BAB 61 |
بَابُ التَّوْقِيتِ فِي الْمَسْحِ
Bab:
penetapan waktu pada sapu (khuf)
ABU DAUD, HADIS NO: 157 |
حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنِ الْحَكَمِ،
وَحَمَّادٌ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيِّ
عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، قَالَ: «الْمَسْحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ
أَيَّامٍ، وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ»
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: رَوَاهُ مَنْصُورُ بْنُ الْمُعْتَمِرِ، عَنْ
إِبْرَاهِيمَ التَيمِيِ بِإِسْنَادِهِ، قَالَ فِيهِ: وَلَوِ اسْتَزَدْنَاهُ
لَزَادَنَا
GAMBARAN DASAR HADIS 157 |
[1] Hadis ini, Abu Daud bawa dua sanad;
a. Sanad bab yang DOIF kerana mungqati’, iaitu antara IBRAHIM dan ABU
ABDILLAH AL-JADALI ada perawi yang tergugur.
b. Sanad ta’liq yang SAHIH; yang
ambil hadis dari ABU ABDILLAH AL-JADALI adalah AMRU BIN MAIMUN, dia ambil dari
IBRAHIM AL-TAIMIY. Jalur sanad ini terdapat juga dalam riwayat TARMIZI (95),
IBN MAJAH (553), AL-SUN’ANI (790) dan sebagainya.
[2] Walaupun al-Bukhari ada menyatakan berkenaan
perawi bernama ABU ABDILLAH AL-JADALI yang tidak diketahui mendengar hadis dari
KHUZAIMAH BIN SABIT, tetapi AL-SYA’BI kata, ini adalah isu melibatkan syarat
bukhari yang anggap, bersambung sanad adalah perlu dibuktikan mendengar hadis,
tidak cukup sekadar berjumpa sahaja.
[3] Hadis ini menjelaskan berkenaan kadar waktu bagi
sapu khuf;
a. Bagi orang yang bermusafir, kadar masanya adalah tiga hari tiga malam.
b. Bagi orang yang tidak bermusafir, kadar masanya adalah sehari semalam.
PERBAHASAN SANAD 157 |
[4] SANAD
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
Rasulullah
|
-
Mekah -
Madinah
|
-
Maksum -
Perkataan |
6. |
Khuzaimah bin Sabit (37H)
|
-
Madinah |
-
Sahabat
|
5. |
Abu Abdillah al-Jadali ( - )
|
-
Kufah |
-
Syiah anggap rijal mereka. -
Siqah tp Tasyayyu’.
|
4. |
Ibrahim bin Yazid al-Nakhaie (47H – 96H)
|
-
Yaman -
Kufah
|
-
Kutub Sittah. -
Siqah tp Mursil dan tadlis. |
3. |
Al-Hakam
Bin Utaibah (50H
– 115H)
|
-
Kufah |
-
Kutub sittah -
Siqah -
Tasyayyu’ tak jelas -
Tadlis (ibn Hibban)
|
Hammad
bin Muslim al-Asyaari (120H)
|
-
Ashaban -
Kufah. |
-
Guru Abu Hanifah -
Muslim -
Siqah -
Dituduh Murjiah
|
|
2. |
Syu’bah
bin al-Hajjaj (85H
– 160H)
|
-
Basrah -
Kufah -
Mekah -
Madinah
|
-
Kutub sittah -
Siqah
|
1. |
Hafs
bin Umar (225)[1]
|
-
Basrah
|
-
Bukhari -
Siqah tinggi -
Ambil Upah mengajar hadis
(Asqalani)
|
|
ABU
DAUD (202H
– 275H)
|
|
|
[5] pada perawi bernama IBRAHIM, rata-rata ulama
hadis kata, IBRAHIM AL-NAKHAIE[2].
Tetapi, menurut IBN RUSLAN, dia adalah IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY[3].
[6] AUN
-
Al- Baihaqi kata, hadis Khuzaimah
bin Sabit ini, sanadnya Mudhtarib[4].
[7]KHITAB AL-SUBKI—DOIF
-
Ia mudhtarib. Hal ini disebut
oleh AL-BAIHAQI dalam al-Ma’rifah[5].
-
Munqati’.
o
AL-BUKHARI kata, tidak sahih di
sisiku hadis Khuzaimah bin Sabit berkenaan sapu khuf[6],
kerana tidak diketahui bahawa AL-JADALI ada dengar hadis dari KHUZAIMAH[7].
o
SYU’BAH kata, IBRAHIM tidak
dengar hadis dari ABU ABDILLAH AL-JADALI berkenaan hadis sapu khuf[8].
o
IBN HAZM kata, riwayat AL-JADALI
tidak dapat dipertanggungjawabkan[9].
-
TARMIZI bertanya BUKHARI
berkenaan hadis ini. Jawab al-Bukhari: ia tidak sahih. Kalau sahih, pasti tidak
boleh dijadikan dalil. Kerana ia adalah sangkaan bahawa mereka boleh berkata: “Dan seandainya kami minta baginda
tambah, pasti baginda akan memberi tambahan (jangka waktu kepada kami)”,
sedangkan hukum tidak boleh sabit dengan cara begini[10].
-
IBN SAYYID AL-NAS berkata dalam
SYARH AL-TARMIZI: kalau ada penambahan ini, ia tidak boleh dijadikan hujah.
Kerana penambahan ini menjadikan penentuan kadar masa itu sekadar sangkaan
sahaja.
