SUNAN
ABI DAUD, HADIS NO: 158 |
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ الرَّبِيعِ بْنِ طَارِقٍ، أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَزِينٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ أَيُّوبَ بْنِ قَطَنٍ، عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ
قَالَ يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ: وَكَانَ قَدْ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْقِبْلَتَيْنِ، أَنَّهُ قَالَ: يَا رَسُولَ
اللَّهِ أَمْسَحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ؟ قَالَ: «نَعَمْ» ، قَالَ: يَوْمًا؟ قَالَ: «يَوْمًا»
قَالَ: وَيَوْمَيْنِ؟ قَالَ: «وَيَوْمَيْنِ» ، قَالَ: وَثَلَاثَةً؟ قَالَ: «نَعَمْ
وَمَا شِئْتَ»
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: رَوَاهُ ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ الْمِصْرِيُّ، عَنْ
يَحْيَى بْنِ أَيُّوبَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَزِينٍ، عَنْ مُحَمَّدِ
بْنِ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ نُسِيٍّ، عَنْ أُبَيِّ بْنِ
عِمَارَةَ قَالَ فِيهِ: حَتَّى بَلَغَ سَبْعًا
قَالَ: رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَعَمْ، وَمَا
بَدَا لَكَ»
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَقَدِ
اخْتُلِفَ فِي إِسْنَادِهِ وَلَيْسَ هُوَ بِالْقَوِيِّ، وَرَوَاهُ ابْنُ أَبِي
مَرْيَمَ، وَيَحْيَى بْنُ إِسْحَاقَ السَّيْلَحِينِيُّ، عَنْ يَحْيَى بْنِ
أَيَّوبَ وَقَدِ اخْتُلِفَ فِي إِسْنَادِهِ
GAMBARAN DASAR HADIS 158 |
[1]
Hadis ini menjelaskan bahawa TIDAK ADA BATASAN WAKTU dalam sapu khuf. Namun
begitu, hadis ini doif.
[2]
Sebab-sebab doif hadis ini adalah;
(1)
Idhtirab pada sanad.
(2)
Ada tiga orang perawi majhul
a. Abdul
Rahman bin Razin
b. Muhammad
bin Yazid
c. Ayyub
bin Qatn.
(3)
Dari sudut matan, ia bercanggah dengan hadis yang
lebih sahih bahawa ada pembatas waktu bagi sapu khuf.
[3] Abu
Daud bawakan juga hadis ini BUKAN untuk dijadikan sandaran hukum, tetapi
sebagai IKTIBAR atau perbandingan sahaja.
[4] Menurut
IBN RUSLAN, kemungkinan hadis ini hukumnya Mansukh dengan hadis yang membataskan
waktu[1].
Apatah lagi, hadis ini menggambarkan bahawa sahabat yang meriwayatkan hadis
ini, iaitu UBAI BIN IMARAH ini sempat di awal Islam, iaitu ketika Qiblat
mengadap ke arah baitul Maqdis (bermula pada 1 hijrah dan berakhir pada 2
hijrah).
Dalam hujah IBN RUSLAN lagi, antara perawi hadis
yang menyebut berkenaan sapu khuf di bataskan waktu adalah AUF BIN MALIK
AL-ASYJAIE الأشجعي yang
ketika itu, Nabi suruh sapu itu dalam perang Tabuk (9 Hijrah). Hadis tersebut,
AHMAD kata, ia adalah sebaik-baik hadis berkenaan sapu dua khuf[2].
PERBAHASAN SANAD 158 |
[5] SANAD
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
Rasulullah |
-
Mekah -
Madinah |
-
Maksum -
Perkataan |
7. |
Ubai bin ‘Imarah ( - ) |
-
Madinah -
Mesir. |
-
Sahabat -
Abu hatim kata, bapanya sahabat, dia bukan. |
|
Ubadah bin Nusaiy @ ABU AMRU (118H) |
-
Syam -
Jordan |
-
Tabiin Siqah |
6. |
Ayyub bin Qatan ( - ) |
-
Palestine -
Basrah (syak Ibn Hiibban) |
-
Majhul |
5. |
Muhammad bin Yazid ( - ) |
-
Kufah -
Mesir (ada kata: Palestine) |
-
Tarmizi sahaja anggap sahih -
Majoriti kata Majhul. |
4. |
Abdul Rahman bin Razin (155H) |
-
Syam |
-
Bukhari (adab mufrad) -
Perlu diteliti |
3. |
Yahya bin Ayyub (168H) |
-
Mesir (Qadhi) |
-
Kutub Sittah. -
Al-Bukhari Maqrun -
Siqah rendah |
2. |
Amru bin al-Rabi’
bin Tariq (219H) |
-
Kufah -
Mesir |
-
Bukhari – Muslim -
Siqah |
1. |
Yahya bin Main (158H – 233H[3]) |
-
Al-Anbar (L) -
Baghdad -
Madinah (M) -
Mesir -
Syam -
Hijaz -
Yaman |
-
Kutub Sittah -
Siqah tinggi. |
|
ABU DAUD (202H – 275H) |
|
|
[6] ARNAUT—DOIF JIDDAN
-
Ada tiga perawi Majhul
o ABDUL RAHMAN
BIN RAZIN
o MUHAMMAD BIN
YAZID
o AYUB BIN QATN
-
Berlaku Idhtirab teramat teruk pada perawi yang ambil
dari YAHYA BIN AYYUB.
