Wednesday, July 12, 2023

HADIS 88

[HUBUNGAN TAJUK]

 

Dalam tajuk lepas, dibincangkan berkenaan SOLAT TIDAK SEMPURNA JIKA BERWUDUK MENGGUNAKAN NABIZ

 

Tajuk ini, dijelaskan SOLAT TIDAK SEMPURNA JIKA SOLAT MENAHAN KENTUT

 

BAB 43

 

بَابٌ أَيُصَلِّي الرَّجُلُ وَهُوَ حَاقِنٌ؟

 

[SYARAH TAJUK]

 

[1] asal makna الحاقن adalah orang yang menahan kencing. Bagi orang yang menahan berak disebut الحاقب (Ruslan:1/628)

 

Kata AL-SAHRANPURI pula, kalau menahan kedua-duanya sekali, ia disebut الحازق. Kalau dakwaan kata, ia bermaksud menahan kentut (Bazl:1/185)

 

Abu Daud menggunakan perkataan الحاقن, kerana kalau solat dalam keadaan tahan kencing pun tak boleh, maka lebih-lebih tidak boleh jika solat dalam keadaan menahan berak.

 

Menurut KHITAB AL-SUBKI pula, ABU DAUD memilih perkataan الحاقن, itu lebih bersifat umum; iaitu ia boleh digunakan juga untuk menahan berak, sedangkan perkataan الحاقب tidak digunakan untuk menahan kencing. (Manhal:1/290)

 

[2] dalam bahasa arab kontemporari, perkataan الحقن bermaksud injection.

 

HADIS 88

 

 [5]حَدَّثَنَا أَحْمَدُ ((بن عبدالله)) بْنُ يُونُسَ ((اليربوعي | شيخ الشيخين | 132ه – 227ه = 95| الرقم: 69, 71, 81, 88=4))

 

 [4]حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ ((بن معاوية  بن حديج | أبو خيثمة الجعفي الكوفي | اتباع التابعين | محدث الجزيرة | 95ه – 174ه = 79| الجماعة | الرقم: 28, 81, 88=3))

 

 Penduduk Iraq selalu cakap:

اذا مات الثوري ففي زهير خلف

“Apabila al-Sauri mati, maka penggantinya adalah ZUHAIR”. (Ruslan:1/620)

 

[3] حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ ((61ه – 146ه | مدينة, بغداد | الجماعة | الرقم: 41, 50, 88= 3))

 

[2] عَنْ أَبِيهِ ((عروة بن الزبير | 23ه – 94 ه | مدينة, مكة | الجماعة | الرقم: 18, 41, 50, 88 = 4))

 

 

[1] عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِالْأَرْقَمِ ((بن عبد يغوث بن وهب بن عبد مناف بن زهرة بن كلاب القرشي الزهري | اسلم يوم الفتح | أمه: أُمَيْمَة بنت حَرْب ابن أَبي هَمْهَمَة بن عَبْد العُزَّى بن عَامِرة ((

 

Bapanya adalah anak saudara kepada Aminah binti Wahab, Ibu Nabi saw

 

Nama penuh [1] AMINAH BINTI [2] WAHAB BINTI [3] ABDUL MANAF

 

Nama penuh bapanya; [1] AL-ARQAM BIN [2] ABD YAGHUS BIN [3] WAHAB BIN [4] ABDUL MANAF

 

Di zaman nabi, dia salah seorang penulis surat Nabi saw; iaitu banyak surat-surat yang nabi saw hantar kepada raja-raja dunia, nabi akan arahkan dia yang menulis surat tersebut. (Manhal:1/291)

 

Bahkan, dia juga ada penulis di era ABU BAKAR AL-SIDDIQ dan UMAR BIN AL-KHATTAB. (Bazl:1/185)

 

Dalam al-Siyar, al-Zahabi bawakan riwayat bahawa Saidina Umar pernah berkata:

ما رأيت أحدًا أخشى لله منه

 