-
AL-NAWAWI kata dalam SYARH
AL-MUHAZZAB bahawa ulama ittifaq bahawa hadis ini doif.
[8] ARNAUT—SAHIH
-
TERPUTUS SANAD pada antara
IBRAHIM AL-NAKHAIE dan ABU ABDILLAH AL-JADALI.
-
AL-TARMIZI dalam AL-ILAL AL-KABIR
dan AL-BAIHAQI ada menjelaskan berkenaan ada dua perawi antara IBRAHIM dan
AL-JADALI, iaitu IBRAHIM AL-NAKHAIE ambil dari IBRAHIM AL-TAIMIY, dia ambil dari AMRU BIN MAIMUN, dia
ambil dari ABU ABDILLAH AL-JADALI. (tarmizi:96)
-
Kedua-dua IBRAHIM AL-TAIMIY dan
AMRU BIN MAIMUN adalah siqah.
-
Walaupun dalam ILAL AL-BUKHARI
bahawa tidak diketahui bahawa ABU ABDILLAH AL-JADALI tidak mendengar hadis dari
KHUZAIMAH BINTI SABIT, itu adalah manhaj AL-BUKHARI yang mempunyai syarat yang
ketat dalam menentukan bertemu (subut al-Liqa’). Ekoran itu, dari manhaj selain
al-Bukhari seperti IBN MAIN, AL-TARMIZI dan IBN HIBBAN bahawa hadis ini sahih.
[9] ALBANI—HADIS SAHIH
-
Demikian kata, AL-NAWAWI.
-
Tarmizi kata, hadis hasan.
-
IBN MAIN kata, hadis ini sahih.
-
ABU ‘AWANAH dan IBN HIBBAN
keluarkan dalam kitab sahih masing-masing.
-
Semua Rijal hadis ini sahih
kecuali ABU ABDILLAH AL-JADALI. Dia siqah tetapi ada inqita’ sanad; iaitu ada
perawi penengah antara IBRAHIM NAKHAIE dan ABU ABDILLAH AL-JADALI
[10] AINI
-
Hadis ini turut mengeluarkannya
adalah TARMIZI, IBN MAJAH.
-
TARMIZI kata, hadis ini hasan
sahih.
[11] KOMENTAR SAYA;
-
Walaupun sanad hadis ini ada
perawi bernama ABU ABDILLAH AL-JADALI dikatakan oleh AL-BUKHARI bahawa tidak
diketahui bahawa dia dengar hadis dari KHUZAIMAH, tetapi IBN DAQIQ AL-AID kata:
kalam bukhari itu berasaskan kepada tariqat (manhaj) al-Bukhari dalam menetapkan
syarat bersambung sanad bahawa tidak memadai berjumpa (tetapi perlu dibuktikan
bahawa pernah mendengar)[11].
MATAN 157 (A) |
[12] Dari Khuzaiman bin Sabit, daripada Nabi saw
bersabda;
عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، قَالَ: «الْمَسْحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ
أَيَّامٍ، وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ»
Sapu
pada dua khuf itu bagi musafir selama tiga hari, bagi orang yang tidak
bermusafir pula sehari semalam.
[13] Jika dilihat dalam riwayat IBN HIBBAN pula;
عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ، أَنَّ أَعْرَابِيًّا سَأَلَ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمَسْحِ، فَقَالَ: «لِلْمُسَافِرِ
ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ، وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ»
- ابن حبان 1333
Seseorang lelaki badwi bertanya
Nabi saw berkenaan sapu. Nabi saw pun jawab: Bagi orang bermusafir selama tiga
hari dan malamnya; bagi orang yang tidak musafir selama sehari semalam
BANDINGAN MATAN
[14] Dalam matan ini disebutkan sapu bagi orang yang
tidak musafir itu kadar sehari semalam, sedangkan bagi orang yang bermusafir,
hanya disebutkan tiga hari, tanpa disebut malam. Tetapi, jika dilihat dalam
riwayat lain, ada disebutkan “tiga malam” seperti AL-TABARANI dalam AL-MU’JAM
AL-AWSAT (3035, 7135, 8363), AL-MUKJAM AL-SOGHIR (1061, 1154), IBN JA’D (178), AHMAD (21868).
TANPA
TIGA MALAM
[15] Dalam riwayat IBN ABI SYAIBAH pula, tidak
disebutkan tiga hari, tetapi disebut tiga malam;
عَنْ خُزَيْمَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَانَ يَقُولُ: الْمَسْحُ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَ لَيَالٍ، وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ
وَلَيْلَةٌ» - ابن ابي شيبة 17
HANYA
SEBUT TIGA
[16] Ada pula riwayat, hanya disebutkan tiga tanpa disebut
malam dan siang;
عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ جَعَلَ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثًا، وَلِلْمُقِيمِ يَوْمًا وَلَيْلَةً –
احمد 21871
SEBUT JUGA MALAM
[17] Namun begitu, terdapat dalam riwayat-riwayat lain
yang ada menyebut berkenaan “malam” juga bagi orang yang bermusafir;
(1)
ABU HURAIRAH;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا
الطُّهُورُ عَلَى الْخُفَّيْنِ؟ قَالَ: «لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ،
وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ» - ابن ماجة 555
Mereka
bertanya: Wahai Rasulullah; apakah bersuci berdasarkan sapu dua khuf? Jawab
Nabi: bagi orang musafir tiga hari dan malamnya. Bagi orang bermuqim sehari
semalam
(2)
ALI BIN ABI TALIB;
عَنْ شُرَيْحِ بْنِ هَانِئٍ، أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ عَنِ الْمَسْحِ
عَلَى الْخُفَّيْنِ، فَقَالَتْ: سَلْ عَنْ ذَلِكَ عَلِيًّا، فَإِنَّهُ كَانَ
يَغْزُو مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلَهُ فَقَالَ:
لِلمُسَافِرِ ثَلاثَةُ أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ، وَلِلمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ
– احمد 1118
Daripada
Syuraih bin Hani’ bahawa dia bertanya Aisyah berkenaan sapu pada dua khuf.