-
Pada perawi antara AYYUB BIN QATN dan UBAI BIN UMARAH,
dalam riwayat IBN MAJAH (557), ada perawi bernama UBADAH BIN NUSAIY. Justeru,
Kemungkinan terputus sanad.
حَدَّثَنَا حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى وَعَمْرُو بْنُ سَوَّادٍ
الْمِصْرِيَّانِ، قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ قَالَ:
أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَزِينٍ، عَنْ
مُحَمَّدِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ، عَنْ أَيُّوبَ بْنِ قَطَنٍ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ نُسَيٍّ، عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ
[7] ALBANI—TIDAK KUAT
-
Ikhtilaf (idhtirab) pada sanad.
-
Al-Bukhari kata, tidak sahih.
-
Dianggap Doif oleh AHMAD, IBN HIBBAN, IBN ABD AL-BAR
dan sebagainya.
-
NAWAWI kata, ittifaq para imam bahawa ia doif.
-
AL-JUZAQANI menyebut hadis ini dalam kitab
al-Mawdu’at.
[8] Menurut KHITAB
AL-SUBKI dalam AL-MANHAL bahawa hadis ini disepakati oleh ahl al-Sunan bahawa
ia doif—mudhtarib. Ia tidak boleh dibuat hujah[4].
[9] Berkenaan hadis ini[5];
a.
dalam penjelasan ABDUL GHANI: UBAI BIN IMARAH tidak
riwayatkan kecuali satu hadis sahaja. Dalam sanadnya pula doif, jahalah dan
Idhtirab[6].
b.
ABU ZUR’AH kata: aku dengar AHMAD BIN HANBAL kata,
hadis Ubai bin Imarah, sanadnya tidak diketahui[7].
c.
AL-HAFIZ kata dalam AL-TALKHIS, al-bukhari anggap doif
hadis ini. Dia berkata: ia tidak sahih Demikian juga kata AL-MUNZIRI[8]
dan AL-BAIHAQI dalam AL-MA’RIFAH[9].
d.
ABU ZUR’AH AL-DIMASYQI ambil dari AHMAD, Rijal hadis
ini tidak dikenali[10].
e.
IBN HIBBAN kata, aku tidak bersandar pada sanad
hadisnya[11].
f.
ABU AL-FATH AL-AZDI kata, hadis ini tidak بالقائم[12].
g.
IBN
ABD AL-BAR kata, ia tidak sabit. Tidak ada pada sanadnya قائم[13]
h.
AL-NAWAWI
dalam SYARH AL-MUHAZZAB, ittifaq para imam bahawa hadis ini doif[14].
Dalam Syarh Sahih Muslim, al-Nawawi kata, disepakati dalam kalangan Ahli hadis
bahawa hadis ini doif[15].
i.
AL-ASQALANI
kata, al-Juzaqani menyebut hadis ini dalam AL-MAWDU’AT[16].
Pendapat AL-JUZAQANI dipersoalkan oleh IBN RUSLAN dengan menyatakan: bagaimana
dihakimi sebagai PALSU, sedangkan ia diriwayatkan juga oleh IBN MAJAH,
AL-DARAQUTNI dan AL-HAKIM dalam AL-MUSTADRAK[17].
MATAN 158 (A) |
قَالَ يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ: وَكَانَ قَدْ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْقِبْلَتَيْنِ، أَنَّهُ قَالَ: يَا رَسُولَ
اللَّهِ أَمْسَحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ؟ قَالَ: «نَعَمْ» ، قَالَ: يَوْمًا؟ قَالَ:
«يَوْمًا» ، قَالَ: وَيَوْمَيْنِ؟ قَالَ: «وَيَوْمَيْنِ» ، قَالَ: وَثَلَاثَةً؟
قَالَ: «نَعَمْ وَمَا شِئْتَ»
(dalam
riwayat) YAHYA BIN AYYUB, dia berkata: dia (Ubai) telah solat bersama dengan
Nabi saw untuk dua kiblat (baitullah al-Haram dan Baitul maqdis). Dia bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah boleh aku sapu dua khuf? Jawab Nabi: Ya (boleh). Dia
bertanya lagi: Sehari? Jawab Nabi: Sehari. Dia bertanya lagi: dan dua hari
juga? Jawab nabi: dan dua hari juga. Dia bertanya lagi: dan tiga hari juga?
Jawab nabi: Ya, berdasarkan kadar masa yang kamu mahu.
[10]
Pada perkataan: وَكَانَ قَدْ صَلَّى مَعَ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْقِبْلَتَيْنِ, bukan perkataan
sahabat dan tabiin, tetapi perkataan perawi bernama YAHYA BIN AYYUB. Perkataan
ini adalah TASARRUF AL-RAWI. Dia menyebut begini dengan tujuan mahu digambarkan
kadar lama masa yang Ubai pernah duduk bersama dengan Nabi saw[18].
