BAB 62 |
بَابُ الْمَسْحِ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ
BAB:
SAPU PADA DUA STOKIN
[1] Perkataan الجورب yang kata
jamaknya adalah الجواربة yang diterjemah dengan stokin[1].
Ada kata, kata jamaknya dibaca dengan الحوارب.[2]
Menurut AINI, Ia adalah perkataan farsi yang
diperarabkan[3]. Ia
diperbuat dari kapas atau bulu dalam keadaan sama macam khuf. Ia merangkumi
kaki sehingga menutup mata kaki. Ia dipakai oleh penduduk Syam yang sangat
sejuk[4]
AL-TAIBI kata, ia sampai permulaan bagi betis[5].
AL-SYAWKANI pula kata, ia menutup dua mata kaki[6].
HADIS 159 |
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، عَنْ وَكِيعٍ، عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ، عَنْ أَبِي قَيْسٍ الْأَوْدِيِّ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَرْوَانَ، عَنْ هُزَيْلِ بْنِ شُرَحْبِيلَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ، وَالنَّعْلَيْنِ» ، قَالَ أَبُو دَاوُدَ: كَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ لَا يُحَدِّثُ بِهَذَا الْحَدِيثِ لِأَنَّ الْمَعْرُوفَ عَنِ الْمُغِيرَةِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ، قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَرُوِيَ هَذَا أَيْضًا عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ مَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَلَيْسَ بِالْمُتَّصِلِ وَلَا بِالْقَوِيِّ، قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ، وَابْنُ مَسْعُودٍ، وَالْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ، وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، وَأَبُو أُمَامَةَ، وَسَهْلُ بْنُ سَعْدٍ، وَعَمْرُو بْنُ حُرَيْثٍ وَرُوِيَ ذَلِكَ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، وَابْنِ عَبَّاسٍ
GAMBARAN DASAR HADIS 159 |
[2] Dari sudut sanad, ada perdebatan berkenaan
statusnya. Dalam pada dianggap DOIF oleh AL-BAIHAQI, tetapi majoriti ulama
anggap sahih dan boleh dibuat hujah.
[3] Abu Daud berpendapat bahawa sapu pada stokin
adalah dibenarkan. Dengan itu, beliau bawakan;
a.
Sanad bab yang sahih.
b.
Sandaran doif dari sahabat Nabi
saw yang bernama ABU MUSA AL-AS’ARI; ia sebagai IKTIBAR sahaja.
c.
Riwayat dari 9 orang sahabat Nabi
yang sapu stokin.
PERBAHASAN SANAD 159 |
[4] SANAD
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
Rasulullah
|
-
Mekah -
Madinah
|
-
Maksum -
perbuatan |
6. |
Al-Mughirah
bin Syu’bah (23SH
– 50H)[7]
|
-
Taif (L) -
Kufah (M) -
Bahrain -
Madinah -
Mekah -
Basrah
|
-
Sahabat. |
5. |
HUZAIL
BIN SYURAHBIL (82H)
|
-
Kufah |
-
Jemaah kecuali Muslim. -
Siqah |
4. |
Abu
Qais al-Audi @ abdul rahman bin Sarwan (120H)
|
-
Kufah |
-
Jemaah kecuali Muslim -
Siqah rendah. |
3. |
Sufyan
bin Said al-Sauri (97H
– 161H)[8]
|
-
Kufah (L) -
Basrah -
Yaman -
Mekah
|
-
Siqah tinggi. |
2. |
Waki’
bin al-Jarrah (129H
– 197H)[9]
|
-
Kufah. |
-
Siqah. |
1. |
Osman
bin Abi Syaibah (160H
– 239)[10]
|
-
Kufah -
Mekah -
Baghdad -
Al-Ray (Iran)
|
-
Siqah. |
|
ABU
DAUD (202H
– 275H)
|
|
|
[5] ARNAUT—SAHIH
-
Dianggap sahih oleh TARMIZI.
[6] ALBANI—ISNADNYA SAHIH
-
Sahih atas syarat bukhari.
-
Dianggap sahih oleh IBN MAJAH.
-
Tarmizi kata, hadis hasan sahih.
-
Ibn hazm buat hujah.
-
Namun begitu, ia dianggap doif
oleh AL-BAIHAQI.