Dengan sebab itu, pada era Saidina Umar, dia dilantik menjadi amil Baitul mal. Kemudian disambung jawatan itu di era pemerintahan Saidina Usman (tawassut:2/629)

 

Imam malik ada bercerita bahawa Osman telah haruskan kepadanya mendapat bayaran 30 ribu dirham wang dari Baitul Mal, tetapi dia tidak mahu terima. Dia berkata:

إنما عملت لله وأجري علي الله

“aku beramal kerana Allah, dan balasannya ditentukan oleh Allah” (Ruslan:1/620)

 

IBN HIBBAN kata dalam AL-SIQAT bahawa dia meninggal di mekah pada era pemerintahan YAZID BIN MUAWIYAH, iaitu tahun 64 hijrah. Jenazahnya disembahyangkan oleh ABDULLAH BIN ZUBAIR dan dia dikebumikan di HUJUN ketika dia berumur 62 tahun. (Tasawwut:2/630)

 

Pendapat IBN HIBBAN ini dibantah oleh WALIYUDDIN AL-IRAQI dengan hujah:

 

ABDULLAH BIN AL-ARQAM adalah salah seorang juru tulis Nabi saw. Jika dia meninggal pada waktu umur 62 tahun, pada tahun 64 hijrah, bermakna semasa Nabi saw wafat, umurnya baru 2 tahun. Sudah pasti tidak munasabah bahawa kanak-kanak baru umur 2 tahun pun sudah menjadi juru tulis Nabi saw. (Tasawwut:2/630)

 

Justeru, pendapat yang paling kuat adalah pendapat IBN SAKAN dan Al-BUKHARI bahawa dia meninggal di era pemerintahan Osman bin Affan. (Manhal:1/291|bazl:1/185)

 

Dalam Usud al-Ghabah, Ibn Atsir kata, bahawa sebelum dia meninggal dunia, matanya buta.

 

[MATAN HADIS 88]

 

أَنَّهُ خَرَجَ حَاجًّا، أَوْ مُعْتَمِرًا وَمَعَهُ النَّاسُ، وَهُوَ يَؤُمُّهُمْ، فَلَمَّا كَانَ ذَاتَ يَوْمٍ أَقَامَ الصَّلَاةَ، صَلَاةَ الصُّبْحِ، ثُمَّ قَالَ: لِيَتَقَدَّمْ أَحَدُكُمْ وَذَهَبَ إِلَى الْخَلَاءِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَذْهَبَ الْخَلَاءَ وَقَامَتِ الصَّلَاةُ، فَلْيَبْدَأْ بِالْخَلَاءِ»

 

[TA’LIQ ABU DAUD]

 

 قَالَ أَبُو دَاوُدَ: رَوَى وُهَيْبُ بْنُ خَالِدٍ ((بن عجلان الباهلي | 107ه – 165ه = 58 | ابو بكر البصري الكرابيسي | اتباع | الجماعة| الرقم:4 تعليق, 10, 85, 88= 4))

 

Menurut MUHAMMAD BIN SA’AD, sebelum dia meninggal dunia, dia dipenjarakan dan matanya buta dalam penjara.

 

 وَشُعَيْبُ بْنُ إِسْحَاقَ ((بن عبد الرحمن بن عبدالله بن راشد بن ابي الأشعث | ابو محمد  القرشي الدمشقي البصري| بصري اصلا -ع-م: الدمشق | 117ه – 189ه = 72 | احتج به الشيخان ووثقوه | الجماعة))

 

Dia ambil hadis dari bapanya (ishaq bin Abdul Rahman) dan ABU HANIFAH (80H-150H). Semasa Abu Hanifah meninggal, dia berumur 32 tahun. Bahkan, dia bermazhab Hanafi (bazl:1/185)

 

Dia adalah ahli al-Ra’y, tekan serta amat baik dalam ilmu hadis.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)   Dianggap siqah oleh ramai ulama, termasuk AL-NASAIE, IBN MAIN, AL-WAQIDI DAN DUHAIM.

(b)  ABU HATIM kata, dia soduq siqah ma’mun.