[11]
Dalam riwayat AL-BAIHAQI dan AL-TAHAWI, dinyatakan bahawa kejadian solat ini
berlaku di rumah baginda[19].
Hal yang sama disebut dalam SUNAN IBN
MAJAH;
عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ صَلَّى فِي بَيْتِهِ الْقِبْلَتَيْنِ كِلْتَيْهِمَا – ابن
ماجة 557
HADIS 158 (B) |
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: رَوَاهُ
ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ الْمِصْرِيُّ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَيُّوبَ، عَنْ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ بْنِ رَزِينٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ، عَنْ
عُبَادَةَ بْنِ نُسِيٍّ، عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ قَالَ فِيهِ: حَتَّى بَلَغَ
سَبْعًا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَعَمْ، وَمَا بَدَا
لَكَ»
Abu Daud
kata: Ibn Abi maryam al-Misri (iaitu SAID BIN AL-HAKAM) meriwayatkannya, dia
ambil dari Yahya bin Ayyub (Bin Abi Zur’ah[20]),
dia ambil dari Abdul Rahman bin Razin, dia ambil dari Muhammad bin Yazid bin
Abi Ziyad (al-Saqafi[21]),
dia ambil dari Ubadah bin Nusayyi (al-Kindi), dia ambil dari Ubai bin ‘Imarah.
Pada hadis ini dia (ibn Abi Maryam) berkata: Sehingga sampai tujuh (hari).
Jawab Nabi: Ya, dan apa yang nyata bagi kamu
PERBAHASAN
SANAD
[12]
Nama perawi IBN ABI MARYAM adalah SAID BIN AL-HAKAM BIN MUHAMMAD BIN ABI MARYAM
AL-JAMHI[22]
AL-GHASSANI AL-MISRI[23].
[13]
Dalam jalur sanad ini, UBADAH BIN NUSAYYI ditempat AYYUB BIN QATAN jika
dibandingkan dengan sanad bab.
UBADAH BIN NUSAIYYI AL-KINDI @ ABU AMRU (118H);
a.
Penduduk Syam[24]
b.
Digelar dengan AL-BAKRI, AL-SYAMI, AL-URDUNI[25].
c.
Dia adalah qadhi Tabariyyah[26].
d.
IBN RUSLAN kat, dia tabiin siqah[27].
e.
Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN, NASAIE, IBN
SAAD, IJLI dan IBN NUMAIR[28].
f.
Dia adalah rijal ABU DAUD, TARMIZI, NASAIE dan IBN
MAJAH[29].
g.
Dia adalah Rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie
dan Ibn Majah[30].
PERBAHASAN
MATAN
[14]
Dalam jalur ini, ada penambahan matan: حَتَّى بَلَغَ سَبْعًا، قَالَ: رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَعَمْ، وَمَا بَدَا لَكَ» yang memberi maksud, tidak ada batasan waktu dalam menentukan
keizinan sapu khuf[31].
[15]
Hadis ini dijadikan sandaran bagi pihak yang menganggap bahawa tidak ada batasan waktu tiga
hari tiga malam bagi orang musafir dan sehari semalan bagi orang yang tidak
musafir untuk sapu khuf[32].
Menurut AL-SYAWKANI, yang berpendapat sebegini adalah MALIK, AL-LAIS dan QAUL
QADIM SYAFIE. Ada riwayat yang disandarkan kepada UMAR BIN AL-KHATTAB, UQBAH
BIN ‘AMIR, ABDULLAH BIN UMAR dan AL-HASAN AL-BASRI[33].
Menurut AL-SYAMS AL-ABADI, pendapat yang sahih
adalah pendapat yang kata, ada penetapan waktu. Pada pendapat yang kata tidak
ada pula, terbuka kepada kecacatan hujah[34];
a.
Jika ada hadis marfu’ pun, maka sanadnya tidak
sahih.
b.
Kalau ada hadis yang sahih pun, ia tidak sarih,
bahkan masih terbuka kepada maksud bahawa ia masih dalam kadar masa tiga hari.
c.
Adapun atsar sahabat (hadis Mawquf), semua itu
tidak boleh menyanggahi hadis-hadis marfu’ yang sahih dan sarih.
Contoh bagi tidak sarih adalah seperti dalam
komentar IBN RUSLAN bahawa hadis tersebut tidak bermaksud berkenaan penetapan kadar
masa, tetapi menyebut amalan sapu khuf ini berlaku sampai bila-bila. Ia sama
seperti hadis[35];
الصَّعِيدُ الطَّيِّبُ وَضُوءُ الْمُسْلِمِ وَلَوْ إِلَى عَشْرِ سِنِينَ - ابو داود 332
Debu yang
bersih adalah wuduk bagi orang islam, walaupun sampai 10 tahun
Pentafsiran yang sama dikemukakan oleh Imam
AL-SAYUTI[36].
[16]
AL-AINI ada menukilkan perbualan antara ABU ZUR’AH dengan AHMAD BIN HANBAL
seperti berikut;
AHMAD: Hadis Ubai bin Imarah, sanad hadisnya tidak
ma’ruf.