MATAN 159 (A) |
[7] Daripada AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH:
عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ، وَالنَّعْلَيْنِ»
“Rasulullah
saw berwuduk dalam keadaan baginda sapu pada dua stokinnya dan dua sandalnya”
[8] Menurut AINI, maksud dengan dua sandal adalah di
dalamnya ada stokin[11].
Juga penjelasan AL-KHITABI[12].
[9] IBN AL-ARABI kata, pakai sandal adalah pakaian
para Nabi[13].
[10] Nabi saw juga memakai sandal. Dalam
hadis—daripada Anas bin Malik berkata:
حَدَّثَنَا أَنَسٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: «أَنَّ نَعْلَ النَّبِيِّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَهَا قِبَالاَنِ» - البخاري 5857
“Sandal Nabi saw itu mempunyai dua utas tali”
Nabi saw pakai sandal, dan semasa
wuduk, baginda sapu pada sandal sepertimana sapu khuf. Dalam hadis—daripada Ubaid bin Juraij bahawa
dia berkata kepada Ibn Umar:
عَنْ عُبَيْدِ بْنِ جُرَيْجٍ، أَنَّهُ قَالَ: لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ
يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ رَأَيْتُكَ تَصْنَعُ أَرْبَعًا لَمْ أَرَ أَحَدًا
مِنْ أَصْحَابِكَ يَصْنَعُهَا، قَالَ: وَمَا هِيَ يَا ابْنَ جُرَيْجٍ قَالَ:
رَأَيْتُكَ لاَ تَمَسُّ مِنَ الأَرْكَانِ إِلَّا اليَمَانِيَّيْنِ، وَرَأَيْتُكَ
تَلْبَسُ النِّعَالَ السِّبْتِيَّةَ، وَرَأَيْتُكَ تَصْبُغُ بِالصُّفْرَةِ،
وَرَأَيْتُكَ إِذَا كُنْتَ بِمَكَّةَ أَهَلَّ النَّاسُ إِذَا رَأَوُا الْهِلاَلَ
وَلَمْ تُهِلَّ أَنْتَ حَتَّى كَانَ يَوْمُ التَّرْوِيَةِ. قَالَ عَبْدُ اللَّهِ:
أَمَّا الأَرْكَانُ: فَإِنِّي لَمْ «أَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَمَسُّ إِلَّا اليَمَانِيَّيْنِ» ، وَأَمَّا النِّعَالُ
السِّبْتِيَّةُ: فَإِنِّي «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَلْبَسُ النَّعْلَ الَّتِي لَيْسَ فِيهَا شَعَرٌ وَيَتَوَضَّأُ فِيهَا»
، فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا، وَأَمَّا الصُّفْرَةُ: فَإِنِّي «رَأَيْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْبُغُ بِهَا، فَأَنَا أُحِبُّ
أَنْ أَصْبُغَ بِهَا» ، وَأَمَّا الإِهْلاَلُ: فَإِنِّي «لَمْ أَرَ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُهِلُّ حَتَّى تَنْبَعِثَ بِهِ
رَاحِلَتُهُ» - البخاري 166
"Wahai Abu Abd al-Rahman, aku dapati kamu ada buat empat perkara yang tidak aku dapati seorangpun
dari sahabatmu melakukannya!" 'Abdullah bin 'Umar berkata: "Apa dia,
wahai Ibnu Juraij?" Ibnu Juraij berkata: "(1) Aku dapati kamu tidak
menyentuh rukun-rukun (Ka'bah) kecuali rukun Yamani; (2) aku dapati kamu memakai
sandal yang diperbuat dari kulit; (3) aku dapati kamu warnakan (rambut) dengan
berwarna kuning; dan (4) saat manusia di Makkah melakukan talbiyah setelah
melihat hilal, aku dapati kamu tidak melakukannya kecuali pada hari
tarwiyah?" 'Abdullah bin 'Umar pun berkata: "(1) Adapun tentang rukun
Ka'bah, sungguh aku tidak pernah melihat Rasulullah saw mengusapnya kecuali
rukun Yamani. Sedangkan (2) mengenai sandal dari kulit, sungguh aku melihat
Rasulullah saw juga memakai sandal kulit yang tidak berbulu, dan berwudhu
dengan tetap memakainya, dan aku suka bila tetap memakainya. Adapun (3) warna
kuning (pada rambut), sungguh aku melihat Rasulullah saw mencelup dengan warna
tersebut dan aku juga suka melakukannya. Dan (4) berkenaan talbiyah, sungguh
belum pernah aku melihat Rasulullah saw bertalbiyah kecuali setelah kendaraannya sudah
berangkat (menuju Mina)."
