BAB 29 |
بَابُ
السِّوَاكِ مِنَ الْفِطْرَةِ
BERSUGI SEBAHAGIAN DARI FITRAH
HADIS 53 |
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ عَنْ مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ عَنِ ابْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: قَصُّ الشَّارِبِ،
وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ، وَالسِّوَاكُ، وَالِاسْتِنْشَاقُ بِالْمَاءِ، وَقَصُّ
الْأَظْفَارِ، وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ، وَنَتْفُ الْإِبِطِ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ،
وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ - يَعْنِي الِاسْتِنْجَاءَ بِالْمَاءِ - "، قَالَ
زَكَرِيَّا: قَالَ مُصْعَبٌ: وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ إِلَّا أَنْ تَكُونَ
«الْمَضْمَضَةَ»
"Sepuluh perkara yang
termasuk fitrah: Memotong misai, memelihara janggut (membiarkannya tumbuh),
bersugi, beristinsyaq dengan air, memotong kuku, membasuh celah-celah
jari-jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan beristinja` dengan
air”
Zakaria berkata: Mus'ab
menerangkan: "Saya lupa yang kesepuluh tapi kemungkinan besar ia adalah
berkumur-kumur"
Status hadis: Hasan
PERBAHASAN HADIS |
[1] perkataan مِنَ
الْفِطْرَةِ adalah تبعيضية iaitu, sebahagian dari fitrah, bukan semuanya.
[2] Maksud dengan Fitrah dalam hadis ini, AL-KHATTABI
kata, majoriti Ulama tafsirkan sebagai SUNNAH.
Dalam erti kata lain, sepuluh perkara dalam hadis ini
adalah perkara yang dilakukan oleh para nabi turun temurun dan ia menjadi
ikutan untuk setiap umat termasuk umat Muhammad.
[3] Menurut ibn Abbas, Nabi yang mula-mula melakukan
sunnah fitrah ini adalah NABI IBRAHIM, iaitu merujuk kepada firman Allah:
وَإِذِ ابْتَلَى
إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ
لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي
الظَّالِمِينَ (124) - البقرة
Umat Nabi Muhammad disuruh ikut sunnah fitrah yang
dimulai oleh Nabi Ibrahim ini berdasarkan kepada firman Allah:
ثُمَّ
أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ
مِنَ الْمُشْرِكِينَ (123) – النحل
[4] hadis ini menyebut 10 perkara fitrah, sedangkan dalam hadis
yang lain, ada menyebut lima sahaja, seperti KHITAN dan sebagainya.
Dalam hadis—daripada Abu Hurairah bahawa nabi saw
bersabda:
الفِطْرَةُ
خَمْسٌ: الخِتَانُ، وَالِاسْتِحْدَادُ، وَقَصُّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمُ
الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الآبَاطِ
“Fitrah itu ada lima; khitan, cukur bulu kemaluan,
potong misai, potong kuku dan cabut bulu ketiak” (al-Bukhari, hadis no: 5891)
Nabi Ibrahim adalah orang yang mula-mula khitan. Dalam
hadis—daripada Abu Hurairah bahawa nabi saw bersabda:
اخْتَتَنَ
إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ – البخاري[1],
3356
“Ibrahim berkhitan ketika umurnya 80 tahun—menggunakan kapak”
Dalam riwayat lain pula—daripada Abu Ayub al-Ansari
berkata bahawa Nabi saw bersabda:
أَرْبَعٌ مِنْ
سُنَنِ المُرْسَلِينَ: الحَيَاءُ، وَالتَّعَطُّرُ، وَالسِّوَاكُ، وَالنِّكَاحُ
“empat dari ikutan para rasul, iaitu malu, berwangi,
bersugi dan nikah” (al-tarmizi, hadis no: 1080)
Kemungkinan hadis ini adalah MAWQUF MAKNA, tetapi
MARFU’ LAFZ, iaitu kesimpulan yang dibuat oleh AISYAH hasil pengalaman yang dia
bersama dengan nabi.
HUBUNGAN HADIS |
Dalam hadis ke-52, dijelaskan bahawa kayu sugi itu
dibasuh selepas dan sebelum digunakan. Aisyah pula, turut bersugi dengan sugi
Nabi.