ABU ZUR’AH: justeru, apa sandaran penduduk Madinah
berkenaan sapu lebih dari tiga hari (bagi musafir) dan lebih sehari semalam
(bagi yang tidak musafir)?
AHMAD: mereka menyandarkan kepada atsar.
ABU ZUR’AH: atsar yang Ahmad isyaratkan, yang
lebih dekatnya adalah riwayat IBN UMAR; ia sahih daripadanya – (sanadnya
adalah) UBAIDULLAH ambil dari NAFI’, dia ambil dari IBN UMAR bahawa:
كَانَ لَا يُوَقِّتُ فِي الْمَسْحِ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَقْتًا – الدارقطني
758
“dia
(Ibn Umar) tidak menentukan kadar masa pada sapu pada dua khuf[37]”
Kemungkinan juga, atsar yang dimaksudkan adalah
riwayat lain, iaitu hadis; daripada Umar berkata:
إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ وَلَبِسَ خُفَّيْهِ فَلْيَمْسَحْ عَلَيْهِمَا ,
وَلْيُصَلِّ فِيهَا وَلَا يَخْلَعْهُمَا إِنْ شَاءَ إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ-
الدارقطني 779
Apabila
seseorang kamu berwuduk, dan dia memakai dua khuf, maka hendaklah dia sapu pada
dua khuf tersebut, dan hendaklah dia solat dalam keadaan memakai dua khuf
terbabit. Dia tidak perlu pecat jika dia mahu kecuali berjunub”
Dalam
riwayat Al-Daraqutni, hadis ini MAWQUF pada saidina Umar, sedangkan dalam
al-Mustadrak, al-Hakim bahawakan hadis ini dengan menyatakan bahawa hadis ini
adalah MARFU’; iaitu ANAS menyatakan bahawa yang berkata hadis ini adalah
RASULULLAH. Sanad hadis ini adalah seperti berikut;
حَدَّثَنَاهُ أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
الْبَغْدَادِيُّ، ثنا الْمِقْدَامُ بْنُ دَاوُدَ بْنِ تَلِيدٍ الرُّعَيْنِيُّ، ثنا
عَبْدُ الْغَفَّارِ بْنُ
دَاوُدَ الْحَرَّانِيُّ، ثنا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ،
وَثَابِتٍ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
قَالَ
Dalam
komentar AL-HAKIM, sanad hadis ini sahih atas syarat Muslim. Cuma ada perawi
siqah bernama AL-GHAFFAR BIN DAUD yang menurut penduduk Basrah bahawa dia tidak
ambil hadis pun dari HAMMAD. Dengan itu, TALKHIS AL-ZAHABI kata, tafarrud pada
Abd al-Ghaffar yang siqah dan hadis ini SYAZ [38].
HADIS 158 (C) |
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَقَدِ
اخْتُلِفَ فِي إِسْنَادِهِ وَلَيْسَ هُوَ بِالْقَوِيِّ، وَرَوَاهُ ابْنُ أَبِي
مَرْيَمَ، وَيَحْيَى بْنُ إِسْحَاقَ السَّيْلَحِينِيُّ، عَنْ يَحْيَى بْنِ
أَيَّوبَ وَقَدِ اخْتُلِفَ فِي إِسْنَادِهِ
Abu Daud
kata: Berlaku khilaf pada sanadnya (hadis riwayat ibn Abi Maryam) dan dia tidak
kuat. Meriwayatkannya oleh Ibn Abi Maryam (Said bin al-Hakam) dan Yahya bin
Ishaq al-Sailahiniy[39],
dia ambil dari Yahya bin Ayyub. Sesungguhnya berlaku khilaf pada sanadnya
[17]
Abu Daud menyatakan: “berlaku ikhtilaf pada sanadnya”. Maksud ikhtilaf di sini
bukan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Tetapi, bermaksud berlaku
IDHTIRAB.
Dalam penjelasan KITAB AL-MANHAL AL-AZB[40]
dinyatakan bahawa punca idhtirab dalam sanad hadis ini adalah bermuarakan dari
perawi bernama YAHYA BIN AYYUB[41]
- iaitu;
a.
Dalam riwayat ABU DAUD dan AL-BAIHAQI, yang ambil
dari YAHYA BIN AYYUB adalah AMRU BIN AL-RABI’.
b.
Dalam riwayat AL-DARAQUTNI dan AL-TAHAWI, yang
ambil dari YAHYA BIN AYYUB adalah SAID BIN ‘AFIR. Dalam riwayat ini juga
menyebut bahawa AYUB BIN QATAN tidak ambil terus dari UBAI BIN IMARAH, tetapi
ada orang tengah, iaitu UBADAH BIN NUSIY.
c.
Dlam riwayat IBN MAJAH, yang ambil dari YAHYA BIN
AYYUB adalah ABDULLAH BIN WAHB.
d.
Dalam riwayat IBN ‘ASAKIR pula, yang ambil dari
YAHYA BIN AYYUB adalah YAHYA BIN ISHAQ AL-SAILAHINI.