Aisyah berkata: kamu perlu tanya hal itu dari Ali. Hal ini kerana, dia
berperang bersama dengan Rasulullah saw. makanya Syuraih pun tanya Ali. Ali
menjawab: Bagi orang musafir tiga hari dan malamnya, bagi orang yang tidak
musafir sehari semalam
(3)
SOFWAN BIN ‘ASSAL;
قَالَ صَفْوَانُ: بَعَثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فِي سَرِيَّةٍ قَالَ: «سِيرُوا بِاسْمِ اللَّهِ، فِي سَبِيلِ اللَّهِ،
تُقَاتِلُونَ أَعْدَاءَ اللَّهِ، لَا تَغُلُّوا، وَلَا تَقْتُلُوا وَلِيدًا،
وَلِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ يَمْسَحُ عَلَى خُفَّيْهِ،
إِذَا أَدْخَلَ رِجْلَيْهِ عَلَى طُهُورٍ، وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ» - احمد 18094
Sofwan bin Assal berkata:
Rasulullah saw lantik kami pergi berperang. Baginda berpesan: Berperanglah kamu
dengan nama Allah; di jalan Allah. Kamu perangi musuh Allah. Jangan kamu
mencincang dan jangan kamu bunuh kanak-kanak. Bagi orang musafir tiga hari dan
malamnya, sapu pada dua khufnya, iaitu apabila dia telah memasukkan dua kakinya
dalam keadaan bersuci. Bagi orang yang tidak bermusafir selama sehari semalam
(4)
AUF BIN MALIK AL-ASY’JAIE;
عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ، " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِالْمَسْحِ عَلَى الْخُفَّيْنِ فِي
غَزْوَةِ تَبُوكَ: ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ لِلْمُسَافِرِ وَلَيَالِيهِنَّ،
وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ - احمد
23995
Rasullullah saw suruh sapu pada
dua khuf dalam perang Tabuk; tiga hari bagi orang musafir serta malamnya. Bagi
orang yang tidak bermusafir pula sehari semalam
(5)
ABDULLAH BIN UMAR;
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: «كُنَا نَمْسَحُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْخُفَّيْنِ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ
وَلَيَالِيهِنَّ وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ» - البزار 1592
Kami sapu bersama Rasulullah pada dua khuf bagi orang
yang musafir tiga hari dan malamnya; bagi orang yang tidak musafir sehari
semalam
(6)
UMAR BIN AL-KHATTAB;
عَنْ عُمَرَ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
«يَأْمُرُنَا بِالْمَسْحِ عَلَى الْخُفَّيْنِ، لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ
وَلَيَالِيهِنَّ، وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ» - ابو يعلى 171
Aku dengar Rasulullah saw
menyuruh kami sapu pada dua khuf; bagi orang musafir tiga hari dan malamnya;
bagi orang yang tidak musafir sehari semalam
(7)
AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH;
عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَاهُ يَقُولُ: «كُنَّا
مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , فَذَهَبَ لِحَاجَتِهِ ,
فَأَتَيْتُهُ بِمَاءٍ وَعَلَيْهِ جُبَّةٌ شَامِيَّةٌ , فَتَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى
الْخُفَّيْنِ , فَكَانَتْ سُنَّةً لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ
وَلَيَالِيهِنَّ , وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ» - الطحاوي 522 (شرح معاني الأثار)
(lihat hadis ke-145 dan 151)
(8)
IBN ABBAS;
عَنْ مُوسَى بْنِ سَلَمَةَ، قَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ عَنِ الْمَسْحِ عَلَى الْخُفَّيْنِ , قَالَ: «لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ
أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ , وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ» - الطحاوي 536 (شرح
معاني الأثار)
(lihat terjemahan hadis bab)
(9)
ABU BAKRAH;
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ،عَنْ أَبِيهِ عَنِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَنَّهُ رخص لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ
أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ إذا تطهر ولبس خفيه
فليمسح عليهما" - ابن حبان 1324
Nabi saw memberi rukhsah bagi
orang yang bermusafir bahawa tiga hari dan malamnya, bagi orang yang tidak
musafir pula sehari semalam, iaitu apabila dia sudah bersuci dan memakai dua
khuf, maka hendaklah dia sapu pada kedua khuf tersebut
(10)
AL-BARA’ BIN ‘AZIB;
عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ،
وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ، وَلَيْلَةٌ» - الطبرني 5788 (المعجم الأوسط)
(lihat terjemahan hadis bab)
(11)
ANAS BIN MALIK;
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، فِي الْمَسْحِ عَلَى الْخُفَّيْنِ قَالَ: «ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ
وَلَيَالِيَهُنَّ لِلْمُسَافِرِ، وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ» - الطبرني 7679
(المعجم الأوسط)
(lihat terjemahan hadis bab)
(12)
ABDULLAH BIN MAS’UD;
(13)
HUZAIFAH BIN AL-YAMAN;
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ، وَحُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ،
كَانَا يَقُولَانِ: «يَمْسَحُ الْمُسَافِرُ عَلَى الْخُفَّيْنِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ
وَلَيَالِيَهُنَّ، وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ» - عبد الرزاق 798
(lihat terjemahan hadis bab)
CARA KIRAAN MASA SAPU
[18] IBN ABD AL-BAR kata, ada
sebilangan ulama memberi penjelasan bahawa;
A.
bagi orang yang tidak bermusafir bahawa dia sapu itu tidak lebih
dari kadar solat lima waktu (merangkumi sehari semalam);
B.
bagi orang yang musafir pula, tidak melebihi solat 15 waktu (merangkumi
3 hari 3 malam)[12].