[11]
HUKUM SAPU STOKIN;
PENDAPAT PERTAMA:
Harus sapu pada stokin, sama ada stokin itu tebal
atau nipis; atau diperbuat dari kulit atau tidak; atau ketat atau tidak.
Ini adalah pendapat HANAFIYYAH[14],
AHMAD, ISHAQ BIN RAHWIYAH, AL-SAURI, IBN AL-MUBARAK[15],
MUHAMMAD BIN AL-HASAN AL-SYAIBANI & ABU YUSUF[16].
ABU HANIFAH[17]
berhujah, setiap perkara yang capai maksud sepertimana khuf, maka hukumnya
adalah sama dengan hukum khuf[18].
PENDAPAT KEDUA:
Harus sapu itu dengan syarat semuanya diperbuat
dari kulit serta menutup kaki sepertimana khuf.
Ini adalah pendapat MALIKIYYAH[19]
dan IMAM SYAFIE[20] dalam
kitab AL-UMM[21].
[12]
PENJELASAN LANJUT BERKENAAN SAPU STOKIN
PENDAPAT SATU:
Sapu stokin itu hendaklah dengan dipakai sandal
sama; iaitu, disapu pada stokin. Selepas pakai sandal, maka disapu pula pada sandal[22].
PENDAPAT KEDUA:
Dalam penjelasan IBN AL-QAYYIM bahawa AL-BAIHAQI
ada menukilkan takwil ABU AL-WALID bahawa hadis sapu pada stokin itu bermaksud
sapu bersekali dengan pakai sandal. Bukan sapu sandal dan stokin secara
berasingan[23].
PENDAPAT TIGA:
KHITAB AL-SUBKI kata, boleh sapu pada stokin tanpa
disertakan dengan sandal. Hal ini merujuk kepada amalan Saidina Umar[24].
MATAN 159 (B) |
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: كَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ: لَا
يُحَدِّثُ بِهَذَا الْحَدِيثِ لِأَنَّ الْمَعْرُوفَ عَنِ الْمُغِيرَةِ، أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ
Abu Daud
kata: Abdul Rahman bin Mahdi tidak menceritakan hadis ini kerana yang makruf
daripada al-Mughirah bahawa Nabi saw sapu pada dua khuf.
[13] Abu Daud menjelaskan bahawa hadis berkenaan Nabi
saw sapu pada stokin yang disandarkan kepada AL-MUGHIRAH, ini tidak pernah
diceritakan oleh ABDUL RAHMAN BIN AL-MAHDI.
Ini dijadikan sandaran bagi
mereka yang menolak keizinan sapu pada stokin.
[14] HUJAH BANTAHAN
KHITAB AL-SUBKI pula kata, ia
tidak menafikan bahawa Nabi saw pernah sapu pada stokin. Mungkin sahaja
al-Mughirah tidak riwayatkan kepada ABDUL RAHMAN BIN MAHDI berkenaan dia nampak
Nabi saw sapu pada stokin, tetapi beliau riwayatkan kepada muridnya yang lain.
Hal ini kerana riwayat yang menyebut bahawa Nabi saw sapu pada stokin tersebut
terdapat dalam banyak riwayat, seperti AL-TAHAWI, IBN MAJAH dan AL-TARMIZI.
Apatah lagi, AL-TARMIZI anggap hadis itu hasan sahih[25].
Hal yang sama disebut oleh
AL-SAHRAMPURI dalam AL-BAZL[26].