[18]
Apabila Abu Daud sebut: وَلَيْسَ
هُوَ بِالْقَوِيِّ, KITAB
AL-SUBKI kata, kemungkinan yang dimaksudkan oleh ABU DAUD bukan perawinya
lemah, tetapi hadis ini doif kerana IDHTIRAB. Ini dapat dilihat;
A.
Dalam AL-BAIHAQI dan AL-DARAQUTNI yang menyatakan: هذا اسناد لا يثبت - Isnadnya tidak sabit[42].
B.
Kata AL-AINI: “kerana, berlaku ikhtilaf (idhtirab) pada sanad bermula
dari YAHYA BIN AYYUB dengan perselisihan yang banyak”[43].
C.
Tambahan pula, Abu Daud menyebut sebelum ayat itu: وَقَدِ اخْتُلِفَ فِي إِسْنَادِهِ.
Walaubagaimana pun, dalam sanad
hadis ini terdapat tiga perawi yang MAJHUL[44], iaitu;
a.
ABDUL RAHMAN BIN RAZIN,
b.
MUHAMMAD BIN YAZID[45]
c.
AYYUB BIN QATAN.
[19]
Menurut AL-SAHRAMPURI dalam AL-BAZL: Setelah aku
teliti kitab-kitab hadis, aku tidak jumpa riwayat Yahya bin Ishaq al-Sailahiniy.
Ibarat kitab ini hanya ada dalam naskhah al-hindiyyah al-Matbu’ah, naskhah Aun
al-Ma’bud. Tidak dijumpai dalam naskhah Misriyyah, sama ada dalam kitab atau
dalam bentuk naskhah. Ia hanya terdapat dalam HASYIAH[46].
[20] Kesimpulan:
A.
KHITAB AL-SUBKI kata, pendapat yang lebih selamat
adalah mengguna pakai pendapat yang mengatakan ada pembatasan waktu bagi sapu
khuf antara musafir dan tidak musafir[47].
BANDINGAN
MATAN
[21] Hadis yang hampir
kandungannya hampir sama—Daripada ANAS BIN MALIK bahawa Rasulullah saw bersabda;
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ وَلَبِسَ خُفَّيْهِ فَلْيُصَلِّ فِيهِمَا
وَلْيَمْسَحْ عَلَيْهِمَا ثُمَّ لَا يَخْلَعْهُمَا إِنْ شَاءَ إِلَّا مِنْ
جَنَابَةٍ» - الدارقطني [48]781
| الحاكم 643 | البيهقي 1329 (الكبري)
Apabila seseorang kamu berwuduk dan dia pakai dua
khuf, maka hendaklah dia solat dengan memakai kedua-duanya. Hendaklah dia sapu
pada kedua-dua khuf tersebut. Kemudian, dia tidak perlu membukanya jika dia
mahu kecuali disebabkan berjunub
KOMENTAR HADIS INI;
a.
Al-Hakim kata, sanad hadis ini sahih atas syarat
Muslim.
b.
Sahib al-Tangqih kata, sanadnya kuat[49].
c.
Namun, dianggap doif oleh AL-BAIHAQI[50].
Hadis lain—daripada UQBAH BIN ‘AMIR berkata:
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ , قَالَ: خَرَجْتُ مِنَ الشَّامِ إِلَى
الْمَدِينَةِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَدَخَلْتُ الْمَدِينَةَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
وَدَخَلْتُ عَلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ , فَقَالَ: «مَتَى أَوْلَجْتَ خُفَّيْكَ
فِي رِجْلَيْكَ؟» , قُلْتُ: يَوْمَ الْجُمُعَةِ , قَالَ: «فَهَلْ نَزَعْتَهُمَا؟»
, قُلْتُ: لَا , قَالَ: «أَصَبْتَ السُّنَّةَ» - الدارقطني 757 | الحاكم 641 |
البيهقي 1332
Aku keluar (bertolak) dari Syam ke Madinah pada hari
jumaat. Aku masuk (sampai) Madinah pada hari jumaat. Aku masuk berjumpa Umar
bin al-Khattab. Umar bertanya: bilakah kamu pakai dua khuf kamu pada dua kaki
kamu? Aku jawab: Semenjak hari jumaat lagi. Umar tanya lagi: apakah kamu
menanggalkannya? Aku jawab: tidak. Umar pun kata: Kamu telah bertepatan dengan
Sunnah.
KOMENTAR TERHADAP HADIS INI:
a.
Abu Bakar kata, hadis ini gharib. Abu al-Hasan kata,
ia sahih isnad[51].
b.
Kata AL-HAKIM: Ini adalah hadis sahih atas syarat
Muslim tanpa dia keluarkan sahaja hadi ini[52].
PERBAHASAN
HUKUM
[22] Jika buka dua khuf
sebelum sampai kadar masa luputnya, apakah wuduknya dikira sebagai batal?
(a)
Syafiiyyah dan Hanafiyyah
kata, memadai dia membasuh
kakinya sahaja tanpa perlu dia mulai wuduk baru. Ini juga pendapat ulama Kufah, al-Muzani, Abu Sur[53]
dan AL-SAHRAMPURI[54].
(b)
Hanabilah menyatakan, wuduknya batal. Justeru, perlu ambil wuduk baru. Ini juga
pendapat ISHAQ[55].