[19]
kiraan permulaan bagi sapu;
a.
bermula dari selepas pakai Khuf, bukan ketika
sapu. Ini pendapat SYAFIE, ABU HANIFAH dan kebanyakkan ulama.
b.
Bermula dari waktu pakai. Ini pendapat AHMAD,
AL-AWZAIE & ABU SUR[13].
[20] Penentuan waktu untuk sapu khuf selama tiga hari
tiga malam bagi orang bermusafir, dan sehari semalam untuk orang yang tidak
bermusafir.
a.
Ada penentuan waktu. Ini pendapat
ABU HANIFAH, HANAFIYYAH, AL-SYAFIE (Jadid[14]),
AHMAD BIN HANBAL, AL-SAURI, AL-HASAN BIN SOLEH, ISHAQ BIN RAHWEH dan JUMHUR
ULAMA dari kalangan SAHABAT dan TABIIN dan fuqaha’ selepas mereka[15]
dan IBN AL-MUBARAK[16].
Menurut kitab AUN MA’BUD, ini adalah pendapat yang paling sahih[17].
b.
Tidak ada penentuan waktu
tersebut. Ini pendapat IMAM MALIK dalam pendapat yang MASYHUR, AL-SYA’BI, ABU
SALAMAH BIN ABDIL RAHMAN, AL-LAIS[18],
RABI’AH[19].
Menurut AINI, di samping Maliki, ini juga pendapat IMAM SYAFIE QADIM[20].
Pendapat ini berhujah bahawa hadis yang menyebut
kadar waktu bagi sapu khuf itu adalah tidak valid untuk dibuat hujah[21].
Sebabnya adalah;
a.
Melihat kepada hadis ke-158[22].
b.
Pada riwayat ta’liq, ada
penambahan matan berikut;
MATAN 157 (B) |
[21] Kata Abu Daud; MANSUR BIN AL-MU’TAMIR ambil hadis
dari IBRAHIM AL-TAIMIY dengan sanadnya (iaitu, dia ambil dari AMRU BIN MAIMUN,
dia ambil dari ABU ABDILLAH AL-JADALI. Dalam sanad itu bahawa KHUZAIMAH BIN
SABIT) berkata:
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: رَوَاهُ مَنْصُورُ بْنُ الْمُعْتَمِرِ، عَنْ
إِبْرَاهِيمَ التَيمِيِ بِإِسْنَادِهِ، قَالَ فِيهِ: وَلَوِ اسْتَزَدْنَاهُ
لَزَادَنَا
“Dan seandainya kami minta baginda tambah,
pasti baginda akan memberi tambahan (jangka waktu kepada kami)”
[22] Menurut AL-BAIHAQI, bahawa maksud penambahan
matan ini berdasarkan apa yang disebut oleh IMAM SYAFIE adalah: “kalau kami
minta dari Nabi lebih dari kadar masa itu, pasti Nabi akan berkata: Ya (boleh)[23]”
[23] berkenaan penambahan matan ini, IBN SAIYYID
AL-NAS menyebut dalam SYARH AL-TARMIZI: jika sabit penambahan matan ini
sekalipun, ia tidak boleh dijadikan hujah. Hal ini kerana, penambahan dari
kadar masa yang ditetapkan adalah sangkaan sahaja.
AL-SYAWKANI pula kata, satu
sangkaan dari sahabat yang mengatakan boleh tambah dari kadar tiga hari tiga
malam bagi musafir dan sehari semalam bagi yang tidak musafir, sedangkan sekian
ramai sahabat tidak pula menyangka sepertimana yang Khuzaimah sangkakan[24].
[24] menurut AL-KHATTABI bahawa dalam riwayat AL-HAKAM
dan HAMMAD, tidak ada penambahan ini. Justeru, ia tidak boleh dibuat hujah
kerana sandaran agama itu datang dari صاحب الشريعة (yang punyai autoriti syariah), bukan
sangkaan dari perawi[25].
PERBAHASAN SANAD
[25] Dalam penjelasan WALIYUDDIN (Guru Imam al-Sayuti)
bahawa berlaku waham bahawa perawi yang bernama IBRAHIM dalam sanad ini adalah
IBRAHIM AL-TAIMIY, tetapi sebenarnya bukan AL-TAIMIY tetapi IBRAHIM AL-NAKHAIE.
Justeru, apabila Abu Daud
menyebut باسناده, kemungkinan dhomir “dia” itu kembali kepada IBRAHIM AL-NAKHAIE
dan IBRAHIM AL-TAIMIY, sedangkan kedua-dua mereka adalah sahih. Bahkan
kedua-dua mereka pernah duduk dalam satu majlis[26].