(c)    AHMAD kata, dia siqah dan hadisnya amat sahih.

(d)   AL-ASQALANI dan ABU DAUD kata, dia siqah dan seorang penganut MURJIAH.

 

وَأَبُو ضَمْرَةَ ((أنس بن عياض بن ضمرة, قيل: عبدالرحمن الليثي المدني |104ه – 200ه = 96 |ع: مدينة, مصر, العراق | متفق علي الإحتجاج به | الجماعة))

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)   Dianggap siqah oleh IBN ‘ADI, AL-JURJANI, BISYKAWAL, AL-ASQALANI, ABU HATIM AL-RAZI, AL-ZAHABI, IBN AL-MADINI & IBN MAIN

(b)  ABU ZUR’AH dan NASAIE kata, لا بأس به

(c)    ISHAQ BIN MANSUR dan IBN MAIN kata, dia صويلح

(d)  AL-WAQIDI kata, dia siqah dan banyak hadis.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

(e)  IBN SA’AD kata, dia siqah yang banyak buat silap.

(f)      MARWAN kata, dia dia siqah tetapi banyak غفلة pada riwayat hadis dari penduduk syam.

 

 هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ رَجُلٍ ((مبهم)) حَدَّثَهُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَرْقَمَ وَالْأَكْثَرُ ((اكثر الرواة)) الَّذِينَ رَوَوْهُ، عَنْ هِشَامٍ ((بن عروة)) قَالُوا: كَمَا قَالَ زُهَيْرٌ ((في روايته المتقدمة))

 

PERBAHASAN SANAD [88]

 

[1] ARNAUT –SANADNYA SAHIH

(a)         Kata ARNAUT, walaupun Sanad hadis ini guna عن pada Urwah ambil hadis dari ABDULLAH, tetapi dalam riwayat lain menampilkan dia memang سماع

 

[2] ALBANI--SAHIH

(b)        Kata ALBANI, sanadnya ikut syarat bukhari dan muslim. Begitujuga, al-Hakim dan disepakati sama AL-ZAHABI.

(c)          Hadis ini dinilai sahih oleh TARMIZI, IBN KHUZAIMAH dan IBN HIBBAN.

 

[3] KRITIKAN TERHADAP ALBANI:

(a)   Perawi bernama ZUHAIR, ALBANI kata, dia adalah BIN MUHAMMAD AL-TAMIMI.

(b)  Jika dilihat pada semua ulama-ulama hadis, ZUHAIR di sini adalah BIN MUAWIYAH.

(c)    ZUHAIR BIN MUHAMMAD (162H), adalah perawi berasal dari Afghanistan yang pernah sampai ke khurasan, hijaz, mekah, syam, Turkamanistan dan Damsyiq, sedangkan HISHAM BIN URWAH (61H-146H) berasal dari Madinah dan berhijrah ke baghdad.

(d)  Tambahan pula, sikap ulama terhadap ZUHAIR BIN MUHAMMAD AL-TAMIMI;

a.                      ABU AHMAD AL-HAKIM kata, pada hadisnya ada setengah perawi mungkar.

b.                     AL-JURJANI kata, apabila penduduk Iraq ambil hadis darinya, riwayatnya keakan-akan mustaqim.

c.                       AL-BAIHAQI kata, AL-NASAIE kata, dia tidak kuat.

d.                     AL-UQAILI kata, dia dari kalangan perawi doif.

e.                     ABU HATIM kata, hadisnya yang dia riwayatkan di IRAQ ditolak kerana buruk hafalannya. Riwayat dia secara hafalan, ada kesalahan. namun, riwayat dari tulisannya, maka itu soleh.

f. ABU HATIM AL-BASTI kata, dia buat silap.

g.                      AL-NASAIE kata, dia doif.