(c)
Malikiyyah menyatakan, jika tidak membasuh kaki dengan kadar segera, maka wuduknya batal
dan wajib ambil wuduk yang baru[56].
Ini juga pendapat al-Lais.
(d)
Tidak perlu basuh kaki dan tidak perlu berwuduk baru.
Membuka khuf tidak membatalkan
wuduk. Ini pendapat AL-HASAN,
IBN ABI LAILA dan satu
jemaah dari kalangan ulama. Mereka berhujah berdasarkan QIYAS, iaitu seperti
orang yang wuduk bahawa dia sapu kepala. Lalu dia botakkan kepala, maka itu
tidak perlu untuk dia berwuduk baru atau perlu menyapu kepala semula[57].
BIOGRAFI
PERAWI 158 |
حَدَّثَنَا يَحْيَى
بْنُ مَعِينٍ
[] YAHYA BIN MAIN BIN AUN BIN ZIYAD AL-GHATFANI @
ABU ZAKARIA AL-MURI[58]
AL-BAGHDADI (158 H – 233H)
[] Imam al-Muhaddisin dan guru kepada para guru[59].
[] Dia meninggal di era pemerintahan ABU JAAFAR
AL-MANSUR.
[] Dia dilahirkan di al-Anbar dan membesar di
Baghdad dan meninggal di Madinah dan dikebumikan di kubur Baqi’. Dia pernah
sampai HIJAZ, SYAM, MESIR dan YAMAN.
[] Dia adalah Imam dalam bidang hadis, Ilmu Rijal
dan kinayah (gelaran perawi). Dia juga mahir ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil sehingga
dibenci oleh pemalsu hadis.
[] Dia adalah Rijal Kutub Sittah.
[] guru Abu Daud ini diulang sebut namanya untuk kali
ke-2, iaitu hadis ke-53 dan 158
حَدَّثَنَا عَمْرُو
بْنُ الرَّبِيعِ بْنِ طَارِقٍ
[] AMRU BIN AL-RABI’ BIN TORIQ BIN QURRAH BIN
NAHIK AL-HILAL @ ABU HAFS حفص AL-KUFI
AL-BASRI[60] AL-MISRI[61]
(219H) [62]
[] Dia berasal dari Kufah dan berpindah ke Mesir.
Di Mesir, dia dengar hadis dari AL-LAIS BIN SAAD[63].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Bukhari, Muslim[64]
& Abu Daud[65].
B.
Dianggap siqah oleh AL-IJLI, IBN HIBBAN,
AL-DARAQUTNI[66] dan
AL-JILI.
C.
ABU HATIM kata, dia soduq[67].
أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ
[] YAHYA BIN AYYUB AL-MISRI @ ABU AL-ABBAS
AL-GHAFAQI[68] AL-MISRI
(168H[69])
[] Salah Seorang fuqaha’ dan Ulama Mesir pada
zamannya. Ada kata, dia sempat menjadi Qadhi di mesir.
[] para imam sittah berhujah dan meriwayatkan
hadisnya. Al-Bukhari keluarkan dua hadisnya tetapi dengan disertakan dengan
perawi lain sama.
[] KOMENTAR
POSITIF;
A.
Kutub Sittah[70].
B.
Dianggap siqah oleh AL-BUKHARI, IBRAHIM AL-HARBI,
IBN HIBBAN[71]
C.
IBN MAIN (murid: Ishaq al-Kawsaj) kata, dia siqah
soleh[72]
D.
YAAQUB BIN SUFYAN kata, dia siqah hafiz[73].
E.
ABU DAUD kata, dia soleh[74].
F.
NASAIE kata, dia ليس به
بأس[75]
G.
YAAQUB
BIN SUFYAN kata, dia siqah, hafiz[76].
H.
AHMAD BIN
‘ADI kata, dia fuqaha dan ulama mesir. Dikatakan bahawa dia sempat jadi Qadhi
di Mesir. Di sisiku, dia Soduq.
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
I.
AL-SAJI kata, dia soduq waham[77].
J.
NASAIE kata, dia tidak kuat[78].
Di waktu lain pula kata, ليس به بأس[79]
K.
AL-HAKIM kata, jika dia riwayatkan hadis secara
hafalan, dia buat silap. Tetapi jika dia riwayat secara catatan, maka dia ليس به بأس[80]
L.
IBN ABI HATIM kata, hadisnya ditulis tetapi tidak
boleh dibuat hujah[81].
M.
ZAHABI kata, dia punyai banyak riwayat yang pelik
(gharaib) dan Mungkar. Para perawi sahih menjauhkan diri dari riwayatnya. Dia
adalah Hasan al-Hadis.
N.
ABU HATIM kata, dia lebih aku suka berbanding
ABDUL RAHMAN BIN ABI AL-MAWWAL. Dia sidq dan tidak boleh dibuat hujah.
[] KOMENTAR NEGATIF;
O.
AHMAD BIN SOLEH kata, dia banyak perkara yang dia
menyalahinya[82].
P.
AHMAD kata, dia buruk hafalan[83].
Di tempat lain pula kata, dia banyak buat salah[84].