[15] SANAD-SANAD DOIF HADIS SAPU STOKIN
(1)
Dalam penjelasan AL-BAIHAQI dalam AL-MA’RIFAH
bahawa hadis ini, perawinya adalah;
عَنْ أَبِي قَيْسٍ الْأَوْدِيِّ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَرْوَانَ،
عَنْ هُزَيْلِ بْنِ شُرَحْبِيلَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ
Hadis ini dianggap mungkar oleh
AL-BAIHAQI, kerana SUFYAN AL-SAURI anggap hadis ini doif. Hal yang sama
pendirian ABDUL RAHMAN BIN MAHDI, AHMAD BIN HANBAL, IBN MAIN, IBN AL-MADINI,
MUSLIM BIN AL-HAJJAJ[27].
Justeru, yang yang MA’RUF dari
AL-MUGHIRAH adalah hadis yang menyebut nabi saw sapu pada khuf sepertimana
dalam banyak riwayat seperti AL-BAIHAQI sebut dalam AL-SUNAN AL-KUBRA melalui
jalur ABU MUHAMMAD YAHYA BIN MANSUR.
ABU MUHAMMAD YAHYA BIN MANSUR
pernah berkata: aku dapati MUSLIM BIN AL-HAJJAJ mendoifkan hadis ini[28].
(2)
Dalam sanad hadis ini, ada perawi bernama ABU
QAIS yang ambil hadis dari HUZAIL. IBN AL-MAHDI pernah kata kepada SUFYAN
AL-SAURI: “kalau kamu meriwayatkan hadis kepadaku yang hadis itu ABU QAIS
ambil dari HUZAIL, pasti aku tidak akan ambil hadis itu dari kamu[29]”
(3)
AL-BAIHAQI menyandarkan hadis ini kepada AHMAD
BIN HANBAL yang berkata: hadis ini tidak meriwayatkannya kecuali ABU QAIS
AL-AWDI dan ABI ABDUL RAHMAN BIN MAHDI. Dia berkata: hadis ini mungkar[30].
(4)
BAIHAQI bawakan riwayat yang
disandarkan kepada YAHYA BIN MAIN. Dia berkata: semua manusia riwayatkan hadis
sapu pada dua khuf kecuali ABI QAIS sahaja (riwayatkan sapu pada dua stokin)[31].
(5)
BAIHAQI bawakan juga riwayat yang disandarkan
kepada IBN AL-MADINI bahawa hadis tersebut dari AL-MUGHIRAH. Hadis terbabit, yang
ambil dari AL-MUGHIRAH adalah penduduk MADINAH, KUFAH dan BASRAH. Turut ambil
hadis dari AL-MUGHIRAH adalah HUZAIL BIN SYURAHBIL. Dalam pada mereka menyebut
bahawa Nabi saw sapu pada dua stokin, mereka sebut juga: “Dia menyalahi ramai
manusia[32]”
[16] Walaubagaimana pun, IBN DAQIQ AL-AID ada
menjelaskan berkenaan ABU QAIS. Dalam penjelasan dinyatakan bahawa kalangan
yang anggap ABU QASI ini ADIL bahawa dia TIDAK MUKHALAFAH dengan riwayat JUMHUR
adalah dalam tajuk MUKHALAFAH MU’ARADOH. Namun, jika امر
زائد
(penambahan) terhadap apa yang mereka riwayatkan, itu memang boleh berlaku[33].
[17] HUJAH PENDAPAT YANG KATA
BOLEH
IBN AL-MUNZIR kata, berkenaan sapu pada dua stokin
ini, terdapat 9 orang sahabat nabi; iaitu, ALI, UMARAH, ABI MAS’UD AL-ANSARI,
ANAS, IBN UMAR, AL-BARA’, BILAL, ABDULLAH BIN ABI AWFA & SAHL BIN SA’AD.
Abu Daud tambah 3 lagi: ABU UMAMAH, AMRU BIN HURAIS,
UMAR & IBN ABBAS[34].
Semua mereka ini, tidak disandarkan dari perawi
bernama ABU QAIS[35].
MATAN 159 (C) |
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَرُوِيَ هَذَا أَيْضًا
عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَنَّهُ مَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَلَيْسَ بِالْمُتَّصِلِ وَلَا
بِالْقَوِيِّ
Abu Daud
kata: Ini juga diriwayatkan dari Abu Musa al-Asya’ari, daripada Nabi saw bahawa
baginda sapu pada dua khuf. Hadis ini tidak muttasil (iaitu antara AL-DHAHHAQ
dan ABU MUSA[36])
dan tidak kuat (iaitu perawi DOIF bernama ISA BIN SINAN[37]).