 

[2] KOMENTAR ABU DAUD

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: رَوَى وُهَيْبُ بْنُ خَالِدٍ، وَشُعَيْبُ بْنُ إِسْحَاقَ، وَأَبُو ضَمْرَةَ، هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ رَجُلٍ حَدَّثَهُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَرْقَمَ وَالْأَكْثَرُ الَّذِينَ رَوَوْهُ، عَنْ هِشَامٍ، قَالُوا: كَمَا قَالَ زُهَيْرٌ

 

Abu Daud menjelaskan khilaf ulama berkenaan sanad hadis ini:

(a)   ada tiga orang ulama hadis, iaitu WUHAIB BIN KHALID, SYUAIB BIN ISHAQ dan ABU DHAMRAH bahawa mereka kata: hadis ini bahawa URWAH bukan ambil terus dari ABDULLAH, tetapi melalui pertantara dari seseorang yang mubham رجل. Di sini ada ihtimal bahawa kemungkinan besar semasa musafir itu, URWAH tidak bersama ABDULLAH. Tetapi, URWAH tahu kisah ini melalui dari seseorang lelaki yang mubham.

 

(b)  Kebanyakkan ulama riwayatkan hadis ini dari HISHAM BIN URWAH, yang mana ia ambil hadis dari bapanya. Kemungkinan bahawa URWAH mendengar hadis ini di peringkat awal dari lelaki mubham, kemudian URWAH mendengar pula kisah itu dari ABDULLAH pula, sepertimana yang diriwayatkan oleh ZUHAIR BIN MUAWIYAH.

 

(c)    Maksud dengan kebanyakkan perawi dalam sanad hadis ini adalah:

 

a.                      MALIK BIN ANAS

b.                     SUFYAN BIN UYAYNAH

c.                       HAFS BIN GHIYAST

d.                     AYUB BIN MUSA

e.                     HAMMAD BIN ZAID

f. WAKI’E

g.                      ABU MUAWIYYAH

h.                     AL-MUFADDHAL BIN FUDHALAH

i.   MUHAMMAD BIN KINANAH

 

PENJELASAN MATAN [88]

 

[] Dalam hadis bab, URWAH BIN AL-ZUBAIR bercerita bahawa ABDULLAH BIN AL-ARQAM menunaikan haji dan umrah yang dalam musafir itu, sahabat Nabi itu menjadi imam solat Jemaah.

 

Kalau dilihat dalam riwayat ABD AL-RAZZAQ AL-SUN’ANI pula, HISHAM BIN URWAH bercerita bahawa mereka keluar untuk menunaikan ibadat haji (syak rawi: atau umrah) bersama dengan ABDULLAH BIN AL-ARQAM. Apabila iqamat, ABDULLAH menyuruh mereka solat dan sahabat Nabi itu pergi untuk menunaikan hajatnya. Apabila dia pulang, baru dia menyebut hadis Rasulullah saw tersebut.

عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، قَالَ خَرَجْنَا فِي حَجٍّ - أَوْ عُمْرَةٍ - مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْأَرْقَمِ الزُّهْرِيِّ فَأَقَامَ الصَّلَاةَ، ثُمَّ قَالَ: صَلُّوا وَذَهَبَ لِحَاجَتِهِ، فَلَمَّا رَجَعَ قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمُ الْغَائِطَ فَلْيَبْدَأْ بِالْغَائِطِ»

 

PERBEZAAN DENGAN MATAN HADIS BAB;

 

(a)   Dalam Riwayat al-Sun’ani, pencerita hadis ini adalah anak kepada Urwah, iaitu Hisham, sedangkan dalam riwayat Abu Daud, pencerita itu adalah bapanya, iaitu Urwah bin al-Zubair. Bermakna, riwayat AL-SUN’ANI adalah mursal.

 

(b)  Dalam riwayat al-Sun’ani, ABDULLAH sebut hadis nabi itu setelah dia pulang dari qadha’ hajar, sedangkan dalam riwayat Abu Daud, Abdullah sebut hadis nabi itu sebelum qadha’ hajat.