Q.
AL-UQAILI letak dia dalam senarai para doif[85].
R.
IBN SAAD kata, dia mungkar al-hadis[86].
S.
AL-DARAQUTNI kata, setengah hadisnya ada idhtirab[87].
T.
IBN ABD AL-BAR kata, dia tidak sabit, dan tidak
ada sanadnya yang boleh dipegang قائم.[88]
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَزِينٍ
[] ABDUL RAHMAN BIN RAZIN BIN ABDILLAH AL-GHAFIQI
(ada kata: IBN YAZID[89])
(155H)
[] Disebut juga dengan IBN YAZID AL-GHAFIQI.
[] Dia tinggal di Syam.
[] dia adalah rijal Abu Daud dan Ibn Majah[90].
Al-Bukhari keluarkan hadisnya dalam al-Adab al-Mufrad[91].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN[92]
dan AL-ZAHABI.
B.
ASQALANI kata, dia Soduq.
C.
IBN BISYKAWAL kata, dia لا
بأس به
[] KOMENTAR NEGATIF;
D.
DARAQUTNI kata, dia majhul. [93]
E.
TAQRIB kata, majhul al-Hal. Hanya dua perawi
sahaja riwayat hadis darinya.
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَزِيدَ
[] MUHAMMAD BIN YAZID BIN ABI ZIYAD AL-SAQAFI
AL-KUFI[94]
AL-FALASTINI[95]
[] Dia pernah asal Kufah dan tinggal di mesir[96].
Ada kata, di palestine.
[] Ibn Yunus kata, dia adalah bekas hamba kepada
AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH[97].
[] Dia adalah rijal Abu Daud dan Ibn Majah[98].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap sahih oleh TARMIZI[99].
[] KOMENTAR NEGATIF;
B.
AL-DARAQUTNI dan ABU HATIM kata, dia majhul[100].
DARAQUTNI kata lagi, Sanad hadisnya tidak sabit[101]
dan Majhul[102].
C.
AL-KHALAL kata, Ahmad ditanya berkenaan hadisnya.
Jawab Ahmad: para rijal hadisnya tidak dikenali.
D.
IBN HIBBAN kata, aku tidak bersandar terhadap
sanad hadisnya[103].
E.
AL-AZDI kata, hadisnya tidak bolehالقائم[104]
F.
ASQALANI kata, dia Majhul al-Hal.
G.
AL-ZAHABI kata, dia bukan Hujah.
عَنْ أَيُّوبَ بْنِ قَطَنٍ
[] AYYUB BIN QATAN AL-KINDI[105]
AL-FILASTINI[106]
[] Dia tinggal di Palestine.
[] IBN HIBBAN ada sebut dalam AL-SIQAT: aku sangka
dia penduduk basrah[107].
[] Rijal Abu Daud[108]
dan Ibn Majah[109].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
ABU HATIM kata, dia adalah muhaddis.
[] KOMENTAR NEGATIF;
B.
Dianggap MAJHUL oleh AL-AZDI dan AL-DARAQUTNI[110]
dan AL-ZAHABI.
C.
Selepas riwayatkan hadisnya, ABU DAUD kata,
berlaku ikhtilaf pada sanadnya dan ia tidak kuat[111].
D.
IBN HIBBAN kata, pada sanadnya perlu penelitian
lagi. Aku janga dia orang basrah.
E.
ASQALANI kata, padanya Lin.
عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ
[] UBAY BIN ‘IMARAH - SAHABAT
[] berkenaan bacaan nama ayahnya[112];
a.
Ibn al-Solah kata, ada baca dengan ‘Umarah. Ini
bacaan pilihan AL-SAYUTI[113].
b.
Ada baca dengan ‘Imarah. Ini yang paling popular
c.
ada baca dengan ‘Ammarah.
Menurut AL-SYAMS AL-ABADI, bacaan yang paling
popular dalam kalangan ulama Hadis sepertimana yang disebut oleh AL-MUNZIRI,
AL-ZAILAIE dan IBN HAJAR adalah ‘Imarah. ada pendapat pula kata, baca dengan
‘UMARAH[114].
[] Ada kata, dia BIN UBADAH عبادة[115]
[] Dia adalah sahabat yang masyhur. Dia tinggal
Madinah dan berhijrah ke Mesir[116].
[] Sunan Abi Daud dalam hadis ke-158 menjelaskan
bahawa dia antara sahabat Nabi yang sempat solat dengan dua kiblat, iaitu
ketika Nabi saw solat mengadap arah Baitul Maqadis dan Baitullah al-Haram.
[] Menurut ABU HATIM, UBAI bukan sahabat, tetapi
sahabat itu adalah bapanya, iaitu ABDULLAH BIN AMRU BIN UMMU HARAM[117].
[] dia meriwayatkan satu hadis sahaja, iaitu hadis
sapu khuf[118]. Namun,
hadis tersebut, ASQALANI kata, idhtirab[119].
Menurut AINI pula, dalam sanad hadis tersebut ada doif, jahalah dan idhtirab[120].