[18] Hadis Abu Musa al-Asy’ari ini dikeluarkan oleh
IBN MAJAH, AL-BAIHAQI, AL-TAHAWI yang sanadnya:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَ: حَدَّثَنَا مُعَلَّى بْنُ
مَنْصُورٍ، وَبِشْرُ بْنُ آدَمَ، قَالَا: حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، عَنْ
عِيسَى بْنِ سِنَانٍ، عَنِ الضَّحَّاكِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَرْزَبٍ،
عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ «تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَالنَّعْلَيْنِ» - ابن ماجة
560
Masalah pada hadis ini[38];
a.
ada perawi
bernama ISA BIN SINAN[39].
Dia doif dan tidak boleh dibuat hujah.
b.
Baihaqi kata, AL-DHAHHAQ BIN ABDUL RAHMAN tidak sabit
dengar hadis dari ABU MUSA AL-ASY’ARI.
MATAN 159 (D) |
قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ عَلِيُّ بْنُ أَبِي
طَالِبٍ، وَابْنُ مَسْعُودٍ، وَالْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ، وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ،
وَأَبُو أُمَامَةَ، وَسَهْلُ بْنُ سَعْدٍ، وَعَمْرُو بْنُ حُرَيْثٍ وَرُوِيَ
ذَلِكَ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، وَابْنِ عَبَّاسٍ
Abu Daud
kata: (sahabat) yang sapu pada dua stokin adalah Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud[40],
al-Bara’ bin ‘Azib, Anas bin Malik, Abu Umamah, Sahl bin Sa’ad, Amru bin
Hurais. Itu turut diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab dan Ibn Abbas.
[19] riwayat-riwayat berkenaan sahabat yang sapu pada
stokin;
a. Ali bin Abi Talib. Hadis—daripada Kaab bin Abdillah berkata:
عَنْ كَعْبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: رَأَيْتُ عَلِيًّا بَالَ فَمَسَحَ
عَلَى جَوْرَبَيْهِ وَنَعْلَيْهِ، ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي - عبد الرزاق 773
Aku nampak Ali kencing, lalu beliau sapu pada dua stokinnya
dan dua sandalnya. Kemudian dia bangun menunaikan solat
b. Abu Mas’ud al-Ansari. Hadis—daripada Khalid bin Saad berkata:
عَنْ خَالِدِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: كَانَ أَبُو مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيُّ يَمْسَحُ
عَلَى جَوْرَبَيْنِ لَهُ مِنْ شَعْرٍ وَنَعْلَيْهِ - عبد الرزاق 774
Abu Mas’ud al-Ansari sapu pada
dua stokin yang berbulu dan pada dua sandalnya”
c. Al-Bara’ bin ‘Azib. Hadis—daripada
Raja’ berkata:
عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ رَجَاءٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: رَأَيْتُ الْبَرَاءَ
بْنَ عَازِبٍ يَمْسَحُ عَلَى جَوْرَبَيْهِ وَنَعْلَيْهِ - عبد الرزاق 778
Aku nampak al-Bara’ bin ‘Azib sapu pada dua stokin dan
dua sandalnya
d. Anas bin Malik. Hadis—daripada
Anas:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّهُ كَانَ يَمْسَحُ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ
قَالَ: " نَعَمْ، يَمْسَحُ عَلَيْهِمَا مِثْلَ الْخُفَّيْنِ – عَبْدُ
الرَّزَّاقِ 779
Dia sapu pada dua stokin. Dia berkata:
ya, dia sapu pada kedua-duanya seperti sapu pada dua khuf
[20] Abu Daud bawakan 9 orang sahabat Nabi yang
didapati sapu pada stokin. Dalam riwayat lain, didapati ada 4 orang sahabat
lain, iaitu; Bilal, Ammar dan Abdullah bin Abi Awfa[41].
[21] KHITAB AL-SUBKI pula menyebut beberapa nama ulama
salaf yang berpendapat sebegitu, iaitu ISHAQ, IBN AL-MUBARAK, AL-SAURI, SAID
BIN JUBAIR, SAID BIN MUSAYYIB, IBRAHIM AL-NAKHAIE & AL-HASAN BASRI[42].