 

KESIMPULAN: Riwayat al-Sun’ani terputus sanad, iaitu tidak menyebut PERAWI antara HISHAM dengan ABDULLAH.  Apatah lagi, HISHAM dilahirkan pada 61 hijrah, sedangkan ABDULLAH meninggal di era pemerintahan SAIDINA OSMAN (meninggal 31 hijrah). Dalam perkataan lain bahawa ketika hisham dilahirkan, Abdullah sudah meninggal lebih kurang 30 tahun yang lalu.

 

Walaubagaimana pun, dalam KITAB الأحاديث المختارة أو المستخرج من الأحاديث المختارة مما لم يخرجه البخاري ومسلم في صحيحيهما, al-maqdasi bawakan matan yang sama yang disandarkan kepada URWAH BIN AL-ZUBAIR;

عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ يَعْنِي عَنْ أَبِيهِ قَالَ خَرَجْنَا فِي حَجٍّ أَوْ عُمْرَةٍ مَعَ عبد الله بْنِ الأَرْقَمِ الزُّهْرِيِّ فَأَقَامَ الصَّلاةَ ثُمَّ قَالَ صَلُّوا وَذَهَبَ لِحَاجَتِهِ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَالَ (إِذا أقميت الصَّلاةُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمُ الْغَائِطَ فَلْيَبْدَأْ بِالْغَائِطِ) – المستخرج من الأحاديث المختارة, 499[1]

 

 

[] Abdullah bin Arqam yang sudah menjadi kebiasaannya menunaikan solat Jemaah dengan KAUMNYA dalam pada dia menjadi imam.

 

Namun, ada suatu hari bahawa dia rasa mahu qadha’ hajat, dia menyuruh salah seorang dari kalangan mereka agar maju kehadapan untuk menjadi imam.

 

Hal ini kerana, beliau mengamalkan hadis yang menyuruh agar selesaikan qadha’ hajat terlebih dahulu apabila mahu menunaikan solat.

 

[] Kalau dilihat dalam riwayat al-Tarmizi, matan hadis itu menyatakan bahawa ABDULLAH BIN AL-ARQAM MEMEGANG TANGAN SALAH SEORANG DARI KALANGAN MEREKA, sedangkan dalam riwayat ABU DAUD dipamerkan bahawa ABDULLAH BERCAKAP.

 

Matan hadis riwayat al-Tarmizi;

 

قَالَ: أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَأَخَذَ بِيَدِ رَجُلٍ فَقَدَّمَهُ، وَكَانَ إِمَامَ قَوْمِهِ، وَقَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ وَوَجَدَ أَحَدُكُمُ الخَلَاءَ فَلْيَبْدَأْ بِالخَلَاءِ» - الترمذي, 142[2]

 

[] Dalam matan Abu Daud, Nabi saw berkata: “apabila seseorang kamu mahu qadha’ hajat”.

إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَذْهَبَ الْخَلَاءَ وَقَامَتِ الصَّلَاةُ، فَلْيَبْدَأْ بِالْخَلَاءِ

 

Dalam matan al-tarmizi pula, Nabi saw berkata: “apabila solat didirikan dan seseorang kamu dapati bahawa dia mahu qadha’ hajat”.

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ وَوَجَدَ أَحَدُكُمُ الخَلَاءَ فَلْيَبْدَأْ بِالخَلَاءِ

 

Dalam matan al-Nasaie pula, Nabi saw berkata: “Apabila seseorang kamu dapati mahu buang air besar”

«إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمُ الْغَائِطَ فَلْيَبْدَأْ بِهِ قَبْلَ الصَّلَاةِ» - النسائي, 852[3]

 

Dalam matan ibn Majah pula, Nabi saw berkata: Apabila seseorang kamu MAHU buang air besar”

«إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمُ الْغَائِطَ، وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، فَلْيَبْدَأْ بِهِ» - ابن ماجة, 616[4]

 

KESIMPULAN:

Hadis ini diriwayatkan secara makna, bukan secara lafaz.

 

HUBUNGAN HADIS [88]

 

Hadis 87, dijelaskan berkenaan tidak sempurna mandi wajib menggunakan air nabiz.

 

Hadis ke-88, dijelaskan bahawa tidak sempurna solat jika tengah tahan kentut, kencing dan berak.