Dalam hadis ke-53 ini pula, dijelaskan amalan bersugi,
bukan sekadar Nabi, Aisyah dan para sahabat, bahkan turut dilakukan oleh para
nabi sebelum ini.
PENGAJARAN |
[1] APA MAKNA FITRAH
فَأَقِمْ
وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا
لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ
النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30) – الروم
Dari sudut pandang ilmu Sosiologi, adalah sesuatu
perlantikan pemimpin bukan dengan perancangan dan propaganda.
Dari sudut ilmu tasawwuf, sifat ketauhidan yang ada
dalam diri manusia.
Dalam konteks Hadis, al-Khattabi kata, ia bermaksud
SUNNAH, iaitu ikutan turut temurun yang dilakukan oleh para Nabi.
[2] MISAI ANTARA CUKUR DAN GUNTING
Dalam matan, digunakan perkataan قص yang memberi maksud GUNTING.
Namun, menurut AL-TAHAWI, ABU HANIFAH, ABU YUSUF DAN MUHAMMAD, mengunting misai
adalah baik, tetapi yang sunnah adalah cukur. Mereka berhujah dengan hadis lain
bahawa dalam matan hadis itu digunakan perkataan احفوا
الشوارب—pendekkan misai.
AL-IMAM
AL-NAWAWI memilih pendapat bahawa misai dipendekkan agar tidak tertutup bibir.
Menurut
MAHMUD MUHAMMAD KHATTAB AL-SUBKI dalam kitab AL-MANHAL, perbezaan perkataan القص dari احفاء adalah القص
adalah potong separuh misai, sedangkan أحفاء potong semua.
Ulama
Zahiri dan sebahagian Ulama Mazhab Hanafi kata, potong misai itu adalah WAJIB.
Hal ini merujuk kepada beberapa hadis—daripada Ibn Umar bahawa Nabi saw
bersabda:
«انْهَكُوا
الشَّوَارِبَ، وَأَعْفُوا اللِّحَى»
“pendekkan
misai dan panjangkan janggut” (al-Bukhaari, hadis no: 5893(
Begitujuga
hadis—daripada Zaid bin Arqam bahawa nabi saw bersabda:
«مَنْ
لَمْ يَأْخُذْ مِنْ شَارِبِهِ فَلَيْسَ مِنَّا»
“Barangsiapa
tidak memotong misainya, maka dia bukan dari kalangan kami” (al-Tarmizi, hadis
no: 2761)
IBN DAQIQ AL-A’ID kata, dia tidak tahu pula ada ulama
kata wajib potong misai itu.
[3] POTONG JANGGUT
Menjadi amalan IBN UMAR dan ABU HURAIRAH bahawa mereka
pontong janggut kadar segenggam.
Sebarang larangan potong janggut, dikaitkan agar tidak
menyamai YAHUDI dan MAJUSI.
Dalam banyak fatwa-fatwa ulama, melarang lelaki cukur
janggut kerana bimbang menyamai dengan MUKHANNAS.
AL-RAFIE DAN AL-NAWAWI: makruh cukur janggut. Ibn
al-Raf’ah kata dalam HASYIAH AL-KIFAYAH bahawa Imam syafie kata dalam AL-UM
BAHAWA HARAM cukur janggut.
Jambang pula, Ibn al-Arafah berkata, ia tidak termasuk
sebagai janggut.
[4] POTONG KUKU
Menurut IBN DAQIQ AL-A’ID, tidak ada satu dalil yang
sahih menyebut susunan jari semasa potong kuku. Namun, ia dicadangkan oleh AL-IMAM
AL-NAWAWI dengan dimulakan dua tangan terlebih dahulu berbanding dua kaki;
dimulakan jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, kemudian manis,
kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari.
Pada tangan kiri pula, dimulai dengan jari kecil, menaik
ke ibu jari.
Jari kaki pula, bermula dari jari kecil kaki kanan dan
di akhir jari kecil kaki kiri.
[5] BULU KETIAK
Dalam matan hadis sebut CABUT. Kata KITAB AL-MANHAL,
kalau cukur atau bakar dengan api juga dapat pahala sunat.
