daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah saw berkata:

 

أَرَانِي فِي الْمَنَامِ أَتَسَوَّكُ بِسِوَاكٍ، فَجَذَبَنِي رَجُلَانِ، أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الْآخَرِ، فَنَاوَلْتُ السِّوَاكَ الْأَصْغَرَ مِنْهُمَا، فَقِيلَ لِي: كَبِّرْ، فَدَفَعْتُهُ إِلَى الْأَكْبَرِ

“Aku nampak dalam mimpi bahawa aku bersugi dengan kayu sugi. Datang kepadaku dua orang lelaki; salah seorangnya lebih tua berbanding satu lagi. Aku serahkan kayu sugi kepada yang muda, lalu aku diberitahu agar diberikan kepada yang tua. Makanya, aku pun serahkan kepada yang tua” (muslim, hadis no: 2271[2])

 

Namun, perbezaannya adalah dari sudut konteks hadis; dalam riwayat bukhari muslim, digambarkan nabi nampak itu dalam mimpi.

 

Walaupun dalam hadis ini (riwayat Aisyah) tidak dikaitkan dengan mimpi, tetapi dalam matan ada disebut فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ فِي فَضْلِ السِّوَاك—maka ada komentar berikut;

 

TAKWIL PERTAMA: pendapat ALI AL-QARI.

 

Pertama: Salah satu cara untuk nabi dapat wahyu adalah dengan mimpi. Justeru, kemungkinan kejadian yang diceritakan dalam hadis Aisyah ini ketika adalah suasana mimpi Nabi saw.

 

Kedua: kemungkinan hadis ini diriwayatkan secara makna. Hal ini kerana, melihat kepada perawi bernama HISHAM BIN URWAH yang IKHTILAT setelah dia ke BAGHDAD. Hadis ini, dia riwayatkan secara di BAGHDAD, kerana melihat kepada muridnya bernama ANBASAH adalah orang Baghdad.

 

TAKWIL KEDUA: Dinukilkan dalam kitab al-Manhaj bahawa al-Hafiz kata, hal ini dalam dua kejadian yang berbeza.

 

Hadis Ibn Umar itu, menjelaskan berkenaan mimpi Nabi saw.

 

Hadis Aisyah itu adalah satu kejadian yang lain. Semasa nabi bersama dengan dua orang lelaki, lalu disebut فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ فِي فَضْلِ السِّوَاك—itu merujuk kepada mimpi Nabi sepertimana dalam kes dalam hadis Ibn Umar.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-49, disebutkan bahawa Nabi saw membersihkan mulut semasa mahu solat.

 

Hadis ke-50 ini pula, dijelaskan bahawa membersihkan mulut itu bukan sekadar dilakukan oleh Nabi secara peribadi, bahkan turut perlu disuruh agar dilakukan oleh orang lain sama.

 

PENGAJARAN

 

[1] GUNA SUGI ORANG LAIN

 

Aisyah sendiri guna sugi Nabi (hadis ke-52 akan datang)

 

Menggunakan sugi orang lain adalah dibolehkan selama tidak mendatangkan mudharat.

 

[2] MENGHORMATI ORANG TUA

 

Salah satu adab yang agama ajar adalah beradab dengan orang lebih tua.

 

Dalam hadis—daripada Abdullah bin Amru berkata bahawa nabi saw bersabda:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو - عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ حَقَّ كَبِيرِنَا فَلَيْسَ مِنَّا»

“Barangsiapa tidak merahmati anak kecil kita, dan tidak tunaikan hak orang tua kita, maka dia bukan dari kalangan kita” (Abu Daud, hadis no: 4943)

 

Dalam hadis juga ada menyebut bahawa tindakan kita menghormati orang tua, di masa kita tua kelak, anak muda akan menghormati kita pula. Daripada Anas bin Malik berkata bahawa Nabi saw bersabda:

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا أَكْرَمَ شَابٌّ شَيْخًا لِسِنِّهِ إِلَّا قَيَّضَ اللَّهُ لَهُ مَنْ يُكْرِمُهُ عِنْدَ سِنِّهِ»

"Tidaklah seorang pemuda menghormati orang yang tua kerana umurnya melainkan Allah akan menjadikan untuknya orang yang menghormatinya kerana umurnya (di masa tuanya)" (al-Tarmizi, hadis no: 2022[3])

 

Nabi suruh dahulukan orang tua menjadi imam, jika tidak ada lagi orang lebih baik bacaan al-Quran, orang lebih faham sunnah dan orang yang paling awal berhijrah. Daripada Abu Mas’ud al-Ansari al-Badri berkata bahawa nabi saw bersabda:

 

