HADIS 51 |
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ، أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ مِسْعَرٍ
عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قُلْتُ:
لِعَائِشَةَ بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ يَبْدَأُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ؟ قَالَتْ: «بِالسِّوَاكِ»
Syuraih bin Hani’
berkata: Aku bertanya kepada Aisyah: "Dengan apa Rasulullah saw mulakan
ketika masuk rumah?" Dia (Aisyah) jawab: "Dengan bersugi"
Status hadis: sahih
PENJELASAN HADIS |
[1] Imam Muslim (253( turut meriwayatkan yang sanadnya adalah seperti berikut;
حَدَّثَنَا
أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ، حَدَّثَنَا ابْنُ بِشْرٍ، عَنْ
مِسْعَرٍ، عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: سَأَلْتُ
عَائِشَةَ
Dalam riwayat yang
lain pula, Imam Muslim (253( menggunakan
lafaz berbeza sedikit, iaitu:
عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَانَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ
بَدَأَ بِالسِّوَاكِ»
Dalam riwayat al-nasaie (8), lafaz hadisnya sama dengan riwayat Abu Daud
yang sanadnya adalah seperti berikut;
أَخْبَرَنَا
عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عِيسَى وَهُوَ ابْنُ يُونُسَ، عَنْ
مِسْعَرٍ، عَنِ الْمِقْدَامِ وَهُوَ ابْنُ شُرَيْحٍ، عَنْ أَبِيهِ
[2] Hadis ini menjelaskan
bahawa seorang tabiin bernama SYURAIH BIN HANI’ bertanya AISYAH yang merupakan salah
seorang isteri Nabi berkenaan amalan nabi dalam hal masuk ke rumah.
Aisyah menyatakan, perkara
pertama yang dilakukan oleh Nabi ketika masuk ke rumah adalah BERSUGI.
[3] Kemungkinan maksud
perkataan Aisyah ini selepas dari Nabi saw memberi salam dan berzikir. Hal ini
kerana, dalam hadis yang lain menyatakan seperti berikut—daripada Jabir bin
Abdullah bahawa dia mendengar Nabi saw bersabda:
"إِذَا
دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ
طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ
وَلَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ
الْمَبِيتَ، فَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ
الْمَبِيتَ، وَالْعَشَاءَ"
Jika dia masuk (rumahnya) tanpa berzikir
kepada Allah ketika memasukinya, maka syaitan akan berkata (kepada kawannya):
"Kamu telah mendapatkan tempat penginapan"
Dan jika dia tidak berzikir
kepada Allah ketika makan, syaitan pun akan berkata (kepada kawannya):
"Kamu telah mendapatkan tempat penginapan dan makan malam” (ibn Majah,
hadis no: 3887[1])
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke-50, dijelaskan bahawa bukan sekadar Nabi saw sahaja bersugi,
bahkan Nabi turut menggalakan orang lain bersugi.
Hadis ke-51 ini pula, dijelaskan bahawa membersihkan mulut dari sebarang
bau bukan sekadar dalam rumah ibadat, bahkan semasa bersama ahli rumah juga
dipastikan mulut tidak berbau.
PENGAJARAN |
[1] NABI BAIK DENGAN ISTERI DI RUMAH
Dalam
hadis—daripada Aisyah berkata bahawa Nabi saw bersabda:
خَيْرُكُمْ
خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي، وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ
فَدَعُوهُ
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya,
dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku, apabila sahabat kamu
meninggal dunia maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia jangan membicarakan
keburukan- keburukannya)” (al-Tarmizi, hadis no: 3895[2])
[2] NABI SAW SELALU BANTU ISTERI DI RUMAH
Dalam hadis—daripada al-Aswad bin Yazid al-Nakhaie bertanya Aisyah:
أَيُّ شَيْءٍ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ إِذَا دَخَلَ
بَيْتَهُ؟ قَالَتْ: «كَانَ يَكُونَ فِي مَهْنَةِ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتِ
الصَّلَاةُ قَامَ فَصَلَّى»
Apa yang dilakukan oleh Nabi, apabila baginda masuk dalam rumahnya?
Kata Aisyah: baginda akan buat kerja rumah yang dibuat oleh isterinya.
Apabila masuk waktu solat, baginda akan bangun dan menunaikan solat” (al-Tarmizi,
hadis no: 2489[3])
BIOGRAFI PERAWI |
[6] IBRAHIM BIN MUSA AL-RAZI (220H)
إِبْرَاهِيمُ
بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ
Lihat hadis no: 35 dan 47
[5] ISA BIN YUNUS (187H)
عِيسَى بْنُ
يُونُسَ
Lihat hadis no: 2, 33, 35 dan 47.
[4] MIS’AR BIN KIDAM (153H)
مِسْعَرٍ بن كدام
Nama penuhnya adalah Mis’ar
bin Kidam bin Zahir bin ‘Ubaidah bin al-Haris al-Hilali al-Kufi
Dia dilahirkan di Kufah dan
meninggal dunia di Mekah. Ramai ulama akui bahawa dia siqah, dhobit serta
sabat.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah
dan seorang perawi sahih.
[3] AL-MIQDAM BIN SYURAIAH
الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ
Nama penuhnya adalah al-Miqdam bin Syuraih bin Hani’
bin Yazid. Ulama kufah ini adalah Rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, al-Nasaie
dan Ibn Majah.
Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
[2] SYURAIH BIN HANI’ AL-HARISI (78H)
شريح بن هانيء الحارثي المذحجي الكوفي
Mana penuhnya adalah SYURAIH BIN HANI’ AL-HARISI AL-MAZHUJI AL-KUFI,
iaitu bapa kepada perawi hadis bernama AL-MIQDAM.
Ulama Kufah ini meninggal di Sajistani di bahagian iran. Dia antara
tabiin yang berpihak kepada Saidina Ali, bahkan salah seorang pemimpin perang semasa
perang jamal. Dia juga terlibat dalam perang Siffin yang semasa berlaku majlis
Tahkim, bersama dengannya ada 400 orang tentera. Dia terbunuh dalam satu perang
di Sajistan bersama dengan Abu Bakrah.
Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah,
serta seorang perawi siqah lagi sahih.
[1] AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ
Lihat hadis ke-18, 30, 33, 34, 40, 42 dan 50.
PENJELASAN
SANAD |
Hadis ini SAHIH dengan
alasan berikut;
[A] Semua perawi
adalah rijal Muslim.
[B] hadis ini turut
sama ada dalam sahih muslim.
[C] hadis ini diriwayatkan
oleh Ibn Hibban dan Abu ‘Awanah dalam sahih masing-masing.
TAKHRIJ |
Muslim (253), al-Nasaie (al-Kubra-7), Ibn
Majah (290), Ahmad (24144), Sahih Ibn Hibban (1074, 2514)
[1] SANAD:
حَدَّثَنَا
أَبُو بِشْرٍ بَكْرُ بْنُ خَلَفٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ
قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
[2] SANAD:
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ:
حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ
[3] SANAD:
حَدَّثَنَا
هَنَّادٌ قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ الحَكَمِ، عَنْ
إِبْرَاهِيمَ، عَنْ الأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ
No comments:
Post a Comment