 

PENGAJARAN [88]

 

[] SOLAT JEMAAH KETIKA MUSAFIR

 

Imam syafie kata, solat Jemaah tetap ditunaikan, sama ada ketika bermuqim dan juga ketika bermusafir. (Ruslan:1/621)

 

[] UZUR-UZUR YANG DIBENARKAN TIDAK SOLAT JEMAAH

 

AL-NASAIE bawakan hadis ini di bawah كتاب الصلاة di bawah tajuk “keuzuran untuk meninggalkan solat Jemaah”. Menurut WALIYUDDIN AL-IRAQI, itu yang lebih layak (Tasawwut:2/630)

 

[] KETIKA WAKTU SEMAKIN HAMPIR HABIS

 

(A)  PANDANGAN JUMHUR

 

Menurut AL-KHATTABI dalam MAA’LIM AL-SUNAN bahawa andai waktu solat dekat dengan keluar, ketika itu dia hendaklah solat juga dalam keadaan perut lapar dan rasa mahu qadha’ hajat tersebut. (Sunan:1/45 | tasawwut:2/636)

 

Hal ini kerana, khusyuk ada perkara sunat sedangkan solat di luar waktu adalah haram. Justeru, mengelak perkara haram lebih didahulukan berbanding mendapat khusyuk dalam solat (tasawwut:2/636)

 

Tambahan pula, dalam hadis:

 

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لَا تُؤَخَّرُ الصَّلَاةُ لِطَعَامٍ وَلَا لِغَيْرِهِ» - ابو داود, 3758[5]

*kata AL-SAHRANPURI, hadis ini doif.

 

Menurut IBN RUSLAN, pendapat yang paling sahih adalah, dia perlu dahulukan solat. (Ruslan:1/622)

 

(B) IBN HAZM

 

Walaupun terpaksa solat di luar waktu, maka hendaklah dia dahulukan qadha’ hajat dan makan kerana melihat kepada zahir hadis ini (tasawwut:2/636)

 

Ini juga pandangan ABU SA’ID AL-MUTAWALLI (Ulama Mazhab Syafie berasal dari AL-NAISABURI) (tasawwut:2/645, Manhal:1/296)

 

[] IMAM YANG MELAUNGKAN IQAMAT

 

Pada lafaz hadis: أَقَامَ الصَّلَاةَ، صَلَاةَ الصُّبْحِ, ada dua maksud:

(a)         Mendirikan solat—iaitu solat subuh.

(b)        Melakukan iqamat.

 

Dhomir pada اقام adalah merujuk kepada ABDULLAH BIN AL-ARQAM.

 

Dari sini, terdapat khilaf ulama seperti berikut;

 

(A) IMAM JUGA IQAMAT

 

Bagi pemaknaan (b), menyebabkan ulama fiqh seperti AL-QADHI ABU AL-TAYYIB, menyatakan bahawa DIGALAKKAN bagi seseorang imam solat bahawa dia juga yang melaungkan iqamat. Pendapat ini disokong oleh IMAM AL-NAWAWI.

 

(B)  MAKRUH IMAM IQAMAT

 

Pendapat ini dibantah oleh AL-RAFIE dengan anggapan bahawa ia TIDAK DIGALAKKAN. Bahkan, ABU MUHAMMAD AL-BAGHAWI anggap MAKRUH. KHITAB AL-SUBKI pula kata, keutamaannya adalah orang lain dari imam yang melaunkan iqamat (manhal:1/293)

 

Hal ini kerana, dia melihat pemaknaan (a), atau ditakwilkan bahawa BUKAN IBN AL-ARQAM yang iqamat, tetapi IBN AL-ARQAM suruh orang lain melaungkan iqamat tersebut. Takwilan ini diasaskan kepada perinsip bahawa muazzin tidak melaungkan iqamat kecuali dengan keizinan imam terlebih dahulu (Tawassut:2/632)

 

[] LANTIK IMAM BUKAN DARI ORANG YANG DIKENALI

 

Tidak salah lantik imam dari kalangan orang yang tidak dikenali. Hal ini kerana, dalam matan hadis ini digunakan perkataan: لِيَتَقَدَّمْ أَحَدُكُمْ—hendaklah salah seorang dari kalangan kamu.