[26] Hadis ini sebenarnya ada ada sanad lain. Sanad
ini yang ambil dari ABU ABDILLAH AL-BAJALI bukan IBRAHIM AL-NAKHAIE, tetapi
yang ambilnya adalah AMRU BIN MAIMUN, yang ambil dari AMRU pula adalah IBRAHIM
AL-TAIMIY, yang ambil dari IBRAHIM adalah MANSUR BIN AL-MU’TAMIR.
Justeru, sanad hadis bab adalah
mungqati’, kerana IBRAHIM tidak pernah berjumpa langsung dengan ABU ABDILLAH
AL-JADALI. Namun, dalam jalur ta’liq Abu Daud ini adalah sanad bersambung.
Cuma, pada sanad bersambung ini,
ada penambahan matan matan berikut;
a.
Ahmad (21857);
حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الصَّمَدِ الْعَمِّيُّ، حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ،
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ يَزِيدَ التَّيْمِيُّ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ،
عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ الْجَدَلِيِّ، عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ
الْأَنْصَارِيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
" امْسَحُوا عَلَى الْخِفَافِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ " وَلَوْ اسْتَزَدْنَاهُ لَزَادَنَا
– احمد 21857
b.
Ahmad (21859);
حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ،
عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ، عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ الْجَدَلِيِّ، سَمِعَهُ
يُحَدِّثُ عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ: سَأَلْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمَسْحِ عَلَى الْخُفَّيْنِ، فَرَخَّصَ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ
وَلَيَالِيَهُنَّ، وَالْمُقِيمِ يَوْمًا وَلَيْلَةً قَالَ عَبْدُ اللهِ: قَالَ
أَبِي: سَمِعْتُهُ مِنْ سُفْيَانَ مَرَّتَيْنِ يَذْكُرُ: لِلْمُقِيمِ وَلَوْ أَطْنَبَ السَّائِلُ فِي
مَسْأَلَتِهِ لَزَادَهُمْ – احمد 21859
c.
Ibn
Majah (553)
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ قَالَ:
حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ
عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ، عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ، قَالَ: «جَعَلَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثًا، وَلَوْ مَضَى السَّائِلُ عَلَى
مَسْأَلَتِهِ، لَجَعَلَهَا خَمْسًا»- ابن ماجة 553[27]
TA’LIQ |
HADIS BAB |
|
Rasulullah
|
|
|
Khuzaimah bin Sabit
|
6. |
|
Abu Abdillah al-Jadali
|
5. |
|
Amru bin Maimun |
Ibrahim al-Nakhaie |
4. |
Ibrahim al-Taimiy
|
Al-Hakam
|
3. |
Hammad
|
||
Mansur bin
al-Mu’tamir
|
Syu’bah
|
2. |
Sufyan (Ahmad: 21859)
|
Hafs bin Umar
|
1. |
Abu Abd al-Somad al-‘Ammiy (ahmad:21857)
|
||
AHMAD
|
ABU DAUD |
|
[27] maksud dengan IBRAHIM AL-TAIMIY adalah IBRAHIM
BIN YAZID BIN SYARIK @ ABU ASMA’ AL-KUFI (94H)[28]
Dia ambil hadis dari Aisyah
secara MURSAL. Dia dianggap siqah oleh IBN MAIN. ABU ZUR’AH kata dia siqah,
tetapi dia seorang murjiah[29].
Namun, menurut AL-AINI pula,
IBRAHIM AL-TAIMIY (110H) di sini adalah IBRAHIM BIN MUHAMMAD BIN TOLHAH BIN
UBAIDULLAH AL-QURASHI AL-TAIMIY[30]
yang digelar dengan ABU ISHAQ AL-MADINI. Ada kata, AL-KUFI[31].
Dia ambil hadis dari UMAR BIN
AL-KHATTAB, SAID BIN ZAID BIN AMRU BIN NUFAIL dan ABDULLAH BIN ABBAS[32].
Dia dengar hadis dari ABU ASID AL-SA’IDI, ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS, ABU
HURAIRAH dan AISYAH[33].
Komentar ulama: IJLI kata, dia
siqah, lelaki soleh[34].
Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah[35].
[28] Dalam pun dalam riwayat MANSUR BIN AL-MU’TAMIR
yang dia ambil hadis dari IBRAHIM AL-TAIMIY. Tetapi, menurut AL-BAIHAQI ada
meriwayatkan bahawa MANSUR pernah berjumpa dengan IBRAHIM AL-NAKHAIE yang
ketika itu, dia bersama dengan IBRAHIM AL-TAIMIY[36].
[29] AL-BAJI mendakwa bahawa tidak seorang dari
kalangan ulama mazhab kami (Maliki) yang
berada di Baghdad menyatakan bahawa dakwaan bahawa Imam malik membataskan waktu
untuk sapu khuf bagi orang yang musafir dan tidak adalah dakwaan yang tidak sahih.
Hadis-hadis yang menyebut berkenaan kadar waktu juga tidak sahih[37].
Hujah-hujah yang mereka sandarkan
adalah pada penambahan matan: “Dan
seandainya kami minta baginda tambah, pasti baginda akan memberi tambahan
(jangka waktu kepada kami)”
[30] Menurut SYAIKH TAQIYYUDDDIN dalam AL-IMAM, hadis
ini ada tiga ilal;
(1)
Berlaku ikhtilaf pada sanad.
a.