Tujuan buang bulu ketiak, untuk hindari bau busuk
badan.
[6] BULU KEMALUAN
Menurut ABU AL-ABBAS BIN SURAIJ, termasuk juga bulu
dubur.
[7] KADAR 40 HARI.
Semua ini dibataskan jangan lebih dari kadar 40 hari.
Hal ini sepertimana kata ANAS BIN MALIK:
وُقِّتَ لَنَا
فِي قَصِّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمِ الْأَظْفَارِ، وَنَتْفِ الْإِبِطِ، وَحَلْقِ
الْعَانَةِ، أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً – مسلم[2],
295
“kami diletakkan kadar
waktu dalam hal potong misai, potong kuku, cabut bulu ketiak dan cukur bulu
kemaluan—iaitu bahawa kami tidak biarkan lebih dari kadar 40 malam”
BIOGRAFI PERAWI |
[6] YAHYA BIN MA’IN (158H-233H)
يَحْيَى بْنُ
مَعِينٍ
Nama penuhnya adalah YAHYA BIN MA’IN BIN ‘AUN BIN
ZIYAD AL-GHATFANI. Dipanggil dengan gelaran ABU ZAKARIA AL-BAGHDADI.
Dia dilahirkan di era pemerintahan ABU JA’FAR
AL-MANSUR di al-Anbar dan hidup di Baghdad dan sempat tinggal di al-Hijaz,
al-Syam, Mesir dan al-Yaman dan meninggal dunia di Madinah (dikebumikan di
kubur Baqi’).
Dia bukan sekadar terkenal dalam bidang ilmu hadis,
malah terkenal dalam ilmu rijal. Malah amat cekap meneliti perawi pendusta
sehingga ahli bid’ah amat tidak menyukainya.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta perawi yang
siqah lagi sahih.
[5] WAKI’ BIN
AL-JARRAH
وَكِيعٌ بن
الجراح
Sila
lihat hadis No: 5, 14, 20 dan 45.
[4] ZAKARIA BIN ABI ZAIDAH
زَكَرِيَّا
بْنِ أَبِي زَائِدَةَ
Sila lihat hadis ke-18 dab 32.
[3] MUS’AB BIN SYAIBAH (20H-120H)
مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ
Nama penuhnya adalah
MUS’AB BIN SYAIBAH BIN JUBAIR BIN SYAIBAH BIN OSMAN BIN ABI TALHAH AL-QURASHI.
Dia antara disebut
sebagai قليل الحديث,
iaitu sedikit dalam meriwayatkan hadis. Tambahan pula, Abu Hatim
kata, dia tidak kuat. Al-Nasaie dan Ahmad kata, mungkar hadis. Abu Daud, doif.
al-Sahranpuri, layyin al-Hadis.
Dalam al-Kutub
al-Sittah, hanya al-Imam al-Bukhari sahaja tidak riwayatkannya. Dia dianggap
perawi yang MAQBUL sahaja.
[2] TALQ BIN HABIB (antara
90 – 100 H)
طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ
Nama penuhnya TALQ BIN HABIB AL-‘ANZI AL-BASRI.
TAUS
BIN KAISAN kata, suaranya merdu.
Pelbagai riwayat dalam menjelaskan
kematiannya. Imam malik kata, dia dan SA’ID BIN JUBAIR dan BEBERAPA ORANG ULAMA
MEKAH dipanggil oleh HAJJAJ untuk masuk ke mekah. Sleepas itu, mereka dibunuh
oleh Hajjaj. Namun begitu, kisah ini tidak dapat disahkan oleh AL-ZAHABI.
Abu
Hatim kata, dia Soduq dan penganut fahaman Murji’ah. Abu Zur’ah juga kata dia
Murji’ah. Ibn Hibban letak namanya dalam senarai Siqat. Abu al-Fath al-Azdi
kata, hadisnya diterima kecuali jika kandungan hadis itu menyeru kepada fahaman
Murjiah.
Dia dilahirkan di Basrah dan meninggal di Mekah. Dia adalah
Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali al-Bukhari sahaja. Dia seorang perawi yang
maqbul.