[22] Menurut IBN ABD AL-BAR, ia diamalkan oleh seluruh
ahli Badar, Ahli Hudaibiyyah dan seluruh kaum muhajirin dan ansar[43].
BIOGRAFI PERAWI 159 |
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ
بْنُ أَبِي شَيْبَةَ
[] OSMAN BIN ABI SYAIBAH
(160H-239H).
[] Pernah sampai ke
Mekah, Kufah, Baghdad dan al-Ray (Iran)
[] Perawi ini dijumpai
dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-21, 61, 114, 137 & 159
عَنْ وَكِيعٍ
[] WAKI’ BIN AL-JARRAH
(129H-197H).
[] Dilahirkan dan
meninggal di Kufah.
[] Ibn Madini dakwa
dia ada sedikit cenderung kepada Syiah.
[] Namanya diulang
untuk kali ke-11, iaitu hadis ke-5, 14, 20, 45, 53, 61, 78, 131, 141, 155 &
159
عَنْ
سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ
[] SUFYAN BIN SA’ID BIN
MASRUQ AL-SAURI (97H-161).
[] Dilahirkan di KUFAH dan meninggal dunia di BASRAH.
Pernah sampai YAMAN dan MEKAH.
[] Nama perawi ini
diulang sebut untuk kali ke-6, iaitu hadis ke-16, 55, 77, 97, 138 & 159
عَنْ أَبِي قَيْسٍ
الْأَوْدِيِّ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَرْوَانَ
[] ABU QAIS AL-AWDIY @ ABDUL
RAHMAN BIN SARWAN AL-KUFI[44]
(120H[45])
[] Dia tinggal di kufah.
[] AL-AWDIY adalah nisbah kepada
AWD BIN SO’B BIN AS’AD[46].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dia rijal jamaah kecuali Muslim[47].
B.
Dianggap siqah oleh DARAQUTNI,
IJLI, IBN MAIN[48], IBN NUMAIR[49]
& ZAHABI.
C.
IJLI kata, dia siqah sabat[50].
D.
NASAIE kata, ليس به
بأس.[51] Hal
ini disebut oleh IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[52].
E.
AHMAD BIN ABDILLAH kata, dia
siqah sabat[53].
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
F.
ASQALANI kata, dia soduq dan
kadangkala menyalahi.
G.
DARAQUTNI kata, dia siqah. Di
waktu lain kata, dia ليس به بأس
[] KOMENTAR NEGATIF;
H.
AHMAD kata, dia menyalahi banyak
hadis[54].
AL-HAKIM AL-NAISABURI nukilkan dari AHMAD kata: dia tidak boleh dibuat hujah.
I.
ABU HATIM kata, dia tidak kuat
dan sedikit hadis dan tidak hafiz[55].
Apabila ditanya: bagaimana hadisnya. Dia jawab: soleh dan lin al-Hadis[56].
J.
UQAILI menyebutnya dalam senarai
DU’AFA’[57].
K.
AL-BAZZAR kata, dia tidak kuat.
Syu’bah, al-Sauri, al-A’mash ambil hadis darinya.
عَنْ
هُزَيْلِ بْنِ شُرَحْبِيلَ
[] HUZAIL BIN SYURAHBIL AL-AWDI
AL-KUFI AL-A’MA (82H)
[] Tinggal di Kufah.
[] Dia adalah aduk beradik dengan
AL-ARQAM BIN SYURAHBIL[58].
Menurut ABU MUSA AL-MADINI, dikatakan bahawa dia sempat era jahiliyyah[59].
[] KOMENTAR
A.
Dia adalah rijal Jamaah kecuali
Muslim[60].
B.
Dianggap siqah oleh IJLI[61],
DARAQUTNI[62], IBN
SAAD[63],
AL-JILI, ASQALANI, AL-ZAHABI, AL-WAQIDI.
C.
IBN HIBBAN letak dia dalam senarai
AL-SIQAT[64].
D.
IBN SAAD kata, dia adalah tabaqah
pertama dari kalangan penduduk Kufah. Dia siqah[65].
عَنِ
الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ
[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR
BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)- sahabat.
[] Dia dilahirkan dia kalangan
Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70
tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan
Basrah.
[] dia digelar sebagai salah
seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU
BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.