Ada tiga saluran keluar hadis,
iaitu ibrahim al-Nakhaie, Ibrahim al-Taimiy dan Sya’bi.
b.
Tambahan matan ini tidak semua
keluarkan[38].
(2)
Inqita’.
a.
Al-Baihaqi kata, al-Tarmizi kata:
aku tanyan al-Bukhari berkenaan hadis ini. Jawab al-Bukhari: tidak sahih di
sisiku hadis Khuzaimah berkenaan sapu khuf. Hal ini kerana, tidak diketahui
bahawa ABU ABDILLAH AL-JADALI dengar hadis dari KHUZAIMAH.
b.
SYU’BAH kata: Ibrahim nakhaie
tidak dengar hadis dari ABU ABDILLAH AL-JADALI[39].
(3)
IBN HAZM sebut bahawa ABU ABDILLAH AL-JADALI
tidak berpegang atas riwayatnya ini[40].
BIOGRAFI PERAWI 157 |
حَدَّثَنَا حَفْصُ
بْنُ عُمَرَ
[] HAFS BIN UMAR BIN AL-HARITH
BIN SAKHBARAH سخبرة @ ABU UMAR AL-HAUDHI الحوضي AL-AZDI AL-NAMIRI النمري (154H - 225H[41])
[] Dia tinggal di Basrah, Iraq.
[] dia rijal Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad [42].
[] Dia adalah salah seorang ulama Faraid, matematik,
syair dan Fiqh[43].
[] Dia dilahirkan dalam keadaan buta[44].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Guru AL-BUKHARI[45].
B.
Dianggap Siqah oleh IBN ‘ASAKIR AL-DIMASYQI,
AL-DARAQUTNI, IBN QANI’, IBN WADDHOH AL-QURTUBI, MASLAMAH BIN AL-QASIM
AL-ANDALUSI & IBN MADINI.
C.
ZAHABI kata, dia sabat, hujah.
D.
YAAQUB BIN SYAIBAH AL-SADUSI kata, dia dari kalangan
musbitin.
E.
Kata IBN MADINI, penduduk basrah sepakat bahawa dia
adil.
F.
AHMAD kata, dia sabat, sabat, mutqin.
G.
ABU HATIM[46],
AL-RAZI kata, dia soduq, mutqin.
H.
ABU SAID AL-SAM’ANI kata, dia soduq, sabat.
I.
ASQALANI kata, dia siqah, sabat. Cuma aib kerana dia
ambil upah untuk riwayat hadis.
[] diulang sebut namanya untuk kali ke-2, iaitu hadis
ke-23 dan 157.
حَدَّثَنَا شُعْبَةُ
[] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ
(85H-160H)
[] Dia pernah sampai ke
Basrah, Kufah, Mekah dan Madinah
[] Nama perawi ini
diulang sebut untuk kali ke-10, iaitu hadis ke-4, 5, 6, 23, 74, 82, 94, 113,
153 & 157
عَنِ
الْحَكَمِ
[] AL-HAKAM BIN UTAIBAH AL-KINDI
AL-IJLI @ ABU MUHAMMAD (ada kata: ABU ABDILLAH AL-KUFI[47])
(50H[48]
– 115H[49])
– TABIIN
[] ada kata, nama sebenarnya
adalah ABDUK عبدك AL-KINDI. Gelarannya pula, ada kata ABU MUHAMMAD. Ada kata, ABU
UMAR AL-KUFI[50].
[] dia meninggal di Kufah di era pemerintahan
HISHAM BIN ABDIL MALIK.
[] Dia sempat berjumpa dengan
sahabat Nabi yang bernama ZAID BIN ARQAM. Menurut AL-HALIM ABU AHMAD, dia
sempat dengar hadis dari ZAID BIN ARQAM. Namun, AL-TABARANI bantah. Dia kata,
tidak sabit bahawa dia dengar hadis dari sahabat itu[51].
[] adapun HAKAM BIN UTAIBAH BIN
AL-NAHHAS النهاس, dia adalah orang yang lain[52].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[53].
B.
Dianggap siqah oleh NASAIE, IBN
MAIN[54]
dan ABU HATIM[55].
C.
IBN SAAD kata, dia siqah, faqih,
alim dan banyak riwayatkan hadis.
D.
AHMAD kata, dia adalah manusia
yang paling sabat berkenaan hadis Ibrahim.
E.
IJLI kata, dia siqah, sabat,
faqih, dari kalangan orang yang memahami Ibrahim. Dia orang yang kuat berpegang
dengan Sunnah dan Ittiba’.
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
F.
IBN MAHDI kata, dia siqah, sabat
tetapi berkhilaf berkenaan makna hadisnya[56].
G.
AL-IJLI kata, dia siqah, sabat,
sohib sunnah dan Ittiba’. Padanya ada TASYAYYU’ tetapi dia tidak zahirnya[57].
H.
ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, dia
sabat, siqah tetapi ulama ada berselisih berkenaannya.
[] KOMENTAR NEGATIF;
I.
IBN HIBBAN kata, dia selalu
tadlis[58].
وَحَمَّادٌ
[] HAMMAD BIN MUSLIM AL-ASY’ARI @
ABU ISMAIL AL-KUFI[59].
(120H[60])
[] AL-SAHRAMPURI kata, namanya
adalah HAMMAD BIN ABI SULAIMAN MUSLIM AL-ASY’ARI. Dia adalah guru IMAM ABU
HANIFAH[61].
Menurut AINI pula, dia adalah
HAMMAD BIN SALAMAH[62].