 

Demikian juga, dalam riwayat AL-TARMIZI, digunakan lafaz matan: فَأَخَذَ بِيَدِ رَجُلٍ فَقَدَّمَهُ،--dia memegang tangan mana-mana lelaki, dan dia majukannya (di tempat imam).



[1] MARFU’:

وَبِه أبنا أَبُو نعيم أَحْمد بن عبد الله أبنا سُلَيْمَان الطَّبَرَانِيّ ثَنَا إِسْحَاق الدبر أبنا عبد الرَّزَّاق عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ مُوسَى عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ يَعْنِي عَنْ أَبِيهِ قَالَ

[2] MARFU’

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الأَرْقَمِ، قَالَ:

[3] MARFU’

أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَرْقَمَ كَانَ يَؤُمُّ أَصْحَابَهُ فَحَضَرَتِ الصَّلَاةُ يَوْمًا فَذَهَبَ لِحَاجَتِهِ، ثُمَّ رَجَعَ فَقَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:

[4] MARFU’:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ قَالَ: أَنْبَأَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَرْقَمَ، قَالَ:

[5] MARFU’:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ بَزِيعٍ، حَدَّثَنَا مُعَلَّى يَعْنِي ابْنَ مَنْصُورٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ مَيْمُونٍ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ

-     [حكم الألباني] : ضعيف

-     إسناده ضعيف، محمد بن ميمون -وهو الزعفراني الكوفي- اختلف فيه وثقه بعضهم وضعفه آخرون

Monday, October 31, 2022

HADIS 87

  

HADIS 87

 

 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُبَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا أَبُو خَلْدَةَ قَالَ: سَأَلْتُ أَبَا الْعَالِيَةِ عَنْ رَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَنَابَةٌ، وَلَيْسَ عِنْدَهُ مَاءٌ، وَعِنْدَهُ نَبِيذٌ أَيَغْتَسِلُ بِهِ؟ قَالَ: «لَا»

  

Abu Khaldah berkata: aku tanya Abu al- ‘Aliyah berkenaan seseorang lelaki yang berjunub sedangkan dia tidak mempunyai sebarang air (untuk mandi junub)—dia ada air nabiz; apakah boleh dia mandi menggunakan (air nabiz tersebut)?.

 

Jawab (Abu al- ‘Aliyah): tidak (boleh).

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] Hadis ini dinilai sahih.

 

[2] hadis ini adalah maqtu’—iaitu perkataan tabiin.

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam kitab البدائع, penjelasan panjang lebarnya adalah bahawa ABU AL-ALIYAH yang berkata:

 

كُنْتُ فِي جَمَاعَةٍ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فِي سَفِينَةٍ فِي الْبَحْرِ فَحَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَفَنِيَ مَاؤُهُمْ، وَمَعَهُمْ نَبِيذُ التَّمْرِ فَتَوَضَّأَ بَعْضُهُمْ بِنَبِيذِ التَّمْرِ، وَكَرِهَ التَّوَضُّؤَ بِمَاءِ الْبَحْرِ، وَتَوَضَّأَ بَعْضُهُمْ بِمَاءِ الْبَحْرِ، وَكَرِهَ التَّوَضُّؤَ بِنَبِيذِ التَّمْرِ – بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع, 1\16

Aku berada dalam Jemaah dari kalangan sahabat Rasullullah dalam satu kapal di lautan. Apabila masuk waktu solat, air tawar sudah kehabisan. Namun bersama mereka adalah air nabiz tamar, maka setengan berwuduk dengan air tersebut dengan mereka tidak suka berwuduk dengan air laut, (sedangkan) setengah yang lain berwuduk dengan air laut dan tidak suka berwuduk dengan air nabiz kurma itu.