[] Dia memeluk islam pada tahun
tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI
MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia
salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.
[] matanya buta sebelah dalam
perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan
sebagainya.
[] Di era Umar, beliau dilantik
menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa
dia berzina.
Kemudian dia dilantik menjadi
gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era
Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.
[] Semasa Muawiyah menjadi
khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya,
ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan
menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan
anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.
Muawiyyah pun minta pandangan
Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada
di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu,
Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.
[] Dia terlibat dalam peerang
Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di
basrah.
Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa
buah negara.
[] Semasa sejarah perjanjian
Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw.
Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika
itu memakai topeng perang berdiri. Dia
menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai
kepada kamu. Urwah pun tanya Nabi saw:
siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari
keturunan kamu (Saqafi)[66].
[] namanya diulang sebut untuk
kali ke-7, Iaitu hadis ke-1, 149, 150, 151, 152, 156 & 159
[1] Manhal:2/133 | Aun:1/95
[2] Aun:1/95
[3] Aini:1/373
[4] Manhal:2/133
[5] Aun:1/95
[6] Aun:1/95
[7] namanya diulang sebut untuk kali ke-6, Iaitu hadis ke-1, 149, 150, 151,
152, 156 & 159
[8] Nama perawi ini diulang sebut untuk kali ke-5, iaitu hadis ke-16, 55,
77, 97, 138 & 159
[9] Namanya diulang untuk kali ke-11, iaitu hadis ke-5, 14, 20, 45, 53, 61,
78, 131, 141, 155 & 159
[10] Perawi ini dijumpai dalam Sunan Abi Daud untuk kali ke-5, iaitu hadis
ke-21, 61, 114, 137 & 159
[11] aini:1/374
[12] Ruslan:2/162
[13] Manhal:2/134
[14] Bazl:2/23
[15] Manhal:2/135
[16] Aun:1/96
[17] aini:1/374
[18] Bazl:2/24
[19] Manhal:2/135
[20] Bazl:2/24
[21] Ruslan:2/162
[22] Manhal:2/135
[23] Manhal:2/135
[24] Manhal:2/135
[25] Manhal:2/136
[26] Bazl:2/22
[27] Manhal:2/136
[28] Manhal:2/136
[29] Manhal:2/136
[30] Manhal:2/136
[31] Manhal:2/136
[32] Manhal:2/136
[33] Manhal:2/136
[34] Manhal:2/137
[35] Manhal:2/137
[36] Menurut AL-BAIHAQI, tidak sabit bahawa AL-DHAHHAQ dengar hadis dari ABU
MUSA. Bazl:2/22
[37] Bazl:2/22
[38] Manhal:2/137
[39] Isa bin Sinan ini dianggap doif oleh Ahmad, Ibn Main. Abu Hatim kata,
dia tidak kuat. Al-Baihaqi kata, dia tidak boleh dibuat hujah. Walaubagaimana
pun, IJLI kata, dia لا بأس به. YAHYA BIN MAIN pula anggap dia
siqah. (Manhal:2/138)
[40] Dalam naskhah MESIR, disebut ABU MAS’UD AL-ANSAR. Bazl:2/23
[41] Manhal:2/139
[42] Manhal:2/139
[43] Ruslan:2/162
[44] Bazl:2/22
[45] Manhal:2/134 | Bazl:2/22
[46] Manhal:2/134
[47] Manhal:2/134 | aini:1/374
[48] Manhal:2/134 | Bazl:2/22 | aini:1/373
[49] Bazl:2/22
[50] Manhal:2/137 | Bazl:2/22
[51] Manhal:2/134 | Bazl:2/22
[52] Bazl:2/22
[53] aini:1/374
[54] Manhal:2/134 | Bazl:2/22
[55] Bazl:2/22
[56] Manhal:2/134 | aini:1/373
[57] Manhal:2/134 | Bazl:2/22
[58] aini:1/374 | aini:1/374
[59] Bazl:2/22
[60] Manhal:2/134
[61] Manhal:2/137 | Bazl:2/22
[62] Manhal:2/134 | Bazl:2/22
[63] Bazl:2/22
[64] Manhal:2/134 | Bazl:2/22
[65] Manhal:2/134
[66] Maghazi al-waqidi, 2/595