[] menurut AL-ZAHABI dalam tarikh
al-Islam, bahawa dia berasal dari Asbahan. Kemudian dia tinggal di Kufah.
[] dalam al-Siyar, dinukilkan
bahawa AHMAD BIN ABDILLAH AL-IJLI kata, dia orang kaya. Dia pernah memberi
makan untuk berbuka puasa seramai 500 orang, dan memberi setiap seorang seratus
dirham selepas hari raya.
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Rijal Muslim dan Sunan.
B.
Dianggap siqah oleh IBN MAIN dan
AL-IJLI[63].
C.
IJLI kata, dia kufi siqah. Dia
adalah murid IBRAHIM AL-NAKHAIE yang paling siqah[64].
D.
AHMAD BIN SOLEH AL-JILI kata, dia
siqah dan dia orang yang paling faham berkenaan Ibrahim.
E.
IBN UYAYNAH kata, hammad lebih
faham ibrahim berbanding al-Hakam.
F.
ABDUL MALIK BIN IYAS tanya
Ibrahim. Siapakah orang yang lebih tahu selepas kamu? IBRAHIM jawab: Hammad[65].
G.
ZAHABI kata, dia siqah, imam
mujtahid.
H.
WAKI’ ambil hadis darinya dan
kata dia siqah.
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
I.
ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soduq
dan tidak dibuat hujah. Dia mustaqim pada fiqh[66].
J.
NASAIE kata, dia siqah tetapi dia
murjiah[67].
K.
AHMAD kata, dia dituduh murjiah[68].
L.
AL-A’MASY buruk pandangan
terhadap dia. Tidak dapat menerimanya ketika bercakap berkenaan murjiah. Dan
anggap dia tidak siqah[69].
M.
IBN SAAD kata, dia doif dalam
hadis. Dia ikhtilat di akhir umurnya. Dia seorang murjiah. Dia banyak riwayat
hadis. Dia benar dalam melontarkan pandangannya. Apabila dia bercakap berkenaan
selain IBRAHIM, dia akan salah[70].
N.
IBN ADI AL-JURJANI kata, hadisnya
soleh. Berlaku kepelikan pada hadis-hadisny. Dia berpegang pada hadisnya لا بأس به
O.
ASQALANI kata, dia faqih, soduq,
tetapi dia ada waham dan dituduh murjiah.
P.
SYU’BAH kata, dia soduq lisan. Di
waktu lain kata, dia tidak hafiz.
[] KOMENTAR NEGATIF
Q.
ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI
kata, dia selalu buat silap dan dia murji’ah.
R.
DARAQUTNI kata, dia doif.
S.
AL-‘AMASYH kata, dia tidak siqah.
T.
IBN SAAD AL-WAQIDI kata, dia doif
pada hadis. ikhtilat di akhir umurnya. Dia seorang murjiah.
U.
AL-ZUHLI kata, dia banyak silap
dan waham.
عَنْ
إِبْرَاهِيمَ
[] IBRAHIM BIN YAZID BIN QAIS
AL-NAKHAIE[71]. (47H –
96H)
[] namanya diulang sebut untuk
kali ke-4, iaitu hadis ke-33, 34, 77 dan 157
عَنْ
أَبِي عَبْدِ اللَّهِ
الْجَدَلِيِّ
[] ABU ABDILLAH AL-JADALI @ ABD
BIN ABD (ada kata: ABDUL RAHMAN BIN ABD AL-KUFI) [72].
[] Gelaran AL-JADALI merujuk
kepada JADILAH جديلة, iaitu satu seksyen di TAY طيء iaitu penisbahan tempat itu dari nenek mereka
anak kepada SUBAI’ BIN AMRU[73].
[] Menurut MUHAMMAD JAAFAR
AL-TOBASI dalam kitab RIJAL AL-SYIAH FI ASANID AL-SUNNAH, ABU ABDILLAH
AL-JADALI dianggap salah seorang rijal syiah.
[] Dia meriwayatkan hadis dari
KHUZAIMAH BIN SABIT, MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN, AISYAH dan UMMU SALAMAH[74].
[] Rijal Abu Daud, al-Tarmizi [75]
.dan Nasaie[76].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap siqah oleh IBN MAIN dan
AHMAD[77].
B.
Dianggap sahih oleh AL-TARMIZI[78].
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
C.
ASQALANI kata, dia siqah dan
dituduh tasyayyu’[79].
[] KOMENTAR NEGATIF;
D.
Abu daud kata, Ibrahim al-Nakhaie
tidak mendengar hadis darinya[80].
E.
SYU’BAH kata, Ibrahim tidak
mendengar dari ABU ABDILLAH AL-JADALI hadis sapu khuf[81].
F.
ZAHABI kata, dia syiie baghid.
G.
IBN SAAD kata, dia teramat
tasyayyu’.
H.
IBN QUTAIBAH letak dia dalam
senarai orang-orang melampai dalam rafidoh.
عَنْ
خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ
[] KHUZAIMAH BIN SABIT AL-AUSI
(37H)
[] Dia digelar dengan ذو الشهادتين dan ابو عمارة
[] Dia digelar dengan “orang yang mempunyai
dua saksi”, kerana kisah Nabi saw memberi kuda dari
Sawa’ bin Qais al-Muharibi (Badwi). Setelah beli, dia ingkari bahawa nabi beli
itu. Khuzaimah bin Sabit bersedia menjadi saksi untuk Nabi. Nabi saw tanya:
macam mana kamu jadi saksi walhal kamu tidak hadir? Dia jawab: Aku percaya
dengan apa yang kamu bawa, kerana aku tahu, kamu tidak akan bercakap kecuali
kebenaran. Nabi pun berkata: Barangsiapa yang khuzaimah jadi saksi untuknya,
atau terhadapnya, maka itu sudah memadai”.