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً، فَلْيَؤُمَّهُمْ أَكْبَرُهُمْ سِنًّا

“Imam dalam sesuatu kaum itu adalah orang yang paling qari terhadap kitabullah. Jika bacaan mereka semua sama, maka imam itu adalah orang paling awal berhijrah. Jika semua sama, maka imam itu orang yang tua umurnya” (Abu Daud, hadis no: 582(

 

[3] KONSEP AL-ITSAR

 

Dalam fiqh ada kaedah:

 

الإيثار بالقرب مكروه وفي غيرها محبوب

“Melebihkan orang lain dalam hal mendekatkan diri kepada Allah adalah makruh, tetapi dalam hal selainya adalah disukai”

 

Dalam hal masuk saf solat, anak muda perlu berlumba-lumba untuk dapat saf pertama, walaupun dengan orang tua.

 

Adapun hadis—daripada Abu Mas’ud al-Ansari berkata, Rasulullah saw selalu menyentuh bahu kami semasa solat seraya berkata:

 

اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ، لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ»

Samakan (saf) dan jangan kamu berselisihan, kerana nanti hati kamu juga akan berselisihan. Orang dewasa  dan orang yang cerdas mendahului kamu, kemudian mereka yang mengikutinya, kemudian mereka yang mengikutinya” (Muslim, hadis no: 432)

 

Hadis ini bukan memberi maksud perlu mendahului orang tua sebagai imam, tetapi hadis ini memberi maksud bahawa orang tua dan cerdas perlu menjadi teladan kepada orang lain bahawa mereka perlu terkehadapan dalam hal saf.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUHAMMAD BIN ISA (150H-224H)

مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى

 

Lihat hadis ke-24

 

[4] ‘ANBASAH BIN ABD AL-WAHID

عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ

 

Nama penuhnya adalah ‘AMBASAH BIN ABD AL-WAHID BIN UMAYYAH BIN ABDULLAH BIN SA’ID AL-KUFI. Dia dipanggil dengan ABU KHALID.

 

Dia berasal dar Ray (iran) dan pernah menjadi qadhi di sana. Namun, dia telah berhijrah ke Kufah.

 

Dia adalah rijal Abu Daud. Tidak didapati namanya disebut dalam kitab lain kecuali dalam sahih al-Bukhari; itupun secara ta’liq sahaja. Dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in dan Abu Zur’ah, bahkan dia adalah perawi sahih.

 

[3] HISHAM BIN URWAH (61H-146H)

 هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ

 

Lihat hadis ke-41.

 

[2] URWAH BIN AL-ZUBAIR (23H-98H)

 عروة بن الزبير

 

Lihat hadis ke-18 dan 40.

 

[1] AISYAH

 

Lihat hadis ke-18, 30, 33, 34, 40 dan 42.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD ABU DAUD

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ

 

[2] STATUS HADIS: SAHIH

 

Hadis ini dianggap SAHIH kerana:

A.                  Semua perawi hadis adalah siqah dan sahih.

B.                  Semua perawi adalah rijal al-Bukhari kecuali ‘ANBASAH sahaja sekadar perawi bukhari secara ta’liq.

C.                  Hadis ini ada dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, tetapi dengan kandungan yang berbeza; iaitu dalam riwayat bukhari muslim dalam konteks mimpi sedangkan hadis ini dalam konteks Yaqazah.

 

[3] PENAMBAHAN

 

Dalam penjelasan Ibn al-Arabi bahawa hadis ini tafarrud dari penduduk Madinah;

قَالَ أَحْمَدُ هُوَ ابْنُ حَزْمٍ: قَالَ لَنَا أَبُو سَعِيدٍ هُوَ ابْنُ الْأَعْرَابِيِّ: «هَذَا مِمَّا تَفَرَّدَ بِهِ أَهْلُ الْمَدِينَةِ»

 

 

 

 



[1] SANAD:

وَقَالَ عَفَّانُ، حَدَّثَنَا صَخْرُ بْنُ جُوَيْرِيَةَ، عَنْ نَافِعٍ

[2] SANAD:

وَحَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ، أَخْبَرَنِي أَبِي، حَدَّثَنَا صَخْرُ بْنُ جُوَيْرِيَةَ، عَنْ نَافِعٍ، أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ

[3] SANAD

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ المُثَنَّى قَالَ: حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ بَيَانٍ العُقَيْلِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو الرَّحَّالِ الأَنْصَارِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

 

Albani kata DOIF. al-Tarmizi kata:

هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ هَذَا الشَّيْخِ يَزِيدَ بْنِ بَيَانٍ، وَأَبُو الرِّجَالِ الأَنْصَارِيُّ آخَرُ