[1] ABDULLAH BIN AL-ZUBAIR
(1H-73H)
عبدالله ابْنِ
الزُّبَيْرِ
Dari kalangan Muhajirin, orang mekah yang
berhijrah ke Madinah. Semasa ibunya hijrah ke Madinah, ketika itu ibunya sedang
mengandungkannya. Dia dilahirkan di QUBA’ dan dianggap sahabat pertama yang
dilahirkan di Madinah di era islam.
Dia dilahirkan pada 1 Hijrah. Namun, ada pula
kata, dia dilahirkan 20 bulan selepas hijrah.
Anak kepada Asma’ dan al-Zubair bin al-Awwam
dan cucu Abu Bakar al-Siddiq, dan anak saudara kepada Aisyah.
Bapanya adalah AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM BIN
AL-KHUWAILID (anak saudara kepada KHADIJAH).
Dia ditahnikkan oleh nabi dan namanya diberi
oleh Rasulullah saw dengan ABU BAKAR (sempena nama atuknya).
Semasa umur 7 hingga 8 tahun, dia datang
berjumpa dengan nabi mahu berbai’ah dengan nabi. Nabi saw menerima Bai’ahnya.
Dia terlibat sama dalam perang YARMUK (15H),
tetapi dia tidak membunuh kerana umurnya masih muda. Dia terlibat dalam merawat
orang sakit.
Dia menolak berbai’ah kepada Yazid selepas
kematian Muawiyah.
Selepas kematian Yazid bin Muawiyah, anak Yazid
bernama MUAWIYYAH naik, tetapi tidak lama. Selepas MUAWIYYAH turun, maka ABDULLAH
BIN ZUBAIR ambil jawatan KHALIFAH dan umumkan MEKAH sebagai pusat pemerintahan.
Dia mendapat bai’ah dari banyak wilayah kecuali
beberapa negeri di wilayah SYAM.
Dia dianggap sebagai KHALIFAH KE-9, iaitu dalam
lingkungan tahun 64 atau 65 hijrah.
Kerajaannya tidak lama, kerana ada konflik
dalaman. Yang paling ketara adalah revolusi MUKHTAR AL-SAQAFI di IRAQ, serta
kesepakatan UMAWIYYIN yang dikepalai oleh MARWAN BIN AL-HAKAM dan kemudian
anaknya, ABDUL MALIK BIN MARWAN.
Cara serangan dilancarkan oleh MARWAN BIN
AL-HAKAM adalah bermula dari Damsyiq, kemudian serang mesir dan kuasai mesir.
Kemudian Marwan mati. Selepas itu, disambung pula oleh Abdul Malik bin Marwan
untuk menyerang Iraq dan membunuh MUS’AB BIN AL-ZUBAIR. Kemudian, Abdul Malik
arahkan al-Hajjaj untuk serang mekah. Di situ, al-Hajjaj kepong dan bunuh serta
mensalibkan Abdullah bin Zubair, iaitu tahun 73H.
[1] AISYAH BIN ABI BAKAR AL-SIDDIQ
عَائِشَةَ
Lihat hadis ke-18, 30, 33, 34, 40, 42, 50, 51 dan 52.
PERBAHASAN SANAD |
Hadis ini HASAN SANAD.
[A] MUS’AB BIN SYAIBAH lemah hafalannya. Tetapi, dia
adalah RIJAL MUSLIM. Bahkan, imam muslim turut riwayatkan hadis ini dengan
perawi MUS’AB.
حَدَّثَنَا
قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَزُهَيْرُ بْنُ
حَرْبٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ، عَنْ
مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ، عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ
الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ (مسلم, 261)
[B] Abu Awanah dan Muslim keluarkan hadis
ini dalam kitab masing-masing.
[C] ibn Hajar al-Asqalani kata, hadis ini
sahih.
TAKHRIJ |
Muslim (261), tarmizi (2757), Ibn Majah (293), Ahmad (25060).
[1] SANAD:
حَدَّثَنَا
قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا مُغِيرَةُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ
القُرَشِيُّ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
[2] SANAD:
حَدَّثَنَا
يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، كِلَاهُمَا عَنْ جَعْفَرٍ،
قَالَ: يَحْيَى، أَخْبَرَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ أَبِي عِمْرَانَ
الْجَوْنِيِّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