[] Terlibat perang badar dan semua perang bersama dengan Nabi.
[] Dia berpihak
kepada Ali dalam perang Siffin dan perang Jamal tetapi tidak mengangkat
senjata.
[] Semasa dalam perang, dia nampak Ammar bin Yasir terbunuh dalam perang Siffin. Dia terus
cakap:
سمعت رسول الله يقول: "تقتل عماراً
الفئة الباغية".
[] Lepas itu, dia terus hunuskan
pedangnya dan berperang sehingga dia terbunuh”.
[] Dia
satu watak yang cukup
disukai oleh syiah kerana dua kisah:
Pertama:
Semasa Saqifah Bani
Sa’adah bahawa semasa Abu Bakar naik berucap, ada orang yang menyampuk
dan berkata:
يا أبا بكر، ألست تعلم أنّ رسول الله
قبل شهادتي وحدي ولم يرد معي غيري؟ قال: نعم، قال: فأشهد بالله أنّي سمعت رسول
الله يقول: أهل بيتي يفرقون بين الحقّ والباطل، وهم الأئمّة الذين يُقتدى بهم (الخصال: 464 ح4)
Wahai Abu Bakar, apakah kamu tidak tahu bahawa
Rasulullah saw menerima penyaksian aku seorang yang tidak ada orang lain
bersamaku yang menolak. Abu Bakar kata: Ya. Dia pun berkata: bersaksilah atas
nama Allah sesungguhnya aku dengar Rasullah saw bersabda: Ahli bait aku
memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Mereka adalah para imam yang
diikuti” (kitab syiah)
Kedua: Kisah Ghadir Kum bahawa dia terlibat sama (18Zulhijjah
10H), di tempat JUHFAH antara MEKAH dan MADINAH.
(kononnya, nabi saw lantik Ali jadi Khalifah).
[] Nama sahabat ini diulang sebut
untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-41 dan 157.
[1] diulang sebut namanya untuk
kali ke-2, iaitu hadis ke-23 dan 157.
[2] Mirqat:1/136
[3] Ruslan:2/154
[4] Aun:1/94
[5] Manhal:2/129
[6] Mirqat:1/136
[7] Manhal:2/127
[8] Manhal:2/128 | Mirqat:1/136
[9] Manhal:2/129
[10] Manhal:2/127
[11] Mirqat:1/136
[12] Manhal:2/126
[13] Aun:1/93
[14] Ruslan:2/156
[15] Manhal:2/126 | Aini:1/367
[16] Aun:1/93
[17] Aun:2/93
[18] Ruslan:2/156
[19] Manhal:2/126
[20] Aini:1/368
[21] Manhal:2/126
[22] Aini:1/368
[23] Aun:1/93
[24] Aun:1/93
[25] Aun:1/93
[26] Mirqat:1/137
[27] Matan yang sama dalam riwayat IBN HIBBAN (1329)
[28] Manhal:2/130
[29] Manhal:2/130
[30] Manhal:2/130
[31] Aini:1/368
[32] Aini:1/368
[33] Aini:1/368
[34] Aini:1/368
[35] Aini:1/368
[36] Manhal:2/126
[37] Manhal:2/126
[38] Aini:1/368
[39] Aini:1/369
[40] Aini:1/369
[41] Ada kata,
dia meninggal pada tahun 220 hijrah. (aini:1/366)
[42] Aini:1/366
[43] dan Ahmad
[44] dan Ahmad
[45] Aini:1/366
| ruslan:2/154
[46] Ruslan:2/154
[47] Manhal:2/125
[48] Ada kata, pada 47 hijrah.
[49] Manhal:2/125 | Menurut AL-SAHRAMPURI, dia meninggal pada 113 hijrah.
(bazl:2/15)
[50] Aini:1/367
[51] Aini:1/367
[52] Bazl:2/15
[53] Manhal:2/125 | Aini:1/367
[54] Aini:1/367
[55] Manhal:2/125 |
Bazl:2/15
[56] Manhal:2/125 | Aini:1/367
[57] Manhal:2/125
[58] Manhal:2/125
[59] Manhal:2/125
[60] Manhal:2/125 | al-Sahrampuri kata, dia meninggal pada tahun 119 hijrah
(bazl:2/16)
[61] Bazl:2/16
[62] Aini:1/367
[63] Manhal:2/125 | Bazl:2/16
[64] Bazl:2/16
[65] (tabaqat al-fuqaha’, Syirazi)
[66] Manhal:2/125
[67] Manhal:2/125 | Bazl:2/16
[68] Bazl:2/16
[69] Bazl:2/16
[70] Bazl:2/16
[71] Manhal:2/125
[72] Manhal:2/125 | bazl:2/16 | Aini:1/367
[73] Manhal:2/126
[74] Aini:1/367
[75] Manhal:2/125 | Aini:1/367
[76] siyar
[77] Manhal:2/125 | Aini:1/367
[78] Manhal:2/125
[79] Manhal:2/125
[80] Manhal:2/125 | bazl:2/16
[81] bazl:2/16
No comments:
Post a Comment