[1] Ruslan:2/158
[2] Ruslan:2/158
[3] guru Abu Daud ini diulang sebut namanya untuk kali
ke-2, iaitu hadis ke-53 dan 158
[4] Manhal:2/127
[5] Manhal:2/133
[6] Aini:1/372
[7] Aini:1/372 | aun:1/94
[8] Ruslan:2/160
[9] aun:1/94
[10] Ruslan:2/160
[11] Ruslan:2/160
[12] Ruslan:2/160 | aun:1/94
[13] aun:1/94
[14] aun:1/94
[15] Arnaut:1/113
[16] Ruslan:2/160 | aun:1/94
[17] Ruslan:2/160
[18] Manhal:2/131
[19] manhal:2/131
[20] Dianggap siqah oleh al-Zahabi. Ruslan:2/158
[21] Ruslan:2/158
[22] Aini:1/371
[23] Ruslan:2/158
[24] Manhal:2/132
[25] Aini:1/371
[26] Aini:1/371 | Ruslan:2/158
[27] Ruslan:2/158
[28] Manhal:2/132 | bazl:2/21
[29] Manhal:2/132
[30] Aini:1/371
[31] Manhal:2/132
[32] Manhal:2/131
[33] aun:1/94
[34] aun:1/94
[35] Ruslan:2/159
[36] Mirqat:1/138
[37] Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, hadis no: 1335
[38] Al-Mustadrak, al-Hakim, hadis
no: 643
[39] Abu Zakaria al-Bajali. Dikatakan: Abu Bakar al-Sailahiniy. Ada baca:
al-Salahiniy. Al-Salhin adalah nama kampung yang berhampiran dengan kota
Baghdad. Ahmad kata, dia soleh, siqah, soduq. Ibn Main kata, dia soduq. Ibn
Saad kata, dia siqah, hafiz pada hadisnya. Dia meninggal tahun 210H (bazl:2/21)
[40] Manhal:2/133
[41] aun:1/94
[42] Manhal:2/133
[43] Aini:1/372
[44] Manhal:2/133 | Aini:1/372 | aun:1/94
[45] Yang kata dia Majhul adalah ABU HATIM. YAHYA BIN AYUB pula kata, dia
mukhtalaf fih. Dia dari kalangan perawi yang dipandang aib terhadap Imam Muslim
apabila keluarkan hadisnya. (Aini:1/372)
[46] Bazl:2/21
[47] Manhal:2/128
[48] Dalam riwayat al-daraqutni
hadis ke-779, disebutkan bahawa ia dari Umar bin al-Khattab.
[49] manhal:2/127
[50] manhal:2/127
[51] Al-Daraqutni:757
[52] Mustadrak:641
[53] Manhal:2/128
[54] Bazl:2/15
[55] Manhal:2/128
[56] Manhal:2/128
[57] Manhal:2/128
[58] ruslan:2/156
[59] ruslan:2/156
[60] manhal:2/130
[61] ruslan:2/156
[62] manhal:2/130 | Bazl:2/19
[63] Aini:1/369
[64] ruslan:2/156
[65] manhal:2/130 | Aini:1/369
[66] manhal:2/130n| Bazl:2/19
[67] manhal:2/130 | Bazl:2/19 | Aini:1/369
[68] manhal:2/130
[69] manhal:2/131| Aini:1/370
[70] Aini:1/370
[71] manhal:2/130 | Bazl:2/19
[72] manhal:2/130 | Aini:1/370
[73] manhal:2/130
[74] Bazl:2/19
[75] Bazl:2/19
[76] Bazl:2/19
[77] manhal:2/130
[78] Bazl:2/19
[79] manhal:2/130
[80] manhal:2/130 | Bazl:2/19
[81] Bazl:2/19
[82] manhal:2/130
[83] manhal:2/130 | Bazl:2/19
[84] Bazl:2/19
[85] manhal:2/130 | Bazl:2/19
[86] manhal:2/131 | Bazl:2/19
[87] Bazl:2/19
[88] ruslan:2/156
[89] manhal:2/131
[90] manhal:2/131 | Aini:1/370
[91] ruslan:2/156
[92] manhal:2/131 | Bazl:2/19
[93] manhal:2/131 | Bazl:2/19
[94] manhal:2/131
[95] Bazl:2/19 | ruslan:2/157
[96] Bazl:2/19 | ruslan:2/157
[97] Bazl:2/19 | ruslan:2/157
[98] manhal:2/131 | Aini:1/370
[99] aun:1/94
[100] manhal:2/131 | aun:1/94
[101] Bazl:2/19
[102] aun:1/94
[103] Bazl:2/19
[104] Bazl:2/19
[105] manhal:2/131
[106] Bazl:2/19
[107] Bazl:2/20
[108] Aini:1/370
[109] ruslan:2/157
[110] manhal:2/131 | Bazl:2/20 | aun:1/94
[111] Bazl:2/20
[112] Ruslan:2/158
[113] Mirqat:1/138
[114] Aun:1/94
[115] manhal:2/131
[116] manhal:2/131 | Bazl:2/20
[117] manhal:2/131
[118] Bazl:2/20 | Aini:1/370
[119] manhal:2/131
[120] Aini:1/370
No comments:
Post a Comment