 

[2] kisah ini bukan perkataan nabi. Ini adalah kesimpulan dan ijtihad dari seorang tabiin yang bernama ABU ‘ALIYAH yang dibawa oleh ABU DAUD untuk menguatkan pendapatnya bahawa bukan sekadar tidak boleh berwuduk dengan air nabiz, bahkan mandi wajib dengan air itu juga tidak boleh.

 

[3] yang dimaksudkan NABIZ dalam hadis ini adalah apabila rasa kurma (dan sebagainya) sudah meresap rasanya ke dalam air tersebut.

 

Adapun jika belum meresapi rasa lagi, maka ia tidak termasuk dalam maksud ABU AL-ALIYAH ini. (Manhal:1/290)

 

HUBUNGAN HADIS

 

Kalau dalam hadis ke-86 berkaitan dengan tidak boleh wuduk dengan air nabiz.

 

Dalam hadis 87 ini pula, mandi junub menggunakan nabiz juga tidak boleh.

 

BIOGRAFI PERAWI

[5] MUHAMMAD BIN BASYSYAR (167H-252H)

مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ

 

Perawi ini tersebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu dalam hadis ke-13, 52, 82, 86 dan 87

 

[4] ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)

 عَبْدُ الرَّحْمَنِ بن مهدي

 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-86 dan 87.

 

[3] ABU KHALDAH (152H)

 أَبُو خَلْدَةَ

 

Nama sebenarnya adalah KHALID BIN DINAR AL-TAMIMI AL-SA’DI AL-BASRI

 

Selain ilmuan hadis, beliau juga seorang tukang jahit.

 

KOMENTAR ULAMA; (Manhal:1/289)

(a)                 Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, AL-NASAIE, AL-IJLI, AL-DARAQUTNI, IBN SA’AD, YAZID BIN ZURAYI’, AL-TARMIZI, OSMAN BIN SA’AD & IBN ABD AL-BAR

(b)               AHMAD kata, dia syaikh siqah.

(c)                IBN MAHDI kata, dia soduq.

(d)               AL-TARMIZI kata, dia siqah dalam kalangan ahli hadis. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-bukhari, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah.


Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.

 

[2] ABU ‘ALIYAH (93H)

 أَبَو الْعَالِيَةِ

 

Nama sebenarnya adalah RUFAIYY’ BIN MIHRAN AL-RAYYAHI

 

Menurut ALI BIN AL-MADINI, dia sempat di era Jahiliyyah. Namun, peluk islam dua tahun selepas Nabi wafat (manhal:1/290) bermakna, dia seorang MUKHADRAM (Arnaut:1/64)

 

Dia sempat dengan Abu Bakar dan pernah menunaikan solat Jemaah dengan menjadi makmum kepada Saidina Umar dan mendengar hadis dari Saidina Umar. (Bazl:1/183)

 

Dia pernah berkata: Aku sempat khatamkan al-Quran di era Umar sebanyak tiga kali.

 

ASIM AL-AHWAL pernah berkata: Abu al-‘Aliyah ada sikap bahawa apabila berhimpun kepadanya lebih dari kadar 4 orang, dia akan bangun dan pergi (tasawwut:2/618)

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, dia tabiin besar yang popular dengan gelarannya (manhal:1/290)

(b)               Dianggap SIQAH oleh IBN MAIN, ABU ZUR’AH & ABU HATIM (manhal:1/290)

(c)                ABU AL-QASIM kata, ulama ijmak bahawa dia siqah. Cuma dia banyak lakukan IRSAL (manhal:1/290)

(d)               ABU BAKAR BIN ABI DAUD kata, tidak ada seorang pun orang selepas sahabat yang lebih tahu berkenaan al-Quran kecuali Abu al- ‘Aliyah. Selepas beliau adalah SA’ID BIN JUBAIR (tasawwut:2/618)

(e)               IBN ‘ADI kata, hadis-hadis yang dia riwayat adalah SOLEH.

(f)                 AL-LAKAIE kata, ijmak ulama bahawa dia siqah. (Bazl:1/184)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah. 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.